31 December 2009

Beratnya Amanah......

Akulah pengawas,akulah pengerusi persatuan,akulah pengerusi kelab,akulah ketua kelas......

Begitu ramai yang mencanang-canang dirinya sebagai seorang yang berjawatan.......
Begitu ramai yang mengatakan dirinya seorang ketua,hebat dan berkepimpinan.......
Begitu ramai yang sanggup memegang jawatan-jawatan itu,kononnya menjanjikan kemahsyuran................

Namun berapa ramai yang memegang amanah itu dengan betul????
Berapa ramai yang sanggup menerima kritikan anak-anak buahnya????
Berapa ramai yang sanggup membuat kerja-kerja yang sepatutnya dibuat????
Atau yang ramai hanya orang yang pandai mengarah?????

Ingatlah Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.”

Jadi.....Apakah tugas pemimpin??? Tentulah memimpin....tetapi bagaimana dan apa itu kepimpinan???Apakah kita Layak menjadi Pemimpin????

"Ah,aku bukannya hebat macam kau semua.....aku tak layak untuk memegang jawatan ini..."

Tidak !!!Jangan keluarkan dialog sebegitu....Kita semua pemimpin....dan kita semua akan bertanggungjawab atas kepimpinan kita.... Tetapi ramai yang mengeluarkan kata-kata......

"Rilekla....aku kan bos....ikut suka akulah nak buat apa pun.....kau jangan sibuk hal aku !!! Kau ingat kau tu siapa hah?!?"

Inilah mereka yang binasa....inilah mereka yang memikul kayu api di neraka..... inilah mereka yang tetap menambah beban di belakang mereka......walaupun mereka sendiri tak mampu memikulnya....


Sekurang-kurangnya setiap manusia itu menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri. Oleh itu ia bertanggungjawab menjaga dirinya dan orang yang diamanahkan kepadanya seperti anak, isteri, keluarga, para pekerja dan sebagainya agar hidup mereka berjalan dengan baik dan sempurna.

Jadi jangan lupa keluarga kita......


Setiap amanah mestilah diterima secara hak dan penuh kefahaman tentang tugas-tugas dan kewajipan yang terkandung di dalamnya. Seterusnya dipikul dengan ikhlas dan jujur serta berusaha sedaya upaya agar tanggungjawab tersebut dapat dilaksanakan.

Jadi jangan merungut dengan kerja-kerja yang diberikan kepada kita.....


Sebaliknya sesuatu amanah itu jika dijadikan batu loncatan untuk kepentingan diri, bermegah dan berseronok maka kepimpinan itulah yang bakal menjadi punca penyesalan dan kehinaan di akhirat. Bahkan ketika di dunia lagi ia akan merasai kehinaannya terutama apabila kepimpinannya itu terlucut daripadanya.

Jadi lakukannya atas landasan agama dan kerana Allah.....

Oleh itu bagi orang yang benar-benar menyedari tentang hakikat sesuatu tanggungjawab kepimpinan, tidak mungkin akan meminta atau terlalu ghairah merebut sesuatu jawatan kerana setiap amanah itu perlu dipikul dengan berhati-hati kerana setiap kepimpinan adalah amanah dan setiap amanah adalah tanggungjawab yang akan disoal di hari akhirat kelak.

Jadi....Ingat !!! Sesungguhnya Amanah Itu Berat !!! Amatlah Berat !!!!
Tetapi bagi orang-orang yang menjaga amanahnya....InsyaAllah doa mudah dimakbulkan olehNya....kerana doa pemimpin yang adil itu,merupakan doa yang tidak ditolak...


" Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya" -Al-Baqarah : 30

22 December 2009

1431H VS 2010M : Mari Lakukan Anjakan Paradigma

- DENGAN NAMA ALLAH,YANG MAHA PENGASIH,LAGI MAHA PENYAYANG -

Awal Muharam baru sahaja berlalu,tapi adakah semua muslimin dan muslimat tahu?? 1 Muharam telah berlalu??Atau hanya tertunggu-tunggu,kedatangan 2010 sebagai tahun baru??

Begitulah lazimnya,muslimin dan muslimat lebih tahu tarikh 1/1/2010 daripada 1 Muharam 1431...Sedang Cina pun sambut Tahun Baru Cina...Inikan pula pemuda pemudi Islam di Malaysia...Lebih rela berarak di Dataran Merdeka...Lebih rela menunggu dan bersorak kedatangan tahun baru...daripada duduk di masjid baca Yaasin....supaya diharapkan dapat menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya....tapi kebanyakan mengharapkan yang tua-tua... Inikah yang dikatakan 1Malaysia???

Azam dipasang,diberitahu kepada rakan-rakan....Nak pasang kereta baru,nak beli handphone baru,nak beli rumah baru,semuanya baru-baru.....(nak dapat 9A PMR (^_^) )Namun persoalannya,bolehkah kita mencapai azam itu??Persoalan yang sering diabaikan oleh semua orang yang memasang azam ini....Maka azam itu dibawa ke tahun hadapan,sepertimana tahun-tahun sebelumnya (tiap-tiap tahun selalu jadi begitu ).....

Tahniah kepada mereka yang menghargai dan mengingati pengorbanan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat r.a.....Bermulanya hijrah dari Mekah ke Madinah,meninggalkan segala kebahagiaan yang ada di Mekah....Pangkat,harta dan keluarga.....demi menyebarkan Islam,agama yang dicinta....

Tahniah juga kepada mereka yang melakukan anjakan paradigma....Tinggalkan sisa-sisa kotor itu terbiar pada tahun 1430/2009....Hapuskan virus-virus yang selama ini menjangkiti dan meracuni kita....Yahudi,Freemason,Illuminati,Kristian dan ajaran-ajaran yang menyesatkan.. Gunakan antivirus yang Rasulullah tinggalkan kepada kita...Kitab Allah dan sunnahnya... Yang tidak akan sesat jikalau kita mengikut,memahami dan mengkajinya...

Jangan pula biarkan Yahudi dan Nasrani lebih pandai daripada kita....Jangan dibiarkan Kitab Suci Al-Quran dikaji secara mandalam oleh mereka pula....Jangan biarkan kita terus-menerus dicaci,dicerca dan dihina oleh mereka....

Berjuanglah,selagi masa masih ada....Berubahlah,selagi waktu masih ada....Bertaubatlah, selagi barat tidak menjadi tempat terbit sang suria..... Amalkan ajaran Islam,jangan biarkannya lenyap dan lakukan anjakan paradigma ....Jangan jadi fitnah kepada Islam.... Tinggalkan sifat-sifat mazmumah dan tanamkan sifat-sifat mahmudah..... Dan pastikan kita sentiasa risau dan tidak cukup tidur kerana memikirkan masalah ummah...Kerana itulah harapan Hassan Al-Banna... Yang syahid di tangan kafir yang tak guna... dan pastikan hari ini lebih baik dari semalam,hari esok lebih baik dari hari ini....

Kerana ingatlah ,Umar Al-Khattab pernah berkata,siapa yang hari ini lebih buruk dari semalam,dan hari esok lebih buruk dari hari ini,maka celakalah ia !!!!

18 December 2009

Saya Teringat Kepada Perempuan-Perempuan Itu...

Hari ini saya teringat kepada beberapa orang perempuan.


Hem…


Siapakah yang saya teringat itu?


Perempuan-perempuan ini, ada yang saya kenal masa tadika. Ada pula yang saya kenal masa sekolah rendah. Ada pula yang saya kenal masa sekolah menengah.


Apabila saya dewasa, saya berusaha memeriksa latar belakang perempuan-perempuan ini, dan mengkaji kehidupan mereka. Mudah cerita, saya suka dengan perempuan-perempuan ini sebenarnya. Pada saya, mereka amat bermakna dalam kehidupan saya.


Oleh kerana saya teringat akan mereka, maka saya ingin perkenalkan mereka kepada kalian.


Perempuan-perempuan ini, adalah perempuan-perempuan yang dilupakan.




Hari ini, perempuan melihat kepada siapa untuk mereka contohi?


Hari ini, lelaki akan memilih perempuan yang bagaimana untuk dijadikan isteri?


Hari ini, ibu bapa akan membesarkan anak perempuan mereka mengikut perempuan yang mana?


Hari ini, masyarakat akan mengangungkan perempuan yang bagaimana?


Hari ini, perempuan jenis apakah yang dikira sebagai mulia?


Hari ini, perempuan bagaimanakah yang lelaki puja?


Persoalan ini, anda boleh jawab sendiri di dalam hati, dengan melihat keadaan sekeliling kita. Anda akan melihat satu jawapan yang sama, walau di mana sahaja anda berada. Perempuan jenis ‘itu’. ‘Itu’ itu anda terjemahkan sendiri dengan pengamatan anda pada keadaan hari ini.


Kita lihat hari ini, masyarakat, baik lelaki atau perempuan, orang tua atau anak-anak, telah melupakan sebahagian perempuan-perempuan agung yang sepatutnya dijadikan contoh, qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman. Sesungguhnya, figur-figur inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan, seterusnya memuliakan diri mereka dengan kalimah ALLAH SWT.



Maka hari ini, saya nak memperingati perempuan-perempuan yang dilupakan oleh ummah ini.



Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah(wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.


Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.


Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa as dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa as. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.


Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.


Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Mayram, ibu kepada Isa as. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa as. Apabila dia melahirkan Isa as dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa as boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.


Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh.


Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”


Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh.


Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?”


Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang.


“Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah Hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yanng mengingati Ummu Imarah ini?


Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”.


Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.”


Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaiman Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?


Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW? Ummu Salamah. Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “ Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “ Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.


Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki(kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.


Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.


Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid.


Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “ Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya?


“ Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”


Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka?


Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka?


Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji?


Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi?


Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi?


Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri?


Siapa?


Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan.


Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan.


Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan.


Dan hari in saya teringatkan perempuan-perempuan itu.

08 December 2009

"Jaga Sekolah Nie Ye...."

Sebelum beberapa hari SPM menjelang,saya sempat berusrah bersama-sama Presiden Badar 2009, Muhammad Stauban Uzair bin Ahmad Najdi. Beliau merupakan seorang yang hebat dalam kepimpinannya.Namun biasalah,kita bukan boleh puaskan hati semua orang.

Biarpun calon-calon SPM sibuk study ketika itu,namun beliau sempat berpesan kepada saya, "Jaga sekolah ni ye".Satu amanah dan tanggungjawab yang saya rasakan amat berat untuk memikulnya. Menjaga satu hati pun susah,apatah lagi hendak menjaga hati-hati yang sebenarnya lebih sempurna dari sekeping hati kepunyaan saya ini.

Namun itulah tanggungjawab senior yang mahukan bekas sekolahnya nanti dikenali sebagai sekolah yang 'HEBAT DUNIA,HEBAT AKHIRAT'.Sebenarnya sudah beberapa kali saya diminta untuk berbuat sedemikian,bersama sahabat-sahabat saya.Jangan biarkan maksiat mencalari SMKAK, Sebarkan biah solehah di SMKAK,tanamkan rasa tanggungjawab untuk menjaga ISLAM yang nampaknya semakin pudar di SMKAK.Hapuskan virus-virus ukhwah yang disebari melalui fitnah dan dusta.

"Sesungguhnya kemenangan ataupun kekalahan bukan bergantung pada ramainya jumlah tentera"
-Khalifah Abu Bakar As-Siddiq-

Ya,kata-kata itu mungkin boleh menjadi pembakar semangat untuk melawan tentera nafsu, tentera yang paling sukar untuk dikalahkan selain thaghut.Tidak perlu ramai untuk melawan mereka, cukuplah iman kita menjadi pembenteng. Jangan ingkari perintah tuhan, elakkan membuat dosa-dosa kecil dan tambah ilmu agama,tambah ilmu agama,tambah ilmu agama. Itulah pedoman buat insan ini untuk memperjuangkan Islam supaya mendapat keredhaan daripadaNya.

Bukan mudah untuk kita mendapat keredhaan Allah.Setakat dilahirkan sebagai seorang Islam sahaja tidak cukup.Sebenarnya kita perlu memahami apa ertinya saya menganut Islam,maksud saya,kita.......

Orang yang kenal akan Allah akan menganggap dunia ini musuhnya,dan orang yang mencintai dunia ini adalah musuh Allah.Kata-kata Hasan Al-Basri yang penuh dengan hikmah.........ditujukan buat saya,maksud saya kita......supaya jangan terlalu mencari nikmat dunia.

Mungkin susah untuk melakukannya,namun Allah telah berfirman :

" Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu"
Surah Muhammad : 7


Jadi saya,maksud saya kita.....tidak perlu takut untuk menjalankan dakwah islamiyah dan yakinlah, bukan kerana dakwah kita tidak lulus peperiksaan, bukan kerana usrah kita tidak mendapat straight A dalam PMR/SPM/STPM.Dan kerana Allah jualah kita dapat mencapai kecemerlangan.....

Doakan saya dan sahabat-sahabat semoga berjaya menjadikan SMKAK sebagai sekolah yang ' HEBAT DUNIA,HEBAT AKHIRAT'.Oh ye,tidak lupa saya doakan,semoga anda juga menjadi insan yang 'HEBAT DUNIA,HEBAT AKHIRAT'.