26 February 2010

Kami Dah Remaja !!!

Usia tahun ini sudah mencecah 15 tahun.....Ini menandakan satu permulaan baru buat semua pejuang-pejuang agama bagi mematangkan fikiran supaya Islam tidak lagi dipijak dan dihina oleh Yahudi dan Nasrani.....Sudah tiba satu masa yang amat mencabar,di mana di sinilah permulaannya iman akan dibentuk dengan akidah dan akhlak digauli dengan ramuan ibadah serta bi'ah yang solehah.....

Remaja-remaja yang berusia 15 tahun,bukan ini masanya untuk kita mencari teman hidup yang difikirkan sesuai....Waktu ini syaitan dan iblis menyolek muka dan mata kita supaya tertarik kepada kecantikan dan kechomelan makhluk ciptaan Tuhan.....Masa ini nafsu menyuruh kita supaya melakukan sesuatu perkara yang membolehkan kita mendapat perhatian dan pujian....

Sedang Yusuf yang digoda oleh Zulaikha yang menggoda pun tidak langsung tertarik hatinya untuk melakukan zina...Inikan kita yang bertaraf hina....Rata-rata melakukan ibadah untuk mengharapkan pujian dan perhatian,bukan mengharapkan pahala....Rata-rata melakukan kebaikan supaya dipandang bagus bukannya mencari redha Allah.....

Syaitan dan Nafsu bergembira atas tindakan remaja-remaja ini yang mengacau puteri chomel dan mengorat putera kacak.....Syaitan dan Nafsu juga tentu sedang bergembira atas kejayaan mereka menyelimuti remaja-remaja ini supaya tidak bangun menunaikan solat Subuh berjemaah...Syaitan dan Nafsu juga amat gembira apabila melihat Rumah Allah dibunyikan di dalamnya umpatan-umpatan serta perkataan-perkataan yang membuang masa.....

Remaja-remaja ini mesti sedar mereka sebenarnya sedang menempuh lautan yang berombak dan bergelora.....sudah tiba masanya untuk menaikkan layar supaya tidak tenggelam dibawa oleh fitnah dunia.....sudah tiba masanya untuk berlayar lebih jauh dengan kapal TAKWA dan layar IMAN untuk mencari pelabuhan REDHA....sudah tiba masanya merebut dan menjala ikan-ikan PAHALA bukannya merelakan diri ditelan dengan jerung DOSA.....

Adakah boyafriend dan gilafriend sudah patut dimiliki oleh semua remaja-remaja??Jawapannya sudah tentu sekali tidak....Mengapa??Salahkah bercinta???Cuma setakat hendak berkenalan dengan mendalam??Bukannya sampai berpegangan tangan ataupun bercium-ciuman???

Bukan begitu wahai remaja-remaja....Islam tidak menghalang benih-benih cinta ditanam di setiap diri insan....Namun sekarang kita masih remaja...Amanah yang diberikan bukannya disuruh menghampiri zina....Tetapi berusaha,belajar,berdakwah dan beribadah sehingga berjaya....Jangan terus hanyut dalam noda dunia yang penuh sengketa dan pura-pura......

Sampai masanya kita bangkit wahai remaja-remaja !!!!Kita berjuang sehingga Masjidil Aqsa dibebaskan....Kita berjuang sehingga fitnah Dajjal dapat kita tewaskan....Kita berjuang sehingga dapat menjadi penghuni di dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan....

Bukannya kita perlu mencari publisiti murahan....Dengan mengacau dan mengorat makhluk chomel dan kacak ciptaan Tuhan......Bukannya dengan meninggalkan sunnah yang nabi wariskan...Dengan alasan tidak bersedia ataupun malas melakukan....Bukan dengan mengambil remeh dan memandang enteng kepada ibadat dan amalan yang dilakukan....Macamlah confirm syurga seperti Saidina Uthman bin Affan.....Bukan dengan meninggalkan Al-Quran...Kitab suci yang dipelihara kesucian...

Remaja !!! Kita selalu dan marah apabila kita diaibkan di depan orang ramai....Tetapi kita tidak fikir akan malu mengaibkan diri sendiri di depan Allah dan di tepi malaikat...Jadi remaja.... sedarlah dan bangun perjuangkan Islam....Teruskan perjuangan sehingga nyawa bercerai dengan badan....Carilah ilmu dan perangi godaan nafsu....kata mahu Islam maju tetapi masih malas baca buku !!!

Remaja !!! Ini bukan sekadar peringatan....Ambil ia sebagai panduan.....Untuk menjadi orang cemerlang pada masa hadapan....Bukan sampah masyarakat yang tidur di dalam longkang....
Jadikan ia sebagai pedoman.....Teruskan perjuangan demi ISLAM !!!!

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,supaya kamu jangan menyembah Syaitan!!Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu.Dan(Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu;inilah jalan yang lurus.Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu;(setelah kamu mengetahui akibat mereka)maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?"-Yaasin : 60-62

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W.

Sempena Maulidur Rasul,mari kita sama-sama hayati isi khutbah terakhir yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat..Ingatlah bahawa tidak akan sesat barangsiapa yang berpegang pada Al-Quran dan sunnah Nabinya.Memantapkan Ukhwah,Memperkasa Ummah...

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Rasulullah-Hijjaz

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

11 February 2010

Sambutlah Valentine....

SAMBUTLAH VALENTINE SEMPENA KEJATUHAN ISLAM DI SEPANYOL !!!



Hari Valentine semakin menghampiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata.


"Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati…"


Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Memadu kasih di taman bunga,mengikat janji setia,kononnya ingin bersama sampai ke syurga,syaitan pun turut serta,seronok melihat hasutan dan godaannya berjaya,diikuti oleh remaja-remaja Islam di Malaysia,yang merayakan 14 Februari,hari kekasih sedunia...

Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya. Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Semoga anda semua mengambil iktibar!!! Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...