18 March 2010

Cinta Yang Pasti.....







Remaja selalunya dikaitkan dengan cinta...Amat pelik jika dilihat seseorang yang memegang gelaran remaja tidak mempunyai perasaan ingin bercinta dan dicintai....Tidak ada keinginan untuk berkenal-kenalan (kononnya) dan berhubungan samaada secara SMS ataupun surat ( baru romantik ) dengan sahabat lain yang berlainan jantina...

Adakah Islam membunuh terus naluri cinta ?? Adakah Islam langsung tidak memberi peluang kepada seseorang untuk merasakan perasaan cinta ?? Adakah Islam ini terlalu kejam, pabila mengekang seseorang itu daripada bercinta ??

Bukan begitu...Islam adalah agama yang syumul...Segalanya sudah ditetapkan oleh syari'at supaya manusia tidak terus tenggelam pada bisikan dunia...Cinta yang diimpikan semasa remaja cuma fatamorgana yang tidak kekal...Cuma mainan remaja yang dibisik oleh hawa nafsu dan syaitan yang cuba menarik setiap bani Adam untuk bersamanya di neraka....

Cinta remaja sering membuatkan kita menipu diri sendiri....Cuma setakat menelefon dan menghantar mesej dan surat,bukannya sampai berjumpa berdua-duaan di taman bunga atau pun bersekedudukan di rumah mak mentua...

Firman Allah S.W.T:
٣١) وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).


Sedangkan mendekati zina pun sudah ditegah...Apatah lagi berzina...Mengapa Allah kata 'JANGAN' kamu 'MENDEKATI ZINA'....Mengapa tidak dikatakan 'TIDAK PATUTLAH KAMU MENDEKATI ZINA' atau 'TIDAK BAIK KAMU MENDEKATI ZINA'?? Ini kerana Islam telah menegaskan bahawa mendekati zina itu haram hukumnya,sama sahaja seperti berzina.... Daripada asyik menelefon kekasih pujaan itulah akan menaikkan keinginan nafsu untuk berjumpa..

Sesungguhnya perkara yang mendekatkan diri itu ada 6 :
  • ( Tengok) نظرة

-Zina itu bermula apabila seseorang itu tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengannya


  • (Senyum)فسامهم

-Seterusnya senyuman diukir untukmenarik perhatian masing-masing

  • (Memberi Salam) فسلام

- Salam diberi sebagai tanda memulakan hubungan



  • (Bercakap Kosong) فكلام

-Setelah mengenal hati budi masing-masing(ye ke?),seringkali mnelefon dan menghantar mesej yang semuanya dipenuhi dengan cakap kosong dan angan-angan cinta

  • (Berjanji)فموعدون

- Mula mengikat janji untuk berjumpa untuk mengenali dengan lebih dekat dan melepaskan rindu di hati


  • (Berjumpa) فلقاءون

-Dan satu perjumpaan diadakan berdua-duaan (tiga sebenarnya) maka akan berlakulah zina di mana nafsu tidak mampu menahan amarah, disinilah permulaan zuriat dibesarkan di longkang...Di sinilah permulaan tergadai segala kehormatan diri...Disinilah permulaan untuk melepaskan nafsu yang tidak pernah kenal kepuasan dan maruah diri....

Zina bukan sahaja menggadai kehormatan diri..Malah kehormatan agama, masyarakat dan ibubapa...Mahukah kamu untuk memalit najis yang hina di muka ibubapa setelah mereka membesarkan kamu ibarat menjaga sebutir permata yang berharga??

Bukan masanya lagi untuk kita bercinta...Perjuangan dan perjalanan masih jauh dan kita masih mentah untuk melalui alam percintaan....Percintaan yang sebenar bermula apabila melangkah ke gerbang perkahwinan....Carilah cintaNya yang menjanjikan kemanisan di dunia dan kelebihan di akhirat...Cinta kepada makhluk ciptaanNya merupakan satu fitrah yang tidak boleh dielak oleh seseorang yang bergelar manusia..Sedang Adam pun berasa sunyi tanpa kehadiran Hawa?? Apa yang tidak ada di syurga??

Wallahu'alam...

17 March 2010

Asas Remaja Islam >> Persediaan Menghadapi Mehnah Tribulasi...

Kejatuhan Empayar Islam bermula dengan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah....Di mana Mustafa Kamal Attartuk mula menyuntik budaya barat dan membuang Islam sebagai agama rasmi pabila tentera barat mula memasuki Turki untuk memulakan langkah 'menyeludup' masuk budaya kafir untuk menghancurkan Islam di sana,selepas mencapai kegemilangan khususnya apabila Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menakluki Konstantinopel, di mana sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera akan mencapai kemenangan di sana.....


Macapada ini, budaya itu sudah mula menjangkiti remaja-remaja di Malaysia.....Realitinya, budaya ini disebabkan kurangnya persediaan untuk menjadi Islam di kalangan umat Islam itu sendiri.....Tanpa pengetahuan asas tentang agama yang diredhai Allah,mana mungkin seseorang itu melepaskan keseronokan yang dijanjikan......dan pengaruh itu dilihat cukup hebat merebak di kalangan remaja Islam khususnya Melayu,di mana mereka inilah yang akan memegang tampuk kepimpinan yang akan meneruskan perjuangan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah..

Namun tanpa asas-asas untuk menjadi seorang (remaja khususnya) Islam...Mana mungkin kepimpinan masa akan datang akan menjadi seperti yang diharapkan....Malahan mungkin akan menjadi sebaliknya yang boleh dijangka.....

Ibarat sebatang pokok sebagai seorang muslim,akarnya semestinya menjadi akidah yang perlu dipegang kuat oleh seorang muslim...Sama seperti akar tunjang yang mampu mencengkam kuat pokok-pokok yang besar,begitulah jua seseorang itu perlu memegang akidah Islamiyyah sebagai tunjang kehidupannya....


Manakala batang pokok pula boleh diibaratkan sebagai syari'at di mana setiap orang yang memegang akidah Islamiyyah mesti menjalankan kehidupan dengan teratur dan berlandaskan syari'at yang ditetapkan oleh Allah,melalui panduan Al-Quran dan Hadis.....


Seseorang Muslim itu juga mempunyai banyak cabang dan jalan yang boleh dipilih,sama seperti ranting pokok yang bercabang,samaada cabang atau jalan yang Diredhai atau Dimurkai....



Pokok diibaratkan sebagai seorang muslim,di mana akar menjadi akidahnya,batang menjadi syariat,dan ranting sebagai jalan yang dipilih samaada diredhai atau dimurkai dan buah pula digambarkan sebagai akhlak seseorang itu apabila telah disuburi dengan baja ilmu secara istiqamah....



Setelah memilih cabang dan jalan yang dikehendaki,Jika jalan itu adalah jalan yang diredhai, Maka pokok seseorang Muslim itu akan mengeluarkan daun yang cantik dan buah yang ranum dan masak.....Daun yang muda diibaratkan sebagai masa muda atau remaja di mana seseorang itu perlu menggunakannya untuk beribadat sebelum hari tua di mana pada masa itu sudah banyak kelemahan dan kekurangan tenaga datang menjelang......

Daun ibarat masa muda yang perlu digunakan dengan sebaiknya,sebelum masa tua yang diibaratkan daun-daun kering yang tidak punya banyak manfaat menjelang

Buah yang ranum dan masak pula menggambarkan akhlak yang baik....Di mana pokok seseorang itu telah disemai dengan baja ilmu untuk memandu kehidupan seseorang itu dengan lebih sempurna....Istiqamah amat perlu untuk menyemai baja ilmu ini supaya pokok tidak mati kerana kekurangan zat...Keadaan ini diibaratkan diri seseorang itu kerana jika tidak berterusan mencari dan menuntut ilmu untuk membuahkan akhlak yang baik dan bagus,sudah tentu hati akan mati atau mudah terpengaruh dengan serangan-serangan serangga-serangga perosak.....


Konklusinya,sesungguhnya hidup ini penuh dengan mehnah ujian dan serangan pemikiran yang cuba untuk menghancurkan akidah yang menjadi asas seseorang untuk menjadi muslim.............


Sehubungan dengan itu,tidak sepatutnya kita meninggalkan syariat dan panduan yang sudah Rasulullah S.A.W. katakan bahawa tidak sesat barangsiapa yang mengikutnya,iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.....



وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ (١٢٠


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (120)