26 June 2010

Where Is The Love??

What is love? Love is definitely essential in our life. How much we appreciate love in our life? What can we get from love? Here, I will show you what LOVE is.


Lucky;
Being lucky as a Muslim. Learn the meaning of love in Islam is beautiful. I love Allah, Prophet Muhammad (pbuh), my parents, family and all my Muslim sisters and brothers.


Obey;
Obey the rules in Al-Quran and As-Sunnah, we will surely get the perfect blissful life. There are many things that I learnt in Al-Quran and As-Sunnah, including love. As we know, Islam is a religion that loves peace.


Vow;
Vowing that there is no god but Allah, Muhammad is the Messenger of Allah. Only Allah is The One who we cannot forget. He is always watching us and always cares about us.


Effort;
Love is an effort to get the meaningful life. Always caring and being honest is a vital in love. We need to be caring and honest with our brothers and sisters in Islam and to all people all around the world.

So,that what the love is..If we still ask where is the love,we can find it in one,only ISLAM !!
We Love ISLAM,We Love EVERYONE...

24 June 2010

Shoutul Harokah - Merah Saga (Palestin)



Live As Dignity or Die As Martyr
Is A Bunch of People Who Tries To Defend Their Homeland is Called A Terrorist??
Abdul Aziz Ar-Rantisi-I Prefer APACHE !!
Faris Audah-Syahid when 14 years old
We-?!?!?!?!?!??!?!?!?!?!??!?

10 June 2010

Ujian Keimanan,Ujian Kecemerlangan.....

"Huuh"...Syabab mengeluh panjang..melihat keadaan itu..Tariq segera bertanyakan sahabatnya itu,"mengapa denganmu Syabab??kelihatan resah daripada tadi".."Aku dah tak tahan !!kenapa semua ni mesti terjadi pada aku !!!bukankah aku sudah menjalani tanggungjawab sebagai hamba kepadaNya??manakah keadilah yang disifatkan pada diriNya??"

"Astaghfirullah...kenapa ni Syabab??mempersoal tentang tuhanMu Yang Maha Esa sampai begitu sekali....apa yang terjadi pada dirimu??"Tariq terkesima sebentar melihat keadaan rakannya..

"Pengetualah.tak pernah nak luluskan apa-apa program pun yang pihak BADAR cadangkam ni..penat-penat je aku buat kertas kerja..Lepas tu nak marah-marah pulak bila sakhsiah pelajar teruk...ni semua sebab dialah ni..."

"Takkan sebab tu je??Aku rasa mesti ada satu lagi sebab..yang membuatkan kau marah sangat-sangat ni...apa yang sebenarnya berlaku??"Tariq yang sangsi dengan kenyataan sahabatnya itu menyoal lagi,seperti ada sesuatu yang tidak kena....

"Sebenarnya...memang yang tu pun sebabnya...tapi ada lagi...lepas pergi ke pejabat sekolah tadi aku pergi sebentar ke koperasi..dan aku terjumpa Sumayyah...seperti biasa aku menegurnya..dan..dia memberi satu surat kepadaku...pabila aku membacanya,rasa macam nak menjerit seperti orang gila...Dia kata...dia kata...."Syabab teragak-agak untuk menyambung kalamnya....

Tariq dapat meneka,"Tak payah cakap,aku tahu apa yang dia kata....itu kerana dia dah sedar yang menghampiri zina itu tidak boleh...kau juga tahukan pasal tu??kita baru sahaja bincang dalam usrah minggu lepas..."

"Tapi aku bukan berjumpa berdua-duaan dengannya...Berpegangan tangan pun tak pernah...Takkan itupun dikatakan menghampiri zina??"Syabab mempertahan persepsinya

"Syabab ,tak kiralah kalau kau terlepas semua zina tangan,mata,hidung dan badan...
tapi kau masih tak terlepas daripada satu zina....iaitu zina hati...dan zina hati itulah yang menyebabkan kau menegur Sumayyah tadi...Itu dah dikira zina mulut...lihat,perlahan-lahan syaitan cuba memerangkap kau..tak mustahil lepas ni kau akan jumpa dia berdua-duaan pula....dan lepas tu,..kau akan ditangkap khalwat !!! hehe gurau je.."Tariq cuba untuk menenangkan perasaan Syabab dengan memberitahu keadaan sebenar secara berhikmah..

"Ini juga sebagai ujian padamu,Syabab...Allah masih sayangkan kau...Dia memilih kau untuk keluar daripada kegelapan dan terus meneroka cahaya yang sedang kau terokai...Kau sedang dalam perjuangan mencari Mardhatillah...begitu juga aku...dan Allah melindungi kita daripada ke kancah kemaksiatan..."Tariq menambah lagi...

"Tapi kenapa aku yang diuji??bukankah ramai lagi yang melakukan kesalahan yang sama sepertiku??kenapa hanya aku???"Syabab mempersoal perkara itu..

"Astaghfirullah...Syabab..Kau ingat lagi tak ayat yang dibaca pada program 5 minit bersama Al-Quran pagi tadi? "Ayat ke-2 surah Al-Ankabut

"أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣"

“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3) "

"Lihat Tuhan ingin mengujimu..Dia tahu kau punya keimanan...Dan inilah masanya untuk kau membuktikan keimananmu itu kepada Allah...Redholah dengan ketentuanNya Syabab"sambung Tariq setelah menutup tafsir Al-Quran yang digunakan untuk mencari ayat yang dibacakan tadi..

"Tapi kenapa aku masih tak dapat jugak perkara baik??kenapa pengetua masih tak luluskan program ni ha??salah ke aku nak buat KEM BINA SAHSIAH untuk pelajar-pelajar SMKA Kedah ni??"Syabab mempersoal lagi tentang perkara yang dianggapnya baik untuk ISLAM..

Tariq cuba menjawab"Mungkin ini bukan masanya lagi...Mungkin Allah telah menetapkan tarikh yang sesuai untuk dijalankan program itu..Bersangka baiklah pada Allah..FirmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 216

كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (٢١٦

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216) "

"Allah telah menetapkan segala-galaNya Syabab...Dia tahu yang terbaik buat hamba-hambaNya.."

Kelihatan hilang sedikit resah Syabab mendengar ayat-ayat Al-Quran yang sememangnya menenangkan jiwa....Tapi kemudian dia kembali menyambung"Tapi dah banyak kali jadi macam ni...Kenapa hanya aku je yang mesti menanggung semua kesusahan ni??Hanya aku je dalam Tanzim Qiyadi BADAR yang bersusah-payah...Yang lain nampak relaks jer....tambah-tambah kau.."Syabab melontar luahan hatinya kepada Tariq...

"Masyaallah...Tak baik kau kata macam tu Syabab...Orang lain dalam Tanzim Qiyadi BADAR pun bersusah-payah jugak...Kau mungkin tak nampak usaha dan kesusahan orang lain mungkin sebab kau berusaha lebih sikit daripada kami...Lagipun kau kan setiausaha..Kau dah buat apa yang patut kau buat...Orang lain pun buat apa yang mereka perlu buat...Aku sebagai Exco Ibadah pun buat apa yang aku buat...Bukan nak membangga,cuma nak membetulkan persepsi kau.."Tariq cuba mempertahan dirinya...Dia menyambung lagi,"Aku teringat satu ayat lagi daripada surah Al-Baqarah..Ayat 286

....٢٨٦) لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا)

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 286)

"Allah tahu kau boleh hadapi semua ini...Allah tahu kau ada kekuatan...Sebab tu kau 'dilantik' olehNya untuk menjadi setiausaha BADAR...aku pun yakin dengan kau,Syabab"Tariq memberi harapan pada rakannya..

"Tapi aku dah tak larat...Aku dah tak tahan dengan semua ni..Semuanya tak menyebelahi aku...Semuanya nak menjatuhkan aku saja !!"Kelihatan Syabab mahu menumpahkan airmata jantannya tetapi ditahan..

Tariq terkejut,seraya berkata kembali"Ish,kau ni tak patut langsung kata macam tu...Allah S.W.T. berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 139

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ (١٣٩

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah ali-Imran, ayat 139)

"Kau patut yakin Syabab..jangan mengalah..jangan dengar bisikan Azazil Syabab..dialah yang cuba menjatuhkan kau...dialah yang cuba merosakkan keyakinan kau...dialah yang cuba melemahkan kau...Kau boleh hadapinya Syabab..Kau boleh..Kita sama-sama berjuang Syabab..Jangan lupa tu...Tidak ada kekuatan tanpa jemaah...Kau tidak bergerak seorang Syabab..Ramai lagi yang berjuang...dan mereka menghadapi mehnah yang sama denganmu... Dan mereka cuba selesai daripada mehnah itu...Bukan lari daripadanya...Rakan-rakan kita masih ada...Kita tempuhi perjuangan yang sama Syabab...masih ada lagi cara untuk kau keluar dari belenggu kesusahan ini..."Panjang Tariq berceramah sambil memandang tepat pada rakannya..

"Apa caranya??"Syabab mengajukan soalan selepas mendengar ceramah free daripada Tariq..

"Kau ingat tak ayat Surah Al-Baqarah yang terpampang di dinding surau??Allah berfirman

وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ (٤٥


“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45)

"Solatlah terapi bagi keresahan hati...hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang...Kau mengadulah padaNya...Mintalah pertolonganNya...Menangislah meminta kemudahan daripadaNya..Mudah-mudahan ia dapat menyedarkan kita hanyalah hambaNya yang tidak punya apa-apa...hanya mampu berusaha namun segala ketentuan ada padaNya"Tariq cuba mengingati ayat yang dituturkan oleh Ustaz Assim ketika kuliah maghrib pada minggu lepas...

"Jadi hanya kepada Allahlah kau perlu berharap...Eh,panjang pulak ceramah aku kali ni..tak apalah..Janji kau sedar...Aku rasa ada ayat yang menyebut tentang ini..."Tariq cuba mengingati..

"Ayat 129 surah At-Taubah",tiba-tiba Syabab bersuara...

فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُلۡ حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ‌ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ (١٢٩

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)

"Ayat ni Ustaz Kashfi pernah baca semasa kuliah Ulum Al-Quran kan??"Syabab bertanya kembali.

Alhamdulillah,nampaknya Syabab masih lagi dalam sedar,namun ujian demi ujian yang ditempuhinya membuatkan dia mempersoal sebentar soal keadilan Tuhan..

"Bagus,kan aku dah kata..tak perlu berputus asa...Hanya orang-orang kafir sahaja yang berputus asa..Ini dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya

وَلَا تَاْيۡـَٔسُواْ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ‌ۖ إِنَّهُ ۥ لَا يَاْيۡـَٔسُ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ (٨٧...


“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)

Tariq terus cuba meyakinkan Syabab...

"Betul tu,Tariq"..Syabab bersuara kembali.."Ini semua bukan salah kau,bukan salah pengetua dan bukan salah siapa-siapa...Ini semua hanya kesilapan aku,hambaNya yang lemah"...Airmata Syabab tiba-tiba jatuh..Syabab memegang bahu Tariq...Memandang tepat ke matanya.."Tariq,terima kasih sebab mengingatkan aku yang terlupa selama ini...Sesungguhnya amat berharga kata-katamu,dan amat berguna ayat-ayat Al-Quran sebagai pengingat diriku kepada Allah...Sudikah kau membantuku dalam perjuangan??"

"Aku memang sentiasa membantu kau,Syabab..Bersama rakan-rakan kita yang lain...Ingat,Tidak ada kekuatan tanpa Jemaah !!sebatang kayu mudah untuk dipatahkan tetapi seberkas lidi amat susah untuk diapa-apakan...Syabab,bukan ke Akh Murabbi kata nak buat usrah petang ni??Tariq kembali menyoal..."

"Betul,jadi apa yang kau tunggu lagi...Azan pun sudah dikumandangkan oleh Muslih di surau..Jomlah kita sembahyang dulu...Lepas tu kita pergi berjumpa dengan Akh Murabbi..." Syabab keluar daripada dorm tanpa menoleh...Sambil diikuti oleh Tariq,mereka melangkah berdua menuju ke surau hanya untuk satu tujuan dan satu harapan,MENCARI REDHA ALLAH !!



`````(إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَ(١١١‌`````


“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111)

`````````````````````````````````````````````````````

06 June 2010

Facebook : Penghubung Ukhwah atau Pemutus Ukhwah?!?



Facebook,satu laman sosial yang tidak asing lagi bagi sekalian makhluk di muka bumi ini.Bahkan katakan saja pada siapa-siapa nescaya mereka mengetahui akan kewujudannya.Daripada seorang Add Imagepekerja kolar putih mahupun pelajar sekolah,semuanya mengenali akan laman sosial yang dicipta oleh Mark Zuckerberg,seorang pemuda berbangsa Yahudi.


Facebook digunakan khususnya untuk menghubungkan sanak saudara yang dah lama tak dihubungi(ataupun tak dapat dihubungi ),sehinggalah kepada mencari teman dan sehingga berlaku medan peperangan politik bahkan sehingga berlaku penyelewengan identiti serta kecurian identiti dan menyebabkan 'identity crisis',di mana seseorang yang tidak bersalah tiba-tiba dipersalahkan atas sebab kesalahan orang yang menyalahgunakan identiti dirinya.



Berhubung dengan konteks pelajar sekolah,Facebook menjadi penghubung dengan rakan-rakan sebaya menggantikan telefon bimbit.Penggunaan Facebook dilihat lebih memberansangkan kerana tidak perlu membeli 'topup' dan mengecas komputer sepertimana perlu dilakukan pada telefon bimbit.


Namun begitu, terdapat segelintir daripada mereka yang menggunakannya untuk mencari pasangan atau kekasih halal (walaupun tak dapat pengiktirafan JAKIM/ibubapa/ibubapa mertua).Di kalangan mereka juga ada yang menggunakan Facebook untuk mengutuk rakan-rakan masing-masing.Cara ini dilakukan dengan mencari bahan ( gambar/video dsb.) yang berkaitan dengan individu tersebut kemudia di'tag' individu itu beserta dengan komen-komen tidak diingini.Cara ini dikhuatiri boleh memutuskan atau merosakkan hubungan ukhwah di mana tujuan Facebook sebenarnya sebagai penghubung silaturrahim antara sahabat handai dan sanak saudara.


Individu yang dikutuk akan terasa satu kesakitan yang amat (biasanya kalau dia itu manusia) di mana perbuatan kutuk itu akan dibalas dengan satu tindakan di luar jangkaan.Kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan yang serius di bahagian hati (pada individu tersebut) dan di bahagian abdomen(pada individu yang mengutuk).

Bagi pelajar perempuan pula,perbuatan meletak gambar(samaada secara bersendirian atau bersama rakan-rakan) dengan cara 'posing maut abes' pula dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.Juga boleh mnyebabkan pencemaran pada maruah di mana berkemungkinan gambar-gambar tersebut diambil oleh pelajar-pelajar lelaki (sekali lagi,pelajar-pelajar lelaki !!!)dan disimpan di dalam telefon bimbit atau pendrive.

Mereka boleh melakukan apa-apa sahaja dengan gambar tersebut.Samaada dengan meng'ushar'nya tiap-tiap malam sebelum tidur atau memperlihat kepada rakan-rakan lain,secara tidak langsung akan menyebabkan individu yang memiliki gambar tersebut mendapat dosa.Ini kerana telah diketahui wanita yang memperhias dirinya untuk diperlihat kepada selain suami dan ibubapanya sahaja adalah berdosa.

Jadi tindakan bijak yang boleh diambil ialah membuang terus semua gambar-gambar tersebut, atau untuk memudahkan dikenali hanya meletakkan satu sahaja gambar (lebih elok secara beramai-ramai) atau boleh 'private'kan folder gambar tersebut.''Jika gambar-gambar tersebut diambil oleh individu luar ia menjadi lebih marabahaya kerana berkemungkinan lebih besar gambar-gambar tersebut akan diedit dan di'super-impose'kan untuk dijadikan bahan-bahan lucah dan sebagainya (inilah yang terjadi pada artis-artis Malaysia yang beragama Islam sekarang ni !!)

Justeru,demi menyelamatkan ukhwah dan maruah,gunalah Facebook dengan sebetulnya dan jangan (sekali lagi, JANGAN !!!) menyalahgunakannya untuk keseronokan yang nyata akan membawa malapetaka.Ingat,Facebook adalah sebagai PENGHUBUNG UKHWAH,bukan PEMUTUS UKHWAH !!!!!


Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Surah Al-Hujuurat : 10 )

Wallahu'alam.........

Mencari Yang Maha Satu

Mencari Yang Maha Satu => UNIC ft. Cat Farish (Nasyid+Rap=NaRap )^_^


Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati

(Ku cari yang Maha Satu itu yang ku tuju)

Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi

Seandainya ada yang memberi ruang
Akan ku baiki setiap kekurangan
Oleh itu diriku memerlukan
Petunjuk dariMU oh Ilahi

(Kau yang Maha Satu)

Diriku kini masih tercari-cari
Jawapan di setiap persoalan ini
Ku akui kesalahan buat segalanya
Gelap jadinya ku trima seadanya

(rap)
Ku cari terus ke situ
Itulah belenggu hidupku
Terangilah gelap hatiku
Ku pohon restu dariMU

Akan ku baiki setiap kekurangan
Oleh itu diriku memerlukan
Petunjuk dariMU oh Ilahi

(Kau Yang Maha Satu)

Agar tidak tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Memohon ampun dariMu

Tak seharusnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membuntukan jiwaku
Kini ku mengakui keagunganMu
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini

U.N.I.C.C.A.T

(rap)

Tak semua lahir sempurna
Tak semua lurus jalannya
Bermulalah cerita yang dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha Esa
wujud aku cinta dan cita
Segala yang ada bermula dari Maha Esa
Aku akui ada langkah serongku taklah hasratku setajam itu
Yang amat kurisau lidah hujan di banjiri
Fitnah melilau-lilau
Oh Tuhan lindungilah dia dari kata jahatnya itu
Doa-doa dipohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa laluku ke sana
Dewasakan pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna
Kau Yang Maha Satu (4x)


***Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka beroleh kebenaran. (Al-Baqarah : 186)***