13 September 2010

Bergema Takbir

"Saya bagi menyimpan mohor besar raja-raja mengumumkan,hari raya jatuh pada esok hari !!"
(betul ke tidak skrip dia tak taulah)


And we will ready for everything...hahah
Raya,raya,raya....yes!yes!yes!esok raya!
(begitu agaknya sorakan budak-budak[hentam sajalah,heheh])


Dah raya?!?cepat sungguh ramadhan berlalu,rasanya macam tak sempat nak buat ibadat...
(inilah dialog bagi orang-orang yang sedih dengan perginya Ramadhan)



Esok nak pakai baju baru,kasut baru,songkok baru,sampin baru,boleh tayang kat kengkawan...hehe
(inilah dialog bagi orang yang sempat beribadat pada bulan Ramadhan[agaknya!])


Hari raya,hari kemenangan...kemenangan bagi mereka yang berjaya menundukkan hawa nafsu,berjaya lulus dalam semua ujian di madrasah Ramadhan...Dan hari kegembiraan,bagi mereka yang ternanti-nanti kedatangannya......Dah boleh makan,dah boleh minum,dah boleh kembali pada kehidupan seperti biasa(fitrah)......Tak perlu menahan pandangan,tak perlu lari daripada mendengar fitnah dan umpatan,tak perlu menahan kaki pergi ke tempat-tempat yang membawa kepada kemaksiatan...


Berapa ramai yang berjaya dalam ujian madrasah Ramadhan??Saya bagaimana??Anda bagaimana??Moga kita tergolong dalam golongan orang-orang berjaya,mendapat pengiktirafan daripada Allah SWT atas usaha dan kesungguhan kita mengharungi cabaran dan ujian di madrasah Ramadhan..


adakah kita berjaya dalam madrasah ramadhan...kalau begini graf ibadah kita??




*sebenarnya nak cerita pasal raya taun ni...termelalut pulak..hehe

Raya taun ni rasa best sikit,maklumlah first time menghayati apa itu raya..hehe

mula-mula raya kat rumah sendiri dulu(memang la)..salam dengan ayahanda dan bonda(chewah!)dan mintak maaf dengan depa(mcm besa la)...pastu adik menghilangkan diri dengan motor(tak guna!)...terpaksa la tumpang kawan...huhu

Destinasi seterusnya,mengabeskan segala yang ada di rumah jiran setaman...haha
baru raya dua rumah dah rasa kenyang...tapi perjalanan harus diteruskan !

Kami berlepas ke Tanah Merah,dengan kelajuan 160km/j (kawan aku pecut waktu ni)....
Nasib bek polis pun beraya & aku pon sampai dengan sejahtera...kot tak takleh amek PMR dah taun ni..sampai-sampai kat rumah sorang makhluk ni rasa kejang pulak rambut ni(tulah sapa suruh bawak moto laju sangat)...melantak ketupat dulu,bersama air oren..haha..Semua rumah yang aku pi hidang air oren kecuali tiga ( umah aku:sarsi,tok pengasuh aku : kopi!!,dengan rumah pengasuh:barli)..Air oren memang popular di Pendang ni...huhu

Selesai di Tanah Merah,kami berangkat pula ke singgahsana Cikgu Fauzimah(bekas guruku) di Pekan Pendang,tapi kali ini dengan lebih bersopan(tak bawak laju sangat)..
Sebenarnya dua orang sahabat aku ni nak ushar anak cikgu jer(uihh,trok btol!!)..aku tak ushar aku baek(hehe)...Di sana jumpa dua orang panglima,Hang Aben dengan Taming Sari(Fikri Shuib)..Mereka beraya berdua-duaan..Pastu bergabung dengan angkatan raya kami(haha)..Kami dijamu nasi+tempoyak!!+other lauk....tak makan pun..juz window raya..haha makan buah oren jer dengan kueh,minum air oren(oren lagi)..

Seterusnya kami menuju pulak rumah Faisal,atau nama manjanya Chon...kami makan nasi lauk ayam pedas !!(masa ni chon dok layan internet,hapa daa)...Asalnya takmau makan sebab kenyang makan bihun sup(kat taman tadi)...tapi usus kecik kata makan jadi kami 'Allahumma bariklana' jer la..

Masih tidak merasa puas,Aben mengajak kami ke rumahnya(skema giler ayat)...Jauh jugak Taman Melur dengan Taman Sri Mas(kira-kira 5 kangkang babun)...sampai sana kam dihidang bihun sup tapi tak makan...kenyang ahh..Dok sat makan kueh (honey cornflake,sedap!!)dengan minum air oren(oren lagi)...Masa ni jam dah pukol 1..maka kami pun pi la masjid untuk menunaikan kewajipan seorang Muslim(sembahyang jumaat)...Masa dok khutbah rasa nak ngantok dah(trok btol beraya,haha!)..nasib baek imam tu baek hati(khutbah tak panjang sangat)..

Lepas sembahyang,kami singgah satu rumah lagi,last nih..Rumah Cikgu Mahadi(bekas guruku jugak)...Dijamu laksa tapi perut tak kesampaian untuk menelannya...haha makan buah limau(macam Gong Xi Fa Chai la pulak) dengan minum air oren(oren lagi) jer la...

Balek rumah,mak ajak pi rumah tok pulak dah..."Aku tak larat dah ni,nak tido laa"(ni bisikan nuraniku)..Tapi demi redho Allah(Redho Allah terletak pada redho ibubapa),hehe aku menurut saja...Sampai sana aku pon "Bismika Allahumma Ahya wa Amut"(zzzzz)

Esoknya raya lagi,boring gak la sebab raya kat rumah kawan mak aku...Takdak sapa nak sembang pon(takkan nak sembang dengan kawan mak aku)...Ada kanak-kanak ribena jer(aku sorang jer remaja Livita,hehe)..Dan hari-hari seterusnya,hanya menghitung hari nak PMR...haha

Nak mula study tak taw la bila...Tapi kena study jugak..terasa semangat lepas aku baca ayat dalam filem " SpyKids 3-D :Game Over"..Begini bunyinya :

"If we play on each other's strength,And help cover each other weakness,
We can accomplish anything,And we will accomplish everything!!"

NOTHING IS UNWINNABLE!!

camtulah lebih kurang ayat dia..(aku ubah sket2)..

So for the PMR candidates,raya-raya jugak,PMR jangan lupa !! (Dapat 9A semua pindah pi SBP, haha!!)

The Most Admirable Victory : Raya Day

No comments:

Post a Comment