04 September 2010

Islam Itu Mudah,Jangan Memudahkan Islam..

Assalamu'alaikum w.b.t. ....

"Islam itu mudah"
"Khilaf Ulama' itu Kemudahan bagi Ummah"

Kalimah-kalimah ini yang sering kedengaran di halwa telinga..bertujuan untuk mengingatkan kita bahwa Islam,agama yang dianuti ini adalah indah dan mudah,namun menyeluruh dan lengkap ajarannya sesuai dengan ummah akhir zaman yang menghadapi pelbagai mehnah dan cabaran...

Seringkali kita dikaburi dengan dakyah-dakyah kristianisasi dan gerakan yahudi ( Freemason dan Iluminati)..Yang ingin mengubah persepsi diri seorang muslim,bahwa Islam ini hanya membebankan,menyekat kebebasan,menganjur keganasan dan tidak membawa kemajuan...

Bagi seseorang yang tiada asas pegangan akidah yang kukuh,mudah sahaja dia terpesong ke arah tipu daya pihak kafir untuk menyesatkan umat Islam...Namun bagi seseorang Muslim yang mampu berfikir secara matang dan berpandukan dua rujukan utama umat Islam masa kini, iaitu Al-Quran dan Hadis,yangmana Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. telah berjanji tidak akan sesat selama-lamanya barangsiapa yang sentiasa yang berpegang dengannya,Insyaallah dapat membentengkan diri daripada usaha-usaha pihak kafir ini..

Dan mereka yang tiada pegangan dan asas akidah yang kuat,serta berlagak bodoh sombong apabila ditegur dan diberi tunjuk ajar oleh orang yang lebih mengetahui inilah yang cuba memudahkan Islam..apabila cuba meliberalkan ajaran Islam,cuba memesongkan pemikiran umat Islam,dan cuba memasukkan pengaruh-pengaruh dan budaya daripada barat untuk mengubah gaya hidup Islam yang sedia sempurna,layakkah dia ini dikategorikan sebagai Islam??

Dan tatkala anak-anak kecil Palestin sedang menangis,ramai lagi umat Islam yang sedang merintih,golongan ini pula cuba berdebat dengan para cendekiawan dan ulama'-ulama', kononnya mahu membongkarkan kebenaran dan memberitahu apa yang sebenarnya patut dilakukan...Sedang mata hati mereka sudah dibutakan oleh ajaran-ajaran dari barat, cuba menyelitkan liberalisme dan sekularisme di dalam sistem Islam..

Contoh :

*Tudung tidak perlu dipakai kerana menyekat kebebasan berfesyen
*Ada juga tudung hanya dipakai sekadar fesyen,nak nampak cantik,cukup
untuk tutup rambut sahaja

Kata ustazah Fudzla :
"Depa ni saja nak bagi budak laki2 kacau depa,pastu mula la gedik, padahal budak laki2 tu bukan suka kat depa pon,saja nak kacau,nak tegur depa,depa tu saja syok sendiri"

"Ana cukup pantang tengok orang yang pakai tudung pastu belit kat tengkuk,tak takut tercekik ka?pastu yang jenis pakai tudung tapi jarang sampai nampak bentuk badan dengan dada"

*Sembahyang sekadar sembahyang,tidak mengambil kira persediaan diri semasa hendak bersembahyang

*Contohnya pakaian,bukannya dihukum haram apabila memakai T-Shirt untuk bersembahyang,tetapi jika ada baju yang lebih baik (baju putih/jubah/baju melayu),yang mana kita yakin akan kebersihan dan kesuciannya,lebih baik dipakai baju itu..Ini kerana t-Shirt/jersi biasanya kita gunakan untuk bermain dan tidak sesuai untuk dipakai sembahyang..

*Sembahyang berjemaah,amat rugilah bagi sesiapa yang mempunyai peluang untuk sembahyang berjemaah,tanpa apa-apa halangan,tanpa apa-apa rintangan,tapi masih malas malah cuba untuk mengelakkan diri daripada sembahyang berjemaah..Memang kita katakan cukuplah sekadar sembahyang seorang diri,sekurang-kurangnya kita masih bersembahyang.. TETAPI,lihat pakej pahala yang anda boleh dapat dengan sembahyang berjemaah :

[Jalan kaki ke surau=100 langkah=100 pahala,sembahyang berjemaah=27 pahala,pakai serban semasa bersembahyang=70 pahala,sembahyang sunat=1 pahala total=298 pahala]

Belum lagi dicampur dengan pahala wudhuk,tolong membuang sampah/kotoran di tempat beribadat(surau,masjid),datang sembahyang pada awal waktu,ajak orang pergi sembahyang berjemaah...SubhanAllah...Senang-senang je boleh kumpul 500 pahala sekali sembahyang..Berbanding sembahyang 'solo',1 pahala je??

*Couple,ramai di antara kita yang cuba untuk menghalalkan cara mereka bercouple
Maaflah,niat tak menghalalkan cara..Jangan sekali-kali cuba untuk mencipta 'Islamic Couple'
dalam diri anda..kononnya hantar mesej yang berpesan-pesan kepada kebenaran,ajak baca Al-Quran,kejut bangun tahajud,tapi masih tak lupa menyimpan gambar kekasih dalam handset... betul kan?andakah itu?harap-harap tidak....Jauhi dari zina hati,Insyaallah anda akan dijauhi daripada zina yang lain(tangan,mata,telinga,mulut,badan)

Ingat apa yang difirmankan oleh Allah S.W.T.?

"Dan Janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan membawa kepada jalan yang jahat"-Al-Isra':32

*Aurat,ramai sekali yang memandang remeh soal aurat..Jangan kata seorang pelajar SMKA (Sumber Manusia Kekasih Allah) tidak kenal istilah ' sinting lengan'...Lipat lengan baju sampai ke siku..'Panaslah,dahla lengan panjang.'..Jarang pula saya dengar PENGAWAS LELAKI YANG MEMAKAI BAJU LENGAN PANJANG,YANG JARANG MELIPAT LENGAN BAJUNYA berkata perkataan 'panaslah'....itu lelaki yang tidak disyaratkan lengan sebagai aurat mereka.. hmm....lelaki pun,pakai seluar 3/4,seluar '3 suku'...'sekurang-kurangnya tak nampak lutut,lagipun panasla'...Panas lagi (agaknya api dunia yang SALAH SATU BAHAGIAN daripada 70 BAHAGIAN api neraka ni lagi panas agaknya)...kalau duduk tak terselakkah kaki seluar tu?kalau tak selak pun dah nampak,sebab kaki seluar tu bawah sikiit je dari paras lutut...Yang pakai seluar panjang,nampak pusat pulak..maklumlah,lutut je aurat..pusat tak apa...


TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati’e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa ‘buka aurat’ ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

” Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya ..” Al-A’raf : 20)



Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

” Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan” ( Al-A’raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59 )

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »



d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend’ sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code’ tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard’ berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard’ pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.



e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya” (Al-Mulk : 2)



Rujukan : http://zaharuddin.net/index.php?option=content&task=view&id=288

Wallahu'alam...Islam itu Mudah,Jangan Memudahkan Islam....

No comments:

Post a Comment