08 September 2010

Kullu A'm wa Antum bi Khair







Daripada Anas bin Malik r.a : Rasulullah SAW bersabda :

Hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan:

1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.

2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan .


3. Hari menyeberang Siratul Mustaqim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka .
4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka .

5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala.


Selangkah demi selangkah...
Masa yang pantas berlalu.....
Hingga tak terasa pun........
Berada di bulan Ramadhan...


Bait-bait lagu Harapan Ramadhan-Raihan yang menjajah pendengaranku kali ini membuatkan aku terasa "betul,aku berada di bulan Ramadhan ke sekarang"?

"Kalau ye..apa yang aku dah buat pada bulan Ramadhan??Sudahkan aku mencari rahmat Allah yang dijanjikan??Adakah permintaanku terhadap pengampunan Allah sudah diterima ?? Sudahkah aku bebas sepenuhnya daripada belenggu api neraka ??"


"Ah,berapa banyak maksiat yang aku lakukan pada Ramadhan kali ini??Berapa banyak pula ibadat yang aku kerjakan??Sudahkah peluang serta ganjaran yang ditawarkan pada Ramadhan ini sudah kurebut??Atau aku hanya merebut ganjaran serta tawaran di pasaraya-pasaraya besar??"

Ya Allah,aku mengharapkan rahmatMu,supaya aku mendapat pengampunan daripadaMu,seterusnya dilepaskan daripada seksa nerakaMu,sesungguhnya neraka itu seburuk-buruk tempat kembali...

Ya Allah terimalah segala amal ibadatku,redhailah setiap langkah perjalanan hidupku,dan peliharalah aku daripada melakukan perkara-perkara yang dimurkaiMu...

Ya Allah,kau ampunilah dosaku,dan dosa saudara-saudaraku yang mendahului aku dalam iman, dan janganlah Engkau menjadikan di dalam hatiku,kedengkian terhadap orang-orang beriman..Wahai Tuhanku,sesungguhnya Engkau Maha Tinggi lagi Maha Penyayang...Ameen...


*Selamat Hari Raya Aidilfitri+Minnal Aidil wal Faizin+Kullu A'm wa Antum bi Khair pada semua sahabat-sahabat,sanak saudara,kaum kerabat,rakan-rakan,kawan-kawan dan teman-teman,juga buat semua umat Islam yang merayakan hari kemenangan ini....Dalam seronok-seronok tu jangan lupa pada saudara kita di sana,yang mungkin tidak segembira kita,berdoalah moga-moga mereka juga beroleh kemenangan terhadap kafir laknatullah suatu hari,InsyaAllah.....



Ni duit raya...tak payah susah-susah mai rumah...





No comments:

Post a Comment