04 September 2010

Tatkala Ujian Mendatangiku

Anda rasa anda hebat?!?
Anda rasa anda alim?!?
Anda rasa anda baik?!?
Anda rasa anda tawadhuk?!?
Anda rasa anda tidak pernah sombong?!?
Anda rasa anda seorang yang berakhlak mulia?!?
Disenangi ramai?!?Disukai rakan?!?Digemari guru?!?

Kalau itu adalah anda Alhamdulillah..Tahniah,anda sudah cukup lengkap untuk menjadi mukmin sejati...tapi....Betul ke?!?



Betul ke anda hebat?!?Atau hanya gah dan sekadar cakap-cakap orang?!?
Betul ke anda alim?!?Atau hanya gah dan sekadar berjubah berserban/bertudung labuh?!?
Betul ke anda baik?!?Atau orang lain tidak tahu perangai sebenar anda ?!?
Betul ke anda tidak pernah sombong,berakhlak mulia,disukai,digemari dan disenangi ramai ?!?
Atau sekadar syiok sendiri saja,sekadar berasa sorang-sorang saja?!?


Maaf,tempelak ini bukan untuk anda,ia untuk diri saya sendiri..Saya hipokrit,saya ego,saya sombong..Maaf,saya menipu anda selama ini..Maaf,anda tertipu dengan lakonan saya..Maaf, saya hanya manusia bermuka dua...Maaf,saya berpura-pura alim,baik,hebat dan tawadhuk..


Sudikah anda memaafkan saya??Saya seorang penipu !
Sudikah anda mengampunkan saya ?? Saya seorang hipokrit !
Sudikah anda membantu saya ?? Saya dah penat berlakon !


Saya yakin jika saya bertaubat,dengan izinNya taubat saya diterima..
Tapi saya kurang keyakinan terhadap anda,manusia seperti saya.......



Apa saya rasa pabila ditipu oleh seorang pelakon ?!?
Yang berpura-pura baik,berlagak sopan,muka innocent...
Tapi di belakang saya dia melakukan sesuatu yang tidak saya jangka !

Dia mengkhianati kepercayaan saya padanya...
Dia hancurkan penghormatan saya padanya.....
Dia mengubah persepsi diri saya terhadapnya.....


Tentu rasa ini :-meluat,geram,marah,sedih,pelik,syak wasangka datang dalam diri saya...
Jadi apa yang anda rasa terhadap saya ??Adakah sama seperti saya rasa?!?



Ya Allah,ampunilah dosaku,Ya Allah ubahlah sikapku,Ya Allah perbaikilah akhlakku.....
Ya Allah,janganlah kau melebihkan cintaku kepada makhlukMu melainkan cinta aku kepadaMu sudah lebih dari itu,Ya Allah,aku memohon kasih sayangMu,dan kasih orang yang mencintaiMu,serta kasihkan amalan yang mendekatkan aku kepadaMu..




Saya minta maaf pada anda semua,kerana anda selama ini berhadapan dengan seorang hipokrit...Saya minta maaf pada anda semua,saya akan berubah,dengan izinNya dan dengan bantuan anda sendiri...Bukankah dua sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah itu dijanjikan syurga ?? Anda sahabat saya ??



Jika anda sahabat saya,anda pasti membantu saya...Saya diuji,demi membuktikan keimanan saya kepada Allah,anda juga begitu,anda diuji dengan sahabat seperti saya..dan inilah peluang anda untuk membuktikan ketaqwaan yang didambakan anda...Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan bukan ?



Pesanan saya,cukuplah saya sahaja yang menjadi 'saya yang berpura-pura',anda tidak perlu menjadi seperti 'saya yang berpura-pura',jadilah diri anda sendiri,pesanan ini juga untuk diri saya....Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat...

Jadi sementara mentari masih memancar sinarnya di ufuk timur,saya ingin mengajak anda, mari berubah,berubah menjadi diri sendiri,tanpa dibayangi orang lain...Bukankah diri anda sendiri yang terbaik ?!?



Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment