22 November 2010

Dan Ingatlah Ketika TuhanMu Berfirman . . .

BismillahirRahmanirRahim . . .

" Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah-30)

Singa...Kalau diajar lompat kedalam gelung akan pandai juga....
Kuda...Kalau diajar supaya berlari laju akan pandai juga.............
Burung Kakaktua....Kalau diajar bercakap akan pandai juga......

Manusia??

Manusia juga perlu diajar...
Diajar bagaimana hendak melompat,bagaimana hendak berlari,bagaimana hendak bercakap....
Akan tetapi,adakah setakat itu sahaja??Manusia samakah dengan singa,kuda dan burung kakaktua??

Tidak...
Manusia juga diajar supaya mengenal dunia ini...
Manusia juga diajar berfikir tentang dunia ini...
Manusia juga diajar untuk menjadi 'yang paling hebat' di dunia ini...

Singa,kuda dan burung kakaktua hanya mampu mengikut dan mengajuk,apa yang diajar...
Mereka tidak tahu bagaimana hendak menjadi lebih baik dari itu...
Mereka tidak dapat menyingkap kebolehan untuk menjadi lebih baik dari itu...
Mereka tidak boleh mengetahui kemampuan untuk menjadi lebih baik dari itu...

Tetapi...
Manusia mampu untuk melakukan semua itu...
Manusia mampu untuk mengatasi semua kelemahan itu...
Manusia mampu untuk mengatur langkah,ke arah bagaimana untuk menjadi lebih baik dari itu...

Bukan semua...Hanya mereka yang berusaha...
Bukan semua...Hanya mereka yang bercita-cita...
Bukan semua...Hanya mereka yang ada ketetapan di dalam hati mereka.....

Manusia itu dikurnia perasaan dan sifat kasih sayang...
Manusia juga ada di dalam hati mereka kecintaan...
Semua ini semulajadi dalam diri seorang manusia...

Inilah alasan manusia itu dipilih memimpin sekalian makhluk di bumi...

Biar sepandai mana singa,kuda dan burung kakaktua...
Tetap tidak mampu bagi mereka dilantik sebagai ketua.............

Kerana tetap manusia itu begitu istimewa...
Kerana tetap manusia itu sebaik-baik kurnia...
Kerana tetap manusia itu sememangnya layak menjadi ketua...

Hikmah seorang manusia,disembunyikan oleh Yang Maha Kuasa,Yang Maha Mencipta,Yang Maha Bijaksana...

Manusia itu perlu berfikir...
Malaikat yang sentiasa bertasbih memuji Dia Yang Esa,
Ingin menyingkap hikmah rahsia,
Mengapa manusia,
Yang akan melakukan kerosakan dan binasa,
Di bumi,dipilih menjadi ketua??

Sesungguhnya benar...
Dengan 'kebodohsanaan' manusialah...
Bumi habis rosak binasa...
Peperangan,pertumpahan darah,pergaduhan kaum...
Pemanasan global,pemusnahan hutan,pencemaran....
Semuanya dilakukan oleh manusia....

Tidaklah singa,kuda dan burung kakaktua yang memulakannya...
Tidak....Tidak sama sekali...mahupun berkali-kali....tetap tidak akan sama....

Manusia-manusia inilah yang disifatkan bodoh,kerana mereka tidak ada kesediaan dengan amanah sebagai ketua...

Mereka mengkhianati tanggungjawab mereka...
Mereka menyeleweng dalam menjalankan tugas sebenar mereka..
Mereka memporak-perandakan semua yang sepatutnya berada di dalam jagaan mereka...

"Sesungguhnya Kami telah kemukan amanah keatas langit,bumi,dan gunung ganang maka semua enggan memikulnya,mereka khuatir akan mengingkarinya dan manusia menerima untuk memikul amanah tersebut.Sesungguhnya manusia itu amat zalim lagi bodoh" (Al-Ahzab 72 ).

Moga kita,tidaklah tergolong dalam golongan ' bodohsana'...
Kerana kita telah dicipta sebaik-baik kejadian,maka janganlah kembali menjadi manusia hina...

Ujian,mehnah,cabaran...itu semua untuk kita menjadi sebetul-betul manusia...
Allah tahu kita,mampu untuk menempuh ujian itu,
Allah tahu kita,mampu untuk berjaya dalam cabaran itu,
Allah tahu kita,mampu untuk menghapuskan segala mehnah yang hanya melemahkan semangat kita itu, dalam perjuangan menyingkap makna hidup seorang manusia....

Inilah sebenarnya hikmah ciptaan manusia...
Makhluk istimewa ciptaan Allah,Tuhan Yang Maha Bijaksana,Tuhan Yang Maha Perkasa...
Segala puji bagiNya...Yang Menciptakan Hidup dan Mati bagi seorang Manusia,Untuk Menguji Siapakah di antara kita,Yang Lebih Baik Amalnya...

Sesungguhnya warna kulit,bahasa,bangsa,wajah dan rupa...
Tiada beza pada penilaian Yang Maha Kuasa...
Kerana apa yang membeza dan memuliakan manusia itu di sisi Allah,hanyalah takwa kepadaNya...


*Ini coretan daripada seorang manusia...jika anda manusia juga,sudah tentu anda dapat menyingkap siapa sebenar anda,jika anda singa,kuda atau burung kakaktua,anda perlu menunggu seorang manusia untuk memberitahu anda....Wallahu'alam... =)

No comments:

Post a Comment