02 December 2010

Dakwah dan Hikmah . . .

BismillahirRahmanirRahim....


Sabda Nabi Muhammad S.A.W. : "Barangsiapa yang mengatakan 'Lailahaillallah' maka dia adalah da'ie (pendakwah) "

Jadi aku adalah seorang pendakwah....
Jadi anda juga adalah seorang pendakwah....
Jadi kita semua adalah seorang pendakwah....

Tidak bersedia??Tidak layak??Tidak cukup lagi ilmu untuk berdakwah??Tidak bagus lagi diri untuk menjadi contoh kepada yang didakwah??

Ingat...
Kita telah mengucapkan "Lailahaillallah...
Kita telah mengaku Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah...
Kita telah bersedia atas pengakuan kita itu...

Iaitu mengajak semua orang yang sama seperti kita,mengaku Yang Layak Disembah Hanya Allah,tahu apa yang dilafazkan...

Kerana kita mengaku Tiada yang layak disembah melainkan Allah...
Maka kita juga perlu akui dan patuhi segala arahan,ajaran dan suruhan Allah,tuhan yang kita sembah...Tinggalkan segala larangan,tegahan dan perkara-perkara yang menyalahi dan menafikan apa yang telah kita ucap...Dan perlu peringat-memperingati sesama kita,kerana hakikat manusia ini pelupa,bukankah insan itu terbit dari perkataan 'nasia',yang maksudnya lupa??

Dan seharusnya semua yang telah mengucapkan kalimah agung ini harus mempunyai rasa tanggungjawab itu...Mengajak semua yang mengucap kalimah thayyibah ini mengenal siapa itu Allah,Tuhan Yang hanya Dia Yang Layak Disembah,Hanya Dia Tempat Memohon Pertolongan,Apa yang Dia Kehendaki Kita Lakukan pada ketika,saat,di mana Kita Berada dan apa Yang Dia menegah kita daripada melakukannya....

Dan di dalam hadis lain,aukamaqola (seolah-olah berkata begini) Rasulullah :

"Daripada Abi Sa'id Khudri R.A. berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Barangsiapa yang melihat kemungkaran,maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan ( yakni kuasa yang ada padanya ) maka jika tidak mampu,hendaklah dia mencegah dengan lisan,maka jika tidak mampu,hendaklah dia mencegahnya dengan hati,dan (mencegah dengan hati itu) adalah selemah-lemah iman"

Kita yakin bahawa tuhan yang layak disembah tiada lain melainkan Allah S.W.T. ....
Dan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai pesuruh,utusan dan pemberitahu tentang bagaimana hendak mengenal Allah,tuhan Yang Esa,tuhan Yang Agung,tuhan Yang Maha Berkuasa...Tiada yang setara denganNya..

Kita mengajak semua orang supaya mengurangi kesalahan dan dosa yang mengundang murka Allah..Kita mengajak semua orang supaya melakukan amalan dan perbuatan yang mengundang redho dan cinta Allah...Kerana kita yakin dengan adanya syurga,kita yakin dengan adanya pahala,kita yakin dengan dosa-dosa,kita yakin dengan azab dan seksa neraka...

Maka perjuangan kita sepanjang masa bersama Allah...Perjuangan kita sepanjang masa menurut apa yang dikehendaki Allah,dengan berpandukan dua petunjuk yang pesuruh Allah Nabi Muhammad S.A.W. wariskan kepada kita,tak luput dek hujan,tak lekang dek panas,tak pupus dek zaman,iaitu Al-Quran dan sunnahnya...

Dengan Al-Quran dan As-Sunnah,kita dapat membezakan antara manusia dan haiwan...
Kalau kita kata makan berdiri,minum berdiri,kencing berdiri itu cara zaman moden,makanya lembu,anjing,kambing dah lama moden daripada manusia...Mereka sejak lahir-lahir lagi sudah melakukan semua 'kemodenan'itu...Maka apakah kita sama dengan lembu,anjing,kambing?? Huh,hinalah kita sebegitu,sudah dicipta sempurna dan istimewa,mahu meniru pula cara makhluk-makhluk Allah yang tidaklah sehebat kita,ciptaan yang bernama manusia...Maka sunnah nabi itu mengajar kita supaya menjadi berbeza daripada haiwan-haiwan itu...Cara makan,cara minum,cara masuk ke tandas,cara buang air,semua dapat menjadikan kita berbeza dengan haiwan-haiwan itu...

Ini yang perlu kita beritahu,ini yang perlu kita tahu,ini yang perlu kita amal,dan ini yang perlu kita mengajak orang lain beramal,agar kita dan mereka juga dapat mengetahui hakikat kita dicipta di dunia ini,untuk mengenal Allah...

Namun begitu,cara kita,kelakuan kita,dan gaya kehidupan seharian kita,amat mempengaruhi dakwah kita...Sebagai contoh,adakah ada orang yang akan mengikut nasihat pencuri yang selalu mencuri,mengatakan kepadanya supaya jangan mencuri ?!? Ya,nasihat itu perlu diterima,tapi dengan perasaan dan rasa jelek,:

"Ish,dia tu tak cermin diri sendiri ke?",
"Ish,dia ni pun teruk,nak nasihat orang?",
"Ish,tak sedar diri ke,macam ni nak nasihat orang?"

Itulah persepsi manusia...Bagi yang lapang dada,mereka akan menerimanya,namun bagi yang kurang ilmunya,mahukah mereka mengikut kata??Mahukah mereka menurut nasihat orang yang baru sahaja dikatakan 'tak sedar diri'?

Bukan pencuri sahaja,cerminlah diri kita...

Adakah kita sama seperti pencuri tadi??Adakah kita hanya pandai cakap tapi tak pandai buat?? Adakah kita rasa setiap kata-kata untuk berdakwah kita betul semuanya?? Adakah orang akan anggap kita sama seperti sifat pencuri itu tadi??Adakah setiap ayat,susunan kita dapat diterima oleh semua orang??Adakah hipokrit kata-kata kita,yakni kita hanya tahu cakap tapi kita sendiri tak pernah cuba untuk mengikut apa yang kita cakap??

Jika begitu,tak payahlah berdakwah,jika begitu,susahlah untuk mengajak orang ke arah kebaikan,jika begitu,malaslah nak berdakwah,diri tidak cukup sempurna,mahu mengajak orang menjadi sempurna....

Dakwah itu perlu ada islah,yakni memperbaiki diri sendiri sambil berdakwah, bertanggungjawablah atas kata-kata kita,ikutlah apa yang kita sendiri kata,jangan hanya manis bicara,indah tutur kata tapi tak seindah rupa pengertiannya...Itulah hipokrit,tidak pernah sedar diri,hanya dia yang betul,hanya pandai berkata-kata tapi tidak melakukan apa yang dikata,hanya pandai menyuruh,mengarah orang supaya melakukan itu ini,tapi diri sendiri tidak pernah melakukan..Ego pula,hanya merasakan amatlah betul kata-katanya yang keras dan kasar,teguran yang menyakitkan hati orang lain,cara menyampaikan dengan nada yang berlagak dan perasan bagus,yang menyebabkan orang lain susah untuk menerima nasihatnya sahaja yang baginya,patut orang lain ikut dan turut.....

Dakwahlah dengan 3 cara :-

Bil hikmah : Gunalah bahasa yang lembut dan manis,susunlah ayat yang menyedapkan hati sendiri untuk mendengarnya,supaya kita dapat tahu apa yang orang lain ( mad'u ) rasa, kita dapat tahu perasaan orang lain apabila mendengar kata-kata kita,walaupun setiap orang tidak sama,namun sekurang-kurangnya dakwah kita yang menggunakan susunan kata yang lemah-lembut dan indah,mungkin dapat menarik hati mad'u untuk mengikut nasihat seterusnya berdamping dengan kita supaya dapat sama-sama menuju jalan yang diredhoi Allah...

~~ Disebutkan dalam satu kisah,seorang pemuda ingin menguji tahap dirinya sebagai pendakwah, setelah berguru dengan murabbinya.Dia ditugaskan untuk berdakwah di sebuah kampung yang penduduknya terlibat dengan ajaran sesat,yang mana imam masjid di kampung itu mengaku sebagai ahli syurga dan dapat menjamin sesiapa sahaja yang mengikuti ajarannya dapat masuk ke syurga.Murabbinya berpesan supaya menggunakan hikmah ketika berdakwah.

Maka pergilah pemuda ini ke kampung tersebut,mendengar ajaran imam tersebut,dan ia ternyata sesat.Pemuda ini berdiri lalu berkata kepada imam itu dengan suara yang kuat,wahai penduduk kampung,sesungguhnya imam yang di hadapan ini sesat dan kamu semua janganlah mengikut ajarannya.Penduduk kampung terkedu dan si imam kelihatan tenang.Lalu si imam berkata,wahai penduduk kampung,sesungguhnya yang berdiri di hadapan kamu ini adalah syaitan,maka barangsiapa yang dapat memukulnya nescaya akan masuk syurga.Penduduk kampung pun meluru memukul pemuda tadi,hingga bengkak-bengkil badannya.Dia pulang kepada murabbinya dan memberitahu akan hal itu.

Murabbinya mengajak dia kembali ke kampung tersebut dan berkata,lihat bagaimana aku lakukan.Murabbinya duduk mendengar ceramah imam tadi dan memang ceramahnya menyesatkan.Lalu murabbi ini berdiri dan berkata,wahai penduduk kampung,di hadapan kamu ini adalah seorang ahli syurga,barangsiapa yang dapat mencabut sehelai bulu di badannya nescaya akan masuk syurga, apabila penduduk kampung terdengar akan hal tersebut,lalu mereka menyerbu imam tersebut dan mencabut segala bulu yang ada di badannya.Habis berdarah badan imam tersebut dan dia meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.Pemuda yang melihat cara murabbinya berdakwah berasa kagum.Murabbi lalu berkata,inilah hikmah.~~

Mau'izhatul Hasanah : Jadikan diri kita sebagai contoh kepada mad'u,jangan sekali-kali perkatakan apa yang kita tak pernah lakukan,kecuali kita bertanggungjawab kembali atas apa yang kita perkatakan...Sebagai contoh : Kita melarang orang supaya jangan bercouple,tapi kita sendiri bercouple,maka itu akan jadi seperti pencuri tadi,selalu mencuri tetapi menasihati orang supaya jangan mencuri,tanpa insaf akan perbuatannya dan berubah diri supaya tidak lagi mencuri...Golongan seperti ini akan mengundang kemurkaan besar Allah,kerana Allah telah berfirman di dalam Surah As-Saff :2-3:

"Wahai orang-orang yang beriman,mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu lakukan.Kemurkaan besar di sisi Allah terhadap barangsiapa yang memperkatakan apa yang tidak dia lakukan"

Kita lengkapkan diri kita dahulu,jaga solat 5 waktu kita,rajin lakukan amalan-amalan sunat,menjaga anggota tubuh badan,mata,telinga,mulut,tangan,kaki daripada melakukan maksiat,rajin berdoa kepada Allah S.W.T. supaya dipermudahkan urusan,diberi hidayah kepada kita semua...InsyaAllah orang akan senang mendengar cakap kita,orang akan senang mendampingi kita,orang akan senang menerima nasihat kita...Dan kita pula mudah untuk mengubah diri kita sendiri ke arah yang lebih baik dan lebih sempurna...Sambil berdakwah,sambil berIslah.....Inilah yang diamalkan oleh Imam Hassan Al-Banna....

Mujahadah : Sentiasa bersungguh-sungguh ketika berdakwah...Jangan putus asa,Jangan kecewa kerana dakwah kita tidak berjaya,kerana yang memberi hidayah adalah Allah,bukan kita...Sedang Abu Tholib sendiri tidak berjaya diajak supaya memeluk Islam oleh Nabi Muhammad S.A.W,apa lagi kita yang lebih rendah taraf dan darjat berbanding baginda S.A.W...
Kita cuma mampu mengajak,Allah jualah yang mengubah mereka...Sentiasa berfikir dahulu sebelum berdakwah,sebelum bertindak dan sebelum berkata-kata....Sentiasa kuatkan azam dan yakin bahawa Allah sentiasa bersama,syurga itu benar,dan pahala itu benar....Pahala bagi orang yang berada di jalan Allah,dibandingkan dengan pahala orang yang hanya duduk di rumah mengangkat takbir tanpa henti dan berpuasa tanpa berbuka selama 3 hari berturut-turut,masih tidak dapat melawan pahala tidur orang yang berada di jalan Allah...Kerana setiap ibadat digandakan sebanyak 490 juta kali ganda pahala...Jadi mengapa kita sia-siakan peluang yang mudah membawa kita ke syurga??Subhanallah.....

Berdakwahlah dengan berhikmah,jadikan diri sebagai contoh dan jangan sesekali mengalah,Ingat...

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. "(Muhammad:7)

Jangan sangka hanya kita sahaja yang betul...Jangan ingat kita sahaja yang pandai berhujah,berkata-kata....Orang lain salah,orang lain tidak kuat hujahnya....Tidak...Kikislah ego,buanglah sombong....Jangan jadi pendakwah yang bodoh sombong,hipokrit,ego...Kelak dibenci,kelak dikeji,kelak dakwahnya tidak ada siapa pun yang mengikuti...Wallahu'alam...

*Tegurlah andai ada kekurangan dalam kata-kataku ini,tegurlah andai aku sendiri pun tidak pernah mengikuti kata-kataku ini,tegurlah andai aku terlupa tentang kata-kataku ini,kerana aku juga manusia,aku tidaklah sempurna....

No comments:

Post a Comment