24 December 2010

In The End...

BismillahirRahmanirRahim

Selangkah....demi selangkah...masa yang pantas berlalu...hingga tak terasa pun.....BELAJAR SELAMA 3 TAHUN!!!

Kata-kata itu diungkapkan oleh hati,jiwa dan ragaku setelah merampas (kejam bunyinya!) slip keputusan PMR daripada pengetua,Pn.Hajah Salmah bt. Ishak...Terkejut/Terharu/Tergembira (eheh)semuanya secukup rasa bercampur gaul dalam hati,jiwa dan ragaku....

Alhamdulillahi Rabbil A'lamin,setelah 3tahun menyeksa diri di sekolah tercinta(^^),rasa berbaloi juga atas segala pengorbanan tenaga,usaha dan minda untuk tulis beberapa kerat perkataan jer [huh(-_-')]dalam beberapa helai kertas jer...9A yang sekadar di'print' atas kertas putih dengan dakwat yang tak berapa putih(kelabu la tu)sudah dalam genggaman...Syukur pada Allah,Dia jualah yang memberi kecemerlangan ini,Dia jualah yang menetapkan ketentuan ini,Dia jualah yang menguji hambaNya ini...

Moga dengan rezeki Allah ini aku tidak lupa diri dan riak,kerana sesungguhnya ini semua kurniaan dariNya,kerna pabila dipiker-pikerkan usaha aku takdelah bagus sangat pun,bahkan ramaiiiiii lagi yang bagus dan cemerlang usahanya dari aku....Mungkin Allah ingin menguji mereka dan aku,

Mereka supaya istiqamah atas usaha mereka dan jangan putus asa,terus berusaha memohon pertolonganNya,kerana sia-sia usaha itu tanpa sedikit pun berkat dan rahmat dariNya, mungkin Allah menyimpan sesuatu yang lebih baik untuk mereka,dan Allah ingin memberi petunjuk kepada aku dan mereka supaya sentiasa yakin dengan Allah dan sentiasa bersangka baik kepadaNya...

Aku pula supaya bersyukur dan tingkatkan lagi usaha dan pemberian ini sebagai pencetus semangat dan peringatan buatku bahawa tiada pertolongan melainkan daripada Allah jua... Hanya kepada Dia aku memohon,Hanya kepada Dia aku meminta.....Aku tiadalah memiliki apa-apa melainkan semua adalah pemberianNya...Syukur sebanyak-banyak syukur kepadaMu ya Allah,indahnya tawakkal kepadaMu,lazatnya berdoa dan beribadah kepadaMu,dan tenang serta damainya kalimah syukur dan redho di atas segala ketentuan dan takdirMu...
Tahniah kepada yang berjaya!Tahniah kepada semua,kerana kita semua berjaya! 9A/8A/7A/6A/5A/4A/3A/2A/1A hanyalah dakwat printer yang dicetak di atas kertas sahaja... Usaha dan doa kitalah yang menentukan kejayaan kita semua....dan atas pertolongan serta rahmatNya jualah kita memperoleh kejayaan,cuma ia ditentukan dan ditetapkan pabila tiba masanya,kejayaan itu akan datang kepada kita...

Jangan sombong dan riak pabila memperoleh kecemerlangan dan kejayaan,Jangan pula kecewa dan putus asa pabila memperoleh ujian dan dugaan berbentuk kegagalan,kerana gagal dan berjaya itu cabaran dalam perjuangan kita menuntut ilmu, bukan tidak ada sirna kejayaan dalam perjuangan,cuma kejayaan itu pasti akan datang pabila masanya tiba dengan rahmat dan pertolongan dari Allah,yakinlah bahawa Allah akan memberi kita yang terbaik,mungkin bukan sekarang,tapi pada masa akan datang....

"Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)

"...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)

"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)


Kredit :

*Ibubapa,senior-senior,junior-junior,makcik kantin,makcik koop,ajk surau,ajk koop,ajk bilik study,Ummi DM,Mak Teh DM,waiter-waiter DM,tukang masak DM-sbb byk bntu aku dlm study

*Aben,Aman,Am,Pait Ubi,Nabil,Chan,Atit,Chon,Lan dan semua kengkawan- sbb byk bntu aku dlm study

*Cikgu Hizam, Sir Suhaime, Ust.'Asim, Ckg.Shahir, Ckg.Zahar, Ckg.Fatimah, Tcher.Afidah, Tcher.Raja, Ustzh.Fudzla, dan semua cikgu-cikgu SMKA Kedah-sbb byk bntu aku dlm study


No comments:

Post a Comment