29 December 2010

Indonesia Menang,Malaysia Juara !!

BismillahirRahmanirRahim . . .

Tajuk entri di atas diambil daripada kata-kata hikmat seorang sahabat...terima kasih yek...hehe

Banyak jugak cerita pasal piala AFF Suzuki nih...Asalnya takde orang kisah pun pasal AFF Suzuki Cup ni tapi sejak Malaysia kalahkan Vietnam dan masuk final hari-hari berita pasal ni masuk suratkhabar....Oleh kerana aku ni jenis malas melepak depan TV tengok bola maka kenalah baca berita-berita tu.....

Tahni-ah kepada pasukan Harimau Malaya kerana berjaya mencakar sayap Garuda (Garuda??sayur kot...hehe),walaupun kalah 2-1 di stadium Gelora Bung Karno semalam tapi berjaya jugak menggelorakan stadium tu dengan MENJULANG TROFI KEMENANGAN DI TEMPAT LAWAN !!

Tandukan kencing,eh kencang Safee Sali yang membuatkan goal keeper Indon terkencing,bukannya pancaran laser...haha

Macam-macam jugaklah yang jadi antara Malaysia-Indonesia sejak bermula kekalahan Indonesia ke atas Malaysia 3-0 (yang ni pun nak ucap tahni-ah jugak)...Asyik-asyik nak salahkan pancaran laser(untung tokey pen laser jugak,Indonesia kalah jugak),ada pulak kata Malaysia guna ilmu hitam..Rentang-rentang banner pun ada jugakk,konon nak provoke pemain Malaysia....Tapi kalah jugak,well takmau kata apalah...Dan yang terbaru ada terbaca Indonesia mengaku pemain Malaysia keturunan Indonesia...Sudahlah,dulu sibuk-sibuk nak serang Malaysia dengan buluh runcing,lepas tu bakar pulak bendera Malaysia,tak sedar pulak ada sedara mara makbapak adikabang nenektokwan diorang kat sini....

Indonesia,aku bukan nak bangkitkan isu perkauman ke curi budaya orang ke apa,tapi terimalah kekalahan dan cubalah jadi bertamadun sikit...Kita kan sama-sama Islam,jangan pasal bola ni nak berperang pulak....Malaysia pun,Indonesia buat apa kat kita drama,filem dengan lagu diorang dok layan jugakkk....Aku ada tanya sorang rakyat Indonesia yang datang untuk belajar tahfiz di Malaysia,

Aku: Di Indonesia ada apa-apa rancangan Malaysia yang popular tak??
Beliau:Ada-ada,UPIN & IPIN(agak dah,huhu)
Aku:Yang lain??Drama??Filem??
Beliau:Nggak ada................................................
Aku:Lorh...Di sini banyak sekali filem-filem,drama dengan lagu dari Indonesia (nk ckp Indon xreti so tergeliat lidah la sket)

Hmm...Tulah,Malaysia kurang-kurang rilek(rakyat Malaysia pun,bila kalah cacimakikejikutuk habis,menang jer puji-puji,cakap ada harapan apa semua,huh!)...Indonesia ni kecoh je lebih....(Rio Ferdinand pun ucap tahni-ah jugak weh,Indonesia nak bising apa lagi??)Apa-apa pun bola itu bulat,jangan sebab bolasepak ni kita berpecah....AFF Suzuki Cup 2010 dah habis,jadi janganlah persaudaraan dan ukhwah antara kita saudara seIslam dan negara sejiran ni habis jugak...

yeye dapat cokelat sorang sebijik !!!

2 comments:

  1. ya..betul sekali...
    apa2pun,sudah rezeki Malaysia utk menang...

    ReplyDelete
  2. betui pa yg ank tlis nih..
    baguih2..aku suka..haha..

    ReplyDelete