18 December 2010

Susah Sangat ke Nak Berubah ?!?



Dengan Nama Allah,Yang Maha Pengasih,Lagi Maha Penyayang . . .

***************************************************
Buat 'awak' yang mahu berubah,
Berubahlah walaupun payah,
Berubahlah ke arah hidup lebih indah,
Hidup dan masa muda sekali cuma,
Sanggup nak sia-siakan tanpa redhaNya??
-hlovate-

*************************************************************

Ish...Susah sangat ke aku nak berubah ?!?Tiap-tiap hari asyik kesalahan sama yang aku lakukan...Kebaikan pulak takdela sama,kadang-kadang tak sama,kadang-kadang sama....



Aku nak berubah,tapi kenapa tak boleh???Ye ke tak boleh??Atau aku sendiri yang tidak cuba untuk berubah??huuh,aku nak berubah,tapi bila kawan ajak berubah,aku tolak,kata aku taklah sealim/sebaik/sebagus dia...Macamlah Islam untuk orang-orang alim/bagus/baik je...


Bila ada panduan untuk berubah,ada murabbi untuk merujuk,ada kitab/buku untuk dibaca,ada senior/kawan-kawan untuk ditanya,aku malas,aku takde masa,konon je......

Kata Saidina Umar Al-Khattab r.a :
"Barangsiapa yang hari ini lebih teruk dari semalam,maka celakalah ia"

Tak mahulah aku jadi celaka...Bukan apa...Celaka ni untuk benda-benda yang memang tak baiikkk sangat...Mana ada orang kata :

"Celaka kau sebab tolong orang"

"Celaka kau sebab solat sunat"

"Celaka kau sebab baca Al-Quran"

Tidak sekali-kali tidak!!takkan ada orang yang akan cakap macam tu...Tapi aku masih dok buat perangai celaka jugak...Hmm..Macam mana la nak berubah..

Tolong orang..Dalam Islam kita diminta memuliakan saudara seagama,seaqidah dengan kita...Tapii........

Bila makbapak mintak tolong kemas rumah,cuci kereta,jaga adik,aku malas,cakap banyak lagi kerja nak buat,cakap takde masa,cakap macam-macam alasan....Padahal selama ni makbapak aku yang bagi makan minum,bagi duit,jaga aku bagi jadi orang berguna,mereka tak pernah keluarkan kenyataan macam tu pun !!!


Bila cikgu atau kawan-kawan mintak tolong...Cikgu dan kawan mintak tolong angkat barang,aku buat-buat tak tahu,aku cakap ada kerja,aku cakap nak pergi tandas....Bila kawan nak pinjam barang/duit,aku cakap takde,aku cakap ada orang lain nak pinjam,aku cakap aku pun nak guna,

Padahal cikgu yang ajar aku bagi jadi pandai,cikgu yang ajar aku bagi jadi orang berilmu, cikgu yang ajar aku supaya jangan jadi kurang ajar!!tak payah aku mintak tolong pun!! kawan yang tolong aku masa aku susah,kawan yang sanggup teman aku makan sama-sama,kawan yang jadi tempat aku mengadu masalah...

Dan bila aku tak tahu nak buat kerja sekolah,cikgu dan kawan la yang tolong aku selesaikan masalah!!!

Solat Sunat??Solat 5 waktu aku masih lagi berterabur!!!Nasib baik Nabi S.A.W. tak ambik 50 waktu!!! Dah masuk waktu dhuha baru nak sembahyang subuh,dah masuk waktu tahajud baru nak sembahyang isya' !!! Solat sunat?!?orang ajak solat sunat rawatib aku buat-buat malas, aku lebih syiok tidur,aku kata tu solat sunat je...Padahal 2 rakaat dan tak sampai 2 minit pun aku boleh buat !!! Tahajud??Dhuha??Awwabin??Witir???Sekadar tulis dalam buku nota PAI je la... Tak terfikir nak amal ilmu...

Baca Al-Quran??Nasib baik la kat sekolah ada program 5 Minit Bersama Al-Quran...Kalau tak bulan Ramadhan je la harap nak belek Al-Quran nak baca...Baru nak kenal nama-nama surah dalam Al-Quran,Nak kenal Al-Quran ada berapa juz',berapa ayat,berapa surah,kelebihan surah-surah tertentu...Tu pun aku selalu lap !!! punyalah pergi lepak dengan setan kat dalam tandas !! Lebih rela layan nafsu dengan tidur kat bilik persalinan !! Lebih rela menyorok bawah meja cikgu,tempat sempit tuu !!! Takut-takut cikgu nampak....Takut sampai menyusahkan diri sendiri !!!


Macammana aku nak pastikan aku ni tak ikut cara hidup yahudi nasara kalau kitab panduan umat akhir zaman yang mana Nabi Muhammad S.A.W. janji kalau ikut kita tak akan sesat aku buat tak tahu je ?!?? Patutlah selama ni aku asyik ikut cara hidup yahudi nasara,cara berpakaian,cara makan,cara minum,cara bersosial,cara berhibur,cara beribadat pun hampir terikut dengan yahudi nasara !!

Padahal selama ni Allah masih limpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada aku...Padahal aku masih lagi selamat daripada bala Allah S.W.T. Padahal Allah tak pernah meminta bayaran atas nikmat dan rahmat yang Dia kurniakan selama ni...Cuma nak aku menyembahnya,ikut suruhannya,tinggalkan larangannya,tawakkal hanya kepadaNya,dan yakin hanya kepadaNya...

Syukurlah aku masih punya kalimah "Lailahaillallah Muhammadarrasulullah"...Aku kena berpegang pada kalimah ni untuk aku berubah...Ikut perintah Allah,ikut sunnah nabi,InsyaAllah aku boleh berubah...Berbalik pada ajaran Islam,buang segala penyakit hati,ego/riak/ujub/bodoh sombong/hipokrit untuk aku berubah...Carilah teman dan guru untuk membantu perjuangan aku untuk berubah...Aku boleh,sebab aku percaya :

"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau,Dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan "

Aku nak berubah ke arah lebih baik !! aku nak jugak ajak kawan-kawan aku berubah !! Berubah ke arah redho Allah !! berubah sampai kita bertemu hasil dan hadiah atas perubahan kita !! kerana syurga Allah pasti buat orang-orang yang mahu berubah,dan bertemu dalam keadaan redho Allah ke atasnya...


"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri,
dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami,nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi." [Al-A'raf:23]


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Ali Imran: 139)

1 comment:

  1. best en3 ni.moga anda istiqamah.. may allah bless u:)

    ReplyDelete