29 January 2011

Aku Rindu Sayang Kamu . . .

BismillahirRahmanirRahim . . .

Dah tiga tahun belajar kat SMKAK,bukan rasa bosan yang menjengah,tapi rasa macam nak pindah...hehe dan akhirnya,setelah berusaha berhempas pulas mengisi borang permohonan SBP, aku terpilih jua untuk melanjutkan pengajian ke Kolej Islam Sultan Alam Shah....Sedihnya nak tinggal kawan-kawan!!! (ni agak hipokrit)


This Flash Player was created @ FlashWidgetz.com.
Layan jiwang sat....tekan 'play' untuk dengar

Namun sedang pengetua suruh berpindah,jadi tunggu apa lagi??pack barang cepat!!tapi penat gak la nak buat persiapan...nak kena cari sain buku kokurikulum,nak kena pi asrama settle pa semua pastu nak kena nanges-nanges pulak...aku tak nanges la orang lain nanges....


Dan seminggu sebelum pindah tu macam-macam jugaklah benda menarik terjadi....kakiku injured sampai nak jalan pun kena tukar style tapi Alhamdulillah dua hari jer,maknanya tak terjejas la kerja-kerja pemindahan aku tuh...hehe

Cinta ye......Banyak kisah cinta yang terlakar sepanjang aku dok berstudy kat SMKA Kedah nih... Walaupun tak berkaitan dengan aku (aku tau mesti takdak orang percaya)...Siapalah aku ingin berbicara tentang cinta....tapi betul la remaja sekarang ni tak pernah mengenal erti cinta...




Cinta itu asalnya fitrah setiap makhluk,sedang binatang atau haiwan pun punya perasaan kasih sayang sesama mereka,bahkan melebihi manusia inikan pula manusia yang sememangnya ingin mencintai dan dicintai....

Cinta suci lahir daripada sifat manusia itu yang inginkan kasih sayang,yang ingin menyayangi dan disayangi,cinta suci bukan setakat cinta lelaki-perempuan,boy-girl,maskulin-feminin, muslimin-muslimat bahkan cinta kepada saudara mara,cinta kepada sahabat,cinta kepada alam sekitar dan cinta kepada kedamaian itu pun disebut sebagai cinta yang suci!!

Kita selalu mencemarkan cinta dengan hanya jumpa tiap-tiap malam (tak buat apa nah,setakat pegang-pegang sikit jer),tukar-tukar hadiah,kirim-kirim salam...Semua benda tu akan menjadi bosan bila melangkah ke alam dewasa (perkahwinan la)..Manakan tidak asyik-asyik benda sama jer,sebelum kahwin begitu,semasa kahwin begitu,selepas kahwin begitu...All of us want something new and fresh!!
Meh nak cerita kisah C.I.N.T.A. 'saya-awak'......
Cinta kepada Allah dan Rasulullah itu yang utama,cinta kepada kedua ibubapa dan cinta kepada anda!kawan baek saya!ahh...saya bukannya bercinta,saya cuma anggap awak sebagai kawan baek saya...saya sayang awak sebagai kawan baek saya(kawan baek ye,bukan kekasih!)

Cinta kepada bunga,bunga akan layu,cinta kepada manusia,manusia akan mati,cinta kepada Allah,akan kekal selama-lamanya....Saya nak ajak awak sama-sama mencintai Allah S.W.T.

Sebab tu saya selalu bagi awak hadiah,supaya bila awak ingat hadiah tu awak ingat saya,dan bila awak ingat saya awak ingat Allah (?!?!?)...

Saya jugak selalu nak jumpa awak tiap-tiap malam..kalau boleh nak jumpa tiap-tiap masa tapi takut kantoi dengan orang lain pulak(malu la nanti boleh timbul fitnah)jadi masa-masa lain saya ushar awak jer laa.....Bila saya jumpa awak boleh la kita sembang-sembang pasal kehidupan seharian kita di sekolah,bincang masalah sama-sama,bukankah seorang mukmin itu wajib membantu saudaranya yang lain???Jangan risau,saya pakai lebai dan serban,awak pakai tudung(tak kira la labuh ke tak janji tutup aurat)...Syaitan takkan ganggu kita,Syaitan takkan naikkan nafsu kita,Syaitan takkan cuba timbulkan fitnah antara kita.....

Tapi kawan-kawan asyik kata hubungan kita ni hipokrit!!Cinta pada Allah konon!!mesej tiap-tiap malam cinta pada Allah apanya!!Ishh...Diorang tak tahu ke saya selalu ajak awak buat amal kebaikan,selalu larang awak daripada buat kemungkaran,selalu belanja (belanja tu kan sedekah) awak?!?Diorang tak tahu ke awak mesej dengan saya tu awak selalu peringatkan saya tentang cinta kepada Allah,awak selalu kata awak sayang saya kerana Allah,awak selalu bagitahu saya insyaAllah cinta kita sampai ke surga??

Walaupun awak dan saya tak pernah saling mengingati tentang murka Allah,tak pernah saling mengingati tentang tipu daya syaitan,tak pernah saling mengingati tentang sia-sianya usia remaja kalau hanya main-main cinta,tapi cinta kita tetap tulus suci murni kerana Allah!!!


Tapi awak....................................................................

Hari tu waktu saya ajak awak buat solat sunat,dan saya kata saya sayang awak sangat-sangat.....

Awak kata,tiada yang lebih penting daripada cinta Allah....awak ni,bukan ke itu yang saya dan awak saling peringatkan???


Lepas tu awak pun kata,alangkah bagusnya kalau masa kita bermesej kita gantikan dengan amal ibadat,alangkah bagusnya kalau kita saling peringatkan pergilah ajak kawan-kawan sekali buat amalan sunat,alangkah bagusnya kalau kita tidak menipu diri kita dengan cinta pada Allah,tapi masih buat perkara mungkar,tipu daya syaitan sangat dahsyat!itu kata awak pada saya....




Tapi saya sayang sangat pada awak....Jadi macam mana??Saya tak mahu kehilangan awak!!


Awak pun kata pada saya....Kalau ada jodoh,insyaallah kita akan sambung cinta kita,cinta yang lebih tulus suci murni daripada fitnah dan tipu daya syaitan...Buat masa sekarang,awak suruh saya persiapkan diri dulu dengan ilmu dan amalan,supaya saya boleh pimpin awak nanti ke arah redho Allah....

Awak kata pada saya kita bertemu dan berpisah kerana Allah,awak tak mahu hidup saya sia-sia hanya kerana membuang masa mengambil berat pasal awak...Awak kata awak boleh bawak diri sebab Allah sentiasa bersama awak....Awak tak mahu kita menghampiri lembah zina walaupun kita tidaklah berzina,namun sekali lagi awak kata tipu daya syaitan amat dahsyat !!!


Awak kata pada saya berdoalah semoga kita dijodohkan dengan cinta yang lebih halal daripada cinta yang main-main cinta sahaja...


Awak kata pada saya......."Boleh kan awak???"

1 comment:

  1. not bad..bole than..bguih2..
    truskan brdakwah..thumbs up!!^^

    ReplyDelete