31 January 2011

Assalamu'alaikum-Peace be Upon You-Sejahtera ke Atas Kamu





Dengan Nama Allah,yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang......

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh......


Permasalahan Salam ni ramai yang tanya,dan di sini insyaallah kita kongsi sama-sama,moga dengan rahmat dan berkat ilmuNya dapat kita menjalani salah satu tuntutan di dalam Islam secara menyeluruh dan sempurna.....

Sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadits dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, katanya dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Tidaklah kamu akan masuk surga sehingga kamu beriman, dan tidaklah kamu beriman sehingga kamu saling mencintai. Tidaklah kamu mau kutunjukkan kepada sesuatu yang apabila kamu lakukan kamu akan saling mencintai..?

"Yaitu sebarkanlah salam di antara kamu".

MAKNA SALAM..

Makna salam adalah do’a seorang Muslim kepada saudaranya seiman. Kata “Assalaamu‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh” mempunyai makna “Semoga seluruh keselamatan, rahmat dan berkah dianugerahkan Allah kepada kalian”. Nilai do’a dalam kandungan salam ini menjadi salah satu dasar mengapa salam tidak dapat diberikan kepada orang-orang Non Muslim.

Karena do’a seorang Muslim
kepada Non Muslim akan tertolak, meskipun ditujukan kepada orang-orang yang dekat dalam kehidupannya. Demikian pula Rasulullah SAW tertolak do’anya ketika ditujukan kepada pamannya yang masih kafir, Abu Thalib. Dan Allah mengingatkan dengan firman-Nya:”Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya. Dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk” (Al Qashash [28]: 56).

Do’a seorang Muslim kepada Non Muslim adalah do’a supaya mereka mendapat petunjuk masuk dalam pangkuan Islam. Demikianlah do’a Rasulullah SAW kepada orang Non Muslim:”Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku, karena sesungguhnya mereka orang yang tidak mengerti” (Sirah Nabawiyah, Abul Hasan ali An Nadwi). Atau do’a Rasululah SAW kepada Umar Bin Khaththab ketika masih kafir:”Ya Allah, berilah kemuliaan kepada Islam dengan masuk Islamnya salah satu orang terkasih kepada-Mu, yakni Abu Jahal atau Umar Bin Khaththab”.

Demikian pula sebaliknya. Seorang
Non Muslim tidak mungkin mendo’akan seorang Muslim, karena tuhannya tidak sama. Bagaimana mungkin seorang tuan menggaji seseorang yang bukan pegawainya. Sehingga, bila seorang Non Muslim memberi salam kepada kita, cukup kita balas dengan ucapan:”Wa’alaikum (Semoga kamu juga)”, tidak lebih dari itu....

HUKUM MEMBERI SALAM :

Hukum memberi salam itu sunat namun hukum menjawabnya wajib.Afdhal juga menambah/melebihkan lafaz menjawab salam daripada lafaz memberi salam...

*Assalamu'alaikum-Wa'alaikumussalam Warahmatullah
Assalamu'alaikum Warahmatullah-Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh-Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh (ada juga pendapat supaya ditambah perkataan 'Wamaghfiratuh Waridhwanu')

Soalan 1 :

Kenapa perkataan SALAM,ASSALAM dan ASSALAMU'ALAIKUM saja yang mesti dijawab bila hantar mesej,chat,facebook dan sebagainya,kenapa pulak perkataan A'KUM,SEMEKOM DAN SELKOM tidak perlu dijawab??

Jawapan :

Sebenarnya mana-mana perkataan yang hanya ditaip seperti mesej,chat,facebook dan sebagainya tidak wajib dijawab kerana lafaz salam itu tidak didengari,lain pula halnya dengan telefon,apabila orang memberi salam kita wajib menjawab kerana lafaz salam didengari.. Tentang perkataan A'KUM,SEMEKOM dan SELKOM pula ia tidak memberi apa-apa makna maka ia tidak perlu dijawab sama sekali

Soalan 2 :

Boleh ke bagi salam dan bersalam dengan individu berlainan jantina??

Jawapan :

Hukum memberi salam dengan orang berlainan jantina dibolehkan sekiranya tidak mendatangkan nafsu atau syahwat di mana apabila memberi salam salah satu individu berasa terangsang (dengan suara lunak kita atau senyuman kita ke (mana ada orang bagi salam dengan muka garang suara garau).Seperti memberi salam kepada ibubapa,saudara-mara yang lebih tua (seperti datuk,nenek,pakcik,makcik (yang sudah berkahwin)) atau guru-guru..
Fatwa al-Qardhawi menjelaskan: (kesimpulan dari fatwa beliau yg panjang dalam isu berjabat salam dgn perempuan, sila rujuk fatwa muasirat belia, terbitan pustaka salam Jld 5/6)

1. Harus berjabat salam bila bebas dari fitnah. Jika ada fitnah dan unsur berahi, maka ia haram. (maka bersalaman antara lelaki muda dgn perempuan tua yang sudah menopaus kemungkinan bebas dari fitnah dan tiada rangsangan seksualiti)

2. Berjabat salam hendaklah terhad pada keadaan dan keperluan. Contoh sesama keluarga dan menasabah yang diperlukan seperti ketika berlakunya musibah atau kecelakaan yang menimpa.

3. Tidak memulai terlebih dahulu, maksudnya salam itu dicetuskan oleh orang lain, kita sekadar menyambut utk menjaga maruahnya.

4. Sentiasa ingat bahawa budaya bersalaman ini bukanlah amalan kaum salaf

5. hukum bersalaman antara gender ini bukan hukum umum terbuka utk semua orang, ia hanya kepada sesiapa yang terdesak dan memerlukan hukum ini. Ia hendaklah diamalkan dengan waspada.

Seboleh-boleh dan sebaik-baiknya elakkan....

Soalan 3 :

Ada ke tempat yang haram kita memberi salam??

Jawapan:

Di dalam tandas dan semasa sedang makan,haram bagi kita memberi salam dan tidak wajib bagi kita menjawabnya...

Terdapat juga satu-satu keadaan yang mana tidak wajib bagi kita memberi salam :

Seperti keadaan seseorang itu tergesa-gesa hendak pergi ke tempat kerja,atau sedang sibuk membuat kerja atau ketika majlis ilmu dan majlis zikir

Tatacara memberi salam:

Orang yang berkereta memberi salam kepada orang yang berbasikal.

Orang yang berbasikal memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.

Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang ramai.

Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua. (sebagai tanda hormat)

Orang yang tua memberi salam kepada orang yang lebih muda.(sebagai tanda kasih sayang)

Soalan 4 :

Hukum memberi salam kepada orang bukan muslim??

Jawapan :

Diharamkan seorang Muslim mendahului mengucapkan salam kepada orang Non Muslim. Rasulullah SAW bersabda:”Jangan kalian mendahului mengucapkan salam kepada orang Yahudi atau Nashrani” (HR. Muslim).

Tetapi apabila forum(perbincangan)nya telah berbaur antara orang Muslim dengan Non Muslim, maka diperkenankan kita untuk memulai mengucapkan salam. Demikianlah yang dilakukan Rasulullah SAW ketika melewati suatu majelis yang berbaur antara orang Muslim, musrikin penyembah berhala dan Yahudi. Beliau mengucapkan salam kepada mereka” (HR. Bukhary dan Muslim).

Apabila orang Non Muslim memulai mengucapkan salam, maka jawaban yang diperkenankan oleh syari’at adalah:”Wa ‘alaikum!” (Semoga anda juga). Itu saja, tidak usah diperpanjang lagi. Rasulullah SAW menasihatkan:”Jika orang-orang Ahli Kitab (Non Muslim) memberi salam kepada kamu, maka jawablah:”Wa ‘alaikum” (HR. Bukhary dan Muslim).

Soalan 5 :

As Salam Qabla Al Kalam,tapi selalunya apabila kita mendengar ceramah-ceramah agama penceramah memulakan ceramahnya dengan bismillah,seterusnya alhamdulillahirabbil a'lamin dan selawat ke atas nabi disertai dengan beberapa doa lain kemudian baru memberi salam,adakah ini menyalahi konsep memberi salam??

Jawapan :

Maksud As Salam Qabla Al Kalam ialah jika kita berniat hendak memberi salam hendaklah kita mendahului kata-kata kita dengan salam dahulu dan tidak berkata tentang perkara lain sebelum memberi salam..

Contoh :

*Helo,Assalamu'alaikum,siapa yang menelefon?? [salah]

Assalamu'alaikum,Helo,siapa yang menelefon??[betul]

*Kau apa khabar,Assalamu'alaikum,sihat ?? [salah]

Assalamu'alaikum,kau apa khabar, sihat?? [betul]

Namun bagi yang menggunakan perkataan-perkataan yang memuji Allah sebagai intro sebelum memberi salam (selalunya dalam ceramah agama dan tazkirah) dibolehkan kerana perkataan-perkataan itu merupakan hubungan manusia dengan Allah manakala lafaz salam itu merupakan hubungan manusia dengan manusia,ia merupakan dua perkara yang berbeza maka dibolehkan untuk memuji Allah dan bersholawat ke atas nabi disertai dengan beberapa doa sebelum memberi salam dalam tazkirah/ceramah agama,namun tidak salah juga jika didahului dengan salam dahulu...

Sabda Rasulullah S.A.W.:"Sampaikanlah dariku,walaupun satu ayat"

Wallahu'alam -andai terdapat khilaf dalam perkongsian ilmu di atas,anda dialu-alukan untuk sama-sama memperbetul apa yang salah

No comments:

Post a Comment