24 February 2011

Hikayat Musafir di Bumi Waqafan



Ingat Senang Ke Fatimah Syarha nak tulis novel??Begitu jugak susahnya Lisa Surihani nak hafal skrip filem??Ingat senang ke Zaid bin Tsabit nak kumpul Al-Quran dan tulis??Begitu jugak susahnya generasi akhir zaman nak hafal Al-Quran....

Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusanku dalam kehidupan,bersyukur atas nikmat Iman dan Islam yang masih utuh di hati ini Insyaallah....

"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati,Tetapkanlah hati kami dalam AgamaMu,dan Ketaatan kami kepadaMu"

Koleksi Kisah Benar :


Ni ditulis dengan izin Allah yang mempermudahkan segala urusan...Dan bahasa yang digunakan adalah bahasa tidak formal...Dan mengikut pendapat dan pendirian sendiri...Sebarang ketidakpuasan hati atau pertanyaan tidak dilayan...(haha)

Wallahu'alam...

Musafir Bumi Waqafan-SMKAK vs KiSaS


Sambung lagi Hikayat Musafir Bumi Waqafan....

Aku rasa rindu pulak suasana kat SMKAK tu...Rilek jer....Flow sekolah pun takdelah rush macam KiSaS ni...Kawan-kawan pun ramai....Kat KiSaS ambik masa sikit....Nasib baik geng utaqa ramai... Kurang-kurang ada gak orang nak cakap utaqa...Bilik aku B105 ada orang perak,pahang dengan shah alam...Aku kadang-kadang jer cakap utare dengan diorang...Kebanyakan cakap kite-kite... Best gak cakap KL...haha tapi loghat utaqa still aku suka....



Kat sini semua pakat nak menonjol...Aku jugak tertolak kat belakang....Malas la....Kalau kat SMKAK mesti kena kata pulun giler dah ni..giat la apa la....Tapi kat sini memang kena menonjol... Kena rebut peluang kalau tak habes la...Kat SMKAK boleh la tunggu cikgu datang jer "Haa faiz,kamu jadi tukang masak kantin nah..." senang-senang jer boleh jadi...Ni tanya sapa volunteer nak cakap kat depan dekat 5 orang pergi cakap...sapa nak jadi PRS???Dekat 20 orang isi nama...Sapa nak masuk tu masuk ni???Jenuh berebut pen nak tulis nama...
Rindu tu ada (sekolah ye) tapi ahh.....

"Takkan kau nak patah balik??Takut ke???Takut tak dapat jawatan??Takut mandorm??Kau jangan jadi pengecut!!!Kau dah tetapkan pendirian nak duduk sini!!Takkan nak patah balik!!Kemasyhuran,jawatan,kepopularitian tu semua benda yang akan datang dan pergi!!Jangan mengharap semua tu!!!Datang sini sahut cabaran,hadapi rintangan!!Kau nak berjaya takde jalan mudah!!Come on!!La Takhof wa La Tahzan,Innallaha Ma'ana (Jangan takut & Jangan Bersedih,Allah sentiasa Bersama)!!"


Macam tu la suara hatiku berharap masa aku berbelah bahagi dok kat KiSaS nih..Nasib baik ada gak bekas SMKAK (Akh Azry,Presiden BADAR kat sana ex-SMKAK-batch 2005)..Buleh gak bawak bersembang....Well then,time tazkirah mesti cakap pasal 5 Unique in KIsas,pastu tanya perasaan kat KiSaS...Aku rasa tak boleh digambarkan dengan kata-kata la...Perasaan ni abstrak dan berubah-ubah...Memang aku suka dan gembira dan masyukk sangat dok KiSaS tapi kadang-kadang rasa tension,tertekan (eh sama la),rindu kat SMKAK tu ada...Moga Allah permudahkan urusan aku kat KiSaS ni....Insyaallah...

Aku balik naik keretapi...Best tapi boring...Huhu Ramai jugak terjumpa ex-KiSaS kat KL Sentral... Tak pernah kenal pon tapi generasi ke-50 boleh bertegur sapa dengan generasi ke-57(batch aku la tu...tua sungguh KiSaS nih)...Well,Ukhwah is one of 5 uniques in KiSaS.. Takkan terputus hubungan dan tarbiyah antara AlKis(Alumni KiSaS) dengan generasi akan datang... Memang Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara...

Wallahu'alam...Kembara aku tak habis lagi ni..Baru dua minggu sekolah..Moga dapat teruskan perjuangan di Bumi Waqafan...Buat sahabat-sahabat di MCKK,SBPI dan Teknik semoga berjaya dalam hidup dan peperiksaan,dunia dan akhirat ....Ma'at Taufiq wan Najah....


Musafir Bumi Waqafan-Apa Yang Lain


Sambungan Hikayat Musafir Bumi Waqafan...

Sampai KiSaS...Aku rasa lebih kurang macam SMKAK jer...Solat jemaah,pakai serban,baca Al-Quran (kat sini boleh pakai kain pelikat dan baju warna,digalakkan pakai jubah,KiSaSian akan diterapkan supaya cintakan sunnah nabi)...Eh,nanti-nanti...Kenapa surau ni takde orang bising??Surau asing putra dan putri...Tapi takde orang sembang-sembang pun...Semua baca Al-Quran,tak pun baca kitab,tak pun baca Solusi...Oklah tu,cari ilmu dalam tu...Eh sedapnye suara,sapa pulak bawak mp3 pasang surau ni...Bukan haram ke...

Oh suara abang tu,(lepas beberapa hari baru aku taw dia tekong kumpulan nasyid KiSaS,Soutul Mujahideen)..Memang akan ada sorang KiSaSian akan pergi baca Al-Quran guna mic.Tak kira la artis ka qari ka suara kurang merdu ka,pergi jer baca...Dan takkan ada suara-suara kedengaran masa sebelum azan,dan masa tazkirah...Seperti yang aku bagitahu,setiap orang boleh bercakap, benda sama tapi teguran berhikmah diberikan bila tengok pelajar KiSaS ada yang tak mahu rapat ke depan,ada yang bercakap ke....


Tautan Hati-tengah baca sekarang nih...BEST!!cadang semua muslimah baca dan sapa-sapa yang ada adik/kakak perempuan buleh baca....kalau nak bagi awek pun buleh jugak...

Contohnya macam ni :

"Insyaallah kita akan buat tazkirah(intro simple)...Jadi mintak semua tolong jangan keluar surau...Rapat-rapat ke depan,masa zaman nabi dulu para sahabat duduk rapat-rapat sampai kalau ada daun yang jatuh daun tu jatuh atas riba-riba mereka....Masyaallah...Marilah kita contohi para sahabat ni.."

23 February 2011

Musafir Bumi Waqafan-Kembara Bermula...


7/2/2011-Hari Pendaftaran

Mak aii....ramainya orang...takpe-takpe..pergi daftar nama dulu...ambik no.bilik...OMG,aku duduk floor satu dengan form 6!tapi takpelah dekat sikit..orang lain duduk floor 3...Kelas pulak 4-408.... Duduk dengar ceramah dulu...lepas sorang,sorang...hishh boring nih.....dekat 5 orang dan dekat 3 jam diorang berleter!!..Tapi aku tertarik bila PK Hem cakap,

Tika Terbuka Hari...

AHMAD FAIZ BIN ZAIDIAZMAN
KC025K016
NO.137,TAMAN SETIA,06700 PENDANG,KEDAH...

TAHNIAH,ANDA DITERIMA MASUK KE KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

Posmen dah hantar surat tawaran...Faiz....ko nak pergi ke tak nih......buat keputusan...... cepat...cepat...cepat....Suara-suara hasutan bergema dalam koklea aku...hmm....

Kalau tak pergi,rugi pulak..bukan senang nak dapat peluang..