23 February 2011

Musafir Bumi Waqafan-Kembara Bermula...


7/2/2011-Hari Pendaftaran

Mak aii....ramainya orang...takpe-takpe..pergi daftar nama dulu...ambik no.bilik...OMG,aku duduk floor satu dengan form 6!tapi takpelah dekat sikit..orang lain duduk floor 3...Kelas pulak 4-408.... Duduk dengar ceramah dulu...lepas sorang,sorang...hishh boring nih.....dekat 5 orang dan dekat 3 jam diorang berleter!!..Tapi aku tertarik bila PK Hem cakap,matlamat KiSaS ialah

"لتخرج القاده المتقين المثقفين"

"Untuk melahirkan pemimpin yang bertakwa dan berintelektual tinggi"

Fuh..Lepas beliau tayang slide tunjuk kejayaan-kejayaan KiSaS,kurikulum-SPM 97 orang straight A,kokurikulum-sampai peringkat antarabangsa...Aku mula semangat nak angkat beg nak letak kat dalam bilik...

Sampai-sampai bilik,eh 4 orang jer satu bilik...bilik pun kecik jer...hmm...baguslah...takde la semak kepala otak sangat...aku duduk di blok B-blok Ali...rumah kuning,(kat smkak merupakan musuh sebab aku rumah hijau dulu)...

Lepas salam dan mintak restu ayahanda dan bonda,diorang suruh belajar betul-betul,bagi berjaya,dah dekat RM1000 habis nih....Baek ayahanda dan bonda...Pastu aku naik bilik dan rehat-rehat kejap.... Petang tu takdak apa sangat...Kenal-kenal dengan ahli bilik dulu,sorang Perak,sorang Pahang...Nampaknya kena cakap 'kite-kite' la lepas ni....

Malam tu baru diorang buat pengumuman,perhatian kepada adik-adik form 4,sila berpakaian baju melayu putih dan seluar slack serta berkasut,ke dewan Al-Muttaqin Al-Muthaqqafin sekarang....Aku dengan rushnya cepat-cepat naik atas bilik (buat pengetahuan:blok aku digabungkan sekali dengan musolla, maknanya bilik aku le bilik form 4 paling dekat dengan musolla,hehe)pastu kena naik jejantas pulak dah(ASPURA terletak di seberang jalan sekolah,maknanya tiap-tiap pagi/ petang/ siang/ malam kena naik jejantas la nak pergi sekolah...adoih!!lenguh kakiku!!takpa-takpa baru first time...

Malam tu bermula la sejarah,iaitu tiba masa di'form 1'kan balik...minggu orientasi!!oh tidak!! aku terseksa !! Nasib baek nama program orientasi tu menyedapkan sikit kalbu aku ni...Minggu Jalinan Kasih....Dengar macam menarik....

Memang sepanjang seminggu tu kami dihindarkan daripada belajar,sebab kena dengar taklimat, LDK,ceramah,main tepuk fokus bla bla bla bla...tak larat nak cerita..Jadual program tak bawak balik...kalau tak boleh tunjuk setiap penyeksaan yang ada....hehe


Balik tu lepas supper diorang kata ada liqa al-mulk...Takpe aku dah biasa buat kat SMKAK...tapi tudia aih....Lepas sorang sorang abang bangkit....Aku teruja melihat kepetahan diorang bercakap walaupun benda sama tapi tak boring....Antaranya mestilah membincangkan 5 UniQues In KiSaS...Bertambah keterujaan aku nih...betoi ka??Nanti tengok camna nah....

Teachers;"Cikgu-cikgu kat sini memang hebat...sanggup tinggal rumah nak buat program,nak buat tuisyen untuk kita semua.."Dan cikgu-cikgu sini memang hebat,sebab aku ada terjumpa seorang cikgu bukan Islam di KiSaS!!Dan dia memang mengajar di KiSaS..Wooo memang 1Malaysia KiSaS nih...Wujud persefahaman antara guru dengan guru dan guru dengan murid

Friends;"Ikatan persahabatan tu cukup kuat...Kawan ana di Johor buleh telefon ana yang duduk di Perak tu,tande die ingat kat kite.....Dan kalau duduk sini,insyaallah kite buleh belajar macam-macam bahase dengan kawan kite....macam-macam gaye dan muke kite buleh tengok...Takde la kalau duduk Kedah asyik nampak muke Kedah jer...."(mase nie KU KiSaS yang cakap)

Ukhuwah;"Ukhuwah kat sini cukup hebat...Kawan-kawan tolong kejut kita untuk sembahyang, tolong urut kita time tertidur masa tazkirah,sama-sama share makanan,sama-sama peringat kalau-kalau ada terbuat silap,sama-sama larang buat maksiat,sama-sama ajak buat ibadat..."

Mulanya aku fikir,eleh biasa la benda tu,apa yang hebatnya?Tapi satu hari tu masa aku tertidur time tazkirah maghrib(hehe) ada sorang tolong kejut,wah...tak kenal pun dia nih..."Terima kasih sebab tolong kejut"aku kata...'kalau tak mesti aku rugi sebab tak dengar tazkirah ni'(kata kalbuku)...

Tarbiyah;Memang tarbiyah kat sini mantop!Tak kira,ada jawatan atau takde jawatan,semua bangkit bagi nasihat,semua boleh bagi tazkirah,semua berani datang ke depan pegang mic.. Rasa rendah diri tetap ada,tapi rasa ingin berkongsi ilmu pun ada jugak..Benda sama diulang-ulang supaya kukuh dalam diri,ini betul sebab aku pernah dengar seuntai kalam madah :

"Apabila berulang-ulang sesuatu itu.maka timbullah kekukuhan,dan apabila timbul kekukuhan,wujudlah keyakinan"

Bi'ah Solehah; aku memang respek benda ni....Terkejut jugak bila kumpulan untuk LDK masa MJK(Minggu Jalinan Kasih) dicampur lelaki-perempuan...Tapi memang ikhtilat(perhubungan) antara lelaki dan perempuan tu terjaga....Boleh buat kerja sekali tapi tak boleh over sampai melanggar batasan...

Dan suasana yang diorang cuba wujudkan ialah suasana santai...Datang awal baca Al-Quran,baca Al-Mathurat lepas subuh dan asar,pakai kain pelikat dan jubah dan serban jer masa sembahyang(semua sunnah nabi) dan pergi sembahyang subuh di masjid tiap-tiap ahad dan dengar kuliah subuh kat sana...Semua dibuat tanpa dipaksa,sebab dah diterapkan dalam setiap pelajar supaya kekalkan suasana seperti ini...

Doa khas untuk bi'ah solehah di KiSaS ni :

"اللهم سَلِّمْ تَرْبِيَّةً بِأَرْضِنَا المَوْقُفَةً وَ سَلِّمْ بِيأَةً صَالِحَةً هُنَا"

"Ya Allah,Kau Sejahterakanlah tarbiyah di bumi waqaf ini,
Dan Kau Sejahterakanlah bi'ah solehahnya"

Ni semua senior-senior punya cerita...Pengenalan buat kitorang la...Supaya nanti takdela terkezut sangat (tambah-tambah yang takbiasa duduk hostel)hidup kat KiSaS ni macam mana...

To be Continued................

4 comments:

  1. wahh!! syiokkk wehhh~

    eh eh, sronoknyee..haha!

    lidah hg dah xbleh btoi dah haa?? heee~*lawak saja*

    ReplyDelete
  2. esh..ko nih...aku kliru taw nk tuleh bhse pe..haha

    ReplyDelete
  3. eh kite nak pindah sane la...hahaha

    ReplyDelete
  4. http://syababmusafir.blogspot.com

    bleh jer...hehe

    ReplyDelete