24 February 2011

Musafir Bumi Waqafan-Apa Yang Lain


Sambungan Hikayat Musafir Bumi Waqafan...

Sampai KiSaS...Aku rasa lebih kurang macam SMKAK jer...Solat jemaah,pakai serban,baca Al-Quran (kat sini boleh pakai kain pelikat dan baju warna,digalakkan pakai jubah,KiSaSian akan diterapkan supaya cintakan sunnah nabi)...Eh,nanti-nanti...Kenapa surau ni takde orang bising??Surau asing putra dan putri...Tapi takde orang sembang-sembang pun...Semua baca Al-Quran,tak pun baca kitab,tak pun baca Solusi...Oklah tu,cari ilmu dalam tu...Eh sedapnye suara,sapa pulak bawak mp3 pasang surau ni...Bukan haram ke...

Oh suara abang tu,(lepas beberapa hari baru aku taw dia tekong kumpulan nasyid KiSaS,Soutul Mujahideen)..Memang akan ada sorang KiSaSian akan pergi baca Al-Quran guna mic.Tak kira la artis ka qari ka suara kurang merdu ka,pergi jer baca...Dan takkan ada suara-suara kedengaran masa sebelum azan,dan masa tazkirah...Seperti yang aku bagitahu,setiap orang boleh bercakap, benda sama tapi teguran berhikmah diberikan bila tengok pelajar KiSaS ada yang tak mahu rapat ke depan,ada yang bercakap ke....


Tautan Hati-tengah baca sekarang nih...BEST!!cadang semua muslimah baca dan sapa-sapa yang ada adik/kakak perempuan buleh baca....kalau nak bagi awek pun buleh jugak...

Contohnya macam ni :

"Insyaallah kita akan buat tazkirah(intro simple)...Jadi mintak semua tolong jangan keluar surau...Rapat-rapat ke depan,masa zaman nabi dulu para sahabat duduk rapat-rapat sampai kalau ada daun yang jatuh daun tu jatuh atas riba-riba mereka....Masyaallah...Marilah kita contohi para sahabat ni.."

takdelah nak maki maki,"korang ni semua boleh diam tak!!!Hormat sikit orang nak cakap kat depan ni!!Orang nak bagi ilmu korang bising pulak!!!Suruh cakap kat depan taknak!!!Korang nak jadi kafir/munafik ke!!!"bla bla bla bla....Kalau cakap macam ni mesti orang sakit hati then pakat-pakat boikot...huhuu


Dan tabiat orang KiSaS ni suka buat analogi bila nak bagi contoh...Contohnya: "Antum semua beruntung duduk kat KiSaS ni,kutiplah mutiara-mutiara kat KiSaS ni...Bawak bila antum keluar nanti" dan macam-macam lagilah...tak ingat semua (Tulah sapa suruh malas catat,berlagak otak Imam Syafie konon).....


Dan diorang akan guna intro yang sama masa taaruf :


"Ana akhukum fil Islam,wa Uhibbukum fillah" (Saya saudara kamu semua dalam Islam,dan saya cintakan kamu semua kerana Allah)


Ada jugak yang tambah :


"Ana Ad-Dhaif,Al-Faqir Ilallah..Ismi bla bla bla"(Saya yang dhaif,yang faqir daripada Allah)


Aku tertarik dengan ketawadhukan diorang,tanpa berbangga-bangga dengan jawatan (tak sebut langsung pun....Dan setiap kali ada orang yang dipanggil cakap kat depan diorang (kitaorang la) akan berselawat ke atas nabi,dan kalau nak test mic,selalunya diorang sebut "Subhanallah" dan bila habis buat ucapan sebut "Barakallahu fikum"(Semoga Allah memberkati Kamu semua)....


Wajib pakai baju berkolar bila nak pergi sekolah(prep ke main ke),turun blok(kalau setakat keluar bilik jalan-jalan kat koridor boleh pakai t-shirt)dan bila berada di sekolah wajib berkasut dan wajib 'in' baju...Perghh...Jenuh jugak tiap-tiap kali nak tukar....Oh ye kat dewan makan kena pakai seluar slack ngan baju melayu/atau kemeja jer...Dan KiSaSian akan adakan makan berjemaah tiap-tiap kali makan malam,start baca doa pukul 6.45...maknanya memang kena ada kat dewan makan la time tu...tak kira la kau mandi ke tak lagi...kalau tak tak dapat makan....


Tiap-tiap Ahad KiSaSian akan berhijrah ke Masjid Sultan Sulaiman untuk solat subuh berjemaah kat sana dan dengar tazkirah sampai pukul 7.30 lebih kurang....Pastu ada la makan-makan free AJK Masjid sediakan...Balik asrama sarapan pulak...hehe rezeki-rezeki...Pukul 9 pulak ada inspection atau nama cumilnya 'check bilik'...Huh,yang ini memang gila-gila punya check,tingkap, kekisi,celah meja,celah pintu,lantai jangan bagi ada habuk...Atas locker tak boleh ada barang, cadar dengan selimut kena cekang (yang ni besa la kan)...


Oh ye,kat sini guna sistem merit demerit ikut rumah sukan,contohnya kalau kau datang lewat ke,buat salah laku ke,tak aktif ke,dapat no.last dalam exam ke,bilik kau tak kemas ke,markah rumah akan dipotong....Dan ini memang berkesan,yelah takkan sebab kita orang lain pun kena, mesti taknak buat orang lain tensen dengan kita ann..Malu oo bila rumah dapat tempat ke bawah sekali....Tak keluar bilik !!haha


Kelas dan sekolah pula memang tahap sbt,hari Sabtu ganti sekolah pun cikgu masuk mengajar!! Dan cikgu-cikgu kat sini memang baik...Suka sedekah..Aku dapat kuih free ngan roti (kuih tu pembantu makmal bagi) masa tolong angkat buku....Subhanallah...Cikgu India (ngajar BI) pon ada...DAn senior ada cerita cikgu India tu suruh baca doa sebelum belajar...Cikgu tu bukan Islam...Moga-moga Allah bagi hidayah kat beliau..(ameen)


Dan semua yang berjawatan di sini buat kerja dan jalankan amanah diorang!! Masa MJK tu PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) yang pegang dan conduct...Cikgu-cikgu cuma bagi taklimat dan datang tengok jer...Disiplin pengawas (kat sana dipanggil Ketua Pelajar) yang jaga.....Datang lewat ke check bilik ke tak ikut peraturan ke diorang akan tegur....Dan takde orang yang sakit hati atau rasa nak boikot pun dekat orang yang menegur tu...BADAR pulak bertanggungjawab dalam tarbiyah pelajar (tazkirah/ceramah/risalah dakwah/program dakwah semua diorang rancang dan jalankan)...KR(Kapten Rumah) pulak bertanggungjawab menjaga ahli-ahli rumah dia...Kalau ada buat salah ke kena bagitau dan tegur...


Budaya salam,bagi tazkirah/tarbiyah,senyum,buat kerja bila dibagi amanah tu memang dah jadi kewajipan...Mungkin bagi sesetengah orang "biasa la benda macam ni pun nak kecoh...Semua sekolah buat"....Tapi bagi aku kalau tak dilatih sekarang dengan betul-betul mungkin benda yang dilakukan kat sekolah tu diabaikan jer bila keluar dari sekolah nanti...


Tu yang jadi pecah amanah,akhlak buruk,tinggal solat,lupa Tuhan,buat maksiat..Tak kira la kau Kolej Islam ke Sekolah Sains ke Intergrasi ke SMKA ke SMK (J) ke SBT ke Kluster ke tapi kalau kau berjaya tanpa redha dan berkat Allah mengiringi kau kau takkan kemana,kau mungkin berjaya dalam slip peperiksaan tapi kau takkan mungkin berjaya mencapai apa yang kau nak...


Kau berjaya jadi doktor,tapi kau takkan dapat rasa puas bila tolong orang,sebab rasa bangga bila orang kata kau hebat,kau cekap tu sekejap saja...Kau akan rasa puas bila lepas tolong orang kau ingat bahawasanya Allah yang memberi kekuatan dan keupayaan kat kau untuk tolong orang.... "Sesungguhnya barangsiapa yang menghiasi dirinya dengan sifat tawadhuk,Allah akan mengangkat darjatnya"..Seiring dengan kejayaan dunia kita perlu berjaya di akhirat... Dan untuk berjaya di dunia dan di akhirat mestilah dengan taqwa...Kan Allah berfirman :

"Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa itu kemenangan/kejayaan"

Nanti Sambung Lagi...To be continued!!

2 comments:

  1. buka blog aq sama...
    jamiyatussyubbanilmuslimin.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. aku stuju ngan ang...tautan hati memang best...
    he3...saja nak hbq

    ReplyDelete