24 February 2011

Musafir Bumi Waqafan-SMKAK vs KiSaS


Sambung lagi Hikayat Musafir Bumi Waqafan....

Aku rasa rindu pulak suasana kat SMKAK tu...Rilek jer....Flow sekolah pun takdelah rush macam KiSaS ni...Kawan-kawan pun ramai....Kat KiSaS ambik masa sikit....Nasib baik geng utaqa ramai... Kurang-kurang ada gak orang nak cakap utaqa...Bilik aku B105 ada orang perak,pahang dengan shah alam...Aku kadang-kadang jer cakap utare dengan diorang...Kebanyakan cakap kite-kite... Best gak cakap KL...haha tapi loghat utaqa still aku suka....



Kat sini semua pakat nak menonjol...Aku jugak tertolak kat belakang....Malas la....Kalau kat SMKAK mesti kena kata pulun giler dah ni..giat la apa la....Tapi kat sini memang kena menonjol... Kena rebut peluang kalau tak habes la...Kat SMKAK boleh la tunggu cikgu datang jer "Haa faiz,kamu jadi tukang masak kantin nah..." senang-senang jer boleh jadi...Ni tanya sapa volunteer nak cakap kat depan dekat 5 orang pergi cakap...sapa nak jadi PRS???Dekat 20 orang isi nama...Sapa nak masuk tu masuk ni???Jenuh berebut pen nak tulis nama...
Rindu tu ada (sekolah ye) tapi ahh.....

"Takkan kau nak patah balik??Takut ke???Takut tak dapat jawatan??Takut mandorm??Kau jangan jadi pengecut!!!Kau dah tetapkan pendirian nak duduk sini!!Takkan nak patah balik!!Kemasyhuran,jawatan,kepopularitian tu semua benda yang akan datang dan pergi!!Jangan mengharap semua tu!!!Datang sini sahut cabaran,hadapi rintangan!!Kau nak berjaya takde jalan mudah!!Come on!!La Takhof wa La Tahzan,Innallaha Ma'ana (Jangan takut & Jangan Bersedih,Allah sentiasa Bersama)!!"


Macam tu la suara hatiku berharap masa aku berbelah bahagi dok kat KiSaS nih..Nasib baik ada gak bekas SMKAK (Akh Azry,Presiden BADAR kat sana ex-SMKAK-batch 2005)..Buleh gak bawak bersembang....Well then,time tazkirah mesti cakap pasal 5 Unique in KIsas,pastu tanya perasaan kat KiSaS...Aku rasa tak boleh digambarkan dengan kata-kata la...Perasaan ni abstrak dan berubah-ubah...Memang aku suka dan gembira dan masyukk sangat dok KiSaS tapi kadang-kadang rasa tension,tertekan (eh sama la),rindu kat SMKAK tu ada...Moga Allah permudahkan urusan aku kat KiSaS ni....Insyaallah...

Aku balik naik keretapi...Best tapi boring...Huhu Ramai jugak terjumpa ex-KiSaS kat KL Sentral... Tak pernah kenal pon tapi generasi ke-50 boleh bertegur sapa dengan generasi ke-57(batch aku la tu...tua sungguh KiSaS nih)...Well,Ukhwah is one of 5 uniques in KiSaS.. Takkan terputus hubungan dan tarbiyah antara AlKis(Alumni KiSaS) dengan generasi akan datang... Memang Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara...

Wallahu'alam...Kembara aku tak habis lagi ni..Baru dua minggu sekolah..Moga dapat teruskan perjuangan di Bumi Waqafan...Buat sahabat-sahabat di MCKK,SBPI dan Teknik semoga berjaya dalam hidup dan peperiksaan,dunia dan akhirat ....Ma'at Taufiq wan Najah....


1 comment: