18 March 2011

Kadang-kadang Aku Malu . . .

In The Name of Allah,The Most Gracious,The Most Merciful....

"Kau pakai tudung labuh??Eyyy,macam kelambu jer,tak stylo langsung....Tengok aku,tudung macam Yuna,haa kan cun..."

"Kau pakai jubah???Nak tunjuk alim la ni....Eleh,kau pun sama je macam kami, masa belajar dalam kelas tido jugak....Blah la!"


"Come on,bro...Meh la try-try hisap rokok ni...Alah try jer pon...Kejap lagi kita main poker pulak... Rilek,kita tak guna duit pun...Kita main suka-suka jer.."


"Eh kau tahu tak,si fulan tu aku ajak kapel tapi pelik la,dia tolak..Segak tu segak dah,elok-elok orang dah minat dia tak mahu pulak..Jual mahal lah.."


Kadang-kadang aku rasa pelik...Kenapa aku tak macam orang lain..Orang lain semua nampak bergaya(bagi diorang la) dengan tudung bulat (paling aku rasa tak lawa),tudung tiga segi (paling aku rasa 'baik tak payah pakai tudung') dengan tudung jarang (kurang-kurang boleh tayang rambut)...Aku???Tudung labuh???Huh!Rimas,panas,silap-silap masa makan nanti kotor pulak, masa buat kerja pun susah nak bergerak!


Kadang-kadang aku rasa pelik...orang lain pakai stylo,ranggi,t-shirt cun punya,tapi aku asyik pakai jubah??Dahlah labuh,panas!!!Orang tengok pun macam tabligh,esh aku bukan tabligh pun...Orang kata aku bukan alim sangat,buat-buat alim pulakkk....Hipokrit!!


Kadang-kadang aku rasa malu...Orang lain semua ada pasangan,tiap kali birthday,dapat hadiah, tiap kali Valentine Day,dapat bunga,tiap-tiap hari,dapat call,tiap-tiap hari,dapat mesej sayang, dapat mesej rindu,dapat jumpa tengok muka couple masing-masing(sejuk hati),dapat pegang-pegang...Aku??RM10 boleh la tahan sebulan,sebab aku tak ada orang yang nak hantar mesej,dan tak ada orang nak mesej sampai habis RM 10 sehari!!!


Kadang-kadang aku rasa malu.orang kata aku ni 'nerd'....Hisap rokok tak nak,couple tak nak, tengok video lucah tak nak,main poker saja-saja (tak letak duit) tak nak....Walhal semua remaja MESTI BUAT TU!! Semua tu fitrah remaja...Nakkan kebebasan kan???Nakkan keseronokan... Aku ni remaja ke??Gaya macam kanak-kanak suci,tapi janggut panjang seinci dah (sunnah nabi kan?)....



Layar Keinsafan-Mestica :Tekan untuk lebih feeling :-)
MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com


Oh ye..Aku teringat satu hadis nabi :

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

(H.R. Muslim)

Keterangan
Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.
Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.
Err..Patut ke aku malu??Sedangkan aku patut bangga...Bukan ke jubah tu sunnah nabi??Dan Nabi S.A.W. bersabda : "Barangsiapa yang mengikut sunnahku ketikamana orang ramai cuba merosakkannya,baginya SERATUS PAHALA MATI SYAHID"..Wah,kalau macam ni tak payah la aku malu...Aku pun boleh couple dengan bidadari nanti,bukan seorang,berorang-orang....
Oh ye,patut ke aku malu sebab aku tak hisap rokok,tak couple,tak main kad poker saja-saja,tak tengok video lucah...Sebab hisap rokok macam bunuh diri,buang nyawa aku je kalau hisap rokok...Main poker pulak mungkin saja-saja,tapi lama-lama timbul keinginan nak main guna duit pulak macammana??Main dah terer dah,tunggu nak letak duit je...Dan kalau letak duit ertinya tu dah jadi JUDI!!! dan JUDI adalah HARAM secara jelas disebutkan dalam AL-Quran!!! Kalau couple lagi la,dengan habis duitnya,dengan kena kongkongnya,dengan kena jelesnya,dengan hidup kena ambil beratnya...
Come on la,aku ada life aku sendiri,kenapa aku nak couple??Kalau aku suka kat orang tu aku just suka je... Kenapa aku nak heboh-heboh kat smua orang??Kenapa aku kena top up kat dia tiap-tiap masa?Kenapa aku kena jeles kalau dia sembang dengan orang lain yang lain jantina daripada aku?Dia bukanlah hak aku sepenuhnya,sebab dia BUKAN SUAMI/ISTERI AKU!!Aku cuma suka dan pendam rasa suka aku tu...Dan aku doa semoga aku dapat jodoh sekurang-kurangnya sebaik dia(kalau orang yang aku suka mestilah baik kan)
Dan satu lagi,aku rasa aku patut malu...Bukan ke malu itu perhiasan para nabi?Qudwah hasanah aku Rasulullah S.A.W.Bagindalah pemimpin negara yang paling hebat...Bagindalah pemimpin keluarga yang paling hebat... Bagindalah pemimpin sahabat-sahabat baginda yang paling hebat...Bahkan baginda diakui pemimpin paling hebat di kalangan orang-orang kafir...
Begitu juga dengan isteri-isteri baginda...Saidatina Khadeejah r.h.a,isteri paling memahami,paling penyayang dan disayang, setia menemani...Saidatina A'isyah Ummahatul Mukminin r.h.a,isteri yang paling mengasihi, rajin membantu,rajin menuntut ilmu.paling lama bersama Nabi S.A.W. sehingga menjadi tempat rujukan para sahabat dalam bertanyakan masalah-masalah agama...Puteri baginda,Saidatina Fatimah Az-Zahra', anak yang pengasih,isteri yang rajin membantu suami(Saidina Ali r.a),dan srikandi yang agung buat contoh pemudi-pemudi remaja masakini...
Jadi salah ke aku malu,malu nak buat maksiat????????????????????????????
"Perubahan memerlukan kesabaran,Perubahan merupakan ujian keimanan,Yakinlah pertolongan Allah andai anda mahu berubah,Mintalah bantuan rakan,andai rakan bisa membantu,Luahkan isihati,Kuatkan tekad,Pasakkan azam,Berdoalah dan Bertawakkal, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya"

14 March 2011

Perlu Ke Baik Untuk Berubah dan Berdakwah??

Dengan Nama Allah,Yang Maha Pengasih,lagi Maha Penyayang


"Aku ni bukanlah baik sangat...Nak tegur orang buat apa"
"Takpelah...Kau kan baek..Kau je la pergi buat sembahyang sunat tu...Aku ni jahat mana layak"

Dialog-dialog yang rasa macam nak bagi penyepak kan??Heh...Mana boleh..Da'ie yang tidak tahu berhikmah pasti dakwahnya ditolak mad'u..Kalau kita marah-marah "Kenapa korang ni degil sangat ha?suruh buat ibadat pun tak nak...Nak jadi kafir ke hah!!!" Semestinya selepas tu da'ie tersebut dibenci oleh serata alam...Serulah dengan hikmah dan bijaksana :

“Hikmah itu sesuatu yang hilang dari orang yang beriman, maka sesiapa yang menemuinya, maka dialah yang paling berhak ke atasnya” – Hadis


Dan buat yang tak berapa baik sangat,dan sangat-sangat jahat untuk nak ajak orang buat baik dan untuk halang orang buat jahat...Ingat,fitrah manusia itu tidak inginkan kejahatan/dosa.. Pertama kali:Terasa menyesal bila buat dosa,Kedua kali : Sudah hampir hilang rasa berdosa, Ketiga kali:Sudah terbiasa dengan dosa,seterusnya hilang rasa berdosa..

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mencegah dengan tangan (kuasa) nya, jika tidak mampu,cegahlah dengan lisannya,jika tidak mampu,cegahlah dengan hatinya,dan itu adalah selemah-lemah iman"-maksud Hadis

Rasulullah S.A.W. tiada berkata jika kamu seorang yang baik,soleh dan tak pernah buat jahat maka cegahlah kemungkaran...Ini bermaksud siapa-siapa sahaja yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegah samaada dengan kuasa,lisan atau sekurang-kurangnya " Ish,sakit hati betul la tengok fulan tu berdua-duaan dengan bukan muhrim dalam kelas tadi" ...Walau itu selemah-lemah iman...

Mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran akan memotivasikan kita supaya istiqamah dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran...Selalu kita ajak orang buat baik...Dan satu hari kita terasa nak buat jahat....Kita terfikir

"Eh,aku selalu ajak orang buat baik,takkan aku nak buat jahat pulak"


Dan satu hari kita terasa nak tinggalkan kebaikan tu..Kita terfikir

"Eh aku selalu ajak orang buat baik,takkan nak tinggal pulak"


Juga bagi motivasi untuk kita berubah...


"Bila lagi aku nak berubah,selalu suruh orang buat baik,selalu suruh orang jangan buat jahat,tapi aku tetap macam ni jugak"


Insyaallah hidayah itu akan sampai jika Allah kehendaki...Setiap usaha itu pasti mendatangkan hasil...Kita yang tidak mahu berusaha,bagaimana mengharapkan hidayah Allah terbang ke sanubari?


Alasan tak mahu buat ibadah: "Alah,kalau aku buat bukan ikhlas pun,baik tak payah"


Ikhlas dalam melakukan ibadah tidak menjadi syarat untuk memulakan ibadah... Contoh :


"Perlu ke kita ikhlas dahulu untuk solat lima waktu??Tak semestinya....Solat itu tetap wajib ditunaikan tidak mengira keikhlasan kita"

Tapi nak ke kita sia-siakan ibadah tanpa ikhlas..Oleh itu,istiqamah dalam melakukan kebaikan, istiqamah dalam menjalankan amar ma'aruf nahi mungkar...Mula dengan langkah pertama, dan terus dengan langkah seterusnya...Putus asa tidak ada dalam kamus dakwah,kerana cabaran dan dugaan dalam berdakwah pasti menjadi mehnah...Cuma pengecut sahaja yang tidak berani memulakan sesuatu kebaikan dan meninggalkan kejahatan hanya kerana takut tidak istiqamah..


Sampai satu peringkat,kita terfikir :


"Alamak,terlupa buat solat sunatlah,alahh ruginya!!!"

Itulah keikhlasan dalam beribadah...Pernah ke sampai tahap macam tu??Keikhlasan itu ibarat seekor semut hitam yang berdiri di atas seketul batu hitam di kala malam yang kelam...Ianya ada tapi sukar dilihat....

Nak ke masuk syurga sorang-sorang??Sanggup tengok kawan-kawan masuk neraka??Sanggup tengok ahli keluarga masuk neraka??Jangan sampai kita ditarik sekali,sebab TAK PERNAH AMBIL KISAH PUN pasal mereka...Biarlah diorang buat jahat,janji aku baik,biarlah aku sorang yang buat baik,kalau ajak pun bukan diorang nak ikut..



Susah...Memang susah,Nabi Muhammad S.A.W.pernah dilontar batu sehingga darah mengalir di buku lalinya,pernah dibaling najis,dipulau,diperangi namun baginda tidak pernah berputus asa... Sehingga nikmat iman dan islam kekal dirasai kita hari ini..



Sibuk...Memang sibuk,Imam As-Syafi'e terpaksa berjalan ke sana ke mari untuk mencari ilmu dalam serba kekurangan,tambahan pula sebagai tenaga pengajar,namun beliau tidak pernah rasa sibuk untuk khatam Al-Quran setiap hari,untuk sembahyang sunat....Sehingga mazhab beliau kita ikuti sehingga ke hari ini...


Dakwah itu satu perjalanan yang penuh dengan rintangan namun jika berhasil ia lebih dari sekadar kemenangan dan kejayaaan!!!Hadis yang pernah diucapkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:


"Jika seseorang itu mendapat hidayah disebabkan kamu,ia adalah lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari "


Ironinya,semestinya hidayah itu milik Allah,namun usaha dakwah itu perlu bagi mencari sinar hidayah.....Wallahu'alam....


“Dan apakah kalam dan perkataan yang paling baik daripada mereka yang mengajak kepada Allah dan beramal soleh dan menyatakan bahawa aku daripada orang muslimin.” (Fussilat : 33)

12 March 2011

KPTI-Kem Pengenalan Tarbiyah Islam


BismillahirRahmanirRahim

Bermula la detik bersejarah di mana berlakunya sesi membasuh otak oleh senior-senior...maklumlah kat sini semua form 4 diform 1 kan balek...Kem ni dijalankan oleh Badan Dakwah dan Rohani KiSaS...Yang mana sebelum ni Gen57 (batch form 4 KiSaS 2011) diseksa semasa Minggu Jalinan Kasih (MJK) yang dijalankan oleh Pembimbing Rakan Sebaya KiSaS...

Diberi amaran oleh mereka bahawasanya tidaklah penyeksaan ini terlalu teruk...Berwaspadalah kamu pabila BaDaR mengambil alih semasa sesi pentarbiyahan nanti..Kerana sesungguhnya mereka lebih tegas dan kejam sekejam-kejamnya(harap perkataan ni tidak menimbulkan kontroversi,sekadar hiperbola)....

tekan 'play' untuk lebih feeling ketika membaca...hehe

Dan sesungguhnya kami telah diberitahu kem ini amatlah best sebest bestnya...BEST ShADIDAN!!Jadi aku cuba berhusnuzhon dengan mengatakan alaa,rilek la....Macam kat SMKAK jer ni.... AKAN TETAPI.....

Wah!!Rasa macam nak memberontak je...Kome yang melalui semua ni jer yang merasai keseronokannya!!

*Kena pergi DM sebelum 6.45 pm(yang ni memang biasa dah peraturan tapi aku ada kawad kaki lepas asar dan habes pukul 6.30!!kalau mandi dulu sudah tentu kurang enak,tapi kalau tak mandi dulu aku takkan sempat melakukan perkara di bawah!!)

*Kena masuk surau sebelum 7.10pm(sebab ada kelas Tahsin Qiraat,well baguslah tapi sapa lambat akan ditahan di pintu surau,kan ke bagus kalau lepas terus!!boleh la baca Al-Quran..Tapi dok tahan sampai masuk waktu so bila nak baca Al-Quran!!)

Tapi bila fikir balik kenapa aku tak datang awal?mesti tak kena tahan dan boleh baca Al-Quran kan...hehe


*Kena pakai nametag selagi tak hafal nama penuh,asal,kelas,bilik,sekolah lama satu form 4 (yang lebih kurang 200++ orang)Dan dipakai di mana-mana sahaja dan bila-bila masa kecuali waktu mandi,tidur dan main

*Kena masuk surau pukul 11.00pm sharp!!untuk liqa' Al-Mulk (well ni pun biasa sebab semua buat macam ni,dan kena salin tazkirah waktu maghrib,waktu usrah,dan waktu liqa')

*Kena tutup lampu pukul 12.00!!!(takde kena-mengena,saja tambah)

*Kena jaga ikhtilat(Perhubungan)antara muslimin dan muslimat

Storynya :

1)Setiap muslimin dan muslimat ada tangga khas(maksudnya muslimin naik tangga lain dan muslimat naik tangga lain,tak dibenarkan sama sekali naik tangga sama-sama) pada waktu-waktu kritiskal (waktu lepas assembly,waktu rehat,waktu balik dan yang sama waktu dengannya)

2)Kalau muslimin bertembung dengan muslimat di koridor,muslimat akan menghadap ke dinding/tingkap/kelas dan muslimin akan berlalu,begitu juga muslimin akan menghadap ke arah pemandangan(tembok la) dan muslimat akan berlalu...tapi salah satu la..kalau dua-dua menghadap sapa nak lalu...

3)cara nak bagi surat yang cikgu suruh bagi atau apa-apa kertas la (bukan surat cinta nah)..
Selitkan di buku (kalau ikut tutor yang ajar dia suruh selit antara 27%-29% m/s) dan cakap :
"Muslimat/PKT(Penolong Ketua Tingkatan),ni cikgu ada bagi surat/kertas"

4)Kalau nak bagitahu informasi yang cikgu suruh kat muslimat:
"Muslimat,ni cikgu ada bagitahu bla bla bla bla bla"

5)Sila cakap dengan muslimat tanpa ada nada suara yang menggoda ataupun mampu mengancam (suara biasa/blur)

Kalau kita jaga sekecil-kecil perkara...kita dapat mengelak daripada perkara-perkara besar-Gambar Hiasan

6)Kalau nak buat mesyuarat atau nak cakap dengan muslimat pastikan ada intersection dan kedudukan sentiasa parallel (kena tunjuk la,kalau tulis jer tak faham)

7)Kedudukan dalam kelas pula muslimin di sebelah tingkap sana dan muslimat dekat dengan pintu..Alasan:muslimat agak pemalu nak keluar kelas(pergi tandas contohnya)kalau ada muslimin dekat pintu)

8)Kalau ada muslimat masuk dalam bilik-bilik khas(BTU,PERKISAS,MAKMAL,APD dll) utamakan diorang dulu...Dan kalau muslimin masuk dulu dilarang sama sekali mengusha-usha diorang...buat-buat la baca buku ke studi ke apa ke

9)Sewaktu pembentangan adalah dilarang sama sekali mengusha muslimat,ushalah muslimin.. dan jangan buat lawak tidak kelakar atau bahasa agak kurang ajarnya lawak bodoh... Kalau ada yang tanya soalan tunduk dan dengar soalan betul-betul dan jawab...Tak perlu nak usha-usha ok..

Insyaallah akan cuba diamalkan semua ni..Berpegang pada ayat Surah An-Nur:30 semua KiSaSians kena ikut cara ni..Ulama' takkan redho pada sesiapa yang cuba merosakkan tarbiyah di bumi waqafan...

Dan terkadang aku kena tahan lama-lama masa liqa' tu tensen jugak arr...Dulu aku yang buat semua ni,aku yang handle benda-benda camni,sekarang apa aku kena duduk dengar macam budak-budak yang aku pernah handle pulak!!!

Then baru aku terasa semasa abang tu kata (yang bagi tazkirah tu la),

"Kita duduk kat KiSaS ni semua sama je..SMK ke SMKA ke maahad tahfiz ke,kita sama...Dulu kat sekolah lama dia BADAR ke PENGAWAS ke PRS ke PUSTAKAWAN ke,tapi datang sini semue same....Takde yang hebat kat sini...Semue orang datang sini sebab nak berubah... Bersyukur la sebab terpilih datang ke sini...Rugilah sape-sape yang pindah tu...Tarbiyah ni nak bentuk antum semua,supaya antum dapat amalkan benda-benda ni bila keluar KiSaS nanti..."

Hmmm..."Fastaqim Kama Umirta" Moto tu yang tertera di lencana KiSaS...Tetaplah kamu pada jalan yang kamu lalui maksudnya...


Ye tak ye...Aku siapalah sangat nak bangga diri...

"Aku hanya seorang Dhaif,tak perlu aku berbangga diri,Ingat,hebat-hebat kita ni,ada lagi yang lebih hebat daripada kita,dan hebat-hebat yang lebih hebat tu,ada lagi yang PALING HEBAT...Itulah Dia Allah S.W.T. Tuhan yang Maha Hebat,Maha Berkuasa..."

Insyaallah aku cuba untuk masuk dengan tarbiyah di KiSaS...Dan Insyaallah aku akan cuba bawak tarbiyah bila keluar daripada KiSaS...

"Demi Jiwa Dan Seluruh PenyempurnaanNya,Maka Kami Telah Mengilhamkan Kepada Mereka, JALAN KEFASIKAN DAN KETAQWAAN,BERUNTUNG bagi yang MENSUCIKANNYA, MERUGI bagi yang MENGOTORINYA" (As-Syams :6-9)