14 March 2011

Perlu Ke Baik Untuk Berubah dan Berdakwah??

Dengan Nama Allah,Yang Maha Pengasih,lagi Maha Penyayang


"Aku ni bukanlah baik sangat...Nak tegur orang buat apa"
"Takpelah...Kau kan baek..Kau je la pergi buat sembahyang sunat tu...Aku ni jahat mana layak"

Dialog-dialog yang rasa macam nak bagi penyepak kan??Heh...Mana boleh..Da'ie yang tidak tahu berhikmah pasti dakwahnya ditolak mad'u..Kalau kita marah-marah "Kenapa korang ni degil sangat ha?suruh buat ibadat pun tak nak...Nak jadi kafir ke hah!!!" Semestinya selepas tu da'ie tersebut dibenci oleh serata alam...Serulah dengan hikmah dan bijaksana :

“Hikmah itu sesuatu yang hilang dari orang yang beriman, maka sesiapa yang menemuinya, maka dialah yang paling berhak ke atasnya” – Hadis


Dan buat yang tak berapa baik sangat,dan sangat-sangat jahat untuk nak ajak orang buat baik dan untuk halang orang buat jahat...Ingat,fitrah manusia itu tidak inginkan kejahatan/dosa.. Pertama kali:Terasa menyesal bila buat dosa,Kedua kali : Sudah hampir hilang rasa berdosa, Ketiga kali:Sudah terbiasa dengan dosa,seterusnya hilang rasa berdosa..

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mencegah dengan tangan (kuasa) nya, jika tidak mampu,cegahlah dengan lisannya,jika tidak mampu,cegahlah dengan hatinya,dan itu adalah selemah-lemah iman"-maksud Hadis

Rasulullah S.A.W. tiada berkata jika kamu seorang yang baik,soleh dan tak pernah buat jahat maka cegahlah kemungkaran...Ini bermaksud siapa-siapa sahaja yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegah samaada dengan kuasa,lisan atau sekurang-kurangnya " Ish,sakit hati betul la tengok fulan tu berdua-duaan dengan bukan muhrim dalam kelas tadi" ...Walau itu selemah-lemah iman...

Mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran akan memotivasikan kita supaya istiqamah dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran...Selalu kita ajak orang buat baik...Dan satu hari kita terasa nak buat jahat....Kita terfikir

"Eh,aku selalu ajak orang buat baik,takkan aku nak buat jahat pulak"


Dan satu hari kita terasa nak tinggalkan kebaikan tu..Kita terfikir

"Eh aku selalu ajak orang buat baik,takkan nak tinggal pulak"


Juga bagi motivasi untuk kita berubah...


"Bila lagi aku nak berubah,selalu suruh orang buat baik,selalu suruh orang jangan buat jahat,tapi aku tetap macam ni jugak"


Insyaallah hidayah itu akan sampai jika Allah kehendaki...Setiap usaha itu pasti mendatangkan hasil...Kita yang tidak mahu berusaha,bagaimana mengharapkan hidayah Allah terbang ke sanubari?


Alasan tak mahu buat ibadah: "Alah,kalau aku buat bukan ikhlas pun,baik tak payah"


Ikhlas dalam melakukan ibadah tidak menjadi syarat untuk memulakan ibadah... Contoh :


"Perlu ke kita ikhlas dahulu untuk solat lima waktu??Tak semestinya....Solat itu tetap wajib ditunaikan tidak mengira keikhlasan kita"

Tapi nak ke kita sia-siakan ibadah tanpa ikhlas..Oleh itu,istiqamah dalam melakukan kebaikan, istiqamah dalam menjalankan amar ma'aruf nahi mungkar...Mula dengan langkah pertama, dan terus dengan langkah seterusnya...Putus asa tidak ada dalam kamus dakwah,kerana cabaran dan dugaan dalam berdakwah pasti menjadi mehnah...Cuma pengecut sahaja yang tidak berani memulakan sesuatu kebaikan dan meninggalkan kejahatan hanya kerana takut tidak istiqamah..


Sampai satu peringkat,kita terfikir :


"Alamak,terlupa buat solat sunatlah,alahh ruginya!!!"

Itulah keikhlasan dalam beribadah...Pernah ke sampai tahap macam tu??Keikhlasan itu ibarat seekor semut hitam yang berdiri di atas seketul batu hitam di kala malam yang kelam...Ianya ada tapi sukar dilihat....

Nak ke masuk syurga sorang-sorang??Sanggup tengok kawan-kawan masuk neraka??Sanggup tengok ahli keluarga masuk neraka??Jangan sampai kita ditarik sekali,sebab TAK PERNAH AMBIL KISAH PUN pasal mereka...Biarlah diorang buat jahat,janji aku baik,biarlah aku sorang yang buat baik,kalau ajak pun bukan diorang nak ikut..



Susah...Memang susah,Nabi Muhammad S.A.W.pernah dilontar batu sehingga darah mengalir di buku lalinya,pernah dibaling najis,dipulau,diperangi namun baginda tidak pernah berputus asa... Sehingga nikmat iman dan islam kekal dirasai kita hari ini..



Sibuk...Memang sibuk,Imam As-Syafi'e terpaksa berjalan ke sana ke mari untuk mencari ilmu dalam serba kekurangan,tambahan pula sebagai tenaga pengajar,namun beliau tidak pernah rasa sibuk untuk khatam Al-Quran setiap hari,untuk sembahyang sunat....Sehingga mazhab beliau kita ikuti sehingga ke hari ini...


Dakwah itu satu perjalanan yang penuh dengan rintangan namun jika berhasil ia lebih dari sekadar kemenangan dan kejayaaan!!!Hadis yang pernah diucapkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:


"Jika seseorang itu mendapat hidayah disebabkan kamu,ia adalah lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari "


Ironinya,semestinya hidayah itu milik Allah,namun usaha dakwah itu perlu bagi mencari sinar hidayah.....Wallahu'alam....


“Dan apakah kalam dan perkataan yang paling baik daripada mereka yang mengajak kepada Allah dan beramal soleh dan menyatakan bahawa aku daripada orang muslimin.” (Fussilat : 33)

No comments:

Post a Comment