29 May 2011

Liqa' Muhasabah:Refleksi Kekhilafan Lalu

IntheNameofAllahtheMostGracioustheMostMerciful...

Disebutkan pada tarikh 26/5/2011 tepat jam 11.30 pagi maka berhimpunlah sekalian masyarakat bumi waqafan...Samaada yang tua mahupun muda,kacak mahupun tidak,yang pasti semua sudah selesai membaca surah yang tercatatnya ia dalam Al-Quran dengan nama Al-Mulk...

Maka golongan muda disuruh pula mereka membulatkan musolla(buat halaqah la),tempat di mana perhimpunan tersebut terjadi...Arakian pula golongan pertengahan ya'ni tingkatan atas sedikit daripada golongan muda itu mengelilingi mereka tanpa perasaan gembira ya'ni senyuman mesra tidaklah tersurat di wajah mereka...Mungkin tersirat di hati mereka....

Maka perhimpunan dimulakan dengan memperingati kembali usaha,jasa,kenangan bersama ibubapa di rumah...Bagaimana dilontarkan rasa sayang kepada ibubapa itu ditunjukkan dengan melambangkan tangan kanan sebagai ayah dan tangan kiri sebagai ibu...Diletakkan kedua-dua tangan itu dihati,ya'ni dada pada zahirnya.....Diingatkan kembali perbuatan dan perlakuan ibubapa yang mengundang titisan airmata, kerna tidaklah mampu dibayangkan betapa susah dan senang kita semua melibatkan pengorbanan mereka(aku tak nangis,hati keras)...

Maka seterusnya disambung agenda itu dengan melepaskan nasihat secara amarah kepada golongan muda,[ya'ni marah itu tanda sayang dan nasihat]... Ditegur golongan muda itu tentang penampilan diri yang dikatakan selekeh ...Seterusnya tentang sikap tidak boleh menjaga amanah-amanah yang kecil,sedang kemudian hari bakal golongan muda ini menjadi pemimpin menggantikan mereka...Bagaimana hendak selesaikan amanah yang besar kalau amanah yang kecil pun tak mampu??

Maka diteruskan lagi dengan perintah supaya taat kepada Allah dan Rasulnya,seterusnya pemimpin dikalangan kamu,karna semakin ramai yang ikut apa yang dilintasi dalam kepala hotak mereka sendiri,menyebabkan terjadinya pelbagai tragedi yang tak diingini seperti terpaksa diambil nama oleh golongan pengawas,terpaksa dipanggil di atas pentas oleh golongan murabbi,terpaksa diaibkan di kalangan sahabat oleh golongan..... errrr...... apa-apa golongan jer lah...

Maka dilarang pula daripada mendekati zina,karna sudah termaktub di dalam Al-Quran secara nyata dan jelas...Ditanya pula bagaimana hendak melangkah ke surga jika buat maksiat sentiasa??Disambung dengan teguran tentang ke'lagha'an yang berleluasa,bahan bacaan, percakapan,perlaguan dan segala-gala ke'lagha'an perlu dihindari adanya,karna matinya hati berpunca daripada perbuatan lagha,dan hati yang mati susah baginya menerima teguran dan kebenaran,dan susahnya menerima semua itu mengundang kelalaian berpanjangan daripada mengingati tuhannya..

Maka dilarang lagi daripada perpecahan dan perbelahan(huh??),ya'ni janganlah berpecah belah dan hendaklah saling mengasihani,karna sudah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. :

"Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu saling mengasihani,mahukah kamu aku tunjukkan cara yang boleh menyebabkan kamu saling mengasihani??Iaitu tebarkanlah salam di antara kamu..."

Maka diarah untuk bersalam dan berbalas salam di antara kami,mereka dan semua,perlu disulam pula dengan senyuman mesra, karna bagaimana terbitnya kasih sayang dalam keadaan bermasam muka?

Maka diberitahu pula tentang kepentingan ukhuwah,karna tiadalah apa-apa makna setiap kejayaan solo itu,sesungguhnya pasti melibatkan sesiapa sahaja untuk membantu,dan keperluan amar maa'ruf nahi mungkar di kalangannya,karna itu dapat membentuk ukhuwah berlandaskan keimanan kepada Allah adanya...

Maka ditegaskan pula bahawa tidak perlu berasa cukup dengan ilmu yang ada,karna tidaklah seberapa ilmu manusia itu berbanding ilmu Allah karna semua ilmu itu milikNya,dan dikatakan lagi kepada mereka supaya jangan melihat orang yang memberi ilmu akan tetapi lihatlah ilmu yang diberikan,dan diperintahkan supaya memelihara dan menutup aurat ya'ni itu adalah perintah Allah,meremehkannya bererti meremehkan perintah Allah....

Maka disuruh pula mengkaji semula amalan,samaada dibuat karna manusia atau karna Allah, karna sia-sia semua amalan jika tidak karna Allah...Dan disuruh menggunakan pancaindera yang dikurnia sebaik-baiknya karna semua akan ditanya di akhirat kelak penggunaanya..

Maka kebanggaan terhadap Islam itu perlu,kata mereka karna tidaklah pengharapan kita kepada orang kafir untuk membanggakan Islam melainkan umat Islam sendiri!!Sudahlah semakin hari semakin Barat memanipulasi...Umat Islam semakin melupakan agama sendiri....Ditegaskan supaya sentiasa berjemaah,dan jamaah itu dimulai dengan perkenalan sesama ahli jemaah,karna jika tidak saling mengenali(tiada taa'ruf),bagaimana mahu membentuk jemaah?!?

Maka pengakhirannya ditegaskan dengan nasihat supaya sentiasa merendah diri dan berusaha mencari dan memelihara hidayah Allah..Sesungguhnya semua hanyalah bertaraf hamba dan pengabdian kepada Allah cuma...Ditegaskan lagi agama itu nasihat adanya,dan tujuan muhasabah bukanlah satu pengaiban,namun supaya tarbiyah itu difahami hakikatnya...Hakikat yang membeli redho Allah dan surgaNya,berbekalkan iman dan taqwa..

Dan sesungguhnya hakikat perjuangan dalam tarbiyah itu memang pedih,karna harganya adalah kesenangan dunia dan surga,biarlah merasai sedikit kepahitan,untuk menikmati kemanisan berpanjangan....

Selesai.............

Tammmat {Musolla Saidina Ali:01.35 am:27/6/2011:Solat Taubat dan Salam Mahabbah}

No comments:

Post a Comment