30 May 2011

Sebelum Pemergianmu....

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murra bin Kaab bin Luay bin Ghaleb bin Fihr bin Malik bin Nadhir bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrika bin Ilyas bin Mudor bin Nizar bin Adnan bin Ismail bin Ibrahim
Saat menanti detik pemergian baginda...Baginda dilihat semakin lemah....Disisinya Fatimah Az-Zahra' anak baginda dan Saidina Ali r.a menemani baginda....

Tiba-tiba datang seseorang mengetuk pintu,meminta izin untuk masuk,lalu pergi Fatimah mendapatkannya dan berkata; "Maaf,aku tidak boleh mengizinkan kamu masuk,ayahku sedang sakit.."

Rasulullah S.A.W. bertanya siapakah yang datang,dan Fatimah berkata secara lembut; :"Entah,belum pernah aku melihatnya..."

Rasulullah S.A.W berkata : "Ketahuilah dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,yang memisahkan pertemuan di dunia....Dialah malaikatul maut..."

Lalu masuk Izrail ditemani Jibril,menghadap baginda...

Saat menghadapi sakaratul maut.....Baginda bertanya kepada Jibril;"Wahai Jibril,bagaimana nasib umatku kelak?"

Jibril menjawab : "Jangan khawatir wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku : 'Kuharamkan syurga bagi siapa sahaja,kecuali UMAT Muhammad telah berada di dalamnya'

Ketika nyawa baginda diambil,Baginda memekik kerana sakit yang tidak tertahan;
"Ya Allah!!!Sungguh dahsyat maut ini!!!Timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan kepada umatku!!!"

Jibril memalingkan muka kerna tidak sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal ....

Seluruh tubuh baginda berpeluh,urat-urat baginda mulai tegang,bibir baginda yang kelihatan kebiruan seperti ingin berkata sesuatu.. Fatimah menutup muka, Saidina Ali mendekatkan telinga kepada bibir Rasulullah dan terdengar Rasulullah merintih :

"Ummatiii....Ummatiii...Ummatii...." "Umatku,umatku,umatku....."

Begitulah saat-saat akhir manusia agung...
Jiwanya dipenuhi rasa kasih pada umatnya...
Setiap detik hayatnya adalah untuk umatnya....
Setiap kepayahan adalah untuk kesenangan dan keselamatan umatnya...

Setiap jerih perih kehidupannya adalah untuk cahaya keimanan ini terus tersebar menyinari umatnya...Sejarahnya adalah sejarah petunjuk dan kasih sayang.....Kasih sayang yang tiada ukuran....

Untuk kita, UMATNYA...


Inilah pesanan baginda sebelum kewafatan baginda kepada umatnya :
  1. Perbanyakkan bekal (ilmu dan dalil Al-Quran dan As-Sunnah) kerna jalan yang kau bakakl tempuhi sangat jauh..
  2. Perbaharuilah komitmen kamu kepada Allah setiap hari,kerna kamu patut menyedari kamu sebagai hamba dan patut bersyukur padaNya..
  3. Benarkan semua amalan kamu,jangan biarkan amalan kamu menjadi fitnah kepada agama..
  4. Teliti dan ikhlaskan diri kamu dalam setiap amalan kamu,kerna riak menjadikan amalan kamu sia-sia...
  5. Tunaikan semua perintah Allah,Allah pasti memberi balasan-balasan kebaikan kepada kamu..
  6. Dekatkan dirimu kepada Allah,jangan terlalu disibukkan dengan dunia,kerna jika kau terlalu sibuk dengan urusan dunia,maka kau tidak akan ada masa dengan urusan akhirat...
  7. Berdampinglah dengan golongan abraar(golongan soleh),kerna golongan abraar mendapat sebaik-baik nikmat..
Lalu Rasulullah S.A.W bersabda: "Istiqamahlah kamu kepada semua perkara-perkara di atas.."

Dan Jibril berpesan pula kepada baginda :

  1. Hiduplah sebagaimana yang kau sukai tetapi ingatlah kau akan mati suatu hari nanti
  2. Kasihlah dengan sesiapa yang ingin kau kasihi tetapi ingatlah suatu hari nanti kau akan berpisah dengan sesiapa yang kau kasihi..
  3. Beramallah dengan amalan apa yang kau gemari tetapi ingatlah setiap amalan itu akan dihisab dan ada balasannya walaupun sebesar zarah sekalipun...

Sejauh mana pula cinta kita kepada baginda??
Sejauh mana kita membalas cinta baginda??
Sejauh mana kita cintakan baginda sebagaimana baginda cintakan kita??

Adakah kita....
Lebih mengingati nama-nama pemain bola sepak ataupun artis daripada nama-nama keluarga dan para sahabat baginda???
Lebih cenderung meniru cara pemakaian,sikap dan trademark artis atau pemain bola sepak daripada mencontohi akhlak dan sikap baginda???
Lebih suka mendengar dan menghafaz lagu-lagu lagha daripada berselawat dan menghafaz hadis-hadis baginda???

Siapakah kita nak mengaku umat baginda???
Jika tak pernah pun ingat kepada baginda???
Jika tak pernah pun nak contohi baginda????
Jika tak pernah pun mengamalkan sunnah baginda????
Jika tak pernah pun berselawat tanda ingat dan cintakan baginda???

"Rasulullah S.A.W. bertanya kepada para sahabatnya;

"Wahai sahabatku,tahukah kamu siapakah umatku??Para sahabat menjawab:Kami adalah umatmu ya Rasulullah...

Rasulullah bersabda :Tidak,kamu adalah para sahabatku...Umatku ialah :

MEREKA YANG TIDAK PERNAH MELIHATKU SEMASA AKU HIDUP,TETAPI TETAP BERIMAN DAN BERAMAL DENGAN SUNNAH-SUNNAHKU"

Adakah itu kita??

Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment