28 May 2011

Warkah Cinta Berbau Syurga . . .

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang . . .


Suatu masa dahulu,

'EXCUSE ME BOSS,YOU HAVE A TEXT MESSAGE'

"Sapa nih?"
"Mmm...cuba tka.."
"Xtaw la....nk gtaw ka xmaw?xmaw xpa la..aku mls nk lyn"
"Ok2....Ni Fatayat...."
"Mna ang dpt no. aku?"
"Ada la...aku amek kat umah member aku"
"Uish..buleh plak gitu..."
"Mrh ke aku amek no.ang?"
"Tak....eh ang nk taw dak?"
"Taw apa??"
.....................................................
"Aku suka kat ang..."
.....................................................
"Aku suka kat ang gak..."
....................................................
.............................................................................

Aik??Stop dah mesej??pasaipa?
.............................................................................
'EXCUSE ME BOSS,YOU HAVE A TEXT MESSAGE'
From:Rijal

"Syabab,Fatayat ada antaq msj kat ang kan?"
"Yep...pasaipa?"
"Dia ada ckp pa2 dak?"
"Ada la...awat seypa nih?tetiba dia stop antaq msj...aku plek gak"
"Dia ckp yg mak dia ada ckp kat dia jgn dok couple lgi,blajaq elok2 dulu...."
"Owh,ptot la dia stop antaq msj kat aku...ok tq Rijal coz gtaw"
...............................................................................
'SEND MESSAGE:TO:FATAYAT'

"Fatayat,ketelanjuran kta sring mmakan diri...sori sbb trlps ckp aritu"
"Aku pun sori gak Syabab...Aku xmao couple....."
"Aku pun salah gak,Trimas sbb tguq aku scara x lgsg"
................................................................................

Suatu masa sekarang,

Fatayat,
Dialog-dialog hikmah yang kau taipkan dikala kau sendiri yang mahu memulakan,tapi kau tersedar,syukur kerana Dia terlebih dahulu menegurmu....

Aku Syabab,masih punyai harapan untukmu,namun aku tidak mahu tertipu dengan pendustaan nafsu,Fatayat,Kau dah menegur diriku,ku harap kau istiqamah dalam perjuanganmu....

Fatayat,
Kau srikandi istimewa,akhlakmu terpelihara,kau punya rupa,kau punya kekukuhan dalam beragama,kau pilihan pejuang-pejuang bagi menjadi sayap kiri mereka.....

Tidaklah kumahu memilikimu sebelum masanya,karna aku yakin takdir itu ada, andai bukan denganmu Fatayat,kuharap akan berjumpa srikandi lain sepertimu....dan harapanku juga lebih ramai srikandi sepertimu...supaya tidaklah ramai yang hanyut dengan kehinaan akhlak...

Fatayat,
Persismu seperti Aisyah Humaira',teguhmu seperti Fatimah Az-Zahra',namun lidah-lidah manusia seringkali menyerang dan mengujimu...

Tidak pernah berhenti melempar fitnah,tidak pernah berhenti mengena-ngena,gosip itu kadangkala menghanyutkan kita dalam lautan nafsu,biar ia tidak seteruk pada pandangan orang biasa,namun perjuangan untuk dekat kepada Yang Esa menuntut pengorbanan bukan sedikit,

Aku melihat orang lain bergembira,konon masing-masing punya pasangan mereka,konon bahagia bermadah bercinta,konon bahagia saling bertukar salam dan senyuman mesra,

Tapi aku hairan Fatayat,kenapa kadangkala seperti mereka menderita,malu jika cikgu-cikgu tahu,malu jika rakan-rakan tahu,malu jika barisan kepimpinan tahu,tidakkah mereka patut tahu,pada Tuhan mereka patut malu?

Kadangkala ada yang datang mengadu,mereka punya masalah dengan pasangan mereka... Bergaduh asyik-asyik hal yang serupa....Cemburu,ego,tak sependapat kononnya, aku semakin hairan dengan mereka...Kenapa mereka takut perpisahan yang singkat,untuk sebuah pertemuan kembali yang berpanjangan???Bahkan perpisahan daripada perkara mungkar,untuk pertemuan kembali dalam keadaan layak,sah dan mampu dimiliki???Adakah mereka ingin melawan takdir yang Allah tetapkan???Adakah mereka mampu menentukan pasangan yang mereka miliki sekarang untuk jadi pasangan mereka akan datang???Atas dasar apa mereka mempertahankan cinta nafsu dan palsu mereka??

Ada yang pada kecantikannya,ada yang pada kecumilannya,ada yang pada kematangannya,ada yang pada sikap tergedik-gediknya,ada yang pada kemesraanya...Macam-macam ada....

Fatayat,
Namun aku melihat refleksi peribadimu....Peribadimu membuatku menepis semua perasaan kawalan nafsu.....Dan terkadang aku kagum denganmu Fatayat...Walau cuba dimiliki seberapa orang,walau cuba di'tackle' seberapa cara,kau teguh dengan pendirianmu,kau kukuh berpegang pada nasihat ibumu...Beruntung ibumu yang melahirkan ratu srikandi Islam yang bercahaya di antara ramai yang cuba merebut gelaran itu,namun seringkali mereka tersilap jalan.....

Fatayat.
Kuharap ini bukanlah luahan nafsuku...Tetapi manifestasi iman buat renungan SYABAB dan FATAYAT yang lain seperti aku dan kamu,aku tidak mengingkari fitrah manusia,ingin disayangi dan disayangi,namun aku belum cukup bersedia untuk hal itu...

Kuharap kau terus berkembang mekar bagai mawar berduri di taman,cantik terpelihara dan sedia dipetik pabila tiba waktunya,

Jangan pula kau menjelma sebagai bebunga hiasan di tepi jalan,sesuka hati dipetik oleh sesiapa,hatta pakcik tukang kebun pun tidak terasa sayang,cuma sekadar memetik dan buang.....

Dan harapanku,Syabab,
Ku mampu teruskan perjuangan dikala waktu orang kebanyakan sedang berseronokan...Dikala orang kebanyakan masih mencari hiburan-hiburan....Aku perlu mencari bekalan bagi menempuh kehidupan yang lebih panjang,aku tak mahu terpengaruh dengan penipuan dan pendustaan dunia!!!
~SOUNDTRACK:CINTA PERTAMA-Far East~


Fatayat,
Hari esok mungkin ada bagiku dan bagimu,mungkin sudah berakhir bergantung pada ketetapanNya,kuharap kau masih melitupi dirimu dengan hijab Akhlak Mulia,berjilbab Ilmu Agama dan beroleh kejayaan yang hakiki,iaitu redhoNYA.......dan andai taqdir bisa menyatukan kita,berdoa supaya kita disatukan di bawah redhoNYA...dan andai taqdir menyalahi kehendak kita,ingatlah kita tidak punya kuasa untuk melawan Yang Maha Berkuasa.....dan aku tidak mahu mengambil langkah pertama ke lembah nafsu,namun kuharap aku dan kau melewati paksi iman dan taqwa bersama...Dan mengajak lebih ramai berjuang bersama-sama....Mungkin cinta sesama manusia itu fitrah,tapi cinta kepadaNya adalah paling utama dan pertama dalam fitrah seorang manusia...

Raihlah cinta Allah sebelum kau meraih cinta manusia,Tarbiyahlah jiwamu supaya berkehendakkan cintakan agama dan berkehendakkan manusia yang cintakan agama...Andai hilang agama dalam dirinya,maka hilang pula cintamu terhadap dirinya...

Insyaallah,takdir yang Maha Esa itu yang menentukan segalanya...Aku hanya mampu berdoa, moga srikandi agama dapat bersatu dengan pejuang agama bagi menyemarakkan bumi ini dengan cintaNYA~~

"Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(An-Nur:26)

********************************************************************************
Warkah Cinta Berbau Syurga
From Syabab Musafir to Fatayat Ad-Deen
"Moga fitnah menjauhi kita dan iman melindungi kita"

********************************************************************************
**setelah 3 bulan tak update....tiba masa menjiwang....warkah ini tak ada kena-mengena dengan yang hidup ataupun mati ataupun yang mati hidup balik....sebarang ketidakpuasan hati sila luahkan pada komen dibawah....tapi baca artikel bagi habis dulu la...

1 comment:

  1. salam....
    menarik ayat2 ni....
    kalaulah semua orng boleh baca artikel ni terutamanya remaja....semoga kita semua akan beroleh cintaNYA dhulu..insyaAllah...

    ReplyDelete