10 June 2011

Ikhlas La Sangat . . .

Suatu hari,Ahmad berjalan bersama-sama Faiz menuju ke padang sekolah...Ahmad dan Faiz merupakan pemain bowling padang beregu yang berjaya mencapai gelaran Duo Top Scorer di situ...

Muka Ahmad(Dua dari kiri) dan Faiz (Kanan sekali) dikatakan sama dengan mereka

Ahmad sedang melawak entah apakebenda yang membuatkan Faiz tak faham,tapi Faiz gelak jua untuk mengambil hati...Kemudian,kedengaran azan Asar yang dilaungkan oleh Bilal Ehsan di surau berdekatan.. Merasakan solat berjemaah itu satu kepentingan buat ummah,Ahmad mengajak Faiz untuk pergi solat berjemaah di awal waktu di surau...Namun dengan jawapan yang sudah disangka,

"Rilek dulu bro,nanti lepas score barang dua tiga gol aku solat la"
"Tapi solat dululah,lagi afdhol,berjemaah tambah awalwaktu lagi"
"Alaa...Nanti aku pergi ahh,lagipun bukan aku tak solat pun"
"Tapi kita bukan rugi apa-apa pun kalau pergi awal...Lagipun kau selalunya solat kat bilik kalau lewat-lewat ni"
"Alahh,buat APA PERGI KALAU TAK IKHLAS???"
"Erk?!?"

Ahmad menatap mata Faiz yang indah bak permata bersinar....Dengan renungan yang menyeramkan,Ahmad berkata kepada Faiz,

"Kalau macam tu aku nak tanya,kau ikhlas tak jadi seorang muslim,seorang Islam sekarang ni?"
"Err,apa punya soalan daa..mestilah ikhlas"
"Apa bukti kau ikhlas??"
"Err...aku menjalankan tugas sebagai hambaNya??"
"Apa tugas hamba kepadaNya??"
"Err...apa yek?? (dengan wajah pucat bak Gollum)"

"Beribadat kepadaNya...Check surah Adz-Zariyaat : 57,so apa ibadat kau dah buat setakat ni?"
"Err....Solat,puasa,zakat,sedekah,belajar,menghubungkan silaturahim??"
"Solat???kau solat ke sekarang??Kalau belum lagi jomlah..Kalau kau taknak maknanya kau tak ikhlas la jadi seorang muslim sekarang ni...Sebab kau kata kau ikhlas dengan buat ibadat...Bila kau tak buat ibadat kau tak ikhlas la jadi muslim..."
"Gulp...Errr nanti aku solatlah.."
"(degil lagi dia nih,sabar tangan sabar)Maknanya kau bukan muslim yang ikhlas la sekarang ni?? Sebab kau belum solat buat tempoh masa ni....Buat apa jadi muslim kalau tak ikhlas..."
"Err...yelah yelah jomlah (setan kata:Tak guna !#%*#$ QWERTYUIOP@*$&#%*#%*!!!!)"
"Okeh jom...Hah dah Imam Hakam bagi salam dah tu...kan dah rugi imam pertama...takpelah jom imam kedua..."
"Hmmmm..."

Selesai solat,mereka bergegas keluar,Faiz masih lagi dengan muka cipannya,mungkin tension dengan Ahmad...Jadi Ahmad pun dengan poyonya menegur,

"Faiz,kau tahu tak apa itu ikhlas sebenarnya??"
"Alaa....Kita buat dengan rela hati...Tak payah dipaksa-paksa...Tak rasa berat bila nak buat"
"So agak-agak selama kau buat ibadat ni berapa banyak kau punya ikhlas??"
"Err...entahlah..mungkin...sikit je kot.."
"Tapi kau still buat ibadat lagikan??Sebab itu memang fitrah kita,tugas kita walaupun kita tak ikhlas"
"(Dia start dah ceramah dia start dah,ni mesti terpengaruh dok kawan dengan imam Hakam nih)"
"Kalau nak kira ikhlas baru buat ibadat..setakat mana kita nak ikhlas dalam hidup kita sebagai muslim...Maksiat buat jugak,ibadat malas....Eh maksiat tak payah tunggu ikhlas pun yek??"
"Err...(Betul jugak)"

"Ikhlas ni sebenarnya bermula dengan paksaan,paksa diri nak buat ibadat tu,kalau tak sampai bila-bila kita tak beribadat"
"Kalau macam tu ibadat kita yang buat tak ikhlas tu dapat pahala tak??"
"Kau tahu mana ibadat kau tak ikhlas??Kalau kau yakin kau buat tu tak ikhlas baru kau boleh kata ibadat kau tu tak ikhlas...Tapi apa guna kita buat ibadat kalau awal-awal dah niat tak ikhlas??So dalam usaha kita nak ikhlaskan diri tulah keikhlasan kita beribadat sebenarnya"
"Huh...so senang cakap kita kena istiqamah untuk cari keikhlasan tu,baru boleh ikhlas dalam beribadat?"


"Hah...you got the point bro.."
"(cakap le gitu dari tadi kan senang) Hmm"
"So ikhlas ni hanya tuhan yang boleh nilai..Kita tak boleh tengok melalui ibadat yang dia buat.. Sebab ikhlas ni nampak kat hati...Mungkin kita tengok sorang tu selalu datang surau, tapi tak tahu dia ikhlas ke tak,mungkin niat dia nak menunjuk-nunjuk,tapi kita tak boleh sangka buruk macam tu,kena husnudzhon"
"Hmm "
"Nak dapat ikhlas bukan senang...Tak boleh la nak ikhlas terus je contohnya first-first time kau solat hajat ke tahajud ke,mesti terdetik kat hati kau 'kalau orang tahu ni mesti diorang kata aku alim,wuu bestnye!!'Tapi bila dah lama-lama atau selalu kau buat mesti kau rasa berat bila nak tinggal,rasa rugi kalau tak buat,hah itulah kemanisan dan keikhlasan beribadat sebenarnya"
"Ok bro..Thanks menyedarkan diriku yang jahil ini...Lepas ni ada idea nak pangkah Hafizuddin tu,dia selalu cakap ayat ni bila aku ajak solat jemaah"

"Bro ilmu bukan untuk memangkah orang bro...tapi untuk pengamalan diri...Tak guna ilmu kau banyak tapi niat kau nak tunjuk hebat..."
"(Aduss kena pangkah lagi)oh okeh okeh..Sori sori aku biasalah orang jahil ni.."
"Aku pun bukanlah pandai sangat...Ilmu untuk manfaat bersama..Eh jom la bro sempat lagi 10 round game ni"
"Yelah yelah jom jom....hari ni kita buat hatrik"

Maka petang itu pun berlalu dengan gembiranya...Burung-burung turut berkicauan,angin pula bertiup sempoi sempoi language (ciss penggunaan bahasa rojak),sambil seekor semut hitam kelihatan berbisik sesuatu,setelah ditranslate,

"Keikhlasan itu ibarat semut hitam di atas seketul batu hitam di kala malam yang amat kelam, ianya ada tetapi sukar dilihat,sukar didapati,sukar dicari"

Nak publisiti jugak semut nii...ok kita bagii...

-Tamat-Wallahu'alam-Cerita di atas sekadar untuk pengajaran semata-mata,tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati,ataupun yang mati hidup balik,watak dan perwatakan hanyalah rekaan penulis-

09 June 2011

Bila Bumi Berbicara . . .

15 Maksiat yang menurunkan bala . . .Renung-renungkan dan selamat beramal~ ~

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

  3. Zakat dijadikan hutang.

  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

  5. Anak derhaka terhadap ibunya,

  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

  14. Muzik banyak dimainkan.

  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain".

Mari kita tengok berapa banyak yang MACAM DAH JADI JE SEKARANG!!!

  • Satu hari nanti mungkin cuma orang-orang atasan/kroni-kroni kerajaan saja yang kaya,sebab duit semua songlap kat depa(macam dah je sekarang!!)
  • Satu hari nanti mungkin amanah/tanggungjawab/jawatan dipegang sebab nak duit,rasuah ke apa ke belakang kira (macam dah je sekarang!)
  • Satu hari nanti mungkin zakat dijadikan hutang,huh,berzakat pun nak hutang ?!? (malas bayar zakat le ni,tapi negara kita kutip zakat tapi kadar kemiskinan tetap meningkat) (macam dah je sekarang!!)
  • Satu hari nanti semua isteri terlalu QUEEN CONTROL (suami tak berani melawan,ikut je isteri nak apa)(macam dah je sekarang!)
  • Satu hari nanti mungkin anak lebih pentingkan kawan,lebih ikut nasihat kawan,lebih ikut cakap kawan daripada cakap makbapak,sampai makbapak tegur sikit dah mula marah/tengking mak balek!!(macam dah je sekarang!)
  • Satu hari nanti ayah dan anak dah macam enggang dengan pipit (eheh,betul ke ni),ayah kena hantar ke rumah orang-orang tua(macam dah je sekarang!!)
  • Satu hari nanti masjid jadi macam kedai kopi,hal-hal keduniaan diceritakan di dalam masjid,bising huha huha,macam market lah!!(macam dah je sekarang!!!)
  • Satu hari nanti,mungkin Perdana Menteri kita adalah seorang yang tak tahu buat kerja,malas,muka tak hensem,solat pun tak,asyik korup,tak amanah,asyik menipu rakyat,asyik makan duit rakyat,pendek kata segala apa yang dia buat hinalah pada pandangan sapa-sapa pun(macam dah je sekarang!!)
  • Satu hari nanti mungkin orang yang dok buat jahat tu lah yang disanjung-sanjung,diangkat dijulang tinggi,dihormati,direspek,orang rasa kejahatan dia buat tu stylo,hebat,spark,gengster, macho (macam dah je sekarang!!,apa cerita samseng-samseng kat sekolah beb,tak pun orang yang asyik buat jahat/nakal tu lah yang orang suka!!!)
  • Satu hari nanti arak dah boleh minum kat kedai kopi,kat kantin sekolah,kat warung-warung,don't worry bir halal punya(macam dah je sekarang!!!)
  • Satu hari nanti,Kain sutera kaum lelaki pakai,lelaki dah mula pakai gaun,lipstick,eye shadow,mula nak buang alat kelamin,nak jadi perempuan!!!perempuan pulak gian nak jadi lelaki!!!(macam dah je sekarang!!!)
  • Satu hari nanti para artis mendapat anugerah tertinggi,dihargai,apa yang mereka buat ikutt,poster mereka simpann,gambar mereka nak bukak baju,tampal kat dindingg,apa yang mereka pakai,ikutt,apa yang mereka lagukan,nanyiii,hafalll(Al-Quran malas pulak hafal)artis Malaysia ke,Korea ke, Jepun ke,semua ikuttt,semua kan kebebasan masing-masing nak minat artis mana (macam dah je sekarang!!!!)
  • Satu hari nanti,muzik ada dimana-mana,di pasaraya muzik,di tepi jalan muzik,dekat rumah,muzik,dekat stesen minyak muzik,dalam kereta,muzik,bukak komputer,muzik, di pasar malam pun muzik,muzik menjadi elemen penting dalam kehidupan manusia,lirik mensyirikkan Tuhan ke tak faham ke belakang kira (macam lagu-lagu jepun/inggeris/korea,macam faham sangat lirik tu)(macam dah jadi je sekarang!!!!)
  • Satu hari nanti,para sahabat dituduh sesat,para tabi'in dituduh mengamalkan bidaah,semua amalan mereka tak boleh ikut,ikut kepala otak saja,Al-Quran dah tak boleh pakai, tak sesuai dengan zaman moden,hadis dah tak boleh guna,ketinggalan zamanlah,hukum Islam kejam,tak boleh pakai,pakaian Islam kolot,tak moden,tak sexy you!!,jangan pakai,undang-undang Islam tak patut guna,tak membawa kepada kemodenan,pisahkan agama dengan kehidupan!!!(sekularisme,hedonisme,liberalisme, nasionalisme,pragmatisme) (macam dah jadi je sekarang!!!!)
Oh dunia...kau dah tua...
Oh dunia...Namun tetap ku suka...
Oh dunia....Indahnya andai dapat memiliki semua...
Oh dunia...Kau takkan ku lupa...
Oh dunia...Ku bersamamu tiap masa....

Oh dunia...duit dapat kat kroni-kroni kerajaan,biarlah,bapak aku kerja situ jugak...
Oh dunia...Jawatan aku dapat tu boleh buat duit...Rasuah??rilek la duit kopi...
Oh dunia...Zakat??Miskin aku bagi zakat nanti,hutang dululah....
Oh dunia...apa isteri nak??semua aku boleh bagi...
Oh dunia...mak aku tak pernah faham aku,buat apa ikut cakap dia,kawan aku lagi best...sama-sama satu kepala....
Oh dunia...Ayah aku lagilah tak sebulu...asyik-asyik melenting je kerjanya....
Oh dunia...selalu rasa nak sembang pasal kerja/bisnes/game dalam masjid...
Oh dunia...Pemimpin aku tak reti buat kerja rupanya...Tak cerdik pulak tu...biarlah... pandai-pandai dialah pimpin negara ni...hehe
Oh dunia...Stylo la nampak bro tu...gengster pun gengster,samseng pun samseng..orang lain mana berani buat...
Oh dunia...dah ada bir halal rupanya...bolehlah aku togok puas-puas....
Oh dunia...nampak cun jugak kalau lelaki jadi perempuan ek??
Oh dunia...aku minat sangat-sangat artis ni...poster,gambar,majalah,lagu dia semua aku dah hafal/simpan...gambar dia nak bukak baju/tak pakai baju pulak tu...awww
Oh dunia...aku pergi mana-mana dengar muzik,best la camni,baru feel sikit hidup...
Oh dunia...nak buat apa undang-undang Islam,nak buat apa Al-Quran,nak contohi para sahabat??Weiii...Mereka tu pak Arab dok pakai serban,nampak kolot lah,nampak tak maju,ni nak ikut sikap/amalan mereka??huh!!!("I'm sorry")

Oh dunia...oh dunia...oh dunia..
Dah nak kiamat...ramai lagi iman tenat...
Baru ajak buat ibadat...Dah jawab siap-siap aku penat...
Bila nyawa dah nak tamat...Tuhan tu baru nak ingat...

Pulanglah sebelum nyawamu RUNAWAY...
Izrail menanti kamu EVERYDAY....
Dia menunggu dari MONDAY,TUESDAY,WEDNESDAY,THURSDAY, (bahkan FRIDAY,SATURDAY,SUNDAY pun dia tunggu jugak!!!)
Walau kamu tak ingin...tak perlu katamu...

Wallahu'alam...