10 June 2011

Ikhlas La Sangat . . .

Suatu hari,Ahmad berjalan bersama-sama Faiz menuju ke padang sekolah...Ahmad dan Faiz merupakan pemain bowling padang beregu yang berjaya mencapai gelaran Duo Top Scorer di situ...

Muka Ahmad(Dua dari kiri) dan Faiz (Kanan sekali) dikatakan sama dengan mereka

Ahmad sedang melawak entah apakebenda yang membuatkan Faiz tak faham,tapi Faiz gelak jua untuk mengambil hati...Kemudian,kedengaran azan Asar yang dilaungkan oleh Bilal Ehsan di surau berdekatan.. Merasakan solat berjemaah itu satu kepentingan buat ummah,Ahmad mengajak Faiz untuk pergi solat berjemaah di awal waktu di surau...Namun dengan jawapan yang sudah disangka,

"Rilek dulu bro,nanti lepas score barang dua tiga gol aku solat la"
"Tapi solat dululah,lagi afdhol,berjemaah tambah awalwaktu lagi"
"Alaa...Nanti aku pergi ahh,lagipun bukan aku tak solat pun"
"Tapi kita bukan rugi apa-apa pun kalau pergi awal...Lagipun kau selalunya solat kat bilik kalau lewat-lewat ni"
"Alahh,buat APA PERGI KALAU TAK IKHLAS???"
"Erk?!?"

Ahmad menatap mata Faiz yang indah bak permata bersinar....Dengan renungan yang menyeramkan,Ahmad berkata kepada Faiz,

"Kalau macam tu aku nak tanya,kau ikhlas tak jadi seorang muslim,seorang Islam sekarang ni?"
"Err,apa punya soalan daa..mestilah ikhlas"
"Apa bukti kau ikhlas??"
"Err...aku menjalankan tugas sebagai hambaNya??"
"Apa tugas hamba kepadaNya??"
"Err...apa yek?? (dengan wajah pucat bak Gollum)"

"Beribadat kepadaNya...Check surah Adz-Zariyaat : 57,so apa ibadat kau dah buat setakat ni?"
"Err....Solat,puasa,zakat,sedekah,belajar,menghubungkan silaturahim??"
"Solat???kau solat ke sekarang??Kalau belum lagi jomlah..Kalau kau taknak maknanya kau tak ikhlas la jadi seorang muslim sekarang ni...Sebab kau kata kau ikhlas dengan buat ibadat...Bila kau tak buat ibadat kau tak ikhlas la jadi muslim..."
"Gulp...Errr nanti aku solatlah.."
"(degil lagi dia nih,sabar tangan sabar)Maknanya kau bukan muslim yang ikhlas la sekarang ni?? Sebab kau belum solat buat tempoh masa ni....Buat apa jadi muslim kalau tak ikhlas..."
"Err...yelah yelah jomlah (setan kata:Tak guna !#%*#$ QWERTYUIOP@*$&#%*#%*!!!!)"
"Okeh jom...Hah dah Imam Hakam bagi salam dah tu...kan dah rugi imam pertama...takpelah jom imam kedua..."
"Hmmmm..."

Selesai solat,mereka bergegas keluar,Faiz masih lagi dengan muka cipannya,mungkin tension dengan Ahmad...Jadi Ahmad pun dengan poyonya menegur,

"Faiz,kau tahu tak apa itu ikhlas sebenarnya??"
"Alaa....Kita buat dengan rela hati...Tak payah dipaksa-paksa...Tak rasa berat bila nak buat"
"So agak-agak selama kau buat ibadat ni berapa banyak kau punya ikhlas??"
"Err...entahlah..mungkin...sikit je kot.."
"Tapi kau still buat ibadat lagikan??Sebab itu memang fitrah kita,tugas kita walaupun kita tak ikhlas"
"(Dia start dah ceramah dia start dah,ni mesti terpengaruh dok kawan dengan imam Hakam nih)"
"Kalau nak kira ikhlas baru buat ibadat..setakat mana kita nak ikhlas dalam hidup kita sebagai muslim...Maksiat buat jugak,ibadat malas....Eh maksiat tak payah tunggu ikhlas pun yek??"
"Err...(Betul jugak)"

"Ikhlas ni sebenarnya bermula dengan paksaan,paksa diri nak buat ibadat tu,kalau tak sampai bila-bila kita tak beribadat"
"Kalau macam tu ibadat kita yang buat tak ikhlas tu dapat pahala tak??"
"Kau tahu mana ibadat kau tak ikhlas??Kalau kau yakin kau buat tu tak ikhlas baru kau boleh kata ibadat kau tu tak ikhlas...Tapi apa guna kita buat ibadat kalau awal-awal dah niat tak ikhlas??So dalam usaha kita nak ikhlaskan diri tulah keikhlasan kita beribadat sebenarnya"
"Huh...so senang cakap kita kena istiqamah untuk cari keikhlasan tu,baru boleh ikhlas dalam beribadat?"


"Hah...you got the point bro.."
"(cakap le gitu dari tadi kan senang) Hmm"
"So ikhlas ni hanya tuhan yang boleh nilai..Kita tak boleh tengok melalui ibadat yang dia buat.. Sebab ikhlas ni nampak kat hati...Mungkin kita tengok sorang tu selalu datang surau, tapi tak tahu dia ikhlas ke tak,mungkin niat dia nak menunjuk-nunjuk,tapi kita tak boleh sangka buruk macam tu,kena husnudzhon"
"Hmm "
"Nak dapat ikhlas bukan senang...Tak boleh la nak ikhlas terus je contohnya first-first time kau solat hajat ke tahajud ke,mesti terdetik kat hati kau 'kalau orang tahu ni mesti diorang kata aku alim,wuu bestnye!!'Tapi bila dah lama-lama atau selalu kau buat mesti kau rasa berat bila nak tinggal,rasa rugi kalau tak buat,hah itulah kemanisan dan keikhlasan beribadat sebenarnya"
"Ok bro..Thanks menyedarkan diriku yang jahil ini...Lepas ni ada idea nak pangkah Hafizuddin tu,dia selalu cakap ayat ni bila aku ajak solat jemaah"

"Bro ilmu bukan untuk memangkah orang bro...tapi untuk pengamalan diri...Tak guna ilmu kau banyak tapi niat kau nak tunjuk hebat..."
"(Aduss kena pangkah lagi)oh okeh okeh..Sori sori aku biasalah orang jahil ni.."
"Aku pun bukanlah pandai sangat...Ilmu untuk manfaat bersama..Eh jom la bro sempat lagi 10 round game ni"
"Yelah yelah jom jom....hari ni kita buat hatrik"

Maka petang itu pun berlalu dengan gembiranya...Burung-burung turut berkicauan,angin pula bertiup sempoi sempoi language (ciss penggunaan bahasa rojak),sambil seekor semut hitam kelihatan berbisik sesuatu,setelah ditranslate,

"Keikhlasan itu ibarat semut hitam di atas seketul batu hitam di kala malam yang amat kelam, ianya ada tetapi sukar dilihat,sukar didapati,sukar dicari"

Nak publisiti jugak semut nii...ok kita bagii...

-Tamat-Wallahu'alam-Cerita di atas sekadar untuk pengajaran semata-mata,tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati,ataupun yang mati hidup balik,watak dan perwatakan hanyalah rekaan penulis-

No comments:

Post a Comment