26 August 2011

Say No Evil !

BismillahirRahmanirRahim . . .

Alhamdulillah..Sampai jugak ke rumah akhirnya....Mula-mula seriyau jugak takut naik bas lambat sampai sebab jalan 'jam'...Tapi akhirnya sampai awal jugak daripada orang yang naik KTM (muahaha ,jalan tak jam pun)...

Puasa tahun ini macam biasalah...Tapi yang tak biasanya puasa sebagai seorang musafir perantau..3 minggu dok kat KISAS tu tau tak!Kalau kat SMKAK mesti boleh balik tiap-tiap minggu (actually tak kisah sangat pun)...Ramai menderita seksa kecewa (bagi yang duduk jauh la).. Nasib baik aku cool jer (heh!)...

Dulu (dengan nada sedih)...Agak best la puasa kat SMKAK...Ramai-ramai bangun sahur,ramai-ramai buat tahajud dalam dorm,ramai- ramai pergi Surau Raudhatus Sakinah baca Al-Quran.. Sebelum bukak puasa pulak buat halaqah ramai-ramai...Sembang-sembang merapu kejap.. Pastu dengar orang bagi tazkirah (sekarang mesti Muaz Abd Hakam selalu bagi)..Azan terus jer baca doa,makan kurma,minum air dan solat Maghrib dulu...Lepas tu baru pergi DM makan nasik pulak...Tapi tahun lepas start makan nasik dulu (tahun ni sama kot)...Tidak mem'feeling'kan la...
.

[suatu masa dahulu....aku bersama dengan hangpa semua]

Sekarang (dengan nada kurang sedih)...Agak ok la kat KISAS..macam rigid jugak...Tunggu ramai-ramai kat meja kat DM tu...Dengar tazkirah F5 dengan sahabat F4 bagi...Baca doa.. bukak posa makan kurma sebijik pastu melantak nasik sepinggan then minum air segelas...Kalau larat makan kuih dengan buah pulak...(Skema kan!)pastu pergi solat maghrib...Kalau sahur pandai-pandai kau la nak bangun...Kalau tak suruh member kejut heh,sori kalau kau nak bangun... Kecuali kalau kau memang jenis bangun sahur! (macam aku,hehe)..Lepas sahur pandai-pandai kau la nak tahajud ke nak tidor balik ke..Pastu bangun solat subuh..Lepas tu baca Al-Quran 2-3 m/s then pergi sekolah (eh mandi dulu!!)...

[sekarang bersama mereka...hehe]

Tapi itulah kehidupan..Life is a reality that everyone will face it!!Manis dan pahit hidup itu ditentukan dengan bagaimana kita menjalaninya...Hakikatnya,pergi mana-mana pun akan ada orang yang lebih hebat daripada kita,dan suasana yang akan berbeza-beza...Kalau tak macam mana kita nak rasa warna-warni kehidupan ini beb!!Kehidupan adalah kanvas putih yang mana memerlukan kita melakar lukisan kita sebaik mungkin..Dan adakalanya lukisan kita tu akan tersilap/terkotor/terburuk/tercomot sikit...Dan kitalah yang kena perelokkan/perkemaskan balik lukisan tu....

Harapan Ramadhanku,moga puasa kali ini diampunkan dosa-dosa lalu dan dikurniakan rahmat serta pembebasan api nerakaMu Ya Allah,dan diselamatkan serta dilindungi daripada golongan yang dicelakakan para nabi dan malaikat...Insyaallah. . . . . . . .

اللْهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

'Say: O Allah, You are pardoning and You love to pardon, so pardon me.'

No comments:

Post a Comment