28 October 2011

Ikhtilat;Satu Kemusykilan.Satu Perbincangan


~DenganNamaAllahYangMahaPengasihLagiMahaPenyayang~

Ikhtilat,dari segi maksud mudahnya pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa batasan,maka ia perlu dijaga dan perlu dipelihara agar tidak berlaku..

Umum sudah mengetahui,akibat dan kesan pergaulan bebas tanpa batas seringkali menyebabkan individu tersebut terbabas,hanyut di arus dosa tanpa rasa sekelumit penyesalan kecuali setelah menerima akibatnya...

Namun apabila disebut tentang kawal pergaulan anda,ada suara-suara yang menyebut tentang kebebasan berkomunikasi,tentang lelaki tidak dapat dipisahkan dengan perempuan,tentang lelaki mustahillah nak hidup dengan lelaki sahaja..

Ya,menjaga ikhtilat bukan bermaksud mengharamkan komunikasi antara lelaki dan perempuan, namun lebih kepada menutup pintu kemudaratan...Mungkin digelar shadid atau ekstremis agama,namun hakikatnya kehormatan dan maruah seseorang itu terletak pada malunya... Jika hilang malu(pada tempatnya,bukan setiap masa kena malu)nya,adakah layak dikatakan seseorang itu mempunyai maruah???

Maka isu ikhtilat kali ini mengupas persoalan yang sering bermain di kotak minda,apa itu ikhtilat, salah faham yang sering berlaku dan dalil serta hukum bagi situasi tertentu bagaimana kita hendak menjaga komunikasi kita dengan individu berlainan jantina~

Moga-moga ini membantu...Hakikatnya semua ilmu milik Allah Taala jua...Kita sebagai hamba hanya memiliki mengikut apa yang dikehendakiNya...Sesungguhnya barangsiapa yang diberikan Allah petunjuk,maka tidak ada sesiapa pun yang mampu menyesatkannya, dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah,maka tidak ada sesiapa pun yang mampu memberikannya petunjuk (melainkan Allah).....

Wallahu'alam~

Ikhtilat : Dalil dan Hukumnya


~DenganNamaAllahyangMahaPengasihLagiMahaPenyayang~
Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam.

Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi) tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama.

Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas menghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita Islam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada satu masa dahulu.

Ikhtilat :Salah Faham Terhadapnya


~BismillahirRahmanirRahim~


Salahfaham bagi yang tak faham :

i) Menyekat ikhtilat bermaksud akan menyekat pergaulan dan komunikasi antara lelaki dan perempuan
ii)Kita perlukan komunikasi antara lelaki dan perempuan dalam dunia ni (tapi perlu ke setiap masa atau selalu ke keperluannya??)



Ikhtilat yang tidak terbatas akan menyebabkan pergaulan bebas yang seringkali terbabas~

iii)Mustahil nak tundukkan pandangan,cakap di belakang pintu,pass guna buku,tak lunakkan suara semasa bercakap dan macam-macam lagi sillibus untuk menjaga ikhtilat
iv)Menyekat Ikhtilat bermakna haram untuk lelaki bercakap dengan perempuan dan perempuan nak bercakap dengan lelaki
v)Menyusahkanlah sillibus nak jaga ikhtilat ni...Islam memang macam ni/Tarbiyah memang menyusahkan macam ni ke??
vi)Biasalah jumpa/mesej/chat/komen kat status perempuan,Kau ni jumud betullah

Salahfaham bagi yang 'terlampau' faham :

i)Kau cakap dengan perempuan,kau berdosa,jahil,tak tahu hukum
ii)Kau jumpa perempuan,kau couple
iii)Kau buat aktiviti dengan perempuan,kau dah menghampiri zina
iv)Kau duduk sebelah perempuan (tak kira la walaupun selang satu kerusi) kau menghampiri zina jugak
v)Kau mesej/chat/sembang/komen kat status perempuan,kau menghampiri zina jugak
vi)Kau ikut apa aktiviti yang perempuan cadangkan (baru cadangan) nak buat,hilang thiqah
vii)Pendek kata apa saja aktiviti yang ada perempuan terlibat,adalah haramm

*Kalau situasi bagi perempuan pulak tukar jer jumpa lelaki
InsyaAllah kita sama-sama cuba faham :

i)Ikhtilat ialah pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa batas,maka ia perlu dijaga supaya tidak berlaku
Apa perasaan anda kalau

27 October 2011

Ikhtilat : Benteng Hati dan Pancaindera

~BismillahirRahmanirRahim~

Berkurun sudah tak menyentuh keypad untuk menaip di blog...Namun kali ni tergerak hati dan jari untuk menaip kali ini,sebagai suatu renungan dan perkongsian pandangan yang sekian lama
terpendam...

MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com
~tetibe suke pulak lagu ni...hehe~

Pernah suatu masa di kelas tuisyen,seorang guru sains ala ustazah berseloroh,
"Cikgu letak kamu lelaki satu kelompok,perempuan satu kelompok,sebab bila sama jantina ni dia akan menolak,tapi bila berlainan dia akan menarik,haaa macam magnet...Betul tak??"
Benar saja telahan guru tersebut...Pasti ada tarikan pabila caj yang berlainan didekatkan...

Konsep Ikhtilat(percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi) ditekankan sejak kita kecil ,semasa sekolah rendah,tergelak juga pabila teringat saat TERSENTUH tangan muslimat,muslimat tersebut spontan berkata,

"Ishh...najis najis..."

lalu menyapu tangannya...Kita diajar HARAM menyentuh individu berlainan jantina,lalu kita cuba mengamalkannya,cuba mengelak daripada melanggar peraturan tersebut..

Namun peraturan yang dahulu itu sudah hilang musnah pabila melangkah ke alam sekolah menengah...Biasalah,"couple is necessary when you enter the teenage world"...Jelas peraturan itu dahulu hanya