28 October 2011

Ikhtilat :Salah Faham Terhadapnya


~BismillahirRahmanirRahim~


Salahfaham bagi yang tak faham :

i) Menyekat ikhtilat bermaksud akan menyekat pergaulan dan komunikasi antara lelaki dan perempuan
ii)Kita perlukan komunikasi antara lelaki dan perempuan dalam dunia ni (tapi perlu ke setiap masa atau selalu ke keperluannya??)



Ikhtilat yang tidak terbatas akan menyebabkan pergaulan bebas yang seringkali terbabas~

iii)Mustahil nak tundukkan pandangan,cakap di belakang pintu,pass guna buku,tak lunakkan suara semasa bercakap dan macam-macam lagi sillibus untuk menjaga ikhtilat
iv)Menyekat Ikhtilat bermakna haram untuk lelaki bercakap dengan perempuan dan perempuan nak bercakap dengan lelaki
v)Menyusahkanlah sillibus nak jaga ikhtilat ni...Islam memang macam ni/Tarbiyah memang menyusahkan macam ni ke??
vi)Biasalah jumpa/mesej/chat/komen kat status perempuan,Kau ni jumud betullah

Salahfaham bagi yang 'terlampau' faham :

i)Kau cakap dengan perempuan,kau berdosa,jahil,tak tahu hukum
ii)Kau jumpa perempuan,kau couple
iii)Kau buat aktiviti dengan perempuan,kau dah menghampiri zina
iv)Kau duduk sebelah perempuan (tak kira la walaupun selang satu kerusi) kau menghampiri zina jugak
v)Kau mesej/chat/sembang/komen kat status perempuan,kau menghampiri zina jugak
vi)Kau ikut apa aktiviti yang perempuan cadangkan (baru cadangan) nak buat,hilang thiqah
vii)Pendek kata apa saja aktiviti yang ada perempuan terlibat,adalah haramm

*Kalau situasi bagi perempuan pulak tukar jer jumpa lelaki
InsyaAllah kita sama-sama cuba faham :

i)Ikhtilat ialah pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa batas,maka ia perlu dijaga supaya tidak berlaku
Apa perasaan anda kalau adik/abang/kakak/ibu/isteri/bakal isteri/mak mentua dll. terlibat dalam situasi seperti di atas??Rela,pasrah atau redho???~

ii)mungkin ada yang terkeliru,ikhtilat bukanlah cara menjaga,tetapi perkara yang perlu dijaga
iii)Sillibus tentang ikhtilat ditentukan atas dasar kemaslahatan umum,maksudnya berkaitan dengan kehidupan umum sebagai seorang student..

Bagi kemaslahatan khusus contohnya aktiviti yang melibatkan perempuan (Jamuan, kursus, perbincangan berkumpulan,kem,pengucapan awam,muzikal,aktiviti bukan akademik) menuntut setiap individu itu supaya fleksibelkan diri dan menjaga juga batasan tetapi tidak sampai menyekat gerakkerja yang dijalankan...Ikhtilat tetap perlu dijaga (Contohnya: Takkan masa bincang nak kena tunduk 24 jam!!!How's it goin'to be!!!Cubalah untuk tidak memandang muka takut nanti tergoda,tapi kalau dah terpandang sekilas lalu macam tu tak perlu la menghukum dah menghampiri zina..Tapi kalau asyik ushar-mengshar jer yang tu memang tak jaga la)

iv)Di luar sekolah lagilah anda perlu fleksibelkan diri...Sahabat anda tetap sahabat,kalau bagi lelaki cubalah untuk tak tegur dengan sahabat perempuan tetapi andai dia yang menegur cubalah buat sesuatu yang anda rasa anda boleh elakkan daripada buat bukan-bukan (contohnya semasa mesej tulis point dah le,tak payah tulis ayat bunga-bunga(akai nak ngorat konon),samalah semasa bercakap/bersembang)

v)Kalau sahabat anda yang berlainan jantina minta nasihat anda sebagai pelajar agama?? Layanlah dia sebagai mad'u anda,cuba mengikut rentaknya kemudian ubah dia mengikut rentak kita pulak...(contohnya:Anda lelaki,seorang perempuan bertanya kenapa wajib bertudung??? Janganlah maki atau keji dia,tetapi cuba bersembang biasa dengannya seterusnya selitkan dakwah anda,InsyaAllah kalau niat dan cara anda betul selepas ni dia akan berkomunikasi dengan anda dalam konteks anda sebagai tempat rujuknya,bukan sekadar teman tapi mesra)

vi)Jangan terlalu taksub atau obses dengan sillibus untuk menjaga ikhtilat...Kita boleh ikut,tetapi sesuaikan dengan situasi semasa...Anda semasa di dalam kelas lain caranya...Semasa di tempat awam lain caranya...Semasa ada pengkhususan kerja lain caranya...Semasa ada perbincangan lain caranya...Semasa komunikasi secara tak langsung (facebook,sms,twitter dll.) lain caranya... Jangan sempit/ikat diri anda dengan sillibus...Fleksibel tapi menjaga..Ingat,Ikhtilat perlu dijaga,namun pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi tidak diharamkan selagi ada batasan dan cara bersosial..

vii)Jangan terlalu cepat menghukum orang...Kita perlu faham situasi semasa..Jangan bila nampak lelaki bersembang dengan perempuan terus kita hukum dia hilang thiqah...Bila nampak lelaki berbincang dengan perempuan terus kita cop dia tak tahu hukum..Bila nampak keterlibatan individu berlainan jantina dalam sesuatu aktiviti terus kita hukum tak boleh,haram, langgar tarbiyah dan apa-apa lagilah ayat-ayat hukum..

Ingat,
"Da'ie adalah PENYERU,BUKAN PENGHUKUM"

vii)Tapi janganlah terlalu bebas sangat pulak...Ingat,Ikhtilat perlu dijaga,namun bukan mengharamkan pergaulan...Tapi janganlah saja-saja pulak nak libatkan lelaki(bagi perempuan) atau perempuan (bagi lelaki) dalam setiap aktiviti kita...Sekadar untuk keperluan penting sahaja atau memang perlukan penglibatan individu berlainan jantina...Kalau tak perlu sangat atau memang tak payah janganlah pulak nak menggalak atau menggedik...Cubalah cari jalan supaya penglibatan individu berlainan jantina itu kurang atau tak terlibat langsung..LAgipun lagi senang buat kerja sama-sama jantina kan??

Ingat,
"Jaga Mata,Jaga Hati,Nescaya Terjaga Matahati"

*Ayat di atas kredit kepada KF Blok Ali AsPura Kisas(hehe)

Dalam menyeru atau mengajak kepada yang maaruf dan mencegah yang mungkar,ikutlah rentak mad'u...Jangan terus menghukum...Fahami satu-satu situasi..Jangan terus menghukum ikhtilat tidak terjaga...

" Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. " [An-Nahl:125]
Wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment