27 October 2011

Ikhtilat : Benteng Hati dan Pancaindera

~BismillahirRahmanirRahim~

Berkurun sudah tak menyentuh keypad untuk menaip di blog...Namun kali ni tergerak hati dan jari untuk menaip kali ini,sebagai suatu renungan dan perkongsian pandangan yang sekian lama
terpendam...

MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com
~tetibe suke pulak lagu ni...hehe~

Pernah suatu masa di kelas tuisyen,seorang guru sains ala ustazah berseloroh,
"Cikgu letak kamu lelaki satu kelompok,perempuan satu kelompok,sebab bila sama jantina ni dia akan menolak,tapi bila berlainan dia akan menarik,haaa macam magnet...Betul tak??"
Benar saja telahan guru tersebut...Pasti ada tarikan pabila caj yang berlainan didekatkan...

Konsep Ikhtilat(percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi) ditekankan sejak kita kecil ,semasa sekolah rendah,tergelak juga pabila teringat saat TERSENTUH tangan muslimat,muslimat tersebut spontan berkata,

"Ishh...najis najis..."

lalu menyapu tangannya...Kita diajar HARAM menyentuh individu berlainan jantina,lalu kita cuba mengamalkannya,cuba mengelak daripada melanggar peraturan tersebut..

Namun peraturan yang dahulu itu sudah hilang musnah pabila melangkah ke alam sekolah menengah...Biasalah,"couple is necessary when you enter the teenage world"...Jelas peraturan itu dahulu hanya ikut-ikutan,tapi pabila semakin dewasa ia perlukan pemahaman dan pengamalan..

Menjaga Ikhtilat,pada umumnya MENJAGA PERGAULAN BERLAINAN JANTINA SUPAYA TIDAK TERLALU BEBAS DAN TERBABAS...Hakikatnya setiap individu semestinya sudah tahu apa yang perlu dijaga,kenapa dan kesannya...

Tapi biasalah,MANUSIA ITU TIDAK TERLEPAS DARIPADA SIFAT SALAH DAN LUPA,akui Imam Al-Ghazali...Maka topik terbaru ini akan mengupas ikhtilat secara ringan dan santai saja,dan merupakan pandangan,maka boleh ada hujah atau pendapat lain kalau nak ditambah atau diperbetulkan....

Ikhtilat,di KISAS dikhususkan sillibus untuk ikhtilat ini...Wah,hebat hebat...Namun ada yang melawan pendapat,menentang atau tidak suka??Kenapa ya??Tak faham??Tak betul???Ke ego??Turunkan ego... =)

Ikhtilat mengambil kemaslahatan umum...Dulu mungkin ada yang pernah couple,tak jaga hubungan sosial,pergaulan bebas berlainan jantina...Biasalah,kalau yang sekolah lelaki sahaja bolehlah malu-malu dengan perempuan,tetapi kalau sekolah yang perempuan dengan lelaki memang tak malu???

Ikhtilat,jaga pandangan,jangan pegang-pegang,duduk renggang renggang...Tapi kenapa ada kena bercakap di sebalik pintu,kena pusing apabila bertembung,kena menghadap dinding takut terlanggar,kena tunduk bila bercakap,kena elak daripada bertentang mata,kena jaga kelunakan suara.."Eh please la,that's not reality of life"kata certain orang...Itu bukan konsep yang kena untuk realiti kehidupan...."Nanti keluar universiti ada nak buat macam tu???Sorry la beb...."
kata yang lain...Jadi sebab tu menentang???

Tetapi..Ingat, MENJAGA,BUKAN MENGHARAMKAN.....Kita diciptakan nafsu dan akal.. Nafsu selalunya cenderung kepada ketidakbaikan manakala akal lebih menilai kepada kebaikan..Maka,dalam pergaulan kita antara berlainan jantina,adakalanya kta cenderung kepada nafsu dan ada ketikanya kita menggunakan akal...

Mana ada setiap kali seorang lelaki bercakap dengan perempuan yang lain dia sentiasa bernafsu... Atau orang yang sentiasa tak ada perasaan semasa bercakap dengan individu berlainan jantina???Mustahillah!!!We ARE NOT ALIENZ!!!

Maka,Ikhtilat yang menjaga agar akal sentiasa mendahului nafsu...Diakui,memang cakap di sebalik pintu,tunduk bila berjalan,jangan lunakkan suara dan pelbagai lagi cara menjaga ikhtilat itu agak mustahil untuk dibuat praktikal bila di universiti,tapi ingat,

"KALAU TAK BOLEH BUAT SEMUA,JANGAN TINGGAL SEMUA"

Yaa...pernah dengar ramai pelajar agama hanyut bila di universiti??Pernah dengar ramai muka-muka shadid bila di sekolah tapi hilang terus ke'shadid'annya bila di universiti??Lagi teruk pulak tu!!!Eh eh...Tak payah ambik jauh-jauh...tanya diri sendiri..Balik rumah tak mesej ke dengan muslimat??Tak chat kat facebook??tak komen kat status??Tak tagged gambar??

"I Hate the Way You Lie"...Hipokrit ke tu??Kat sekolah tunduk jer jalan...Tak cakap dengan muslimat/muslimin pulak tu...Orang pulak kena cakap dengan dia...Tapi balik rumah???Mana ikhtilat tu mana??

Sebenarnya...Jangan terlalu menyempitkan minda dan tindakan kita dengan sillibus ikhtilat di sekolah....Fleksibelkan diri anda,Islam bukan agama yang susah,tapi mempermudah...

-Anda dah tahu jangan cakap benda-benda lagha dengan muslimin/muslimat,jadi masa chat/mesej jangan sampai naik nafsu/benda lagha terlibat/timbulkan fitnah...

-Anda dah tahu jangan pandang muslimin/muslimat takut nanti tergoda,jadi kalau anda jumpa mana-mana muslimin/muslimat dan anda rasa anda akan tergoda bila tengok dia, tundukkan (alihkan/jangan pandang) pandangan...

Nafsu orang lain-lainlah...Tengok muka sorang ni,ada yang kata cantik ada yang kata tak...manusia tak samalah~

Habis yang kena cakap balik pintu,yang kata jangan lunakkan suara,yang kata jalan kena tunduk,yang kata tak boleh pandang muslimin/muslimat,yang kata kena pass kertas atau something yang nak dibagi melalui buku,ke mana semua tu??

Kan dah kata...Fleksibelkan diri anda...Islam itu Syumuliah...Lengkap dari segala aspek....Kita jangan ambil tindakan,tapi lihat pada kesan/matlamat sesuatu tindakan..

-Sebab apa kena cakap di sebalik pintu??

*Untuk mengelakkan fitnah/terdetik perasaan/tergoda antara satu sama lain,tambah-tambah kalau yang segak chek mek molek

-Sebab apa kena tundukkan pandangan semasa berjalan(bukan tundukkan kepala sampai terlanggar tiang,tundukkan pandangan bermaksud mata tak meliar mengusha melewar merata sampai tertengok benda-benda tak patut)

*Sama seperti di atas

-Sebab apa kena pass benda/kertas atau something atau anything kepada yang berlainan jantina menggunakan medium seperti buku?

*Supaya tak tersengaja sentuh tangan,tak mustahil kalau lelaki dah tersentuh kulit tangan perempuan yang lembut gebu tu dah boleh ternafsu (ingat cerita buhong ka)

-Sebab apa jangan lunakkan suara bila bercakap dengan yang berlainan jantina???

*pernah tergoda atau ternafsu tak bila dengar Lady Gaga atau bila dengar suara menggoda atau menggedik orang berlainan jantina???

-Sebab apa jangan berhubung dengan muslimin/muslimat sesuka hati,maksudnya selagi mana tak ada benda penting??

*sebab kalau kita selalu mengosongkan waktu kita daripada perkara-perkara kebenaran,syaitan akan isinya dengan perkara-perkara kebathilan,believe or not,berhubung bukan atas sebab benda perlu/pentinglah tercetusnya rasa ingin berkenalan lebih lanjut,pastu couple,lepas tu buang anak (huh!)

-Kena buat ke semua tu bila keluar dari sekolah??

*Kalau rasa mampu buatlah..Tapi lebih baik fleksibelkan diri anda....Jangan menjauhkan diri daripada masyarakat,tapi ikutlah rentak mereka...Jangan terpengaruh,tapi ubahlah budaya mereka mengikut matlamat ikhtilat sebenar,menjaga bukan mengharamkan pergaulan berlainan jantina...

-Haram ke sembang lelaki/perempuan atau chat/mesej/jumpa/couple dll??

*yang penting adalah APA YANG PERLU DIJAGA,dan bagaimana nak menjaga, bagaimana tu boleh berubah mengikut tempat keadaan dan situasi semasa...Nak buat ikut sillibus bila ada majlis reunion???Kena boikot la kau!!!Kan dah kena cop sombong!!!

Buatlah macam mana pun asalkan matlamat ikhtilat terjaga,ukhuwah pun terjaga..ingat,

"USLUB BIAR PELBAGAI,MATLAMAT JANGAN TERGADAI!!"

Akhbar setiap hari menyajikan berita buang anak,buli,couple,khalwat malah 'terbuat' lagi... Sebab??Tak ada kawalan dalam pergaulan...Tak ada panduan dalam pergaulan...Tak ada batasan dalam pergaulan berlainan jantina...Kita bukan diharamkan bergaul,tetapi perlu menjaga pergaulan tersebut....Kalau tidak??? Melayu Islam tetap merangkul keunggulan dengan tempat teratas dalam ranking 'Bilangan Anak Haram YANG DIJUMPAI SETIAP TAHUN'... Eh yang tak jumpa pun,Melayu Islam jugak ye???
"Dan Janganlah kamu MENDEKATI ZINA,Sesungguhnya Zina itu Satu Perbuatan yang keji dan Membawa kepada Jalan yang Jahat" [Al-Isra':32]
~Wallahu'alam....Renung-renungkan dan selamat beramal~

1 comment: