25 December 2011

Kenapa Semua Orang Cakap Pasal Cinta ?!?

~DenganNamaAllahYangMahaPengasihlagiMahaPenyayang~

Sinar mentari baru sahaja memancar aura,angin dingin menghembus ke muka,meresap masuk menyegat jasad,membuatkan diri terasa segan menyentuh permukaan air kolah yang pastinya setaraf ais ketul yang sepatutnya diletakkan dalam air teh dewan makan yang panas tahap lava...

Naik ke bilik,ditemani bekas-bekas rintik hujan yang baharu beransur reda,selepas rajuknya awan menyebabkan ia turun menyimbahi muka bumi Tuhan semalaman...*ahh tak payah nak jiwang sangat la ayat*

Ok ok...Kem Easy Addmath baru-baru ini memberi peluang untuk aku bertemu semula dengan subjek Addmath,subjek favourite semua student MELAYU di MALAYSIA...Maka bukanlah nak cerita pasal kem tu pun...Cerita jugaklah..Kem Easy Addmath ini dianjurkan oleh Kumpulan EASYMATH Malaysia yang bertempat di Johore...Tujuannya meng'EASY'kan teknik-teknik belajar Addmath yang dirasakan VERY NOT EASY oleh pelajar-pelajar MELAYU kebanyakannya di negara MALAYSIA terchenta ini...

Dan tips serta teknik yang diberikan sememangnya mudoh dan dok payoh bak kata Presiden BADAR SMKAK 2012..Jadi tahun depan mereka akan datang lagi untuk ulangkaji tajuk-tajuk tingkatan 5 pula pada pertengahan tahun 2012..Jadi anda sekali lagi dijemput beramai-ramai memeriahkan kem ini di SMKA KEDAH,Jalan Sultanah Sambungan,Aloq Setaq,Kedah Sejahtera...Diserikan dengan kerenah sifunya iaitu Encik Sallehun dan Encik Sobri yang sentiasa menonjolkan kelelakian*hehe*, teknik dan tips yang diberikan juga sangat berguna dan praktikal serta menjimatkan masa menjawab..Jadi pakat mai la ramai-ramai tahun depan noh *aku dah tolong promote ni*

Dan program ini bermula pada 8 pagi..Maka selepas sembahyang subuh BERJEMAAH dan bersarapan semuanya melepak dan membuang masa-masa yang tersisa sementara menunggu..