25 December 2011

Kenapa Semua Orang Cakap Pasal Cinta ?!?

~DenganNamaAllahYangMahaPengasihlagiMahaPenyayang~

Sinar mentari baru sahaja memancar aura,angin dingin menghembus ke muka,meresap masuk menyegat jasad,membuatkan diri terasa segan menyentuh permukaan air kolah yang pastinya setaraf ais ketul yang sepatutnya diletakkan dalam air teh dewan makan yang panas tahap lava...

Naik ke bilik,ditemani bekas-bekas rintik hujan yang baharu beransur reda,selepas rajuknya awan menyebabkan ia turun menyimbahi muka bumi Tuhan semalaman...*ahh tak payah nak jiwang sangat la ayat*

Ok ok...Kem Easy Addmath baru-baru ini memberi peluang untuk aku bertemu semula dengan subjek Addmath,subjek favourite semua student MELAYU di MALAYSIA...Maka bukanlah nak cerita pasal kem tu pun...Cerita jugaklah..Kem Easy Addmath ini dianjurkan oleh Kumpulan EASYMATH Malaysia yang bertempat di Johore...Tujuannya meng'EASY'kan teknik-teknik belajar Addmath yang dirasakan VERY NOT EASY oleh pelajar-pelajar MELAYU kebanyakannya di negara MALAYSIA terchenta ini...

Dan tips serta teknik yang diberikan sememangnya mudoh dan dok payoh bak kata Presiden BADAR SMKAK 2012..Jadi tahun depan mereka akan datang lagi untuk ulangkaji tajuk-tajuk tingkatan 5 pula pada pertengahan tahun 2012..Jadi anda sekali lagi dijemput beramai-ramai memeriahkan kem ini di SMKA KEDAH,Jalan Sultanah Sambungan,Aloq Setaq,Kedah Sejahtera...Diserikan dengan kerenah sifunya iaitu Encik Sallehun dan Encik Sobri yang sentiasa menonjolkan kelelakian*hehe*, teknik dan tips yang diberikan juga sangat berguna dan praktikal serta menjimatkan masa menjawab..Jadi pakat mai la ramai-ramai tahun depan noh *aku dah tolong promote ni*

Dan program ini bermula pada 8 pagi..Maka selepas sembahyang subuh BERJEMAAH dan bersarapan semuanya melepak dan membuang masa-masa yang tersisa sementara menunggu..

Maka oleh kerana pagi sangat lagi kann,5 jejaka Melayu terakhir iaitu Nasr,Wan,Afif,Hafiz dan Ahmad pun bersembanglah pasal masa depan konon-kononnya..

Topiknya berkisar tentang kerjaya,keluarga,pelajaran,CINTA~Asyik-asyik CINTA...Nasr la start ni...Ya CINTA,remaja yang normal ialah mereka yang kalau tak pernah bercinta pun mesti bercakap@bersembang tentang CINTA!!... Biasalah lepas SPM dah nak kahwin bak kata Mujahid*dia la*....


Remaja sekarang memang cenderung minatnya terhadap pasangan sejenis,eh bukan pasangan yang berlawanan jantina dengannya..Yakni kalau lelaki cenderung sukanya pada wanita dan kalau wanita pada lelakilah...Walaupun sesetengahnya cuba melanggar fitrah ini tapi golongan ini ditidakkan oleh masyarakat umum kerana masing-masing mengetahui cinta sejenis adalah suatu yang tidak logika dan melanggar fitrah insani~Tapi siap ada pertubuhan dan kempen menghalalkan golongan ini.. Hmm...Dah akhir zaman~Haiwan yang kuat mengawan pun tahu pilih pasangan*kasar betul*

MMS gambar,mesej jiwang ISLAMIK ,cinta manusia membawa ke surga,cinta Tuhan kekal selamanya,tapi asyik buang masa berbalas SMS@MMS@Gigibiru @Chat@Mukabuku...Kan lagi baik pergi tambah ilmu dan amal dan mengejar cinta Tuhan sebelum cinta manusia...Agama bukan solekan@perhiasan@angan-angan tapi dibenarkan dengan iktikad dan amalan...

Lagi-lagi cerita cinta...Wayang dan pawagam pun dilambakkan dengan cinta..cinta nafsu,seks bebas,elemen agama hanya ceramah,pelakonnya hanya bersyarah...ditambah dengan suntikan khurafat,untuk mengelakkan daripada dikacau hantu hanya perlu membaca ayat,tidak perlu menutup aurat,tidak perlu hidup bersyari'at..Artis dijulang,martabat ulama' ditendang..Fatwa dipertikai,hukum dipermain,agama dihina,syari'at dicela....
"Satu rukun yang utama dalam Islam,tak solat!!Pelakon-pelakon drama,artis-artis meninggalkan sembahyang..BUAT YANG HARAM,MENDEDAHKAN AURAT, BERJOGET DEPAN ORANG RAMAI,YANG INI ORANG PUJI~ BUKAN SETAKAT PUJI, ORANG BUAT ANUGERAH LAGI!! PIALA LAGI TINGGI DARI TOK IMAM,BAGI DUIT PULAK~~SEBAB APA?? SEBAB MENINGGALKAN YANG WAJIB DAN MELAKUKAN YANG HARAM!!"





"TAPI DI SISI ULAMA' MEREKA INILAH ORANG-ORANG YANG BODOH!!TERMASUK ORANG YANG TUKANG SUKA YANG TUKANG PUJI YANG TUKANG SOKONG 4 KALI BODOH!! SEBAB APA BODOH!! SEBAB TAK ADA BEKAL~~-Ustaz Azhar Idrus"

Fikir masa depan agama,fikir masa depan ummah,fikir nasib umat nabi Muhammad di akhirat,adakah layak dapat syafa'at,ataupun kelebihan umat nabi Muhammad langsung tak diambil manfaat..

Sampai bila nak kecewa*ceh*dengan cinta manusia,lagipula berseronok dengan nafsu remaja?? Bukan harammm bercinta,namun belum tiba masa...fikir balik,apa feelingnya kalau kita dah biasa keluar berdua-duaan,SMS@Chat berjiwang-jiwangan,bertukar gambar,berkirim salam,berkasih sayang*ewW*sebelum berkahwin,jadi selepas berkahwin nak buat apa pulak??Nak ulang balik yang yang masa sebelum kahwin??Boring la chekk...Jadi simpan segala keromantikan untuk isteri tersayang nanti~Lagipun*petua Mujahid*kalau kita berkahwin dengan orang yang tak pernah kita kenal,maka keterujaan dan keseronokan tu lebih kan??*betul ke*

Jadi anda termasuk dalam golongan yang mana??Golongan terasing yang memikirkan masa depan ummah dan agama,atau golongan kebanyakan yang dibuai dengan angan-angan cinta??

Fikir-fikirkan dan lakukan tindakan!!

Wallahu'alam~

Kredit:

Ahli bilik Mujied Aspura SMKAK
Link Video UAI--
Akhir zaman mereka dipuja
Link gambar Rusydee Artz-
Penantian Suatu Penyeksaan




No comments:

Post a Comment