29 December 2012

Aku,Me,Myself and I


BismillahirRahmanirRahim

"The worst advice you could give to others is BE YOURSELF"

Pernah dengar kata-kata ini?Jadi diri sendiri kadang-kadang buat kita terfikir,bagaimana nak jadi diri sendiri sebenarnya??Dan apa diri kita yang sebenarnya??Kenapa orang selalu cakap macam tu tetapi tak pernah nak bagitahu macam mana nak jadi diri sendiri??Dah tu kalau tak tahu diri yang sebenar kita nak jadi apa??Hipokrit ke tak kalau tak jadi diri sendiri??

KITA YANG SEBENAR

"Sorry la beb,gua tak nak hipokrit,gua nak jadi diri gua sendiri"

Lafaz kalimah ini satu-persatu kita dengar daripada orang yang kita tegur akan kesalahan dan keburukan dia,atau ada orang yang menyatakan kekhilafan dan kejahatan diri kita....Dan ayat ini jugak selalu kita keluarkan apabila orang menyatakan penentangan terhadap apa yang kita buat,malah menggesa kita meninggalkan perbuatan tersebut....Kita memberi alasan "Aku nak jadi diri aku sendiri,buat apa aku nak HIPOKRIT?!?" untuk menolak teguran tersebut...Tapi tahu ke siapa diri kita yang sebenar??

Apabila kita melakukan maksiat,kita buat benda jahat,walaupun perkara tersebut sekecil cucu cicit bakteria dan protozoa,tapi itu menunjukkan kita bukan diri kita yang sebenar!

Bukti??

20 December 2012

When You're Gone~

BismillahirRahmanirRahim..

Hujan turun renyai-renyai petang itu,menyamankan lagi hawa di bilik aku...Sejak dua tiga hari ni asyik hujan,tak pagi,petang,tak petang,malam.....kalau tak hujan dua tiga hari,lepas tu mesti macam ribut taufan punya hujan turun...Menambahkan lagi seri longkang di tepi asrama KI tempat biawak-biawak berenang..Tapi bukan nak cerita pasal hujan...Intro je ni...Maklumlah tak ada intro yang best...

Tengah-tengah duduk melepak,terdengar suara syahdu bergema daripada halkum seorang lelaki,kawan aku la tu....Katanya : "Hmm,tinggal lagi berapa hari je nak tengok muke kau Paie"...Aku tak bersuara,juga tak bagi tindakbalas sepatutnya,yakni aku melompat-lompat kegembiraan sambil berkata: "Yes yes lepas ni aku akan tinggalkan KI,dah tak jumpa makhluk-makhluk yang menyusahkan aku"..

30 May 2012

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan~

-BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM-

Akhirnya menulis jugak aku kembali di sini..Jadual padat seorang calon 11A+ SPM 2012 (insyaallah) hampir-hampir tak mengizinkan aku namun atas kehebatan aku mencuri masa boleh la jugak taip kat sini... Sekali-sekala tak apa kan...

Hari demi hari yang aku lalui,tak ada beza apa pun sebenarnya...Tapi peristiwa demi peristiwa yang aku hadapi , buat aku sedar,oh hidup ni bukanlah seindah jalan cerita novel Warkah Cinta Berbau Syurga yang aku dah baca tu...tapi hidup ni hampir acapkali dicemari dengan ujian dan cabaran hidup yang memang,tujuannya agar kita lebih bersedia menghadapi realiti kehidupan...

Antara dugaan yang aku hadapi :

1) STUDY

Sebagai calon 11A+ SPM 2012 study merupakan perkara yang paling *arghh dalam jadual hidup aku... Dahlah aku ni bukan jenis kaki study punya...Tak apa rasa nak study study je...Nasib baek sahabat-sahabat yang aku (ana) sayangi ramai yang kaki study...Jadi takkan la nak sembang sorang-sorang,terPAKSA la join mereka...

25 January 2012

Aku Dah Senior ?!?;What-So-Everlah~


BismillahirRahmanirRahim..

Tanggal tiga puluh satu,bulan satu,dua ribu dua belasss~

Bermulalah saat aku nak jadi senior ni...Bestkah jadi senior ni??Aku bertanya pada kawan-kawanku.... Best sebab :


1)Aku paling besarlah...walaupun badan aku kecik dan muka macam budak kecik,orang tetap respek aku sebagai senior

2)Aku boleh mengarah/membuli/mentorture junior!!

3)Sapa-sapa pun akan ikut cakap senior!!kalau sesama senior mesti dah malas nak ambik kisah apa yang rakan seseniornya buat...Jadi boleh buat ikut suka hatilah...

4)Cikgu-cikgu dah tak layan aku macam budak-budak...lagi best cikgu-cikgu kebanyakan akan dengar pendapat@cadangan senior!!

5)Bolehlah berlagak style sikit...berlagak macho ke...berlagak alim ke...berlagak hebat ke...junior bukan nak kisah atau tahu pun perangai senior yang sebenar~