30 May 2012

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan~

-BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM-

Akhirnya menulis jugak aku kembali di sini..Jadual padat seorang calon 11A+ SPM 2012 (insyaallah) hampir-hampir tak mengizinkan aku namun atas kehebatan aku mencuri masa boleh la jugak taip kat sini... Sekali-sekala tak apa kan...

Hari demi hari yang aku lalui,tak ada beza apa pun sebenarnya...Tapi peristiwa demi peristiwa yang aku hadapi , buat aku sedar,oh hidup ni bukanlah seindah jalan cerita novel Warkah Cinta Berbau Syurga yang aku dah baca tu...tapi hidup ni hampir acapkali dicemari dengan ujian dan cabaran hidup yang memang,tujuannya agar kita lebih bersedia menghadapi realiti kehidupan...

Antara dugaan yang aku hadapi :

1) STUDY

Sebagai calon 11A+ SPM 2012 study merupakan perkara yang paling *arghh dalam jadual hidup aku... Dahlah aku ni bukan jenis kaki study punya...Tak apa rasa nak study study je...Nasib baek sahabat-sahabat yang aku (ana) sayangi ramai yang kaki study...Jadi takkan la nak sembang sorang-sorang,terPAKSA la join mereka...