30 May 2012

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan~

-BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM-

Akhirnya menulis jugak aku kembali di sini..Jadual padat seorang calon 11A+ SPM 2012 (insyaallah) hampir-hampir tak mengizinkan aku namun atas kehebatan aku mencuri masa boleh la jugak taip kat sini... Sekali-sekala tak apa kan...

Hari demi hari yang aku lalui,tak ada beza apa pun sebenarnya...Tapi peristiwa demi peristiwa yang aku hadapi , buat aku sedar,oh hidup ni bukanlah seindah jalan cerita novel Warkah Cinta Berbau Syurga yang aku dah baca tu...tapi hidup ni hampir acapkali dicemari dengan ujian dan cabaran hidup yang memang,tujuannya agar kita lebih bersedia menghadapi realiti kehidupan...

Antara dugaan yang aku hadapi :

1) STUDY

Sebagai calon 11A+ SPM 2012 study merupakan perkara yang paling *arghh dalam jadual hidup aku... Dahlah aku ni bukan jenis kaki study punya...Tak apa rasa nak study study je...Nasib baek sahabat-sahabat yang aku (ana) sayangi ramai yang kaki study...Jadi takkan la nak sembang sorang-sorang,terPAKSA la join mereka...

MusicPlaylist
-layanjerlaguni-

2) KAWAN

Ada seorang sahabat berkata: "Aku dah naik form 5 ni rasa malas dah nak fikir pasal ukhwah ni...Sapa yang rasa nak cari pasal ke,nak gadoh ke,lantak dia la....Tak nak kawan sudah"...Persepsi sebegini sebenarnya sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran aku...Haha...

Tapi fikir-fikirkan balik kan semua orang ada kelemahan dan pernah buat silap...Jadi apa salahnya kita buka pintu perdamaian buat mereka...kita pun ada buat salah la...Turunkan ego..Usaha berbaik dengan dia...Kalau dia menolak..Doakan dia mendapat hidayah agar terbuka hatinya untuk bersahabat balik dengan kita...Cuba faham dia,insyaallah dia faham kita *pujuk hati*

Teringat tulisan Ustaz Hasrizal Jamil dalam Aku Terima Nikahnya :

"Terimalah seseorang seadanya,kebaikannya disyukuri,kekurangannya diredhai"

*Tak salah kita apply untuk sahabatkan~

3)JAWATAN/TANGGUNGJAWAB/AMANAH

Mashaallah...Inilah yang berat dan terseksa betul nak menunaikannya...Baru dua tiga tanggungjawab.. kawan-kawan yang pegang lebih daripada 10 tanggungjawab tu entah le..Yang tak ada tanggungjawab tapi saja-saja cari pun ada jugak...macam-macam...Ada jugak yang dah ada tanggungjawab tapi HARAM  *kasaq sikit noh* tak ambik kisah pun...Maksud tak ambik kisah ialah orang tegur tak jalankan amanah pun buat bodoh jer..Melawan balik pun ada..Moga diberi hidayah golongan sebegini *na'udzubillah daripada termasuk dalam golongan ni...

Alasannya ialah nak tumpu study..Cekmek,kalaulah enta/enti/entum betul-betul nak tumpu study kenapa tak tolak saja jawatan tu ke tepi masa mula-mula dapat dulu??Kenapa tak fikir benda-benda ni memang boleh mengganggu study kita kalau kita tak reti manage??Kenapa seronok sangat masa pelantikan dulu??Sekarang
baru nak rasa terbeban??

Amanah tetap amanah bhaii,jangan bebankan orang lain disebabkan kita tak buat amanah..Lagi malang, jangan sebab kita tak tunaikan amanah result SPM kita akan di'effect'nya...Tak percaya??Tunggulah saat tibanya....

4)TARBIYAH

Oh ini berat jugak...Tambahan pulak ada la yang entah aku pun tak tahu kenapa...Saja nak kacau sistem tarbiyah di Kolej tercinta..Kalau ikut hati dan nafsu ammarah aku tak nak ambil kisah pun pasal tarbiyah ni... Baik aku tumpu study tapi fikirlah,takkan nak biarkan graduan-graduan *KOLEJ kan* daripada KISAS ni  keluar CUMA 11A+ SPM SAHAJA..

Memang bukan 100% graduan kita keluar dengan ada tarbiyah sebab ada jer yang jadi teruk...Tapi takkan kita nak tingkatkan peratusan yang jadi teruk tu??Tolonglah pindah ke SASER ke TKC ke SSP ke kalau setakat nakkan 11A+ SPM tu....Bahkan sekolah-sekolah ni pun datang KISAS sebab nak melawat dan nak melihat apa sistem yang KISAS guna sampai boleh ramai dapat 11A++ SPM walaupun program akademik@SBT tak sehebat mereka pun..Ya,program akademik KISAS tak sehebat mereka pun!! tapi KISAS ada sistem tarbiyah,bi'ah solehah yang menjadi salah satu faktor kenapa KISAS mampu cemerlang...Dan mereka tengah mengikut jejak langkah itu..

Dan kita nak runtuhkan@musnahkan??Memanglah tak nampak secara terang-terangan...Tapi secara senyap-senyapan...Pengaruh orang,hasut kawan-kawan...Please la bro/sis,tak suka dengan sistem tarbiyah, duduk diam-diam sudah...Jangan cuba nak jadi parasit*siapa makan budu terasa 'manis'* yang musnahkan daripada dalam....Kalau orang-orang yang membawa tarbiyah sekarang ni hancur/hilang sekalipun,ingat, Allah akan datangkan yang lain..Allah takkan biarkan nur agamanya terpadam,apatah lagi di bumi waqafan warisan para ulama' dahulu...

*Ok ni bukan satu ugutan@ancaman,cuma satu teguran :) tegur juga jika diri ini bersalah

5) DUIT!!

Err..Taknak tulis apa-apalah pasal duit ni...huhu

Huh..Itulah antara cabaran kehidupan yang aku hadapi...Kata pepatah, EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER~Kesimpulan yang dapat aku simpulkan ialah :

1) STUDY SMART,USAHA+DOA+TAWAKKAL...Jangan lupa ibadah sebab study, jangan lupa tarbiyah sebab study,jangan lupa restu mak abah sebab study,jangan lupa berkat cikgu sebab study...Inshaallah berjaya~

2)Kalau KAWAN cari pasal,cari gadoh atau cari apa-apa jer lah...Rileks jer...Kau rileks,kau berjaya.... Tenangkan diri,fikir balik kekurangan kita,fikir balik kebaikan dia *kalau fikir sebaliknya memang takkan berbaek la*...Kalau dia tak mampu@tak mahu terima kita lagi,rileks jugak..Beri dia masa untuk dia stabilkan diri...Kena faham,setiap orang ada masalah masing-masing,fikir kau jer ada masalah??

Dan jangan risaulah...BFF teqa mana pun kalau bergaduh perkara biasa,kalau tak pernah merasai pergaduhan,mana kita tahu manisnya persahabatan :)

3)AMANAH jalankan la!!Bosan betul dengan kerenah orang yang malas menunaikan amanah ni...Aku pernah jugak terasa malas nak buat tanggungjawab*dan kalau buat pun dalam keadaan malas@tak suka* tapi kalau yang memang keras kepala,hmm.....FANTAZHIRUS SA'AH *tunggulah saat kehancurannyer!!*

Amanah bukan untuk populariti la derr,kalau setakat nak sanjungan,kalau setakat nak pujian,baek kau jadi pengetua*eheh* derr....Setakat kena banned bila buat kerja tu biasalah,siapa yang sepanjang hayat dia memegang jawatan asyik kena puji je memang pelik bebenor la...depan puji belakang keji *selalunya~*

4)TARBIYAH IS IMPORTANT sebab ia akan menjaga kita daripada cabaran dan dogaan donia luar nanti...Ingat orang-orang kat luar tu semua soleh/solehah macam kita?? lagi ramai munafik,lagi ramai fasik...
Kalau tak ada tarbiyah senang-senang je kita ikut pengaruh YAHUDI  dan NASARA... Bahkan lebih YAHUDI dan NASARA daripada mereka..

5)DUIT??Pandai-pandai la berjimat...huhu

PILIHAN DI TANGAN ANDA~ Wallahu'alam.....

1 comment: