29 December 2012

Aku,Me,Myself and I


BismillahirRahmanirRahim

"The worst advice you could give to others is BE YOURSELF"

Pernah dengar kata-kata ini?Jadi diri sendiri kadang-kadang buat kita terfikir,bagaimana nak jadi diri sendiri sebenarnya??Dan apa diri kita yang sebenarnya??Kenapa orang selalu cakap macam tu tetapi tak pernah nak bagitahu macam mana nak jadi diri sendiri??Dah tu kalau tak tahu diri yang sebenar kita nak jadi apa??Hipokrit ke tak kalau tak jadi diri sendiri??

KITA YANG SEBENAR

"Sorry la beb,gua tak nak hipokrit,gua nak jadi diri gua sendiri"

Lafaz kalimah ini satu-persatu kita dengar daripada orang yang kita tegur akan kesalahan dan keburukan dia,atau ada orang yang menyatakan kekhilafan dan kejahatan diri kita....Dan ayat ini jugak selalu kita keluarkan apabila orang menyatakan penentangan terhadap apa yang kita buat,malah menggesa kita meninggalkan perbuatan tersebut....Kita memberi alasan "Aku nak jadi diri aku sendiri,buat apa aku nak HIPOKRIT?!?" untuk menolak teguran tersebut...Tapi tahu ke siapa diri kita yang sebenar??

Apabila kita melakukan maksiat,kita buat benda jahat,walaupun perkara tersebut sekecil cucu cicit bakteria dan protozoa,tapi itu menunjukkan kita bukan diri kita yang sebenar!

Bukti??

20 December 2012

When You're Gone~

BismillahirRahmanirRahim..

Hujan turun renyai-renyai petang itu,menyamankan lagi hawa di bilik aku...Sejak dua tiga hari ni asyik hujan,tak pagi,petang,tak petang,malam.....kalau tak hujan dua tiga hari,lepas tu mesti macam ribut taufan punya hujan turun...Menambahkan lagi seri longkang di tepi asrama KI tempat biawak-biawak berenang..Tapi bukan nak cerita pasal hujan...Intro je ni...Maklumlah tak ada intro yang best...

Tengah-tengah duduk melepak,terdengar suara syahdu bergema daripada halkum seorang lelaki,kawan aku la tu....Katanya : "Hmm,tinggal lagi berapa hari je nak tengok muke kau Paie"...Aku tak bersuara,juga tak bagi tindakbalas sepatutnya,yakni aku melompat-lompat kegembiraan sambil berkata: "Yes yes lepas ni aku akan tinggalkan KI,dah tak jumpa makhluk-makhluk yang menyusahkan aku"..