29 December 2012

Aku,Me,Myself and I


BismillahirRahmanirRahim

"The worst advice you could give to others is BE YOURSELF"

Pernah dengar kata-kata ini?Jadi diri sendiri kadang-kadang buat kita terfikir,bagaimana nak jadi diri sendiri sebenarnya??Dan apa diri kita yang sebenarnya??Kenapa orang selalu cakap macam tu tetapi tak pernah nak bagitahu macam mana nak jadi diri sendiri??Dah tu kalau tak tahu diri yang sebenar kita nak jadi apa??Hipokrit ke tak kalau tak jadi diri sendiri??

KITA YANG SEBENAR

"Sorry la beb,gua tak nak hipokrit,gua nak jadi diri gua sendiri"

Lafaz kalimah ini satu-persatu kita dengar daripada orang yang kita tegur akan kesalahan dan keburukan dia,atau ada orang yang menyatakan kekhilafan dan kejahatan diri kita....Dan ayat ini jugak selalu kita keluarkan apabila orang menyatakan penentangan terhadap apa yang kita buat,malah menggesa kita meninggalkan perbuatan tersebut....Kita memberi alasan "Aku nak jadi diri aku sendiri,buat apa aku nak HIPOKRIT?!?" untuk menolak teguran tersebut...Tapi tahu ke siapa diri kita yang sebenar??

Apabila kita melakukan maksiat,kita buat benda jahat,walaupun perkara tersebut sekecil cucu cicit bakteria dan protozoa,tapi itu menunjukkan kita bukan diri kita yang sebenar!

Bukti??Cuba renung,tenung,termenung mengingatkan balik apa fungsi kewujudan kita di dunia?? SEBAGAI 'ABDI RABBI~Ini terbukti apabila kita memeterai perjanjian dengan Allah SubhanahuwaTaala denganNya tika di alam ruh,bahawasanya kita bersaksi tiada yang layak disembah melainkan Dia...

*Kita tidak mengaku bahawa selama ini kita tidak menjadi diri kita sendiri*


Tetapi apa yang diri kita buat,yang diri kita menentang perjanjian untuk menjadi siapa sebenarnya kita??Maksiat,dosa,kejahatan malah meninggalkan ibadat,perhambaan yang sebenar kepada Allah.. Lifestyle kita kebanyakannya tidak menunjukkan kita adalah Islam,kita memuja artis,kita memuji kafir,kita mengagumi gajet,kita menaungi laman sosial,kita menghanyutkan diri dengan arus hiburan dan keseronokan dunia...

Kita couple secara tidak sah dengan pasangan bukan mahram,apabila orang menegur,kita beri alasan "Nak jadi diri sendiri!"...Kita lalai dengan muzik lagha dan cerita-cerita tak bermanfaat, apabila orang menegur,kita beri alasan "Nak jadi diri sendiri!"....Kita jugak suka orang tengok kita sebagai "Tak la orang baik sangat~" dan kita cuba untuk mengelak daripada menjadi "orang baik sangat" dengan alasan "Nak jadi diri sendiri!"....

Namun kita tak suka apabila orang masuk pintu fitnah peribadi yang kita sendiri buka...Kita benci apabila orang mula bercakap buruk tentang kita...Kita meluat apabila orang mengumpat kita di belakang...Kita panas hati apabila orang mengatakan kita berlakon apabila berbuat kebaikan...Kita terasa apabila orang tak menghargai kebaikan kita dan terus-menerus melempar cacian makian dan kejian terhadap keburukan kita...Adakah itu diri kita sendiri yang nak ditonjolkan?!?

Kita BERLAKON DENGAN DIRI KITA SENDIRI!!

BERUBAH WALAUPUN PAYAH

Sukar nak meninggalkan karat-karat maksiat yang melekat di dalam hati...Susah nak ubatkan hati-hati yang sakit dengan dosa-dosa kecil yang membiak busuk bernanah...Pedih nak melepaskan kegemaran-kegemaran yang sudah sebati mengalir di dalam arteri kita...

Sekadar kesedaran,berubah kepada kebaikan bukan bermaksud kamu perlu 24 jam berjubah berserban...Bukan bermaksud tiap masa kamu bertudung labuh berniqab tunduk kepala (bukan pandangan = =' )...Bukan bermaksud kamu sentiasa duduk berteleku di dalam masjid bersolat berseorangan...

Kita MESTI MENGHADAPI REALITI!!

Kita  yang selamba tetap kita yang selamba derk~Kita yang bergaya cool tetap dengan kemachoan~ Kita yang suka melawak tetap dengan sarkastik kita~Kita yang suka bersukan tetap aktif memijak rumput padang~Kita yang mesra tetap comel dengan senyuman dan sapaan~

Tetapi setiap gerak nafas langkah aturan hidup kita,mesti berlandaskan panduan wahyu dan ilmu... Jika kita terus mengikut-ngikut sesuatu yang kita belum sepenuhnya pasti benda itu adalah perkara baik,maka kita akan menjadi taksub dan ekstrem terhadapnya!Jika kita terus drastik mengejut menjadi "budak baek",itu akan menyebabkan kita akan dijauhi orang yang rapat dengan sekeliling kita!Jika kita terus menganggap diri kita adalah baik dan orang lain yang masih tak berubah adalah jahat,kita dah kena tipu dengan syaitan!

Ya,berubah bukan senang,berubah mesti ikut realiti kehidupan...Ubahlah sikap kita bukannya sifat...Sifat kita yang pemurah suka belanja orang,kita yang suka senyum bila berjumpa,kita yang suka melawak menyenangkan kawan-kawan,kita yang tenang bila menghadapi masalah... Kekalkan..

*Bukan menukar baju pink tanda Jun Pyo berubah,tetapi cuba bersikap humble dan bertimbang rasa itu yang penting baginya -- '*
Namun sikap kita yang suka melengahkan solat sebagai perisai iman,malas menolong apabila orang memohon bantuan,suka memberi alasan apabila diajak melakukan kebaikan,kerap lari tika orang memberi nasihat dan teguran,banyak sangat memaki dan mencarut depan orang,rela menghabiskan duit merokok berbanding belanja kawan*hehe*,suka melenting apabila diberitahu diri ini sombong, ego apabila orang menegur,suka membuang masa menonton cerita-cerita cinta berjam-jam,rela habiskan novel dahulu sebelum pergi sembahyang,dengar muzik sampai tak dengar azan, ini yang perlukan perubahan!

Bukan suruh tinggalkan hiburan kita selama ini: muzik,novel,movie,video,blog dan pelbagai lagi, kekalkan dan ambillah ia ibarat secubit garam dalam masakan... cukup sekadar secukup rasa supaya tak terlalu masin dan tak terlalu tawar... Siapa yang masih menafikan hidup ini berTuhan,tak ada guna mengaku berikrar mengucap syahadah jika masih mengharap di akhirat hidup senang sedang itu cuma angan-angan.... 'Abdi kepada Rabbi bukan sekadar bersolat dan berpuasa,namun gaya hidup yang menunjukkan perhambaan itu yang utama!

Diri ini bukan ustaz,tapi cuma mengharap kita menjadi hamba Tuhan!

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". [Al-A'araff :172]

~Wallahu'alam~




1 comment:

  1. kita perlu sentiasa berubah menjadi yg lebih baik XD

    ReplyDelete