20 December 2012

When You're Gone~

BismillahirRahmanirRahim..

Hujan turun renyai-renyai petang itu,menyamankan lagi hawa di bilik aku...Sejak dua tiga hari ni asyik hujan,tak pagi,petang,tak petang,malam.....kalau tak hujan dua tiga hari,lepas tu mesti macam ribut taufan punya hujan turun...Menambahkan lagi seri longkang di tepi asrama KI tempat biawak-biawak berenang..Tapi bukan nak cerita pasal hujan...Intro je ni...Maklumlah tak ada intro yang best...

Tengah-tengah duduk melepak,terdengar suara syahdu bergema daripada halkum seorang lelaki,kawan aku la tu....Katanya : "Hmm,tinggal lagi berapa hari je nak tengok muke kau Paie"...Aku tak bersuara,juga tak bagi tindakbalas sepatutnya,yakni aku melompat-lompat kegembiraan sambil berkata: "Yes yes lepas ni aku akan tinggalkan KI,dah tak jumpa makhluk-makhluk yang menyusahkan aku"..Lepas tu terdengar caci maki keji secara bersopan oleh mereka-mereka semua....Heh,maaflah kalau aku nak menangis di KI ni...Masa Form 5 tahun lepas muhasabah batch aku pun aku mengutuk je dalam hati(teruk kan =.=')...

Ya,dalam beberapa hari lagi nak habis SPM,yakni menamatkan alam persekolahan,aku cuba untuk cipta sebanyaknya kenangan bersama kawan-kawan...Entahlah,walaupun aku rasa aku nak tinggalkan KI tanpa apa-apa kenangan,sebab hidup aku memang *ahhh,arghhh* lah di KI...Tapi siapa tahu,ego seorang lelaki bisa diuji dengan falsafah dirinya sendiri...Hehe

Ya,minggu-minggu terakhir SPMlah aku nak bergaduh dengan orang...Bergaduh lagi,aduh!! Dalam keadaan tertekan macam-macam boleh jadi...Minggu tu PAPER KILLER pulak,memang menambahkan ketensionan kepada siapa-siapa yang cari pasal dengan aku....Kepada dia,kalau membaca artikel ini,ini bukanlah luahan ketidakpuasan hatiku,tapi cuma bingkisan rindu yang aku rasa,betapa tak matangnya aku dulu...haha

Ingat tak hari pertama sekolah,kau tegur aku dan tunjuk kaki kau yang eksiden tu??heh masa tu rasa alangkah bestnya ada kawan nak kawan dengan aku....Pergi rumah kau,rumah orang yang pertama aku pergi untuk tumpang bermalam,dalam keadaan aku tak kenal~Tapi tidak mengapa,saja nak cuba belajar bermesra dengan orang..Dan Alhamdulillah,memang bertuah kau dilahirkan dalam keluarga yang mesra alam,,err maksud aku keluarga yang mesra antara satu sama lain dan orang lain...Tapi baik tak selamanya baik,tak bercakap tiga bulan,huh masa tu aku rasa akulah manusia paling berdosa dan tak berguna...Masa tu aku down langsung nak buat kerja-kerja kepimpinan,tapi tak selalulah..bukan seorang je kawan di dunia ni...

Lepas tu kita berbaik(ingat lagi 3 Ramadhan),pergi shopping baju raya di Klang sampai nak tercabut kaki... Lepas raya gaduh balik,lepas tu baik,sampai SPM dah lepas paper minggu pertama,gaduh balik....Aduh Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya jiwa tika dan saat itu untuk menahan segala tekanan depan belakang kiri kanan....Jadilah kau sebagai mangsa lagi...Dan kita tak bercakap sampai hari ni kan....Mungkin masanya belum tiba,ambil ruang dan peluang ini untuk muhasabah dan berubah (kataku pada diriku sendiri)...

Dan banyak lagilah konflik diri ini bukan saja dengan dia malah dengan orang lain jugak...Tak puas hati, dengki,jelous,berebut awek*haha*...Eh tak tak...Pengajarannya buat baik biar seikhlas hati walaupun sedikit,dan kalau tak puas hati adalah lebih baik terus diluahkan rasa itu agar tak menjadi busuk dan jijik di dalam hati sendiri....Kita tak mampu untuk jaga hati semua orang,dan jangan mengharap semua yang kita nak kita akan dapat,mungkin kita selalu mengharapkan yang terbaik,tapi ingat,Allah sentiasa tahu yang PALING TERBAIK untuk kita...

Yeah,itulah life,hidup tak selalunya indah...Tetapi itulah yang mengindahkan hidup...Apa yang aku belajar sepanjang musafir perjalanan,adalah ini :

-Pandai pilih kawan,pandai jaga hati kawan,pandai ambil hati kawan....Tapi kita tak sempurna,dan mereka juga tak sempurna,kadang-kadang kita bergaduh atas salah faham yang remeh sangat...Belajar jadi matang dalam menyelesaikan satu-satu permasalahan....Kalau terlalu ikutkan hati sendiri,ramai yang akan jauhkan diri...Kita bakal menjadi pemimpin dan kita bakal mengemudi dunia,itukan tugas seorang Khalifah?? Kalau asyik dengan sikap pentingkan diri dan ego yang melampau tinggi,akhirnya kita cuma akan gigit jari~

-Pandailah nak hidup,jangan asyik manja mengharap semua orang tunaikan impian kita....Pandai jimat duit,pandai buat duit,pandai pow duit (terima kasih kepada kawan-kawan yang belanja aku sepanjang di KI,hehe),pandai berkomunikasi dengan orang lain,pandai jaga diri,pandai basuh baju bukan mengharap makcik dobi...errr....

-Pandai menilai antara yang betul,salah,haq,bathil dan paling penting,pandai memilih yang terbaik di antara dua kebaikan...Sebab apa?Musuh kepada perkara terbaik ialah perkara baik!!Dunia sekarang semakin kejam,zalim,menipu...Penuh dengan manusia-manusia berkepentingan untuk diri mereka sendiri...Kebaikan dinista sehingga nampak seperti kejahatan,kemaksiatan disolek agar nampak seperti kebaikan....Kalau kita tak mahu terjerat,kalau kita fikir masa depan,kita perlu lakukan persediaan...Jangan mudah dipergunakan orang,jangan mudah ditipu orang...Jadi baik tapi tak cerdik,senang kena tipu,jadi cerdik tapi tak baik,selalu pulak menipu...Jadi,jadilah baik dan cerdik....

-Pandai bawa diri supaya boleh sesuaikan dengan tempat orang...Ingat,kemasyhuran yang kita ada bukan selama-lamanya milik kita...Allah yang paling berkuasa jadi Dia boleh tarik bila-bila masa.....Mungkin dulu kita popular,datang tempat baru kita kena boikot~Tak mustahil...Dan buatlah kebaikan mengikut waqi'( suasana),uslub(cara) dan manhaj(panduan) yang TEPAT~bukan setakat betul saja...

Contohnya :Tak berapa sesuai untuk gunakan cara pondok dalam berdakwah kepada mad'u yang datang daripada pelbagai latarbelakang...Di maahad tahfiz bolehlah pakai jubah main bola tapi di SBP yang berperaturan -ntahapoapontah- takkan nak buat macam tu...

-Dan pandailah menilai kebaikan untuk dilakukan...Jangan mencampurkadukkan kebaikan dengan benda yang nampak baik.. Contohnya : Pakai jubah serban shawl semua lengkap tapi bila jumpa orang promote lagu Najwa Latiff pulak (opps~) untuk nampakkan sporting la kononnya...Dah jangan buat macam tu...Be yourself,don't try to act like others!! Buat amal baik memanglaah akan dapat cercaan orang yang hasad dan kalau tak tahan,hanyut kita jadinya....

Teguhkan pendirian teruskan perjuangan kepada kebaikan...Hiburan cuma jadikan sampingan bukan jadikan identiti pengenalan...Dan satu lagi yang penting,jangan pernah berasa baik walaupun kita dah buat banyak kebaikan,dan jangan jadikan alasan untuk tidak memulakan kebaikan walaupun kita sudah buat banyak kejahatan...Banyak jugak spesis ni kawan-kawan aku*terasa la jugak diri ini*....

Dan pada Khamis malam Jumaat aku nak balik Kedah,teman sebilik datang tolong kemaskan barang sambil buat-buat sedih...hehe Mereka-mereka ni memang sedih betul tapi aku tak datang feel nak menangis lagi...
Teman sebilik yang seorang ni pun datang dan berkata: "Tadi dia datang jumpa aku,dah maaf-maaf dah dengan dia (teman sebilik aku ni pun cari gaduh jugak =.=')..Pergilah jumpa dia dan berbaik balik..Kau dah nak balik dah"

Sebagai respon aku pun kata : " Oh,tak apalah...bukan jodoh kami lagi kot...hehe (dasar lelaki ego).... nantilah aku jumpa dia bila sampai masa..Ok aku balik dulu,kirim salam dan mintak maaflah dekat dia, sebab tak mampu nak buat kebaikan masa hari-hari terakhir kita ada sama-sama"

Naik je teksi pergi KTM,sambil tunggu LRT tu aku menangis =.=' (Paie,akhirnya kau tewas jua...!).. Eh tak tak cuma sebak je....Yeah,teringat balik semua memori pahit manis sakit pedih perit dengan kawan-kawan... Mungkin ini namanya kemanisan ukhuwah??dan kemanisan ini cuma rasa bila dah habis pahitnya...Yakni bila dah habis waktu kita untuk bersama-sama....Orang putus couple pun takkan paham rasa ni tahu...Sekarang semua dah pakat-pakat rindu bi'ah dan ukhuwwah Islamiyah...Tapi perjalanan hidup ni masih panjang,dan banyak lagi liku-liku yang kita semua kena lalu,menangis melimpah-limpah pun tak guna....

Seinfiniti penghargaan buat rakan-rakan,atas segala tunjuk ajar dan penghargaan yang kalian berikan...Mintak maaf atas kekhilafan dan kelemahan diri ini andai tak mampu memberi manfaat....Rindu nak jumpa ini kita simpan untuk kejayaan kita nanti...Masa tu semua orang boleh tersenyum....Buat dia,heh, maaflah tak sempat nak jumpa mintak maaf...Mungkin kita akan berjumpa nanti dalam keadaan lebih baik  nanti ..

Kepada guru-guru,terima kasih mengajar aku erti  mengenalpasti kesalahan yang sebenar,yakni bukan mudah menuduh orang ini salah,dan bukan senang mengata orang itu betul..Selain itu atas jasa kalian mengajar aku ilmu akademik walaupun asyik-asyik muka ni je yang tersengguk-sengguk dalam kelas*dah la tak score exam*...Aku mengharap doa kalian dan rakan-rakan untuk SPM ini..Inshaallah pipit di bumi bertuah ini akan muncul sebagai helang!!

Jadilah orang yang tahan ujian,pohon kekuatan daripada Tuhan....Ingat,kita selalu ingat kita kuat,tapi hakikatnya kita hanyalah hamba,banyak kelemahan,banyak dosa....Tapi Allah sayang hamba-hambaNya lebih daripada murka....Kawan,siapa pun anda,sahabat seKI,sahabat seSMKAK,sahabat seSKTM atau kita tak pernah kenal pun,ujian,dugaan,cabaran sepanjang perjalanan hidup ini adalah bonus daripada Tuhan untuk tingkatkan keimanan... Ujian yang paling berat,adalah untuk orang yang paling sabar,dan syurga yang paling indah adalah untuk golongan yang sentiasa bersabar :)

"Sabda Rasulullah S.A.W.:Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: "Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: " Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak."[Riwayat at-Tirmizi]

Wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment