26 January 2013

Epic Politics in School~

IntheNameofAllahtheMostBeneficienttheMostMerciful

Kalau sebut politik,ramai yang bagi persepsi yang pelbagai..Samaada positif,negatif ataupun neutral, reaksi dan reaktiviti masing-masing terhadap politik memang bervariasi...Tambahan pula politik Malaysia punya pelbagai rencah dan perasa,pelbagai taktik dan strategi,demi merebut takhta dengan tujuan samaada terus memonopoli kuasa atau meletakkan Islam sebagai yang paling a'la (tertinggi)..

Banyak juga yang menganggap politik ini kotor..Ini disebabkan 'dirty game' yang dimainkan oleh ahli politik kebanyakannya memberi gambaran "nak hidup dalam kancah politik mesti pandai main kotor"...Dan ada juga yang memisahkan politik dan Islam sebagai dua perkara yang berbeza.. Politik = kotor jadi tak boleh bersama Islam = suci... Jadinya politik ini tak dapat dimasukkan elemen Islami di dalamnya atau Islam tidak ada politik di dalamnya sebab berpolitik bakal mengotorkan agama suci ini...

Ini cuma pandangan murahan orang-orang yang tidak memahami fiqh harakah Islamiyah sebenarnya..
Maka mereka menggunakan alasan ini untuk terus mendokong politik sekular dan rasis  tanpa meletakkan kepentingan Islam di dalamnya.. Err ini tak berkaitan dengan mana-mana parti .. Anda nilai sendiri..

Sekarang bukan nak cerita pasal politik,sebab diri ini pun bukanlah pakar fiqh harakah Islamiyah pun..Tapi mengimbau kembali memori sekolah dahulu..Percaya atau tidak anda pernah berpolitik di sekolah dahulu??Sila selak kembali laman kenangan anda di sekolah...Politik di sekolah ialah :

Pelajar Hot VS Pelajar Suam-suam 

Di sekolah dulu mesti ada budak popular,tak kiralah sama ada lelaki atau perempuan..Samaada betul-betul popular atau bajet popular [baca : market/gedik] ,yang pasti mereka sering mendapat perhatian..Samaada ada yang meluat atau suka dengan karekter dan personaliti mereka, mesti adalah yang menjelesi mereka ini..Samaada secara senyap yakni diam tak buat apa atau secara senyap juga tapi buat cerita buruk tentang orang yang dijelesinya,atau bahasa manisnya,fitnah, bahasa lainnya,mengumpat..

Pelajar Perempuan VS Pelajar Lelaki

Ini persaingan yang tak pernah habis dan tak pernah nak selesai...Entah kenapa asyik anti sahaja pelajar yang berlainan jantina...Lelaki tengok pelajar perempuan gedik sikit,pakat-pakat 'BOO', perempuan tengok lelaki baik sikit,pakat-pakat bukak topik bergosip (ahh perempuan~)... Apabila ada cikgu,yang lelaki salahkan perempuan,yang perempuan salahkan lelaki...Perempuan rajin ke depan,dikatakan suka tayang muka...Lelaki malu nak ke depan,perempuan kata malas..Akhirnya ada jugak yang couple = = ' ~

Women~

Badan kepemimpinan VS Pelajar

Sesiapa yang pernah memegang jawatan mesti tahu la..Kalau dah pegang jawatan dan BUAT BETUL-BETUL KERJA mesti akan di'boikot' dengan kata-kata "budak bajet baik", "budak giat", "anak angkat cikgu-cikgu" dan seumpamanya...Kecuali yang memang masuk dan baik dengan semua kawan-kawan lain,itu tak menjadi masalah baginya..Tapi bagi yang tak tahan sudahnya berhenti buat kerja dan tinggal amanah..Atas alasan orang semakin tak suka..Dan biasanya orang ini akan dipandang "jerk" oleh rakan-rakan satu kepimpinan,dan tak tentu lagi dia akan diterima oleh komuniti pelajar lain...Tambahan kalau jenis berlakon baik/rajin/berdisiplin,selalunya depan cikgu,depan pelajar perempuan pun ada...Ahha yang ini memang akan diboikot...hehe

Badan kepemimpinan VS Badan Kepemimpinan

Err tak tahulah semua sekolah macam ni ke tak...Yang baju biru tak suka kumpulan baju ungu,baju ungu anti baju kuning,baju kuning anti jubah,jubah anti baju biru...Sekadar contoh... Atas dasar ketua masing-masing tak sekepala,maka jadinya bergaduh...Walaupun tak sampai bertumbuk tapi cubaan melebarkan pengaruh dengan menjatuhkan badan kepimpinan lain tu ada... Ini yang paling tak elok,bukankah sepatutnya semua bersatu memimpin pelajar,bukan mencari keburukan pimpinan lain...Alhasil kalau yang ini terjadi,memang pelajar-pelajar lain tak respek la dekat badan kepimpinan...Sebab masing-masing dah menampakkan kelemahan dengan menjatuhkan orang lain, tak timbul keizzahan untuk orang lain nampak karisma badan pimpinan untuk memimpin..Elakkan yang ini...

Badan Kepemimpinan VS Tenaga Pengajar

Oh inilah yang paling menyeksakan sekali...Apabila pelajar yang diberi tugas untuk memimpin, selalu dipertikai/diperlekeh/diburukkan oleh tenaga pengajar sendiri...Situasi ini sering terjadi tak la pada semua tenaga pengajar,tapi ada sesetengahnya yang apabila satu-satu organisasi itu tak sekepala dengannya,terus dihukum organisasi itu bersalah..dipusingnya dengan segala macam hujah untuk memburukkan organisasi itu samaada secara halus atau terang-terangan..Dan mestilah golongan tenaga pengajar ini ada penyokong di kalangan pelajar...selalunya "anak" kesayangan mereka..Heh

Selalu juga dimainkan isu keberkatan,isu hormat-menghormati (mereka kan lebih tua), dan isu martabat (kamu tu pelajar lagi!)...Dan yang hanya #LISTEN saja mestilah menurut patuh malah ada yang mengikut..Yang menentang atau kata lainnya berlawanan tindakan mestilah dianti, samaada secara perseorangan atau semua sekali habis-habisan...

Tambah parah kalau ketua segala ketua tenaga pengajar yang menjadi perintis...Ahh bukannya kami tak mahu hormat,bukannya kami tak mahu taat,tapi badan kepemimpinan juga manusia,biasa saja,kalau salah,tegur secara elok,bimbing secara hikmah,bukan buruk-burukkan di depan ramai, bukan buat fitnah,bukan menyuburkan hasad dengki sesama kita...

Kalau nak sangat main isu keberkatan,ada lagi ke keberkatan apabila komuniti sekolah saling buruk memburukkan dan suburnya  perang saraf yang pasti mengganggu hubungan harmoni antara pelajar dan tenaga pengajar??Keberkatan bukan menjadikan kita Tuhan,tetapi ia diturunkan daripada Tuhan sebagai penghargaan..Jangan rosakkan penghargaan itu dengan merancakkan permusuhan sesama Islam lebih-lebih lagi kalau isu remeh...Kalau hendak diri dihormati,belajarlah menyayangi, bukan menguasai,bukan mendengki..Biarlah pelajar menghormati tenaga pengajar dengan sebab mereka menyayangi,bukan dengan sebab mereka takut dengan momokan 'failed exam nanti baru tahu' atau sebab pangkat dan kuasa...

Err...Apa kaitan situasi-situasi di atas dengan politik??Politiknya adalah cara memimpin, mencari pengaruh dan persaingan antara organisasi..Politik di sekolah boleh jadi sihat tanpa ketaksuban dan ke'ekstrem'an mana-mana pihak...Ini kerana sememangnya semua pihak perlu saling membantu dan melengkapi agar sekolah menjadi mantap bukan sahaja akademik,malahan kepemimpinan dan tarbiyahnya juga...

Ini bukan politik parti yang mencari salah orang lain,atau menyebarkan kedengkian parti lain,tetapi politik di sekolah adalah satu wadah mendidik perpaduan dan kepemimpinan, supaya melahirkan generasi yang bertaqwa dan berintelektual tinggi,walaupun sekolah tak ada gelaran SBT (Sekolah Berprestasi Tingginya!!)~

-Wallahu'alam-



1 comment: