08 January 2013

Sandarkan Pada Kenangan~

BismillahirRahmanirRahim..

"Bro,rindu sekolah la..Rindu kawan-kawan kita.Rindu segala benda yang kita sama-sama buat dulu"

"Hmm??Kita buat apa je?Gosip pasal muslimat,mengumpat muslimin,fly pergi beli NTD, buat-buat demam tidur kat bilik sakit tak mau masuk kelas,tengok movie kat laptop"

"Bukan itulah.Tu kau sorang je.Aku tak pernah buat benda-benda tu ok*muka suci*.Terkenang saat kita solat jemaah sama-sama,pergi DM sama-sama,Liqa' Al-Mulk,bagi tazkirah,duduk bincang masalah tarbiah sekolah,duduk dalam usrah bincang isu-isu agama,saling ingat-mengingati antara kita,walaupun sampai banyak sangat konflik jadi lepas tu"

Terkesima,terkejang,terkaku sesaat tika membaca bait demi bait aksara daripada seorang kawan yang dahulunya tidak pasal-pasal tiba-tiba nak ungkit pasal benda ni..Mm..betullah,kalau dah hilang sesuatu itu,barulah kita merasai peri pentingnya sesuatu itu.Adat dan lumrah manusialah,dah tak ada baru nak menyesal.Apabila diperlukan baru nak meraung dalam hati mencari barang yang dulu tak dipeduli.Barang itulah bekal berharga yang memang semakin hilang daripada jati diri ummah sekarang,kecuali bagi mereka yang menyedari signifikasinya dalam kehidupan untuk menjalankan tiga tugas utama, 'abdi kepada rabbi,da'ie kepada insan dan khalifah kepada bumi.

KEBAIKAN DAN KEJAHATAN TAK SELAMANYA MILIK KITA

Dunia ini memang tidak adil...Memang tidak adil...Memang tidak adil bagi yang terhegeh-hegeh ingin menguasainya...Memang tidak adil bagi yang terkejar-kejar isi dalamnya...Memang tidak adil bagi yang hidup hanya kerana dunia...Mana keadilan jika orang yang hidup penuh dengan maksiat diberi pelbagai nikmat,tengok sahaja sekeliling anda,siapa yang menjadi terkenal??Artis K-POP dan yang sama spesis dengannya,orang yang sering meninggalkan solat,orang yang merokok tak ingat, orang yang mencarut memaki hamun sahaja kerjanya,orang yang mendedahkan aurat,mereka diiktiraf dan tak dipandang pelik pun dalam masyarakat.

Kalau pakai tudung labuh lengkap menutup dada tak berfesyen,dipandang tak mengikut trend,kalau ajak pergi masjid berjemaah bersolat, dikatakan asyik-asyik nak tunjuk baik,kalau seru ikut serta pergi majlis ilmu,dikatakan jumud dan tak menyeronokkan,kalau pakai jubah ke shopping mall,dikatakan ekstrem beragama,kalau tak ada boya-friend dan giler-friend,dituduh tak ada nafsu dan konon berlakon baik,kalau asyik kawan dengan orang sejenis,dituduh gay atau lesbian..Jadi di mana keadilan??

Di kala ini ada yang sudah penat lelah menanggung ujian Allah,sampai awal-awal dah mengaku kalah...Di kala ini ada yang tidak yakin dengan jati diri sebagai 'abdi Allah,sampai sanggup menggadai Islam dan Iman dengan taghut dan konspirasi syaitan...Di kala ini ada yang merindui, alam pentarbiyahan sebagai penuntut ilmu suatu masa dahulu...Di kala ini ada yang mengenang kembali bingkisan rindu bersama sahabat-sahabat yang setia menemani susah dan senang suatu masa dahulu...

Kalau anda seorang pelajar KI,katakan pada diri dunia tak selamanya KI...Dunia anda tak selamanya ada orang yang nak menegur khilaf-khilaf kecil seperti ikhtilat,abai waktu solat,hormat murabbi dan hormat sahabat.Itu semua cuma pelajaran dan pengajaran yang anda pelajari dan belajar di KI.Perjuangan sebenar adalah setelah tamat paper last SPM dan anda sudah bebas belum  terbabas di luar alam sana.Takut untuk mengaku "pelajar KI",tak menjadi masalah,takut untuk mengaku orang Islam yang sudah sedikit sebanyak mengetahui "Apa erti saya menganut Islam",itu yang masalah.

Tugas kita menjadikan dunia mempunyai unik seperti ini~
Kalau anda seorang pelajar KI dan bukan KI , tetapkan pada diri jadilah lebih matang dan keluar daripada kepompong kebudak-budakan..."Budak"  bukanlah seorang yang berhingus di hidung,sikat rambut tepi,suka tengok Power Rangers atau suka menangis apabila tak dibelikan mainan...."BUDAK" ialah masih lagi dengan era keseronokan...Hanyut dengan dunia hiburan, tenggelam dengan maksiat,terlupa beribadat..

Ya,cabaran dunia luar kadangkala memberi "culture shock" kepada sesetengah kita.Tapi itu realiti yang mesti dihadapi.Bagaimana?Kuatkan mujahadah untuk lari daripada pengaruh jahiliyyah sekeliling yang semakin parah,pergaulan bebas,rokok,shisha,ice syabu,arak pun ada dah sekarang.. Hiburan melampau terlampau tanpa batasan,K-POP,artis,game,video porno,gajet,facebook,twitter youtube yang semakin rancak dan galak mempromosi maksiat.

WASATIYYAH CARA KITA

Kalau masih rasa diri ini lama lagi nak hidup,tak perlu lagilah menyelak buku-buku ilmiah untuk menelaah ilmu.Kalau masih rasa diri ini banyak masa lagi nak beramal ibadah,tak perlu lagilah memelihara solat di awal waktu, mengurangkan perkara-perkara lagha.Kalau rasa diri ini cukup kuat dan sudah bersedia untuk lari daripada api neraka,tak perlulah kurangkan movie-movie,lagu-lagu, buku-buku,rancangan televisyen yang kadangkala melalaikan kita daripada mengingati Allah SubhanahuwaTaala.

Kita mungkin tidak cukup baik pada penilaian kita,tapi jangan terus jadi tak baik dengan alasan itu. Kita mungkin tak nak alim sangat sebab tak mahu menjadi "ustaz-ustazah soleh solehah", tapi jangan terus meninggalkan dan mengabaikan cinta kita pada tikar sejadah. Kita mungkin tak mahu tinggal televisyen,laman sosial,suratkhabar dan gajet sebab tak mahu dituduh tak "up-to-date", tetapi jangan terus hanyut terpengaruh dengan arus dunia yang dibawa oleh mereka-mereka.

Ini ke hasil wasatiyyah cara kita??

Wasatiyyah dalam kehidupan adalah bersederhana, dan manusia yang paling wasatiyyah adalah rasul junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.,namun adakah kita sudah mencapai tahap wasatiyyah dalam hidup kita seperti baginda?Atau amal kebaikan dalam hidup kita ini sebenarnya masih belum mencapai tahap sederhana??

Kita memang takut dengan sakit dan parahnya lifestyle masyarakat di sekeliling kita sekarang, tetapi anggaplah itu satu ujian untuk kita terus bermujahadah memperkukuh diri dengan amal soleh dan dakwah.Kalau kita ingin hidup dalam bi'ah solehah yang sempurna,masyarakatnya akhlak terjaga, pesta ibadah macam pesta main mercun malam raya,seruan kebaikan sentiasa diambil cakna,nak buat ibadah tak terasa macam menjual kuih bahulu kepada orang Cina pada malam Tahun Baru Cina (tak rasa pelik la),maka kita yang perlu memulakannya..Berhenti berharap kepada orang lain untuk melakukannya,kita sendiri yang perlu membinanya.

KITA YANG TERLUPA

Ramai orang yang memberi alasan "Alah,biasalah manusia,mudah lupa~" sebagai jalan untuk merasa tidak bersalah dengan kesalahan yang dilakukan.Alhasil,ramai yang 'berjaya' lari daripada berubah ke arah yang lebih baik dengan melakukan kesalahan yang sama.Sedangkan keterlupaan itu seharusnya menjadi peringatan apabila diperingatkan oleh orang yang mengingatkan.Ok ayat mudahnya kalau dah ada orang yang ingatkan kita ini silap,maka kita harus mengubah supaya tak silap lagi.

Memang sakit,pedih dan perit berjuang di jalan yang ramai orang tak pandang,ramai orang tak puji,ramai orang tak lalui.Jatuh,putus asa dan tension adalah perkara biasa.Tetapi bagi sesiapa yang memahami erti ISLAH MUSLEH yang sebenar,pasti tidak akan mudah goyah diserang gulana gundah.
Pesanan Habib Ali Zain Al-Abideen Al-Jufri untuk remaja (sila klik)

ISLAH MUSLEH adalah "sambil perbaiki orang lain,perbaiki jugak diri sendiri". Bukan setakat solat lima waktu,berpuasa,baca Al-Quran,tetapi yang lebih penting adalah setakat mana kita memberi manfaat kepada orang lain dengan kekuatan agama yang kita ada.Ibadah khusus adakalanya tergugat dengan riak,takbur,sum'ah kita,maka usaha kita mengajak manusia mengenal Allah adalah sebagai bekal amal soleh untuk menampung ibadah kita.

Bagaimana??Kalau kita main bola,kita tunjukkan orang yang menutup aurat menjaga waktu solat itu striker terhebat.Kalau kita student,kita tunjukkan orang yang sentiasa qiamullail itu paling cergas dan cerdas di dalam kelas.Kalau kita tukang jual burger,baca selawat setiap kali memasak burger dengan harapan orang yang makan dibuka pintu hidayah oleh Allah.Kalau kita takut dan penat nak buat seorang,carilah sahabat yang boleh membantu dalam perjuangan.

Bukan setakat di tikar sejadah sahaja bukan??Dan bukankah sudah terbentang jalan yang luas untuk kita berjalan ke arah kebaikan??Sesungguhnya Allah SubhanahuwaTaala sudah menetapkan kita berada di dalam kebaikan,tinggal kita sahaja yang hendak menukarkannya menjadi kebathilan dan kemaksiatan atau terus tetap dengan kebaikan.

Kita cuma lakukan terlalu sedikit dakwah,amalkan terlalu sedikit tarbiah,dan banyak sangat mempraktikkan jahiliyyah,adakah kita masih mengharapkan jannah??

Kuasa di tangan anda!!
Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah pertunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.(Surah Az-Zumar:22)

Wallahu'alam~
Kredit : Inche Gabbana,Kosmo!,5UniqueinKI,Youtube-Habib Ali,Quran Terjemahan




No comments:

Post a Comment