24 January 2013

Sudahnya Asyik-Asyik Orang Tanya Pasal Cinta~

BismillahirRahmanirRahim...

Allahumma Solli Wa Sallim 'Ala Sayyidil Mursalin wa 'Ala Aalihi wa Sohbihi wa Man Tabie'ahum bi Ihsan ila Yaumid Deen..

Maulidur Rasul kali ini membawa seribu satu macam perasaan berbeza,karna tidak ada perarakan membawa sepanduk,tidak ada berjaga malam menyiapkan banner,tidak ada selawat ramai-ramai tanda semangat kecintaan baginda...

Maulidur Rasul kali ini adalah oneself being shown his/her love to Rasulullah..Kalau semua spesis tak ada kerja apa-apa duduk rumah saja macam aku lah...Tapi yang ada apa-apa kerja juga patutnya sama macam aku..Bagaimana dan nak buat apa untuk menyambut Maulid ni??Nak pasang sepanduk berarak tengah-tengah taman perumahan??What derr??

Tak apa..Artikel kali ini bukan pasal Maulid pun..Dah banyak artikel pasal Maulid...Yahoo!lah sendiri.. Kali ini kita fokus kepada cinta..
Ya,cinta lagi..Cerita cinta memang tak habis..Cinta itu ibarat chain reaction yang berlaku dalam hidup manusia.. Tengok ini :


Nampak kan??Jadi di sini disediakan FAQ(Frequently Asked Question) di bawah terma cinta [baca:couple] :

1)I love this guy/girl because he/she is nice but sometimes I get annoyed with him/her.What should I do??

Hmm..Biasalah kalau dah couple apa yang dia suka dia suka tapi kadang-kadang tak tahan dengan sesetengah perangai "kebudak-budakan" [Jangan baca:ke'bulldog-bulldog'kan]..Jadi sebenarnya suka dia ke tak??Lantaklah awakorang suka ke tak..Nasihatnya,dalam perhubungan perlu ada lapang dada dan toleransi dalam menerima kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing...Kalau mengharapkan yang sempurna, tak kahwin la lu sampai ke tua~Jadilah Antertu[baca:anak teruna tua] atau Andartu[baca:anak dara tua ganyut]..

Nak putus??Suka hatilah..Kalau dah masa couple pun dah tak boleh bina persefahaman antara pasangan,nak harap kebahgiaan masa berumahtangga nanti??Pfttt....Inilah punca penceraian dan pergaduhan antara pasangan masing-masing...Lagi nak salahkan golongan suami yang penyayang..Umphh~ Rumahtangga untuk membina bahagia bukan menambah derita~

2)My family had recognize and agree with my relationship with him/her,so what can I do to ensure this relationship end with happily ever after??

Wahh ayat..haha ok kalau awakorang dah bercouple dan dalam keadaan mak bapak dah tahu dan restu hubungan awakorang tu,jadi langkah seterusnya bukanlah keluar berdating...Jaga hubungan antara kamu dan dia lalu cuba persiapkan diri untuk jadi yang terbaik buat dia... Tambah amal ibadah dan ilmu agama supaya kamu dapat membimbing dia ke surga...Tu dah kira bertunang la..Tak payah buat majlis pun...

Cuba kenalpasti dia supaya kamu bersedia untuk menerima dia..Sekali lagi,bukan dengan keluar berdating ok..Masa keluar dating duduk makan semeja kat medan selera,usung couple pergi shopping tu bukan boleh kenal dia pun..Dia terpaksa berlakon supaya jadi baik di hadapan kamu..Cara nak kenal dia??Pergi berta'aruf dengan makbapaknya lepas tu boleh la tanya pasal dia..*cakap memang senang,kalau pemalu??

Kalau pemalu tanyalah kawan-kawan yang rapat dengan dia tentang personalitinya...InsyaAllah niat betul Allah permudahkan.. Sedikit sebanyak mungkin kawan-kawannya boleh membantu...Tambah-tambah perempuan*BFFkan*..Tapi jangan mengorat kawan dia pulak..Dasar buaya~

Hubungan terlarang~


3) I felt sicked when he/she being casanova behind me...Other gentlemen [baca:'gatal'men]/ vogueladies  try to expose their love to him/her.. How can I stand with this??

Oh..Biasanya terjadi kepada orang yang dengki dan jeles kepada couple anda..Atau couple anda tu memang jenis gatal..haha Ok kalau macam tu terus terang saja..Tanya dengan penuh sopan santun dan berbudi bahasa tentang kesetiaannya kepada anda...Selepas tu anda nilai sendiri jawapan dia..Nasihatnya, kalau sebelum kahwin pun dah sibuk main dengan perempuan/lelaki lain,bagaimana anda nak pastikan dia setia semasa kahwin nanti??Nak ke anda beristeri/berlaki seseorang yang curang??

Sebab tu kalau boleh cari couple yang menjaga sosialnya..Jaga maruah dirinya..Tak sesuka hati menayang aset yang ada pada dirinya(lelaki pun ada jugak,sixpack ok!)..Penuh karisma dan izzah pada peribadinya.. Kalau setakat lawa/hensem,cun/macho dan baik tapi tak reti nak jaga tsiqah[baca: harga diri]/ikhtilat/amal ibadah, awek/pakwe Kpop pun ramai macam tu...Err aku tak minat Kpop ok!

4)What should I do after I had clashed with him/her,sometimes I felt sicked,sometimes I felt regretted, I felt like I cannot lived anymore!

Woah...Simple je solutionnya,rileks je..Kau rileks,kau berjaya! Tak ada apa yang boleh menyakitkan hati kau selama-lamanya kecuali kalau kau tak berhenti daripada terus-menerus buat dosa [baca: FASIQ]... Lama kelamaan perasaan sakit tu akan hilang dan kau dah boleh terima sedikit demi sedikit dengan redho.. Kecuali kalau kau mem'frustkan'kan diri kau selalu,hari-hari pun asyik fikir pasal tu,hmmm lebih baik matilah..haha

Jangan risau,for guys,perempuan semakin ramai+banyak akhir zaman ni..Siapkan diri kamu supaya boleh menjadi lelaki yang baik dan mendapat perempuan yang baik..For girls,kalau kamu dah jadi solehah, InsyaAllah ada lelaki nakkan kamu..Kalau ramai sangat perempuan solehah,lelaki kan boleh pasang empat.. Eheh~


Kalau rasa diri biasa-biasa saja??Bagaimana indikator "biasa-biasa" saja tu??Hubungan pasangan yang baik mungkin boleh jadi sebelum perkahwinan/semasa berumahtangga..Kita tak berkuasa meletakkan bagaimana indikator "lelaki/perempuan yang baik" tetapi Allah sudah bagi panduan..Hidup ini sentiasa memerlukan Islah yakni perubahan,tak selamanya kita kekal baik dan tak selamanya kita kekal jahat..Kalau rasa diri masih biasa-biasa saja,usaha lagi supaya jadi baik dan terbaik..

5)Err why you write about couple,isn't COUPLE is HARAAM?!?!?

Sebab couple HARAM adalah kerana melakukan PERKARA-PERKARA YANG HARAM semasa bercouple!Kalau asyik keluar berdating berpegangan tangan,tengok wayang *dalam gelap ambik seat couple  pulak tu*,shopping menghabiskan duit,duduk raba-raba,mesej lucah-lucah,simpan gambar dalam smartphone/tablet/laptop*sampai boleh bernafsu semasa tengok,terbayang macam-macam!*..maka ianya menjadi HARAM...

Ada jugak yang berpura-pura tak mengaku couple..Cuma kawan..Eheh,kawan yang hantar mesej cintan-cintun islamik la kononnya..tukar-tukar gambar*mintak lagi tu*...Ingatkan tahajud*masa masuk waktu solat fardhu tak ingatkan pun,tengah mesej lagi*...Main ushar-ushar...Buat lawak bodoh*pastu sama-sama gelak = ='*...Ini pun syubhah yang boleh jatuh kepada HARAM..Sebab ia melalaikan dan mengganggu hati dan perasaan..

Jenis yang dah tahu salah/hukum dan terima nasihat bila orang bagi tapi couple jugak..Alamak tak tahu nak kata apa..Sabor je la...Bila orang cakap "Berhentilah,makin teruk aku tengok kau terseksa bila couple ni",dijawabnya "Tapi aku sayang dia,dia baik sangat,cuma benda yang dia buat ni menyakitkan hati, tiap-tiap malam aku tension tak boleh tidur tahu!"...Bila orang tegur "Baik putus je lah...Kalau masa couple dah bermasalah macam ni,macam mana kau kahwin dengan dia nanti?",dijawabnya " Tapi aku sayang dia, tak mudah aku nak lepaskan dia macam tu je..Lagipun dia la paling baik setakat ni yang pernah aku jumpa"...

Kalau macam itu,nasihatnya lebih baek berhenti la daripada menyeksa diri...Jangan mengkhinzir buta menyerahkan cinta dan sayang kita kepada seseorang...Murahnya maruah cinta dan perhubungan dalam Islam kalau begitu...Islam meletakkan cinta sesama manusia di peringkat yang mulia kalau kena dengan panduan dan syari'atnya,kita senang-senang memijak melenyek-lenyek kemuliaan cinta di dalam Islam dengan alasan murahan yang menampakkan ketidakpandaian diri kita...

Kalau suka dan berkenan,lamarlah si dia dengan syari'at dan agama..Kalau takut belum bersedia,siap sediakan diri dengan ilmu dan amal ibadah yang mantop dahulu...Kalau rasa takut terlepas,ikatlah tali pertunangan secara tak rasmi dahulu dengannya..Mudah saja,cakap terus pada dia/guna orang tengah katakan kamu "suka dia dan nak lamar dia tapi bukan sekarang,bila dah bersedia nanti"...Kalau tak berani?? siap sedialah jugak..Mana tahu Allah gantikan orang yang sama baik atau lebih baik daripadanya untuk kamu,kalau kamu bukan ditakdirkan jodohnya...

Kalau orang tahu mahalnya CINTA dalam ISLAM,pasti tidak ada bayi buangan manusia kebinatangan di bumi ini...Kalau orang tahu mudahnya berCINTA menurut SYARIAT dan AGAMA,pasti kes rogol/raba/zina berkurang atau terhapus langsung..Kalau orang tahu hakikat percintaan yang dianjurkan mengikut acuan BARAT itu walaupun nampak indah dan puas,namun itu sebenarnya menghina maruah dan harga diri manusia maka pasti kita tak akan mempromosikan cinta sejenis itu di kalangan masyarakat kita...

Ini cuma panduan,bukan mesti menjadi ikutan..Diambil dan dicoret berdasarkan pengalaman orang lain,err aku tak pernah bercouple ok!!Harapannya boleh membantu dalam usaha membina remaja yang punya karisma dan wibawa,bukan mudah tewas pada dusta dan noda cinta maksiat semata-mata..Bangkitlah daripada kelembikan,sedarlah daripada angan-angan..Kalau asyik berpusing hal cinta sahaja dalam kalangan remaja,hmmm nampaknya orang tua sahajalah harapan nak membina tamadun dan merintis kemajuan agama, bangsa dan negara..Remaja cuma tinggal menjadi "budak-budak yang baru nak belajar bercinta",yang bernaung dengan gelaran REMAJA...

Wallahu'alam~

*segala cadangan,situasi dan panduan di dalam artikel ini tidak dipaksa ke atas siapa-siapa untuk mengikutnya..Jika ada terkena mengena dengan yang hidup,mati ataupun mati hidup balik ataupun hidup dah nak mati harap dihusnuzhonkan,bahawasanya kita sama-sama berkongsi pengalaman sebagai bekal  perjalanan mencari dan mengenal Tuhan~



No comments:

Post a Comment