14 February 2013

Lafaz Ukhwah Yang Tersimpan~


Pisau dipenuhi dengan darah merah yang pekat dan likat..Bilah pisau yang tajam berkilat direnung,terasa sendiri pedih dan sakitnya meresap hingga ke cerebrum otak..Dia telah membunuh, tetapi hatinya terasa puas malahan dia mengucapkan Alhamdullillah setelah selesai.. Dia masih lagi memandang mangsa dengan pandangan dan senyuman sinis...



“Umar,dah siap sembelih ayam tu??Cukuplah kot 5 ekor,kumpulan lain pun dah sembelih dua tiga ekor,serahkan pada muslimat bagi mereka bakar”
terdengar arahan daripada seorang lelaki berusia..

“Baik ustaz”kata Umar menjawab persoalan Ustaz Suyuthi....Dia membasuh pisau yang digunakan untuk disembelih sebentar tadi lalu meletakkan di tempat mereka mengumpul barang-barang masakan...

Umar sekarang bertugas sebagai urusetia Kem Jati Diri Mukmin di Tasik Chini... Dia membantu beberapa peserta menyembelih ayam sempena aktiviti mereka pada hari ini,berkelah di tepi tasik Chini..

Sementara menunggu ayam dibakar,Umar mencari tempat strategik untuk dia bersendirian... Dia mengambil gitar kapoknya lalu duduk di atas batu besar di hujung tasik yang agak terlindung daripada pandangan orang ramai...

Sudah menjadi kegemaran Umar,
memetik gitar  sambil menyanyi apa sahaja lagu yang terlintas di otaknya...Sekarang neuron-neuron di otaknya sedang menginterpretasi lirik lagu Price Tag yang dipopularkan oleh penyanyi Jessie J ..

"We need to take it back in time
When music made us all unite!

And it wasn't low blows and video hoes,

Am I the only one gettin' tired?

Why is everybody so obsessed?
Money can't buy us happiness
Can we all slow down and enjoy right now
Guarantee we'll be feelin' All right."


Seperti kebiasaannya,Umar cuma mengingati beberapa patah sahaja daripada keseluruhan lagu tersebut...Suaranya pun cukup untuk membuatkan ikan di dalam tasik timbul tenggelam, tetapi tidaklah sampai bunga teratai menjadi layu...

Tempat duduk Umar sememangnya membuatkan dia Cuma ditemani pepatung dan beberapa orang awam yang sedang berjoging atau berpusing melihat-lihat keindahan tasik,sehingga tidak ada seorang peserta atau rakan urusetia lain yang terperasan untuk menegurnya...

Ini membuatkan Umar memutar kembali dua baris bait lagu tadi;

“We need to take back in time,where music made us all unite”



DI SEKOLAH

“Yo Umar,nak mp3 aku nak dengar lagu” pinta Siddiq yang duduk di sebelahnya..
“Pasang earphonelah,aku nak dengar jugak,nah kau ambil yang kanan” Umar menghulurkan earphone kepada Siddiq...

Tiba-tiba pintu bilik dikuak dan terlihat kepala Chiko yang terjojol masuk..

“Haa hangpa buat apa ni,bercouple senyap-senyap dalam bilik haa...ish ish ish” Chiko bersuara dengan nada bergurau..

Setelah Chiko juga meminta untuk mendengar lagu daripada mp3 Umar,dia lantas mencabut earphone dan membuka loudspeaker..Lagu kegemaran Umar dan Siddiq,Ya Sudahlah nyanyian Fade 2 Black menjadi pilihan pertama untuk halwa telinga mereka...Chiko,nak tak nak kena dengar jugalah..


  “Apa pun yang terjadi,
Ku kan selalu ada untukmu,
Janganlah kau bersedih,
Cause everything gonna be okay...”

Tamat lagu itu terdengar mereka pengumuman Exco Akademik Batch yang sememangnya berasa tanggungjawab untuk mengajak rakan-rakannya ke kelas prep...Chiko merungut kerana cuma sempat melayan satu lagu sahaja,sedang Umar dan Siddiq bersiap-siap dengan pakaian prep..Chiko sempat merungut kerana sememangnya dia sudah tersedia dengan baju prep dari tadi..

Melangkah ke kelas prep,suasana biasa dilihat,ramai yang masih berkerumun di koperasi, ada yang masih bertenggek di telefon awam dan terdapat juga yang duduk berkumpul,secara husnuzhonnya mungkin mereka sedang berusrah,tetapi apabila melintasi mereka Cuma terdengar bait-bait umpatan dan gossip sahaja...

“Eh,jom teman aku pergi kelas ambil coklat yang kita beli masa outing tadi,nak bagi kat dia” pinta Siddiq kepada Umar..
“MasyaAllah nak SPM dah ni deyy,sempat lagi nak melayan aweknya”rungut Umar

Sebenarnya coklat itu untuk seorang muslimat yang tidaklah dianggap ‘girlfriend’ kepada Siddiq,namun entah kenapa dia rajin pula membelinya sempena harijadi muslimat itu..  Namun Umar diam sahaja,menjaga hati kawannya..

Selesai study dan waktu prep tamat,kelihatan beberapa lagi kaki study yang masih menelaah,tidak kurang yang dah berlayar ke samudera air liur,dan yang tekun menekan keyboard bermain pinball...Umar dan Siddiq pulang ke asrama setelah mereka meletak hadiah itu di meja muslimat tersebut..

“Kau ni Siddiq,ramai betul perempuan kau layan,mana satu awek kau ha??” Tanya Umar dalam nada berseloroh..

“Alah,kita nak baik dengan semua orang,nanti orang pun baik dengan kita..” Alasan cliché oleh Siddiq..

Umar dalam diam mengakui kebenaran kata-kata sahabatnya itu,namun yang peliknya kalau dengan perempuan bukan main baik,kalau dengan lelaki harapan betullah nak bagi-bagi hadiah bagai lagi...Mm mungkin pada Siddiq berbeza cara melayan lelaki dan perempuan..

Sepanjang berkawan dengan Siddiq dia belajar cara menawan hati manusia agar rapat dengannya,kerana Siddiq seorang yang peramah dan ceria,manakala Umar pula seorang yang agak pendiam dan pemalu,namun apabila dia dan Siddiq bertemu,kedua-duanya memang gila-gila...Ini diakui oleh kawan-kawan lain apabila bersembang serentak dengan kedua-duanya..

Umar menjamah roti murahan di dewan makan,sambil dirinya kadang-kadang terfikir sendirian..Dia ini terlalu lemah atau terdesak untuk mencari kawan??Sehingga kadang-kadang dia merasa terlalu dipergunakan oleh orang-orang yang dia cuba baik dengan mereka..

Bukannya tak pernah dia difitnah oleh seorang rakannya yang lain sehingga dia dibenci oleh rakan-rakan yang lain pula,apabila diselidik rupa-rupanya rakan muslimin itu secara senyap-senyap menghasut rakan-rakan yang lain..Sedangkan selama ini mereka sama-sama menjamah roti  bercicah nutella di biliknya..

Ada juga dia terasa dikhianati apabila terlalu memberi muka kepada ahli kumpulan Bandito yang lain  iaitu band muzik di sekolah mereka,di mana dia akhirnya disingkirkan daripada menyertai  Pertandingan Acapella Islamik peringkat kebangsaan,atas alasan dia sudah pergi tahun lepas, sedang dia hanya pergi sebagai pemanas kerusi simpanan sahaja disebabkan adatnya senior Tingkatan 5 yang akan pergi bertanding tiap-tiap tahun..Akhirnya dia membawa diri dan pura-pura manis muka di hadapan ahli lain apabila bertemu sedangkan dia merajuk dan mengisytihar tidak akan melibatkan diri lagi dengan mereka..

Siddiq pun apa kurangnya,semasa outing hujan turun renyai-renyai,dia terpaksa menemani Siddiq mencari cekak rambut sebagai hadiah kepada muslimat..Betapa beratnya hati Umar ketika itu,tetapi dia cuba untuk tidak beremosi kerana setakat ini Siddiqlah yang paling setia berkawan dengannya..Entah berapa kali bergaduh dengan Siddiq,namun dengan rela hatinya mereka berdua berbaik semula..

Siddiq baik orangnya,cuma kadang-kadang tak makan saman dan teguran, mungkin kerana dia anak lelaki sulung,makanya dia lebih mesra perempuan,dan status Umar yang sama dengannya juga membuatkan mereka lebih serasi bersama...Tetapi tetap diakui oleh rakan-rakan lelaki yang lain Siddiq adalah seorang yang mudah mesra tetapi agak ego.. Mungkin Umar juga bersikap sebegitu membuatkan mereka sebenarnya bertarung dan bersaing antara satu sama lain,dan membuatkan mereka rapat..

Tiba minggu yang mencabar dalam jadual SPM,Umar merasa begitu tertekan,kerana secara lumrahnya dia bukanlah begitu pandai,semasa Trial SBP pun cukup-cukup alas perut sahaja keputusannya...Dia berusaha membuat latih tubi yang efektif bersama Siddiq...Sambil membuat latihan mereka memutar lagu di mp3,jika penat Umar dengan rela membancuh Nesvita,dan Siddiq pula tukang menghabiskannya..Setelah berehat selama beberapa belas minit,mereka kembali menyambung latihan beberapa minit..

Suatu hari yang panas membahang,Umar kelihatan tegang dengan dahi yang berkerut dan senyum yang plastik...Dia tertekan kerana kerenah Siddiq yang mengarahnya untuk mengambil barang untuk rakannya yang lain,sedang kemudiannya Siddiq tidak pun menunggu Umar untuk menikmati juadah murahan dewan makan...Terasa betapa Siddiq pentingkan diri dan Cuma nak kesenangan diri sendiri tanpa mengambil berat orang lain..

Umar menggagahi langkah ke bilik rakannya yang lain itu lalu membuka pintu,terlihat akan dia betapa gembira dan rancaknya Siddiq berbual dengan rakan-rakan lain yang turut berkumpul di situ...

“Eh,kenapa lambat Umar??”Tanya Siddiq tanpa rasa bersalah dan itu membuatkan telinga Umar hangit..

Dia lalu meletakkan barang rakannya yang lain itu di atas meja,mengambil buku rujukan Matematik Tambahan di dalam  beg Siddiq lantas menghempaskannya di meja sehingga semua orang terkejut..

“Terima kasih sebab jaga barang aku,Siddiq!” Umar menyindir dengan nada ‘badmood’ lalu pergi meninggalkan rakan-rakannya yang lain yang sedang tercengang dengan situasi tadi..

Sejak daripada itu,Umar dan Siddiq tidak lagi bertegur sapa,apatah lagi hendak bersua.. Entah kadang-kadang Umar terasa bersalah kerana terlalu emosional atas alasan yang remeh tetapi diketepikan oleh egonya..Siddiq pula sedang mempertahankan rasa tidak bersalahnya.. Ini dibuktikan apabila mereka bertembung langsung tidak dilihat muka masing-masing, jika diperasan oleh rakan yang lain mereka bertanya kenapa Umar dan Siddiq saling bermasam muka..

Hubungan dingin tahap takat beku mereka berterusan sehingga kertas terakhir SPM.. Selesai sahaja,sudah tentu calon-calon SPM menjerit kegirangan di dalam hati kerana sudah bebas daripada belenggu kertas-kertas OMR dan kertas kajang... Umar masih berbelah bahagi hendak pergi berbaik ataupun tidak dengan Siddiq.. Egonya masih bertahan sehingga hari ini, walaupun dalam diam dia sebenarnya mengharapkan hubungan mereka kembali seperti dahulu..

Akhirnya dia mengambil keputusan mengendahkan sahaja permintaan hatinya itu,dia keluar meraikan tamatnya zaman sekolah dengan kawan-kawan yang lain di Sunway Pyramid buat kali pertama..Mereka yang tidak berduit Cuma berjalan-jalan di sekitar Sunway Pyramid.. Hendak mencuba ice skating,pendingin hawa di sini pun sudah tak tertahan sejuknya... Akhirnya mereka bermain ‘archery’ dengan masing-masing cuma dapat mengumpul tidak lebih tiga mata,yang lain semuanya tersasar (= =’)

Pulang daripada berseronok di Sunway Pyramid, Umar berehat di bilik setelah solat maghrib di surau asrama...Penat berjalan mengulit seluruh badannya tetapi dia harus segera berkemas kerana dia akan pulang ke kampung malam ini...Tiba-tiba Chiko dating dengan senyuman comelnya lalu menyerahkan snowcap yang dipinjamnya daripada Umar...Dia berdiri di hadapan Umar dengan senyum yang masih tidak putus membuatkan Umar hairan walaupun tidak tertarik..

“Kau tahu,tadi Siddiq datang mintak maaf kat aku sendiri,fuhh bahagia rasa..haha” kata Chiko dalam nada gembira... Umar tahu yang hubungan Siddiq dan Chiko juga bermasalah malah lebih awal darinya..Puncanya Siddiq terlalu banyak mengejek Chiko bersama Umar lalu Umar cuba berdamai antara mereka..Tetapi Siddiq berkeras tidak mahu melayan sikap manja Chiko lalu Chiko dan Siddiq  tetap bergaduh..

Kemarahan Umar kepada Siddiq juga berpunca daripada tragedi tersebut.. Lalu dia berpakat dengan Chiko untuk berdamai kembali dengan Siddiq namun masing-masing sibuk dengan urusan peperiksaan SPM..Akhirnya hari ini Umar mendapat berita yang menyenangkan daripada Chiko,tetapi dahinya tetap berkerut..

“Dia cakap jugak nak cari kau,tapi tak jumpa,lupa pulak nak bagitahu kau keluar jalan-jalan hari ni,pergilah jumpa dia” Chiko memberitahu tanpa dipinta,bagai sudah membaca gundah gulana di hati Umar...

“Tak mengapalah,mungkin masanya kami berdamai belum tiba lagi” balas Umar persis dialog drama cinta pula kepada Chiko... Sebenarnya Umar masih belum bersedia melawan egonya , dan dia masih merasakan Siddiq terasa dengannya..

“Tapi dia memang nak berbaik la,takkan kau.......”Tidak sempat Chiko menghabiskan ayat, Umar memintas, 
“Tak apa Chiko,nanti bila tiba masanya kami akan berbaik” kata Umar dengan nada tegas lalu menggalas beg pakaiannya dan turun ke perkarangan asrama mengambil teksi...

Chiko cuma mampu berdiam diri melihat sahabatnya...Sambil berjalan ke pintu pagar asrama setelah bersalaman dengan rakan-rakan lain Umar terdengar suara Siddiq sedang ketawa melawak dengan rakan-rakan lain..Hujan sudah mula turun renyai-renyai dan Umar bersegera masuk ke dalam perut teksi untuk ke KTM..

Setelah membeli tiket dan sedang menunggu LRT ke KL Sentral,Umar melayan perasaannya.. Terasa syahdu pula meninggalkan rakan-rakan yang selama ini dia bergurau, melawak, mencari gaduh,menggosip dan mengepow makan mereka... Bukan tidak ada konflik sesame mereka tetapi akhirnya itu yang menjadi rakaman kenangan yang sedang bermain di dalam otak Umar sekarang...

Saat mereka sama-sama usaha study supaya dapat berjaya bersama,sama-sama ingat mengingatkan di dalam tazkirah dan liqa’ supaya tidak lalai dan leka,sama-sama mengutuk makanan dewan makan yang semakin entah apa-apa,sama-sama bergaduh dan berperang saraf atas sifat-sifat dengki dan tidak puas hati sesama mereka...

Dan akhirnya mereka menganjurkan majlis bermaaf-maafan sebelum menghadapi SPM..Teringat bagaimana semua sedang berlautan airmata ketika bersalaman dengan rakan-rakan..Satu persatu dosa minta dimaafkan.. Tidak sangka gangster sekolah seperti Rafwan yang selalu sukses memperdaya Pak Guard untuk fly membeli Monster Burger pun menangis..

Dan ketika bersama Siddiq,dia bersama-sama mencari sifu untuk menunjuk ajar mereka dalam pelajaran...Dia dan Siddiq juga bersama-sama berebut handphone Umar untuk bermain game..Siddiq dan Umar juga yang bersama-sama berbincang tentang masa depan,university mana malahan ciri-ciri pasangan mereka nanti...Biasalah remaja..

Terkadang dia dan Siddiq berbincang tentang masalah bi’ah di sekolah mereka, membongkar rahsia-rahsia kawan-kawan mereka dan meluahkan ketidakpuasan hati mereka kepada orang lain...Selalu juga Umar memberi tunjuk ajar kepada Siddiq dalam bab-bab agama, Siddiq pula sering berkongsi kisah hidup dan pengalamannya yang penuh warna warni kepada Umar..

Dan mereka berdua jugalah yang sama-sama mendengar lagu melalui mp3 Siddiq...Sambil study,sambil berehat dan sambil bersembang....Akhirnya mereka tidak berbaik jugak pada hari-hari terakhir mereka di sekolah...

Manik-manik airmata Umar bertakung di kelopak matanya..Terasa ego dirinya kerana mengenepikan permohonan Siddiq untuk meminta maaf..Bukan dia tidak tahu  Siddiq susah nak minta maaf dengan orang,tetapi setelah diberitahu Chiko,dia pula menolak peluang.. Akhirnya dia mencapai handphone lalu mendail Chiko...

“Chiko,cakap kat Siddiq aku mintak maaf,sebab aku tak sempat minta maaf” dalam genangan airmata Umar berkata,airmata persahabatan mereka selama di sekolah..

DI TASIK

“Lah,Umar,di sini rupanya kamu,apalah dibuatnya sorang-sorang ni..Ayam dah masak ni,jom makan”suara Ustaz Suyuthi akhirnya memecahkan lamunan kenangan Umar..

“Oh,ok ustaz,sekejap lagi saya pergi” Umar berdiri dan menjawab dengan penuh sopan..

Umar tersenyum sendirian,mengimbau kembali bingkisan rindunya... Dia tidak terfikir akan terharu dengan rakan-rakan sampai sebegitu,sedang selalunya orang hanya bersedihan kerana couple...Mungkin ini yang ditarbiah di dalam diri Umar dan rakan-rakannya,bahawa mereka ditakdirkan bertemu dan berpisah kerana Allah.. Sakit,perit,pedih,pahit,manis,gembira, berkawan,bergaduh,berkonflik,berbaik semua itu menjadi rencah kehidupan mereka di sekolah itu..Akhirnya mereka sudah belajar untuk menilai betapa pentingnya sahabat yang ikhlas bersahabat,bukan setakat pura-pura berkawan..

Mungkin saat ini Umar perlu belajar menjadi lebih matang,mustahil mengejar kesempurnaan, tetapi itulah yang menjadi idaman..Hati manusia hendak dididik dan dibentuk bukan mudah semudah mereka bentuk tanah liat,hati manusia perlu didalami,diselami dan difahami..Bukan hanya mengukur paras rupa dan luaran sahaja..Dan Umar masih percaya bahawa masa untuk dia berbaik dengan Siddiq akan tiba suatu hari nanti..

Sebelum pergi mencicipi ayam bakar,Umar duduk kembali untuk memetik gitar menyanyi satu lagi bait lagu  yang terakhir,lagu yang menjadi kegemarannya dengan Siddiq,versinya sendiri ;

“Apa pun yang terjadi,
Allah kan selalu ada untukmu,
Janganlah kau bersedih,
‘Cause everything gonna be okay~”


Kisah tak berapa benar oleh :
Pendeta Budiman
140213 0455
Soundtrack : Price Tag-Jessie J
             Ya Sudahlah-Bondan Prakorso ft. Fade 2 Black

No comments:

Post a Comment