30 March 2013

Cerkon ; Saat Lafaz Ukhwah~

Suasana dalam dewan penuh mencemaskan.Semua orang duduk tak senang.Rimas,resah dan gelisah menanti keputusan yang bakal diumum.

"Alhamdulillah tahun ini keputusan meningkat daripada 1.35 peratus kepada 1.30 peratus..tahniah buat calon-calon SPM tahun lepas"

Seiring dengan pengumuman itu,kedengaran bunyi tepukan gemuruh dan kelihatan ukiran senyuman pada muka-muka manusia di dalam dewan itu.Umar turut tersenyum gembira. Lega mendengar khabar itu.Kemudian dia pergi beratur di kaunter kelasnya untuk mengambil slip keputusan bersama rakan-rakannya yang lain.

Sesak dengan orang-orang yang berebut-rebut menunggu giliran.Umar berdiri dengan muka tenang walau di dada penuh debaran.Kamel di hadapannya,mendapat 10A1B,Amri pula mendapat 10A1C. Tiba giliran dia,tangan menggeletar memegang slip sambil menandatangan.Tidak dilihatnya lagi keputusan,sengaja dikalihkan,belum bersedia menerimanya.

Dia berjalan meredah orang ramai yang masih bersesak-sesak,ada yang menangkap gambar, ada yang melompat gembira,ada yang duduk tunduk diam sahaja.Dia,entah apa tindakan susulannya selepas melihat slip tersebut.

"Erghh,7A saja?!?" ayat itu bergema di dalam hati Umar.

Dia diam,terkaku menatap slip keputusan itu.Lama slip itu direnungnya.Hendak menangis atau tersenyum,dia tidak tahu.Dia dengan penuh keyakinan merasakan mampu mendapat 9A sekurang-kurangnya terasa berat dan sebak di dada selepas menerima ketentuan itu.

"Alhamdulillah" perlahan bibirnya menuturkan kalimah itu sambil menghias muka dengan senyuman palsu.

Atas dasar apa,dia pun tidak tahu.Hendak dinilai keikhlasan menutur kalimah itu,sebenarnya dia tidak dapat menerima sepenuhnya takdir ketentuan Allah padanya hari itu. Dia sekadar menuturkan kalimah syukur untuk menenangkan hatinya dan cuba berlapang dada memikirkan hikmah ketetapan Tuhan ini.

Umar pergi bertukar-tukar khabar tentang slip keputusan dengan rakan-rakannya.Dia melihat Allah juga menguji mereka yang lain,walaupun memperoleh lebih banyak A daripadanya.Tetapi cacat pada subjek wajib cemerlang untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan dan kejuruteraan seperti Kimia.Bahkan ada yang cacat pada subjek wajib cemerlang untuk pergi ke oversea seperti Bahasa Inggeris.Umar bertenang dan merenung kembali slipnya.

"Hmm A+ adalah Bahasa Melayu,Quran Sunnah dan Syari'ah,A pula Sejarah dan Matematik manakala A- Bahasa Inggeris,taklah teruk sangat result ni" hati Umar berbisik.

Lalu ingatannya terimbas kepada majlis Solat Hajat semalam,tika dia sujud berdoa pada Tuhan...

"Ya Allah,kurniakanlah aku keputusan terbaik untuk diri aku.Andai 11A+ itu terbaik maka jadikanlah aku orang-orang yang mendapatkannya.Andai ada yang lebih terbaik daripada itu maka tetapkanlah keputusan itu padaku.Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa redho dan bersyukur dengan keputusanmu itu.Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang paling terbaik buatku"

Dan sekarang,dia menerima ketetapan itu dengan meyakini bahawa inilah keputusan terbaik yang Allah tentukan buatnya.Dia bertenang,memandang awan.

"Tuhan sudah tunjukkan aku jalan masa depan" kata Umar perlahan,penuh keyakinan.

****************

Sesudah dia menyiapkan beg pakaian untuk pulang ke rumah,Umar bersalam dengan rakan-rakannya.Dia berjalan ke perhentian bas untuk menunggu teksi.Umar duduk termenung,sambil mengimbas rakaman memori sebentar tadi.

Siddiq mendapat 10A1B.Siddiq sedang menangis terharu sambil memegang telefon,mungkin menyampaikan khabar gembira kepada ibubapanya.Siddiq bertanyakan keputusannya.Dan kemudian bahunya ditepuk Siddiq dengan ucapan "Oklah tu,Tahniah ye :)"

Entah perasaan apa,ingin dia gambarkan sekarang.Sakit hati atas dasar apa??Dengki?? Ditepis Umar perasaan itu.Dia mengumpul kekuatan,sambil menerima sahaja dengan gembira keberuntungan Siddiq itu.Sambil dia juga teringat doa buat sahabatnya itu semalam ;

"Ya Allah,berikanlah sahabatku Siddiq keputusan SPM terbaik buatnya,moga dia dikurniakan kecemerlangan dan kebahagiaan dalam hidupnya"

Akhirnya Umar mampu tersenyum.Nyata Rasulullah S.A.W. tidak pernah berdusta pada sabdanya. Doa buat sahabat dalam keadaan sahabat itu tidak mengetahui,pasti dimakbulkan oleh Tuhan.

Sabda Nabi S.A.W ; Doa buat sahabat dalam keadaan dia tidak mengetahui,Doa itu diaminkan malaikat dan dimakbulkan Allah[HR MUSLIM]~

Umar memeluk Siddiq tika itu.Tersenyum lega dan gembira manakala Siddiq masih berair di matanya.

"Tahniah Siddiq,you deserve it"

****************
Sekarang teksi bergerak menelusuri jalan yang sibuk dengan kenderaan bergerak bertali arus. Dia memasang lagu di mp3 untuk lari daripada keserabutan di sekeliling di samping menghilangkan kebosanan.


"Well, I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up


                                                    'Cause even the stars they burn
                                                      Some even fall to the earth
                                                       We've got a lot to learn
                                                      God knows we're worth it"



Tiba-tiba dia tergerak untuk menekan kekunci telefon bimbitnya,menghantar mesej pesanan ringkas.

1 MESSAGE SENT TO SIDDIQ

"Salam,dah ada kat rumah ke?" -Umar

"Wassalam,yup.Kau on de way lagi ke?"-Siddiq

"Haah..Dok celebrate ke?Heh apa-apa pun mabrook la..Walaupun aku tak dapat tapi aku gembira sebab tuhan makbulkan doa untuk sahabat aku :) Siapa tahu rezeki kita" - Umar

Selesai mesej itu dihantar,telefon bimbit itu senyap buat seketika.Umar menunggu sambil telinganya didendangkan irama lagu daripada mp3nya.

"And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find"


1 MESSAGE RECEIVED FROM SIDDIQ

"Haha terima kasih :) Ok la tu,banyak lagi benda nak kena tempuh lepas ni"- Siddiq
"Hmm lupakanlah salah silap kita dulu-dulu ye.Anggaplah itu pengajaran dan pengalaman masa kita belum matang :P Jauh lagi perjalanan lepas ni " -Umar
"Yup..Macam kau selalu cakap kat aku dulu,bawa result kita biar sampai syurga!" - Siddiq
"Haha ingat lagi ye..Moga-moga Tuhan buka lagi jalan kat kita untuk kenal Dia lepas dapat result ni~"-Umar
"Hmm..Cuma Tuhan yang tahu apa yang terbaik untuk kita...Asalkan apa yang ditetapkan Dia tetap mengingatkan kita adalah hambaNya!"-Siddiq

Ayat itu adalah ayat yang sama pernah Umar ungkapkan sewaktu Siddiq kecewa kerana gagal dalam subjek Matematik Tambahan dalam peperiksaan percubaan.Sekarang dia sendiri perlu menghadam dengan sempurna maksud ayat itu.Buat penguat dan penenang dirinya yang kecewa sekarang ini.

"Maafkan aku Siddiq"-Umar
"Alah biasalah ini bukan penghalang kita bersahabat.Semua ni ujian Tuhan :) "-Siddiq

Dan perbualan mereka melalui pesanan ringkas berhenti di situ.Destinasi Umar semakin hampir. Umar menghantar ayat terakhir buat Siddiq sebelum bersedia untuk turun di perkarangan rumahnya.

"Oklah nak sampai rumah.Lepas ni kita akan lalu jalan kita masing-masing.Harap kita tak tersilap pilih jalan.Salam :)"-Umar
"Moga kita sentiasa di bawah lindungan Tuhan.Wassalam"-Siddiq

Sementara menanti badan teksi memasuki taman perumahannya,Umar membiarkan mp3nya memutarkan bait-bait terakhir lagu yang menjadi hidangan kokleanya.

                                         "Well, I won't give up on us (no I'm not giving up)
                                       God knows I'm tough enough (I am tough, I am loved)
                                           We've got a lot to learn (we're alive, we are loved)
                                            God knows we're worth it (and we're worth it)"

"Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai,iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya).Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman" 

Ayat 13 surah As-Saff itu bermain dalam rakaman otak Umar seusai lagu yang dipasang selesai bermelodi.Dan dia menanti khabar gembira itu~

#Cerita kontot ini adalah berdasarkan artikel ini dan cerkon ini 
Wallahu'alam~

25 March 2013

Biar Sampai Syurga! ~

-BismillahirRahmanirRahim-

Sudah sekian lama juga tidak menulis artikel...Kali ini tergerak hati dan jari untuk menari di atas papan kekunci...Ghaliblah,mesti nak bercerita tentang keputusan SPM...Secara amnya, berbanggalah adanya karena sekolah mendapat peningkatan dan kemenjadian bermula daripada batch 57 saya..Khususnya,tidaklah berapa berbangga karena saya sendiri tidak dapat menyumbang ke arah kemenjadian itu...Cuma jadi orang yang biasa,biasa-biasa,biasa-biasa saja...

Result SPM itu,yang dikata pemula perjalanan masa depan selepas ini,hampir sahaja menghancur jiwa daku ini..Namun cepat ditenangkan sahabat-sahabat yang menepuk bahu memeluk dan berkata  ; "Oklah tu,tahniah" "Syukur,syukur" "Bagus la tu" "Alhamdulillah" "Jumpa kat U"

Itu cuma antara beberapa frasa yang keluar selepas daku memberitahu akan result sendiri...Dan itu juga antara yang daku katakan kepada sahabat-sahabat yang lebih kurang serupa...Yang cemerlang tak payah cakaplah..Takkan nak ucap takziah pula..

Siapa tak frust atau kachiwa,tidak dapat cemerlang atau lurus [baca : straight]  di atas slip result itu... Walau senyuman cuba ditoreh di muka namun rasa sakit dan lelah,telah tergores di jiwa..Ya, kecewa tidak dapat lurus di atas slip..Kadang tercampur habis rasa penat merasa diri sudah berbuat banyak 'kebaikan' sebelum memegang slip....

Tak adalah sampai macam ni muka aku~

Ya,itulah kesilapan...Merasa diri sudah banyak membuat 'kebaikan',lalu kecewa dan sakit hati dengan keputusan Tuhan yang tidak berbalas yang setimpal dengan amalan... Namun terfikirkah kita,akan hikmah kebaikan sebenar yang Tuhan ingin tunjukkan??

Duduk terbaring terpaku di atas katil di asrama merenung keputusan,apakah yang aku buat ini?? Kenapa bukan aku yang ditentukan mendapat lurus di atas slip??Mengapa aku tidak mampu menyorak gembira seperti kawan-kawan lain yang lurus di atas slip?? Bagaimana mampukah aku menghadapi detik menghadap orang-orang yang akan bertanya 'Ha macam mana result??'

Maka daku mohon kepada Tuhan agar memberi kekuatan dan ketenangan di hati ini... Menunjukkan hikmah yang tersurat dan tersirat pada diri ini... Mempasakkan keyakinan di dalam jiwa ini,bahawa bukan aku tidak mampu jadi yang terbaik selepas ini...

Lalu daku tergerak untuk melihat dari suatu sudut,orang yang mendapat 11A+/11A pun sebenarnya pening memening hendak menentu masa depan..Tak memilih yang terbaik,rugi...Tersilap memilih yang disangka terbaik,pun rugi....Tak pilih apa-apa,bodohlah tu....Aku memusing pula jangka sudut pandangan aku kepada orang yang mendapat 9A/10A....Aduh,lagi kasihan kepada mereka yang tidak menonjol [baca: perform] dalam subjek wajib cemerlang seperti Chemistry (kalau nak ambil medic/engineer) atau English (kalau nak pergi oversea)...Mungkin ada rahsia lain yang Tuhan ingin tayangkan pada mereka suatu masa nanti...

Maka daku menyusun kembali pecahan-pecahan hati tadi dan melekatkan dengan gam husnuzhon kepada Allah,sambil membasahkan lidah mengucap Alhamdulillah...Karena Dia telah menunjukkan jalan masa depan yang patut aku pilih...Walaupun tanpa keputusan yang lurus di atas slip..

Mungkin karena dosa-dosa silam daku semasa menjalani kehidupan seorang calon SPM dahulu menjadi karma,dan Tuhan ingin menunjukkan bahawa belum cukup lagi kebaikan dan amal ibadat yang daku lakukan....Mungkin Tuhan ingin mengajar daku bahawa keputusan yang lurus mungkin akan membuatkan daku lupa diri,riak,berlagak dan semakin jauh daripada Dia...

Hujan badai bukan penghalang untuk kita berdiri dengan macho~

Oleh itu Dia telah menetapkan begini buat daku,mungkin begitu juga buat kamu...Apa yang pasti, jangan menjadikan SPM yang tidak lurus penggelap masa hadapan..Jadikanlah ia permulaan kita mengenal Tuhan...Mencari ilmu dan makrifat agar terasa hidup ini berTuhan... Lurus atau tidak keputusan di atas slip itu,bawalah ia sebagai bekal permulaan perjalanan kehidupan menuju masa hadapan selepas ini...

Pasti tidak mudah,pasti lebih susah...Masa hadapan,bukan perkara main-main.... Perlukan akal fikiran dan kemampuan membuat keputusan dengan matang dan beriman...Justeru jadikanlah kisah silam kita dahulu sebagai bingkisan pengalaman perjalanan cari Tuhan..Salah silap dahulu adalah pengajaran untuk persediaan kepada kehidupan yang lebih matang...

Sahabat-sahabat daku,amat menggembirakan..Nyata ukhwah tidak dibezakan dengan keputusan lurus atau tidak di atas slip,tetapi saat dan momen menjalani tarbiyah dan dakwah bersama itu yang menjadi tali pengikat kasih sayang dan mahabbah kerana Allah...Ya,kita pernah bergaduh, berbalah,  bermasam muka,berkutuk-kutukan,namun kita mampu berbaik semula..Kerana kita kan sahabat~

Sementara Tuhan masih beri masa,mulakan perjalanan masa depan kita dengan keputusan di slip itu,menjadikan kita lebih mengenal Rabb Yang Maha Berkuasa...Biar keputusan di slip itu,bawa kita sampai syurga!!

-Wallahu'alam-

03 March 2013

Hearbeat Stereo~


CHALET KENANGA 

"My heart's a stereo
It beats for you, so listen close
Hear my thoughts in every no-o-o-te

Make me your radio
And turn me up when you feel low
This melody was meant for you
Just sing along to my stereo"





Di luar chalet hujan renyai-renyai,menemani Umar di beranda dengan gitarnya menyanyikan lagu Stereo Hearts,lagu asal daripada Gym Class Hero featuring Adam Levine.Umar menyanyi dengan penuh perasaan persis Anuar Zain,ditambah pula dengan kesan khas istimewa daripada gerimis syahdu yang menambah lagi penghayatannya, sehingga dia tidak menyedari bahawa  seseorang sedang berdiri kaku memerhatikannya

Setelah tersedar bahawa dia diperhatikan dengan penuh khusyuk,Umar meletakkan gitar sambil tersipu malu.Tidak sangka ada peminat pula di waktu basah begini.Gadis itu tersenyum simpul,comel pada sekali pandang.Dia yang berpayung kemudiannya memberi sebekas Tupperware besar.

“Ini ada hidangan ringan untuk Muslimin,Puan Jannah yang suruh berikan” katanya merujuk kepada pemilik chalet tersebut.

“Syukran,buat susah-susah saja”jawab Umar ringkas disertai dengan senyuman nipis.Terbiasa dengan sikap tidak mesra perempuannya,Umar mengambil bekas makanan tersebut lalu masuk kedalam chalet untuk memulakan kenduri dengan rakan-rakannya tanpa menghiraukan gadis itu yang masih setia berdiri.