30 March 2013

Cerkon ; Saat Lafaz Ukhwah~

Suasana dalam dewan penuh mencemaskan.Semua orang duduk tak senang.Rimas,resah dan gelisah menanti keputusan yang bakal diumum.

"Alhamdulillah tahun ini keputusan meningkat daripada 1.35 peratus kepada 1.30 peratus..tahniah buat calon-calon SPM tahun lepas"

Seiring dengan pengumuman itu,kedengaran bunyi tepukan gemuruh dan kelihatan ukiran senyuman pada muka-muka manusia di dalam dewan itu.Umar turut tersenyum gembira. Lega mendengar khabar itu.Kemudian dia pergi beratur di kaunter kelasnya untuk mengambil slip keputusan bersama rakan-rakannya yang lain.

Sesak dengan orang-orang yang berebut-rebut menunggu giliran.Umar berdiri dengan muka tenang walau di dada penuh debaran.Kamel di hadapannya,mendapat 10A1B,Amri pula mendapat 10A1C. Tiba giliran dia,tangan menggeletar memegang slip sambil menandatangan.Tidak dilihatnya lagi keputusan,sengaja dikalihkan,belum bersedia menerimanya.

Dia berjalan meredah orang ramai yang masih bersesak-sesak,ada yang menangkap gambar, ada yang melompat gembira,ada yang duduk tunduk diam sahaja.Dia,entah apa tindakan susulannya selepas melihat slip tersebut.

"Erghh,7A saja?!?" ayat itu bergema di dalam hati Umar.

Dia diam,terkaku menatap slip keputusan itu.Lama slip itu direnungnya.Hendak menangis atau tersenyum,dia tidak tahu.Dia dengan penuh keyakinan merasakan mampu mendapat 9A sekurang-kurangnya terasa berat dan sebak di dada selepas menerima ketentuan itu.

"Alhamdulillah" perlahan bibirnya menuturkan kalimah itu sambil menghias muka dengan senyuman palsu.

Atas dasar apa,dia pun tidak tahu.Hendak dinilai keikhlasan menutur kalimah itu,sebenarnya dia tidak dapat menerima sepenuhnya takdir ketentuan Allah padanya hari itu. Dia sekadar menuturkan kalimah syukur untuk menenangkan hatinya dan cuba berlapang dada memikirkan hikmah ketetapan Tuhan ini.

Umar pergi bertukar-tukar khabar tentang slip keputusan dengan rakan-rakannya.Dia melihat Allah juga menguji mereka yang lain,walaupun memperoleh lebih banyak A daripadanya.Tetapi cacat pada subjek wajib cemerlang untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan dan kejuruteraan seperti Kimia.Bahkan ada yang cacat pada subjek wajib cemerlang untuk pergi ke oversea seperti Bahasa Inggeris.Umar bertenang dan merenung kembali slipnya.

"Hmm A+ adalah Bahasa Melayu,Quran Sunnah dan Syari'ah,A pula Sejarah dan Matematik manakala A- Bahasa Inggeris,taklah teruk sangat result ni" hati Umar berbisik.

Lalu ingatannya terimbas kepada majlis Solat Hajat semalam,tika dia sujud berdoa pada Tuhan...

"Ya Allah,kurniakanlah aku keputusan terbaik untuk diri aku.Andai 11A+ itu terbaik maka jadikanlah aku orang-orang yang mendapatkannya.Andai ada yang lebih terbaik daripada itu maka tetapkanlah keputusan itu padaku.Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa redho dan bersyukur dengan keputusanmu itu.Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang paling terbaik buatku"

Dan sekarang,dia menerima ketetapan itu dengan meyakini bahawa inilah keputusan terbaik yang Allah tentukan buatnya.Dia bertenang,memandang awan.

"Tuhan sudah tunjukkan aku jalan masa depan" kata Umar perlahan,penuh keyakinan.

****************

Sesudah dia menyiapkan beg pakaian untuk pulang ke rumah,Umar bersalam dengan rakan-rakannya.Dia berjalan ke perhentian bas untuk menunggu teksi.Umar duduk termenung,sambil mengimbas rakaman memori sebentar tadi.

Siddiq mendapat 10A1B.Siddiq sedang menangis terharu sambil memegang telefon,mungkin menyampaikan khabar gembira kepada ibubapanya.Siddiq bertanyakan keputusannya.Dan kemudian bahunya ditepuk Siddiq dengan ucapan "Oklah tu,Tahniah ye :)"

Entah perasaan apa,ingin dia gambarkan sekarang.Sakit hati atas dasar apa??Dengki?? Ditepis Umar perasaan itu.Dia mengumpul kekuatan,sambil menerima sahaja dengan gembira keberuntungan Siddiq itu.Sambil dia juga teringat doa buat sahabatnya itu semalam ;

"Ya Allah,berikanlah sahabatku Siddiq keputusan SPM terbaik buatnya,moga dia dikurniakan kecemerlangan dan kebahagiaan dalam hidupnya"

Akhirnya Umar mampu tersenyum.Nyata Rasulullah S.A.W. tidak pernah berdusta pada sabdanya. Doa buat sahabat dalam keadaan sahabat itu tidak mengetahui,pasti dimakbulkan oleh Tuhan.

Sabda Nabi S.A.W ; Doa buat sahabat dalam keadaan dia tidak mengetahui,Doa itu diaminkan malaikat dan dimakbulkan Allah[HR MUSLIM]~

Umar memeluk Siddiq tika itu.Tersenyum lega dan gembira manakala Siddiq masih berair di matanya.

"Tahniah Siddiq,you deserve it"

****************
Sekarang teksi bergerak menelusuri jalan yang sibuk dengan kenderaan bergerak bertali arus. Dia memasang lagu di mp3 untuk lari daripada keserabutan di sekeliling di samping menghilangkan kebosanan.


"Well, I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up


                                                    'Cause even the stars they burn
                                                      Some even fall to the earth
                                                       We've got a lot to learn
                                                      God knows we're worth it"



Tiba-tiba dia tergerak untuk menekan kekunci telefon bimbitnya,menghantar mesej pesanan ringkas.

1 MESSAGE SENT TO SIDDIQ

"Salam,dah ada kat rumah ke?" -Umar

"Wassalam,yup.Kau on de way lagi ke?"-Siddiq

"Haah..Dok celebrate ke?Heh apa-apa pun mabrook la..Walaupun aku tak dapat tapi aku gembira sebab tuhan makbulkan doa untuk sahabat aku :) Siapa tahu rezeki kita" - Umar

Selesai mesej itu dihantar,telefon bimbit itu senyap buat seketika.Umar menunggu sambil telinganya didendangkan irama lagu daripada mp3nya.

"And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find"


1 MESSAGE RECEIVED FROM SIDDIQ

"Haha terima kasih :) Ok la tu,banyak lagi benda nak kena tempuh lepas ni"- Siddiq
"Hmm lupakanlah salah silap kita dulu-dulu ye.Anggaplah itu pengajaran dan pengalaman masa kita belum matang :P Jauh lagi perjalanan lepas ni " -Umar
"Yup..Macam kau selalu cakap kat aku dulu,bawa result kita biar sampai syurga!" - Siddiq
"Haha ingat lagi ye..Moga-moga Tuhan buka lagi jalan kat kita untuk kenal Dia lepas dapat result ni~"-Umar
"Hmm..Cuma Tuhan yang tahu apa yang terbaik untuk kita...Asalkan apa yang ditetapkan Dia tetap mengingatkan kita adalah hambaNya!"-Siddiq

Ayat itu adalah ayat yang sama pernah Umar ungkapkan sewaktu Siddiq kecewa kerana gagal dalam subjek Matematik Tambahan dalam peperiksaan percubaan.Sekarang dia sendiri perlu menghadam dengan sempurna maksud ayat itu.Buat penguat dan penenang dirinya yang kecewa sekarang ini.

"Maafkan aku Siddiq"-Umar
"Alah biasalah ini bukan penghalang kita bersahabat.Semua ni ujian Tuhan :) "-Siddiq

Dan perbualan mereka melalui pesanan ringkas berhenti di situ.Destinasi Umar semakin hampir. Umar menghantar ayat terakhir buat Siddiq sebelum bersedia untuk turun di perkarangan rumahnya.

"Oklah nak sampai rumah.Lepas ni kita akan lalu jalan kita masing-masing.Harap kita tak tersilap pilih jalan.Salam :)"-Umar
"Moga kita sentiasa di bawah lindungan Tuhan.Wassalam"-Siddiq

Sementara menanti badan teksi memasuki taman perumahannya,Umar membiarkan mp3nya memutarkan bait-bait terakhir lagu yang menjadi hidangan kokleanya.

                                         "Well, I won't give up on us (no I'm not giving up)
                                       God knows I'm tough enough (I am tough, I am loved)
                                           We've got a lot to learn (we're alive, we are loved)
                                            God knows we're worth it (and we're worth it)"

"Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai,iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya).Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman" 

Ayat 13 surah As-Saff itu bermain dalam rakaman otak Umar seusai lagu yang dipasang selesai bermelodi.Dan dia menanti khabar gembira itu~

#Cerita kontot ini adalah berdasarkan artikel ini dan cerkon ini 
Wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment