03 March 2013

Hearbeat Stereo~


CHALET KENANGA 

"My heart's a stereo
It beats for you, so listen close
Hear my thoughts in every no-o-o-te

Make me your radio
And turn me up when you feel low
This melody was meant for you
Just sing along to my stereo"





Di luar chalet hujan renyai-renyai,menemani Umar di beranda dengan gitarnya menyanyikan lagu Stereo Hearts,lagu asal daripada Gym Class Hero featuring Adam Levine.Umar menyanyi dengan penuh perasaan persis Anuar Zain,ditambah pula dengan kesan khas istimewa daripada gerimis syahdu yang menambah lagi penghayatannya, sehingga dia tidak menyedari bahawa  seseorang sedang berdiri kaku memerhatikannya

Setelah tersedar bahawa dia diperhatikan dengan penuh khusyuk,Umar meletakkan gitar sambil tersipu malu.Tidak sangka ada peminat pula di waktu basah begini.Gadis itu tersenyum simpul,comel pada sekali pandang.Dia yang berpayung kemudiannya memberi sebekas Tupperware besar.

“Ini ada hidangan ringan untuk Muslimin,Puan Jannah yang suruh berikan” katanya merujuk kepada pemilik chalet tersebut.

“Syukran,buat susah-susah saja”jawab Umar ringkas disertai dengan senyuman nipis.Terbiasa dengan sikap tidak mesra perempuannya,Umar mengambil bekas makanan tersebut lalu masuk kedalam chalet untuk memulakan kenduri dengan rakan-rakannya tanpa menghiraukan gadis itu yang masih setia berdiri.

Gadis tersebut tergamam dengan sikap Umar yang bersahaja meninggalkannya tanpa ucapan penghargaan terhadapnya yang berhujan menghantarkan bekas makanan itu. Dia kemudian berlalu hampa dan pulang ke chaletnya.

CHALET CHEMPAKA

Humaira’ mengucapkan salam lalu masuk meletakkan payung di tepi pintu dan menuju ke ruang tamu.Kelihatan rakan-rakannya yang lain sibuk melayani tidur masing-masing. Memang enak merehatkan jasmani dan rohani di kala hujan-hujan begini.Cuma rakan
baiknya sahaja yang sedang membaca entah dokumen apa sedari tadi.

”Aduhh,terlepas peluang lagi nak bagitahu luahan hati” luah Humaira’ kepada Aie’syah di sebelahnya.

”Eh,kau ni,kita kan tengah berprogram ni,sibuk pulak dia nak bercinta”Aie’syah menegur rungutan Humaira’.

”Tapi aku pun tak tahulah,entah kenapa macam ada aura pada Umar,tadi aku terkagum sekejap mendengar dia menyanyi lagu,seperti ditujukan pada aku” Humaira’ menuturkan bait kata sambil tersenyum sumbing sendirian.

Aie’syah tersentak lalu ketawa.

”Adess,kau dah angau dah ni.Demam angau kena air hujan agaknya”gurauan Aie’syah bernada perli.

”Kita ni sedang dalam program tarbiyah,Humaira’,bukan ke kita dah selalu diingatkan, kita ikut jemaah dakwah ni bukan sebab nak cari pasangan,bukan sebab nak mengorat ustaz-ustaz yang ada,kita nak mendamba cinta dan redho Tuhan dahulu.kan??” panjang lebar Aie’syah membidas Humaira’.

”Yelah baiklah ustazah!Ana faham!Tapi kalau dah jodoh?!?” balas Humaira’ bersahaja yang kemudiannya disambut gelak ketawa mereka berdua.Humaira’ yang memang tidak pernah serius dengan teguran sahabat baiknya yang ala-ala berleter itu.Tetapi dia gembira kerana sekurang-kurangnya ada orang yang selalu mengingatinya agar tidak terlalai dengan tipu daya dunia.

AIR TERJUN RIMBA JATI

Umar mengambil tempat di kerusi panjang di bawah pokok rimbun.Dia berseorangan menikmati angin dingin sambil memetik gitar menyanyikan lagu.




"If I could only find a note to make you understand
I'd sing it softly in your ear and grab you by the hand
Just keep it stuck inside your head, like your favorite tune
And know my heart's a stereo that only plays for you"
Entah mengapa,dia merasakan seseorang memerhatikannya.Sahaja dia duduk bersendirian di situ,membiarkan rakan-rakannya yang lain sedang seronok bermandi manda dengan peserta-peserta.Muslimat di sebelah yang lain dengan aktiviti mereka. Program Ruhiyyah Mantap selama tiga hari ini benar-benar memberi ketenangan kepada hatinya. Di samping melatih dirinya supaya lebih ikhlas beribadah,dia seronok melihat jiwa-jiwa muda yang bersemangat menyertai program-program seperti ini.Kali ini dia muncul sebagai Pengarah Program,setelah diberi kepercayaan oleh Ustaz Suyuthi.

************************

Bahu Humaira’ ditepuk,terkejut betul dia dibuatnya.Dia lalu memarahi Aie’syah yang tiba-tiba muncul dari belakang.

”Ooh ini kerja dia ha,mengintai orang dari belakang.kau ni memang dah angau tahap kronik la” gurau Aie’syah kepada rakannya.

”Aduhh aku pun tak tahu macam mana boleh ikut dia sampai ke sini,tapi aku cuma nak dengar dia menyanyi” Humaira’ cuba berhujah sambil menahan malu, menampakkan kemerahan di pipinya.

”Dah dah,jaga mata,jaga hati,nescaya terjaga matahati kau Humaira’,jom pergi bakar BBQ” Aie’syah menarik tangan Humaira’ lalu mereka pergi dari situ.

Humaira’ tersentak sebentar mendengar tazkirah pendek Aie’syah.Dia sempat berpaling melihat Umar yang masih asyik dengan gitarnya.Kata-kata Aie'syah menyentap tangkal jantungnya, mengingatkan tujuan asal dia menyertai program ini,adalah untuk melatih diri mencinta Rabbnya..

AIR TERJUN RIMBA JATI-LOKASI MUSLIMAT

Aie’syah memerhatikan rakannya yang sedari tadi cuma termenung memerhatikan BBQ yang dibakarnya,entah sedar atau tidak BBQ sudah hangit.Aie’syah menepuk lengan Humaira’,mengejutkan dia daripada lamunan.Tergelak Aie’syah dibuatnya.

”Kau ni kenapa Humaira’..Takkan sebab lelaki yang pegang gitar dan menyanyi dengan suara ala-ala Anuar Zain celup pun kau dah boleh angau tahap apa ni.Kita kan tengah berprogram,program nak latih hati kita supaya lagi ingat Allah” dalam lembut suara Aie’syah menegur.

”Err..tapi aku tak tahulah.Aku tertarik dengan karisma dia.Walaupun dia taklah sempurna pada sekali pandang,tapi lama-lama aku makin minat dengan personaliti dia,baik, boleh memimpin,tenang,tegas,pandai main gitar”akhirnya Humaira’ menyatakan rasa sebenar.

”Aku rasa sekarang aku lebih bersemangat nak buat baik.Sebelum datang program ni aku rasa berat je tapi bila jumpa dia aku rasa satu kejutan yang buat aku nak berubah nak jadi baik,sebaik dia” Luah Humaira’ lagi.

”Emm..Aku faham,tapi Humaira’,kalau macam tu macam mana kalau dia tolak perasaan kau??Kita ni dalam tarbiyah,kita latih diri kita mencari cinta kepada Allah. Mungkin agak skema ayat ni tapi kalau dia tak ada,takkan kau nak mengalah jatuh bedebuk dari jalan ni??Kau pun dah angau tak tentu arah,kejap lagi habis tarbiyah ke mana,cinta ke mana. Utamakan apa yang lebih utama Humaira’ ” nasihat Aie’syah setelah lama duduk mendengar luahan hati Humaira’.

”Utama yang lebih utama??Macam mana tu??”Tanya Humaira’.

”Tu BBQ dah hangit,hitam arang dah tu,utamakan yang tu dulu..haha” gurau Aie’syah bagi melegakan hati Humaira’.

Humaira’ tergelak kecil lalu mengangkat BBQnya.Dia faham,bukan lagi masanya untuk dia melayan perasaan,tetapi hati ini bagai didesak untuk cepat-cepat mendapatkan pasangan sebaik Umar,muslimin impiannya.Baik,berkarisma,punya ilmu,punya aura, walaupun sedikit pendiam.

Jiwa muslimah Humaira’ bergelora.Tercabar juga dia dengan rakan-rakannya yang lain terutama Aie’syah, bagaimana kalau mereka yang mendapat Umar??Ditepisnya cepat-cepat perasaan itu dengan istighfar,mengingat kembali dia sedang berada di jalan tarbiyah.

Bukan mudah mengikis karat jahiliah di zaman silamnya dahulu,gadis sosial yang sangat peramah,di kolej nampak pendiam,tetapi berhubung dengan ramai lelaki,mesra alam,pandai melawak,boleh melayan adalah ciri-ciri kegemarannya.

Hinggalah Aie’syah datang memimpinnya keluar daripada zulmat kegelapan hidupnya dahulu,menuju nur kebenaran.

Sekarang perasaan lama itu datang kembali,merasakan Umarlah orang yang layak memimpinnya menuju nur kebenaran sebenar.Memberi bahagia dengan sifat coolnya dan suara seraknya ketika memetik gitar dan menyanyi.Angan-angan ini membuatkan Humaira’ bertekad untuk meluahkannya kepada Umar nanti.

”Kau tak faham,Aie'syah” hati degil Humaira’ membisik.

HARI TERAKHIR PROGRAM RUHIYYAH MANTAP

Semua peserta sudah berangkat pulang dengan keluarga masing-masing.Tinggal pihak urusetia sahaja sedang sibuk mengemas tempat aktiviti.Selesai tugasan,mereka mengambil jamuan ringan sebentar sambil melepaskan lelah.Kemudian masing-masing bergerak ke chalet untuk mengemas barang dan berangkat pulang.

Umar habis awal mengemas daripada rakan-rakannya.Dia sememangnya bukanlah seorang yang suka menyepahkan barang-barang,membuatkan dia mudah menyiapkan barang untuk pulang.Sedang menunggu rakan-rakan yang lain,dia duduk di wakaf sebelah kedai cenderahati untuk memetik gitar. 

"I only pray you'll never leave me behind
Because good music can be so hard to find 
I take your head and hold it closer to mine
Thought love was dead, but now you're changing my mind "
Humaira’ memerhatikan tindak tanduk Umar sedari tadi.Hari ini dia bertekad untuk meluahkan perasaan,tidak kiralah apa pun respon Umar.Dia berjalan perlahan-lahan mendekati Umar,sambil ragu-ragu dengan keputusannya.Sesekali dia menelan air liur, sesekali dia menunduk memandang bumi mempertimbangkan tindakannya.

”Ya,saudari,ada apa???” Spontan Umar bertanya.

Terkejut Humaira’ dibuatnya.Gaya dia tersentak membuatkan Umar tergelak kecil.

”Err..Sebenarnya ana nak bagitahu,ana suka enta,gaya enta,karisma enta,membuatkan ana tertarik...jadii.........” belum sempat Humaira’ menghabiskan ayat dalam keadaan gementarnya,Umar mencelah.

”Oh,jadi entilah Humaira’??Mm tak payahlah buat ayat panjang-panjang..Ana tak berminat sangat cinta ana-enta ana-enti ni..”Kata-kata Umar bagai menghempap batu air terjun ke atas kepala Humaira’..

”Tapi ana nak bagitahu,secara jujurnya ana tak menyalahkan enti.Cuma janganlah menaruh harapan tinggi untuk ana membalas harapan enti tu.Tapi kalau betul jodoh, insyaAllah kita akan bersama,kalau tak,doakan moga enti dapat yang lebih baik daripada ana,pemuda bergitar kapok dan bersuara serak-serak katak ni” sarkastik Umar berkata membuatkan muka Humaira’ yang kecewa masih boleh tergores senyuman kecil.

”Dan satu saja pesanan ana,enti sedang melatih diri mencari cinta Allah,jadi mohonlah kepada Dia,supaya tak mudah tertipu dengan cinta manusia.Dan ana harap enti bersemangat buat kerja dakwah ni bukan sebab enti suka kat ana,tapi sebab enti betul-betul nak buang karat jahiliyyah dalam diri,nak bagi bersinar dengan nur kebenaran” panjang lebar Umar bersyarah kepada Humaira’.

”Err..Jazakallah atas pesanan tu.Ana mintak maaf sebab terlalu tidak tahu malu dengan enta.Ana harap ana terus kuat di jalan ini.”Humaira’ masih menaruh harapan dalam baitnya bernada kesedihan.

”Mintaklah pada Dia,bukan pada ana.Diri ana bukanlah yang terbaik,tapi masih mencuba” balas Umar bersahaja.Melihat rakan-rakannya datang mengangkut barang dan mengisi di dalam kereta.Umar bangun dan mengusung gitarnya.

Humaira’ cuma menghantar Umar dengan pandangan mata yang kecewa namun dipujuk hatinya,bahawa dia sedang diuji Allah.

”Oh ye jangan marah Aie’syah ye,dia yang bagitahu ana pasal enti,sebab tu ana dah boleh agak apa yang enti nak cakap..haha” Umar berkata dengan nada bersahaja sambil berlalu pergi.

”HAH?!?” Humaira’ terlopong seminit dan dalam rakaman otaknya sudah membayangkan Aie’syah sedang mentertawakan dia saat ini.

" I think I finally found a note to make you understand
If you can hit it, sing along and take me by the hand
Just keep me stuck inside your head, like your favorite tune
You know my heart's a stereo that only plays for you"

Kisah separa benar 
Pendita Budiman
4/3/2013 0541 
Soundtrack : Stereo Hearts-Gym Class Heroes ft. Adam Levine


1 comment: