14 April 2013

Cerkon;Srikandi Syahadah


Humaira’ menyapu Nutella di atas kepingan-kepingan roti Gardenia.Di sekeliling mereka terdapat pepohon hijau merimbun serta tasik yang terbentang dengan air yang tenang bergenang. Dia dan Aie’syah sedang mengadakan rehlah bersama-sama rakan-rakan usrah yang lain.

Tikar dihamparkan di bawah pohon cemara yang menjadi pilihan lokasi rehlah mereka.Selepas penat berjoging satu pusingan mengelilingi tasik,kini tiba masanya mengadakan jamuan kecil-kecilan sambil berusrah.

Topik yang hangat diperbincangkan pada hari itu adalah feminisme.Feminisme yang merupakan fahaman yang menyerang pemikir-pemikir generasi masa sekarang yang mengkehendakkan perempuan supaya setaraf dengan lelaki.

Aie’syah memulakan topik perbincangan dengan menceritakan tentang Sisters In Islam,gerakan yang aktif memperjuangkan isu-isu feminisme ini di peringkat global.Pandangan dan pendapat mereka selalunya berkisarkan pertikaian terhadap ketidakadilan Islam dalam meletakkan taraf wanita.

“Bagaimana kalau betul apa yang mereka kata??Kadang-kadang selalu dengar orang perempuan belajar tinggi mana pun akan ke dapur jugak”Fatima bertanya dengan nada mengeluh.

“Hmm kalau macam tu kita tunjukkan skill karate kita pada lelaki macam tu,biar mereka rasa..haha”ujar Humaira’  yang sememangnya pemegang tali pinggang hitam Karate-Do berseloroh disambut tawa rakan lain.

“Kita lihat srikandi Islam terdahulu,contohnya Khaulah Al-Azwar.Beliau seorang pahlawan wanita Islam yang hebat sehingga tidak ada yang mengetahui dia itu wanita andai dia tidak membuka topeng perangnya.Jadi kekuatan wanita sepatutnya tidak terbatas dengan kuali dan dapur sahaja” tamsilan yang diberi Aie’syah sekali lagi membuatkan rakan yang lain tertawa.

Perbincangan diteruskan lagi dengan menerangkan kelebihan dan keadilan sistem yang Islam tetapkan buat wanita.Di dalam sistem nafkah,hanya lelaki yang wajib memberi sedang wanita boleh menyimpan untuk dirinya.Begitu juga perwarisan harta,lelaki lebih banyak kerana dia wajib dan bertanggungjawab untuk menyara keluarganya setelah itu sedang wanita tetap hanya untuk perbelanjaan dirinya.

Akhir muzakarah,mereka mengemas tempat rehlah,menyimpan barang dan membuang sampah. Setelah  itu mereka berkumpul,melakukan halaqah sambil berpegangan tangan.Sama-sama mereka mengalunkan lagu Nursyahadah asal daripada kumpulan Far East :

“Nursyahadah menyinar kalbu,
Murni seharum namamu,
Hadirnya di celahan kekalutan kalbumu itu,
Nursyahadah telah tertulis,
Pada waktu dan juga takdir,
Di antara seribu,engkau yang terpilih,”

***************************************
Umar terperasan ada sekumpulan orang yang sedang bernasyid berhampiran dengan tempat duduknya.Dia yang sedang menenangkan fikiran daripada keserabutan tugasan di universiti berasa terganggu.Dia berpaling dan mencari pemilik-pemilik suara itu.

“Oh,muslimat sedang berusrah rupanya,mentang-mentang aku tak bawa gitar hari ini,mereka pula yang menyanyi”getus Umar sambil mendengus perlahan.

Umar lantas bangun daripada tempat duduk dan pergi ke gerai berdekatan yang menjual Cendol. Petang yang agak terik membuatkan dia cepat dahaga.Dia melabuhkan diri di atas kerusi plastik berhadapan dengan sepasang kekasih tidak halal.Konon romantik, ketawa bersama, makan cendol pun bersama.Dia teringat peristiwa Roheem mengadu kepadanya tadi.

Roheem sahabat sebiliknya,bagus dan baik orangnya.Sering bertindak profesional apabila bekerja, sentiasa bernas dengan buah fikiran ketika bermusyawarah.Namun kesalnya, dia mempunyai tabiat sering memperlekehkan wanita.Dia akan berceritakan perkara buruk tentang muslimat yang berurusan dengannya. Ada yang kecoh,mulut becok,pendiam,pemalu sangat, susah bercakap,idea entah apa-apa.Perkara ini menjadi bahan Roheem untuk bergelak ketawa dengan rakan-rakan lain.

Mulut Roheem memang lancang,mengata berhadapan.Walaupun baginya gurauan, tetapi ayat-ayat  “kamu semua ni memang layak kerja dapur je lah”  dan  “Perempuan ini memang tak boleh diharap buat kerja berat sikit” dianggap penghinaan bagi kaum Hawa. Oleh kerana ada antara mereka merupakan anak usrah Aie’syah,Aie’syah mendengar aduan itu lalu teguran itu disampaikan terus kepada Roheem.

Umar cuma tersenyum tatkala Roheem datang memberitahunya akan hal itu.

“Roheem,kita memang banyak buat salah.Belajar la dari kesilapan tu.Wanita ini, tidak adil andai kehebatan mereka dianggap perlu sama seperti lelaki.Andai mampu bertumbuk,angkat berat, bertarung tenaga itu adalah kehebatan lelaki,wanita tidak begitu.

Mereka adalah srikandi apabila menjadi isteri yang taat serta menjadi penyejuk mata buat suaminya, chef yang berjaya memasak hidangan hebat untuk keluarganya, guru yang mendidik anak mereka menjadi hamba yang taat kepada Allah, surirumah yang bekerja keras memastikan rumahnya selesa untuk didiami.

Sekarang status mereka sebagai pelajar,selagi mana mereka berusaha menjaga maruah dan akhlak serta melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama dan kemahiran-kemahiran dunia,maka jadilah mereka srikandi sebenar.Perkara itu biasa bagi lelaki namun bagi mereka sesiapa yang paling berjaya dalam hal itu,merekalah srikandi!”

Dan Roheem cuma tunduk terdiam setelah mendengar ungkapan itu.

Pandangan Umar berputar kembali pada pasangan di hadapannya tadi.Si perempuan tanpa segan silu membiarkan dirinya disentuh diraba,si lelaki pula melakukan aksi dengan bernafsu.

“Hmm..Bukanlah perempuan itu srikandi,apabila maruahnya murah”  Umar bersuara secara sepintas lalu apabila melintasi meja pasangan itu tadi.

Dan pasangan itu hanya terpinga-pinga.Terasa berbisa mendengar bait kata Umar.

*********************************
Sedang Aie’syah dan rakan-rakannya berjalan pulang ke asrama,mereka terserempak dengan sekumpulan pemuda bermotor,sedang melepak di tepi jalan.Melihat salah seorang daripada rakannya berbisik,nampaknya mereka berhasrat melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan.
Sedetik sahaja  mereka di melintasi kumpulan lelaki bermotor itu,terus ditarik tangan Fatima oleh salah seorangnya.Mereka terkejut dan berhenti berhadapan dengan kumpulan itu.

“Heyy,apa ni!”

“Alah cik-cik adik,jomlah ikut kami melepak,kita seronok-seronok sikit lepas letih-letih joging ni...hehe”

“Heyy,lepaskan dia!Lelaki tak guna”

“Alah nak usik sikit pun tak boleh..Sombong betul cik adik semua ni”

“Gentleman yang sebenar bukanlah lelaki yang suka mempermainkan maruah wanita”

Selaras dengan lontaran ayat itu mereka semua memalingkan wajah kepada pemilik suara tersebut yang bukan daripada kalangan lelaki bermotor atau ahli usrah Aie’syah.Umar sedang berdiri dengan lagak seorang hero sedang mengawal riak mukanya.

“Aii,ada mereka jemput abang long ke jadi bodyguard ni,nak kena bantai ke?” tanya seorang daripada mereka.

Lantas mereka meluru perlahan-lahan ke arah Umar dengan lagak gangster.

“Umar?!?” Persoalan timbul di benak Humaira’.Sejak bila dia muncul di sini,itu menjadi persoalan. 
Tetapi menyaksikan Umar mengelak satu-persatu serangan kumpulan bermotor itu tadi, membuatkan dia kaget.Sekarang posisi Umar adalah di hadapannya.

Sekali lagi kumpulan lelaki bermotor itu datang meluru laju ke arah Umar.Umar mengelak sekali lagi dan lelaki lelaki itu telah bertembung dengan Humaira’.Humaira’ menyedari keadaan itu lantas terus melancarkan jurus karate dengan menumbuk laju satu persatu muka lelaki-lelaki itu.

“Hmm,nampaknya awak cuma tahu mengelak sahaja” kedengaran Fatima memperlekehkan Umar.

“Heh,saya memang tidak pandai berlawan,dan saya tahu ada orang karate di dalam kumpulan awak” tenang sahaja dia berdiri sambil berkata dengan jujur.

Dia berlalu melewati kumpulan lelaki bermotor yang sudah terbaring kesakitan terkena penangan buku lima Humaira’.Aie’syah pula cepat sahaja meminta rakan-rakannya yang lain beredar. Humaira’ cuma menyoroti Umar dengan ekor mata sambil mendengar Fatima berceloteh.

“Lelaki memang,berlagak sahaja lebih..Akhirnya perempuan juga yang keluarkan tenaga untuk selesaikan”

***********************************
Humaira’ masuk ke dalam kafeteria mencicipi roti bakar planta bersama capuccino.Dia berseorangan hari ini,terlewat menyertai rakan-rakannya pulang kerana berjumpa dengan pensyarah.Dia bangun setelah selesai namun terkejut dengan kehadiran sekumpulan lelaki mengepungnya.

Lelaki-lelaki semalam!

“Oh,seronok kau belasah kami ye semalam..Hari ni kita tengok apa kau boleh buat..Hehe”
Humaira’ panik.Entah apa yang hendak dilakukan.Suara-suara ancaman beserta senyuman gila menghiasi wajah lelaki-lelaki itu.

Dia mahu menjerit atau melarikan diri,tetapi dirinya kaku  dan terpaku di jubin marmar kafeteria.Orang sekeliling pula nampaknya tidak mahu ambil kisah atau tepatnya, mereka tidak mahu mencari fasal!

Humaira’ menelan air liur.Neuron otaknya tidak menginterpretasikan jurus karate untuk digunakan pada saat ini.

Lelaki-lelaki itu semakin hampir,dan dia memejamkan mata,pasrah!

“Dummm!!”

Tiba-tiba kedengaran seseorang terjatuh menimpa meja makan.Sejurus Humaira’ membuka mata dia ternampak kerusi dilayangkan kearah lelaki-lelaki itu.Umar yang melakukannya. Umar dan tiga orang rakannya yang lain.

“Aku tak pandai berlawan,ada baiknya kamu semua pergi dari sini dan aku diamkan sahaja hal ini”

“Celaka!!Kau ingat kami siapa?!?!”

Terus rundingan Umar diabaikan dan salah seorang daripada mereka meluru ke arahnya. Umar seperti biasa,mengelak dan rakannya yang lain menangkap lalu mengilas tangan lelaki tersebut. Tindakan pantas itu membuatkan kawan-kawan lelaki itu teragak-agak untuk melancarkan serangan seterusnya.

“Hmm nampaknya dah tak boleh berunding,atau kamu semua nak tengok tangan dia patah??”

“Ciss..Baiklah kita akan selesaikan hal ini kemudian.Kami akan pergi tapi ingat,perkara ini akan diselesaikan!!!”

Dan lelaki-lelaki itu berlalu pergi.Rakan-rakan Umar melepaskan kilasan dan menjadi pemerhati arah gerakan lelaki-lelaki itu.Umar cuma melihat Humaira’ dengan sekali pandang.Humaira’ tersipu malu.

“Err...Terima kasih sebab tolong saya...Sekali lagi...”

Edited/NurKasihTheMovie
“Heh..Walau sehebat dan sekuat mana teknik berlawan seorang perempuan,itu masih belum menjadikan dia srikandi. Mereka adalah srikandi apabila menjadi isteri solehah buat suaminya,chef terhebat buat keluarganya,murabbi buat anaknya dan surirumah proaktif untuk kediamannya.

Mereka menjadi srikandi,apabila mampu melakukan kerja yang tidak mampu dilakukan oleh lelaki dengan baik.Di tangan mereka itu ummah terbentuk.”

“Terima kasih atas nasihat itu....Sekali lagi.....”

Humaira’ tertunduk dengan pipinya kemerahan.Mungkin Umar mendengar percakapan Fatima yang memperlekehkan dia.Umar hanya berpaling dan melontarkan satu rangkap lagu secara perlahan.

“Akan ku bimbingmu,sekadar yang ku termampu,
Menyemai iman dan menuai takwa,
Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta,
Cukuplah sekadar teman,yang biasa”

“Err...Suara awak.......pecah........” jujur Humaira’ berkata.

Umar terdiam.Dia mengekalkan ekspresi di wajahnya,dan berlalu pergi.

“Terima kasih atas lagu itu.....Sekali lagi :) 

Dan bait ayat itu cuma mampu dilafazkan Humaira’ di dalam hati.

Cerita separuh fiksyen 
Pendeta Budiman
0250 14042013
Soundtrack: Nursyahadah-Far East

 #Kalau tak faham sangat dengan plot cerita ini,boleh lihat cerkon ini




1 comment:

  1. haha. cerita penuh imaginasi konon lawan lawan. btw, mesejnya bermakna. lelaki dan perempuan takpayahlah belagak best. reality shows that boys and girls need each other. ;)

    ReplyDelete