12 April 2013

Jom Ubah!;Hanya Kerana Mereka Tidak Sebaik Kita

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani~

Dalam menjalani kehidupan sehari-harian,kita dikelilingi dengan pelbagai jenis manusia,berbeza ragam,berbeza perangai,berbeza pe'el dan berbeza personaliti...Wujud entiti baik,jahat,nakal, suka mengusik,mudah terasa dan seribu satu lagi yang tak muat nak ungkapkan dalam satu artikel...

Kita semestinya inginkan posisi dalam kalangan orang-orang baik,muhsiniin,solihiin dan muttaqin muthaqqafin...Eheh

Siapa mahu diri dicop budak jahat,tak boleh pakai,rosak akhlak,mulut lancang,tak ada tsiqah,hatta pencuri selipar masjid pun mahu dipanggil warak kerana selalu ke masjid walaupun selalu juga menghilangkan harta benda orang ramai...

Kucing yang alim-alim kucing~
Tetapi dalam kita tengah merasakan kita ini baik,adakah kita pernah terlibat dalam situasi sebegini : -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  • Kita yang sedang berserban berjubah,menegur kawan-kawan kita yang sedang bersembang sedang azan berkumandang ; "Ish korang nih,dahla solat pakai t-shirt je,time azan sembang,tazkirah maghrib lepak luar,kenapa la asyik-asyiik muka korang ja buat masalah ni??"

  • Kita yang bertudung labuh,melihat rakan sejantina berlawak berlebih-lebihan sehingga ketawa macam Kak Pon [baca:Pontianak],lalu berkata ; "Ish,kau ni,baik tak payah pakai tudung labuh,gelak macam tak ada maruah"

  • Kita yang memang selazimnya  selalu solat di masjid,melihat kawan-kawan yang sedang melepak di atas motor sambil merokok,lalu berkata ;"Ish bila la nak nampak muka korang kat masjid,asyik-asyik merokok,cuba-cuba la buat pahala pulak"
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pernahkan kita melontarkan dialog-dialog sebegitu??Kita berasa kita sudah bertanggungjawab berdakwah mereka,maka selebihnya terserah kepada Allah untuk memberi hidayah..Mereka hendak terasa atau tidak,itu bukan hal kita...Kita sudah berusaha untuk menyeru mereka meninggalkan mungkar dan menyambut ma'aruf,maka apa lagi yang perlu dirisaukan tentang kita...

Ya,apa lagi yang perlu dirisaukan tentang kita,itu yang kita fikir..

Namun pernahkah kita mencoba melihat apakah ada hikmah dan hasanah dalam dakwah kita?? 

Kita menganggap apa yang kita sampaikan itu sudah cukup baik,maka kita terus meletakkan label mereka itu jahat...Kita terlupa bahawa kita sebenarnya perasan diri kita baik,dan suka menganggap orang lain tak sebaik kita...

Justeru terus kita menuduh mereka yang tidak mampu sebaik kita adalah mereka yang jahat.. Tanpa kita tidak memikirkan cara yang terbaik untuk mengajak mereka menjadi sebaik kita..

Apa salahnya situasi di atas bertukar menjadi begini :

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  • "Eh korang sembang pasal apa??Nanti cerita kat aku ok??Azan dah bunyi tu jom masuk solat"

  • "Psstttt...Kiah,gelak tu cover la sikit,Mat dan Min dah ushar kau dari tadi,ko tu muslimat Kiahh oii"

  • "Salam bro..Apa cer hari ni??Ada sihat ke??Eh malam ni ada kuliah maghrib jom la join"
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itu cuma contoh dialog budak jalanan macam saya..Mungkin anda yang lebih sopan dan mampu lebih berhikmah...Andai tidak ada tatasusila atau tatabahasa dalam dialog semasa kita berdakwah,mudah untuk kita jangka kesan kepada orang yang cuba diubah kita..

Dia akan mudah terasa,makanya dia tidak akan mengendahkan apa yang cuba kita kata..apa pun..
Atau dia memang sudah bosan dengar kata-kata kita,makanya sama sahaja dia tidak akan mengendahkan apa yang cuba kita kata....apa pun...

Kita pula??Terus merasakan diri kita adalah yang terbaik..Bagai Superman yang baharu menegur Lex Luthor agar menghentikan kejahatannya..Sedang dia terlupa dirinya masih tersilap memadankan seluar dalam di luar..Lalu terbang megah mengisytiharkan pada diri sendiri dia penyelamat dunia..

Adakah kita Superman itu??

Tafsir Imam Al-Qurtubi berkenaan maksud Hikmah : 

Hikmah itu adalah "Segala apa yang BENAR berkaitan dengan I'TIQAD, KEFAHAMAN dalam AGAMA, AMALAN dan KEBIJAKSANAAN "[Imam Al-Qurtubi]

Maka adakah tindakan kita benar andai hanya menjadi polis dakwah yang menyalahkan orang lain tanpa cuba menyelami situasi sebenar??

Adakah tindakan kita beserta kebijaksanaan andai sudah tahu hasil yang akan keluar hanya akan menyebabkan orang lain meluat mendengar kata-kata 'alim' dan 'warak' kita?

Apalah salah andai kita berhusnuzhon dan cuba memandang orang yang sedang bersalah dengan pandangan rahmat....Apalah silap andai kita cuba bermanis mulut ketika mengayat orang yang sedang bersalah agar dia mudah menerima..Apalah salah andai kita mencuba??

Apalah makna andai kita mencuba teknik yang pasti akan tahu gagal adalah hasilnya..Apalah erti andai dakwah kita cuma menjauhkan diri orang lain daripada agama...Apalah hebatnya andai kita seorang sahaja terus baik,dan kita tak berusaha mengajak orang lain menjadi baik,malahan terus menerus melabel mereka jahat??

Kita hanya perasan kita baik...Terpedaya dengan kebaikan sendiri...Tidak terfikir orang lain hanya akan terasa dan benci dengan sikap suka menuduh mereka jahat..Hanya membuatkan kita tidak boleh mengajak mereka kepada kebaikan lagi..Ada ke orang nak dengar cakap kalau dia dah meluat??
Maka wahai sahabat,berhati-hati dalam bertutur,berlapang dada dalam bertindak..Jangan iringkan teguran kita dengan emosi dan nafsu,sebaliknya susun dakwah kita agar berjalan dengan hikmah dan ilmu..Hati manusia,bukan semudah membentuk tanah liat..Masa itu lama,teknik itu bukan semudah melontarkan kata-kata lazer dalam seminit dan mengharapkan mereka berubah...

Adakah kita hendak menjadi Superman itu??Hanya kerana mereka tidak sebaik kita...

~Wallahu'alam~




No comments:

Post a Comment