07 April 2013

Konflik ; Not Everyday It Will Rain

-In The Name Of Allah The Most Beneficient The Most Merciful-

"Hang tak dapat straight A??Hmmph mengaji sampai Klang balik tak dak pa pun!"

"Lah kamu tak dapat straight A??Ada C+,C pulak tu..Belajar Kolej Islam..Malu kat budak sekolah lama aih...Ni sah tak mengaji ni"

"Lahh ingat hang dapat straight A....Hmm takpa apa-apa pun bersyukur la noh"

Dialog-dialog lazim kedengaran oleh diri ini.Tatkala hati sedang berusaha mengembalikan keyakinan dan kekuatan,ada lagi cubaan-cubaan meruntuhkan benteng jiwa yang memang sedia rapuh. Rapuh disebabkan tidak mencapai apa yang dihajat.Keputusan yang dapat tersasar jauh daripada jangkaan.

Tak usah tipu,tak usah bohong.Siapalah yang tidak kecewa.Memang berjumpa,bercakap, bersembang dan berchat,semua manis mulut sedap ayat ucap "Alhamdulillah". Syukur puji memuji kepada Allah,tanda redho atas ketetapan dan ketentuanNya.

Apa yang aku rasa bila orang cakap macam tu~
Namun aku terfikir dan terenung hakikat sebenar di lubuk hati paling dalam setiap insan yang tidak mampu menggapai apa yang menjadi impian,ucapan syukur itu,atas dasar betul redho dan pasrah serta gembira dengan keputusan yang dapat,atau sekadar menyedapkan hati yang sebenarnya sedih menerima hakikat??

Tiada siapa mampu menilai keikhlasan diri,melainkan hanya Tuhan sahaja yang tahu.Tetapi ketahuilah,bahawa tindakan mengucapkan syukur itu tiada salah,bahkan memang itu yang dituntut dalam diri setiap yang merasakan dia mukmin.

Apa yang perlu diperhatikan ialah,apa yang kita lakukan setelah mengucapkan kalimah syukur itu??
Terus hidup seperti biasa,atau menterjemahkan syukur itu dengan amal ibadah yang semakin bertambah dan zikrullah yang semakin menyerlah??

Jika hidup tetap seperti biasa,maka apalah erti syukur itu..Kelak diri akan sakit dan pedih bila mendengar ucapan-ucapan makhluk Tuhan seperti di atas..Diri tidak akan cukup kuat lagi untuk menerima cubaan dan ujian ini..Hakikat sebenar adalah syukur itu sekadar penenang diri buat seketika,tetapi apabila didatangkan lagi ujian diri tetap tidak dapat menerima keputusan dan ketetapan Allah..

Jiwa jadi resah,hati jadi gelisah..Akal masih tidak dapat menghadam bahawa dialog-dialog itu hanya ujian sementara,bahkan menukarkan persepsi kepada Tuhan bahawa tidak sayang lagi Dia kepada kita..

Adakah itu kita??

Sedang apabila kita melihat orang lain bahagia,orang lain cemerlang,orang lain tersenyum gembira, kita tidak lihat apabila dia susah bagaimana..kita tidak merenung pada dirinya tatkala dia sendiri diuji berlainan cara oleh Allah..Kita hanya ingat diri kita,yang perlu dikisahkan Allah.

Kita lupa meletakkan ingatan kita agar sentiasa bersama Allah,tatkala diri diuji.. Kita lupa menetapkan diri kita agar sentiasa bersabar dan tabah,tatkala diri dipsiko..Kita lupa bersyukur kepada Allah,tatkala diri dilimpahi kesenangan..

Adakah syukur kita cuma apabila kita derita??Kita diuji oleh cubaan picisan Allah terhadap iman kita??

Kalau kita tidak bersedia dengan dugaan sekecil keputusan ini,putus asa,mengalah,sudah tidak mampu berdiri,menyorok melarikan diri daripada kawan-kawan,ber'uzlah' mengasingkan diri tidak mahu berjumpa sesiapa,maka kita telah tewas dan terpedaya dengan kalimah syukur itu..

Lafaz syukur itu sekadar menyedapkan hati kita,bukan kembali pada Allah Taala..

Berubahlah,berubahlah walaupun payah..Siapa tidak pernah kecewa,namun nak kecewa sampai bila??

Realiti hidup sentiasa mahukan perubahan..Pintu kebaikan sentiasa terbuka bagi mereka yang sudi membukanya..Kalau hanya berpatah balik merenung lorong-lorong kenangan silam,maka kita hanya menjadi bayang-bayang yang tak pernah cuba bergerak dan berdiri sendiri,sentiasa mengikut dan menurut apa sahaja yang bakal terjadi...

Kita bukan orang yang kalah,selagi belum mengalah!
Zikrullah bukan bermaksud berteleku di sejadah bertasbih setiap masa,namun lebih kepada membuka dan melapangkan dada dengan menerima bahawa apa pun yang terjadi,ia adalah takdir dan ketentuan Allah buat kita..Dan selepas itu ditambah dengan banyaknya ibadah seperti solat di awal waktu,berkhidmat kepada ibubapa dengan lebih baik,perbanyakkan solat sunat,menambah ilmu,berukhwah dengan lebih mantap serta berfikir dan merenung akan kebaikan dan hikmah yang ingin Tuhan tunjukkan..

Mungkin pekerjaan-pekerjaan itu masih kurang menyebabkan Allah ingin membangkitkan kesedaran dan memberi pengajaran kepada kita,agar lebih mengingatiNya..

Dengan itu,baharu hati sentiasa tenang walau apa pun yang mendatang...Ujian kesenangan, ujian kekecewaan,itu adalah kitaran fenomena yang berlaku dalam kehidupan.. Andai menghadapi dengan cara orang mukmin,maka dia mendapat manfaat kebaikan daripada keduanya.. Andai cuma berpura-pura dengan diri sendiri,maka terus menerus dia akan kecewa bila diserang dengan cubaan..

Adakah kita golongan ini ;

"There's no religion that could save me 
No matter how long my knees are on the floor" 

Atau golongan ini ; 


"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu,Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" [Al-Baqarah:45] 

Manifestasikan lafaz syukur itu kepada amal perbuatan serta keyakinan kepada Tuhan.Harapan untuk cemerlang masih bersinar,andai diri masih punya usaha,doa dan tawakkal untuk keluar daripada kegelapan kegagalan.

Kalau tidak,syukur cuma tinggal sebagai ayat penyedap hati sahaja.

Kita hendak kecewa.....Kecewa sampai bila??

-Wallahu'alam-

No comments:

Post a Comment