26 May 2013

Kehidupan;Siapa Lebih Sempurna?

-InTheNameOfAllahtheMostBeneficienttheMostMerciful-


"Eh kau nak ambik course Law??Lawyer dah la banyak makan rasuah??"

"So aku akan jadi Lawyer yang tak makan rasuah"

"Err"

Dialog ringkas yang terkarang di dalam hati setelah mendengar komen rakan yang bertanya tentang perjalanan masa depan selepas ini..Tapi tak mampu diluahkan memandangkan tak mahu memanjangkan pergaduhan.. Jadi aku lakarkan tulisan ini agar ia boleh berkata-kata kepada manusia-manusia tipikal di dunia ..

Ambil Medic dan engineer sahaja terjamin kerja..atau pergi oversea sahaja terjamin akademik..Law?? Mesti susah dapat kerja..Sudahlah rasuah banyak..Sebelah kaki dah bertapak di neraka...Agama??Untuk orang-orang yang sudah tak punya pilihan saja...Duit banyak,pergi Mesir...Kalau minta tajaan??Jarang orang minta jurusan agama...Keluar nanti jadilah ustaz-ustazah yang berceramah di surau-surau...berdakwah di kampung-kampung...

Sungguh,persepsi itu persepsi tipikal..

Sungguh,pemikiran itu pemikiran jumud...

Sungguh,fikrah itu fikrah sempit...

Kenapa tidak dibicara hal membina iman dan taqwa sebelum memilih jurusan..Kerana tanpa iman dan taqwa, seorang doktor bisa saja memilih untuk melakukan pembedahan plastik atas dasar gaji bagi yang pakar dalam bidang itu paling banyak berbanding yang lain..Tanpa rasa hidup berTuhan seorang engineer boleh saja menggunakan bahan-bahan murah dalam projeknya tetapi mengecas dengan kos yang tinggi... lebihan duit??Masuk dalam poketlah..

Hensem tak??Dr.Lecter ialah doktor kanibal dalam CSI Hannibal..kegemarannya masak paru-paru~
Lawyer sudah pasti mengambil rasuah membela yang salah apabila tidak ada rasa khauf (takut) sebagai fitrah hamba...Cikgu sudah pasti mengajar secara sambalewa malah memesongkan anak didiknya daripada mengenali Tuhan apabila tidak mendidik dirinya dahulu dengan agama...Orang agama,ustaz ustazah lulusan PhD.Al-Azhar sekalipun masih mampu mendapat taraf ulama' suu' (ulama' jahat) apabila menyelewengkan manusia daripada Allah dengan ilmu-ilmu agamanya...

Tidak membezakan manusia itu dengan jurusan apa yang diambil untuk masa depannya.. Andai tidak ada iman di dalam hati,nescaya sifat amanah itu terhakis daripada diri seorang doktor,engineer, lawyer,cikgu, kaunselor,ustaz,ustazah atau apa sahaja...Andai ada taqwa di dalam jiwa,tukang sapu sampah pun mampu menjadi lebih mulia daripada artis yang sudi merelakan diri bergelumang dengan maksiat dan dosa...

Lagipula,adakah doktor hendak berkahwin tidak memerlukan qadhi?? Adakah engineer yang bergaduh dengan isterinya kerana sering bekerja lewat,apabila dituntut cerai tidak memerlukan lawyer?? Adakah Perdana Menteri sudi meluangkan masa mengajar anak-anaknya subjek akademik dan tidak memerlukan cikgu??Lihat perbezaan ini menjadikan kita mempunyai kekurangan dan kelebihan sendiri..Dan itu menjadikan masing-masing melengkapkan yang lain sehingga menjadi sempurna..

Jangan kerana hanya jurusan itu dipandang tinggi,menghalalkan diri kita untuk bongkak dan berlagak dengan orang lain..Bahkan siapa mampu jamin diri boleh bertahan dengan ke'tough'an study semasa di universiti.. Ramai sahaja yang aku dengar berhenti di tengah jalan sebab mengalah dengan cabaran jurusan-jurusan kritikal ini..

Pilih ikut kemampuan,bukan ikut cakap orang..Jadilah doktor,engineer,lawyer,cikgu,ustaz,ustazah,kaunselor, arkitek,mekanik dan apa sahaja,tetapi biar beragama..Tanpa agama,pangkat yang ada pada pangkal nama, Dr.,Ir,YB,YAB,DYMM,Profesor itu hanya hiasan yang mendebukan amalan hidup sahaja....

Pilihlah jalan yang boleh menjadikan kamu penakluk dunia,penakluk hati-hati manusia..Dan yang membawa kamu ke jalan menuju syurga..Moga terus kuat untuk menjadi doktor yang ikhlas dan amanah,engineer yang cekap dan bertaqwa,lawyer yang jujur dan adil,cikgu yang mulia dan berwibawa,ustaz yang kuat usaha dan tidak mudah putus asa,atau apa-apa sahaja yang mampu menjadikan kamu 'somebody',asal masih ada rasa diri ini hamba..Hamba Allah..

Morsi,antara ketua negara yang menghafaz 30 juz Al-Quran..Kita ada??
Terpenting,biar mimpi kita untuk menjadi 'somebody' suatu hari nanti,disempurnakan dengan taqwa dan agama di dalam diri...Maka baharu kita mampu merealitikan cita-cita itu untuk dunia dan akhirat kita..Apalagi yang kita mampu lakukan melainkan menjadi kerjaya sebagai ladang tanaman amal ibadah untuk tuaian di akhirat nanti...


"Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia 
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia 
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu 
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu 

Maafkan mereka, mereka tidak tahu 
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti 
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati"


-Wallahu'alam-





21 May 2013

Itu Ini;Kenapa Aku Nak Sangat Pergi Jordan??

-In The Name Of Allah,The Most Beneficient,The Most Merciful-

Semalam (21/5/13) bumi menjadi saksi banyak hati-hati yang sedang menangis walaupun muka nampak bengis...Result MARA dah keluar la katakan,ada yang dapat tu seronoklah..Yang dapat apa yang dia tak minta pun ada juga...Yang tak dapat tu la menangis walaupun tak keluar airmata tapi banjir kilat dalam jiwa..

Baik,oleh kerana aku memang tak dapat interview MARA,maka tak ada keperluan nak cerita pasal MARA.. Tapi aku juga bercita-cita untuk terbang tinggi membelah awan meninggalkan tanah Melayu yang indah permai ini...Aku buat permohonan ke Jordan melalui Jabatan Agama Islam Negeri Kedah atau nama manjanya JAIK...Alhamdulillah diterima walaupun bukanlah panggilan pertama,kemudian dapat pulak interview bantuan pinjaman pelajaran daripada Yayasan Islam Negeri Kedah untuk permohonan belajar di Jordan...

Kenapa aku sanggup cari jalan juga untuk ke Jordan,padahal patutnya dah putus asa sebab tak dapat bantuan pinjaman MARA tu...Nak cerita susahnya,mula-mula sekali kena bayar RM 350 untuk terjemahan sijil dan deposit wang untuk pendaftaran..Kemudian kena buat pasport dan medical checkup yang jumlahnya minimum RM200...

Tak campur duit minyak lagi,minyak mahal sekarang ni..Permohonan memang diterima sebab kuota untuk negeri Kedah dah tetapkan dan aku termasuk dalam kuota tu..Jadi kena sediakan duit tiket flight dalam RM2000++...Seterusnya duit untuk permulaan belanja di sana lebih kurang RM3000++ perlu dibawa...Nampak tak susahnya??Kalau MARA dia akan tanggung semua bahkan bagi duit untuk belanja sendiri dalam RM5000++ sebagai permulaan sebelum berlepas agaknya..

My face when big boss and big mama don't give permission to pursue my study  at Jordan~
Nampak tak keberuntungan budak-budak MARA atau JPA??Sebab itu mereka yang dapat interview begitu mengharap..Bila tak dapat meroyan (sesetengah sajaa) haha..Sabarlah...Itu bukan rezeki untuk kita.. Mereka yang dapat MARA dan JPA tu boleh bajet hot hari ini,mungkin masa untuk kita bajet hot hari lain.. Gembira mereka hari ini,kita berduka,kita gembira hari lain nanti,mungkin mereka pula ada masa duka..acewah!

Apabila sebut oversea,perkara yang perlu difikirkan untuk pertama kali adalah kenapa kita nak sambung study di luar negara??Bukankah Malaysia adalah negara yang aman damai sentosa tanpa sengketa..Ceh..
Malaysia lagi selesa,dekat dengan rumah,faham bahasa penduduknya,tahu ragam masyarakatnya, murah perbelanjaan harian dan yuran universitinya..Kenapa masih pilih nak sambung study luar negara??

Terfikir juga apa pasal nak sangat pergi oversea atau kalau aku,nak sangat pergi Jordan..Adakah kerana nak main salji??Atau semata-mata for the sake of fame??atau bahasa ibundanya kerana nak masyhur,disebut-sebut nama oleh orang kampung..Atau balik boleh berlagak dan bajet hot??Atau nak upload gambar di Instagram dengan unta atau tengah buat ais kacang dengan salji?? Kalau begitu,mari tajdid niat!

Aku,kalau terpilih untuk ke Jordan,dan kalau mendapat keizinan dan restu daripada ibu ayah (masalah paling besar ni),maka ini adalah alasan kenapa saya terlalu keinginan keteramatan hendak ke Jordan :

-Aku akan dapat peluang menguasai Bahasa Arab dengan baik di sana,kerana penggunaan bahasa Arab oleh penduduk Jordan agak bagus berbanding Mesir yang bahasa 'ammi(pasar) yang agak kureng dan terlalu ramai pelajar Melayu (sampai boleh buat kampung Melayu katanya) di sana,jadi bila nak cakap Arab??

*Tapi jangan marah pulak siapa nak pergi Mesir tu..hehe Mesir bagus juga.adaUniversiti Al-Azhar As-Syariif dan tempat pengajian yang ulung dan lama,senang kata legend la...jadi tak ada masalah,pergi saja...tapi aku tak prefer Mesir untuk degree~

-Aku dapat peluang untuk bertalaqqi dengan syeikh-syeikh besar di sana dalam bahasa Arab,mendengar khutbah dalam bahasa Arab disamping mengikuti kuliah universiti di mana menghimpunkan pensyarah-pensyarah daripada Jordan,Syria,Yaman,Dimashq,Mesir dan bertaraf PhD.Jadi ilmu yang dapat digarap pastinya mantop dan belajar cara pemikiran yang pelbagai..berbanding khutbah di Malaysia yang kebanyakannya kaku dan tak ada isi menyebabkan jemaah mengantuk saja~huhu

*Dan aku prefer untuk mengaji pondok lebih daripada Universiti kalau bidang agama...Makna kata belajar agama secara tak formal daripada memilih untuk berdegree dalam bidang agama di Malaysia..Bukan maksud aku merendahkan taraf Uni.di Malaysia tetapi ini cara aku~

bandar Amman,Jordan..
-Aku boleh melihat suasana kehidupan masyarakat Arab yang pastinya berbeda di Malaysia.. Belajar situasi dan menghadapi kerenah masyarakat yang sesetengahnya kasar dan bukan bersopan santun seperti rakyat Malaysia..Orang Arab juga suka memandang rendah kepada pelajar-pelajar Asia tambahan di negara maju seperti Jordan..ini cerita senior ok,aku tak pergi Jordan lagi..

-Aku boleh belajar berdikari dan mematangkan hidup dengan pengalaman menguruskan diri di sana... Perabot di rumah sewa perlu dibeli setibanya di sana,masak sendiri...Kalau nak pergi kelas pandailah  cari coaster(bas mini)...Cuti semester pula boleh pergi bertalaqqi di Yaman,Mesir ataupun sekitar Jordan..

Haa kan untung daripada duduk Malaysia cuti semester nganga kat rumah saja...Tapi banyak je pondok turath untuk ditadah ilmu agama daripada tok-tok guru...Cuma peluang bertalaqqi dalam bahasa Arab dengan syeikh-syeikh besar susah nak dapat(memang tak dapat pun) di Malaysia la..

-Peluang kerja??InsyaAllah orang yang belajar agama banyak jalan untuk dapat kerja..Aku prefer Syari'ah pengkhususan Fiqh Wal Usul untuk belajar di Jordan dan untuk kerja,aku boleh apply untuk jadi editor Syari'ah syarikat-syarikat buku besar ,ataupun jadi selebriti tv (haha!) atau boleh apply kerja bank sebagai syari'ah Advisor..

Kalau score pointer tinggi mungkin akan ditaja oleh syarikat-syarikat besar antarabangsa untuk bekerja, contohnya Ustaz Hasrizal Abd.Jamil yang ditaja Abu Dhabi Foundation untuk jadi Minister of Religion di Ireland...Boleh juga sambung master (yang aku prefer di Mesir) dalam pengkhususan Fiqh Mu'amalat untuk kerja di bank,atau Qanun Syari'ah untuk kerja dalam bidang undang-undang dan banyak lagilah..

Itu sedikit sebanyak kenapa aku teringin sangat nak ke Jordan..Tapi harapan itu hancur setelah tak dapat keizinan daripada  Big Boss dan Big Mama...Hati menangis jugak walaupun muka bengis..hehe apa boleh buat, tak ada rezeki sekarang,mungkin lain kali..Tak ada peluang hari ini,mungkin lain hari...

Sahabat-sahabat yang tak ada peluang fly ke oversea juga,jangan sedih jangan kecewa... Biarlah mereka yang dapat rezeki itu bajet hot untuk sementara...haha di oversea tak semestinya terbaik..MARA kena bayar balik,tak score pointer kena tarik bantuan pinjaman...JPA ada kontrak kerja dengan kerajaan...Yayasan dan zakat pun sama,tak score kena tarik balik...Risiko untuk mereka tetap ada..

teringin nak buat bungee jumping macam lembu ni~
Pergi ke oversea bukan kerana kemasyhuran,bukan kerana nak bajet hot dengan orang kampung.. Balik bawa manfaat pada ummat..US,UK,Jordan,Mesir atau mana saja,amanah yang kamu tanggung kalau pergi dengan biasiswa bukan senang..Duit itu duit rakyat yang dibelanjakan untuk belajar,kalau guna untuk berjoli tunggu saja balasan tiada keberkatan dalam perjalanan study kamu di oversea..

Yang study di Malaysia, bukan bermaksud kita tak mampu jadi lebih baik daripada mereka..Bahkan peluang kita untuk menonjol lebih baik daripada mereka terbuka luas daripada mereka..Mungkin kita tidak boleh main salji,naik unta,buat istana pasir di gurun sahara,tangkap gambar tengah bungee jumping di New Zealand,atau pacak bendera Malaysia atas menara Pisa...Tetapi yakinlah dengan sabar dan redho, lipat gandakan kerjabuat dan usaha agar perjalanan kita untuk menyumbang kepada ummat tidak jadi sia-sia..

Study di oversea bukan bermakna kamu terbaik,dan tidak membuktikan kamu itu umpama helang yang gagah perkasa..Apa guna jadi helang kalau sombong tak mahu membimbing pipit-pipit yang baru belajar terbang..Study di Malaysia bukan bermakna hina...Mungkin kita belum cukup bersedia untuk menghadapi cabaran hidup di luar negara,maka kita perlukan latihan untuk belajar hidup sebagai remaja dan mahasiswa di Malaysia..

Banyak sumbangan kita boleh lakukan,melawat guru-guru sekolah dahulu,buat kerja amal,sertai program kepimpinan,latih karisma dan kredibiliti diri dengan kerja kumpulan dan paling penting,faham apa tujuan kita belajar...Bukan sekadar segulung ijazah atau sekeping gambar pakai jubah graduasi untuk diframe dan digantung di ruang tamu,tetapi menuju matlamat yang mesti ada dalam diri kita,memberi manfaat untuk umat manusia...

Belajar kalau tak ada matlamat,tak ada minat,yang dicari hanya populariti atau sensasi,maka buang duit dan buang masa saja terbang tinggi ke oversea...sama di Malaysia,belajar kerana putus asa,lemah semangat atau menyesal sebab tak dapat pergi oversea,maka tidak akan ada kemajuan dalam diri kita untuk berjaya..Kita memang lemah untuk memahami susunan perjalanan hidup yang diatur Tuhan,tetapi sampai bila hendak patah hati dan menganggap kita lebih tahu apa yang terbaik untuk kita berbanding Tuhan kita??

Tunggu sahaja waktu kemenangan,ia pasti akan tiba..Orang beriman itu pasti tetap yakin dengan harapan dan usaha yang disandarkan kepada Tuhan...Adakah kita golongan yang beriman??

"Dan ada lagi karunia yang lain yang kamu sukai,(yaitu)pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya)..Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman" [As-Saff:13]

-wallahu'alam-


16 May 2013

Interview;From IPG to Yayasan Islam With Love

-Bismillahirrahmanirrahim-

Kebiasaan orang yang pergi interview,mesti akan teruja untuk mengupdate segala jenis pengalaman yang beliau dapat semasa interview..Maka begitu juga diri ini,dan kali ini artikel berada di bawah tahap formal... Jadi santai sahajalah bahasanya ok....

PROLOG

Setelah membaca status-status kawan-kawan lain di Facebook,dapat interview tu,dapat offer ni,pergi sana, pergi sini,timbullah bibit-bibit kejelesan keteramatan terhadap mereka-mereka...Sekali baca dah tahu bajetnya status ni,padahal baru interview....Ironinya sakit hati sebab nampak macam mereka tu berlagak saja ,haha lupa bahawa rezeki masing-masing Tuhan dah tetapkan...

Ya,rezeki masing-masing Tuhan dah tentukan sebenarnya...

IPG LEMBAH PANTAI

Tanggal 13/5 terpanggillah aku ke satu temuduga yang memang tidak mengharap dapat pun..IPG KAMPUS BAHASA MELAYU,KURSUS TESL,UJIAN INSAK pukul 8,TEMUDUGA pukul 10.45...Aku berusaha sedaya upaya tak mahu pergi kerana jauh sangat daripada negeri aku yang tercinta ini.. Letih berjalan satu hal,tak minat sangat satu hal..

Tempat interview aku di Kampus Bahasa Melayu,depan sikit daripada IPG ni
Tapi Mak dan Abah aku punyalah struggle untuk suruh aku pergi..Siap set dengan segala jurai keturunan saudara-mara aku kat KL tu...Nak tidur rumah siapa,nak menumpang singgah rumah siapa,nak tanya jalan rumah siapa,nak beli makan kat kedai siapa,nak bergossip mengumpat rumah siapa,siapa nak tolong hantar, siapa nak tolong tunjuk jalan,siapa yang tahu IPG tu..ok agak melambak..

Akhirnya ditetapkan Bapa saudara aku ataupun senang panggil Pak Lang la yang akan drive menghantar aku bersama emak kesayangan daku...Dalam keadaan tak ada mood,tak mahu,meluat, tak minat(borang IPG pun mak aku isi tahu!,sebab masa mula-mula aku isi mak kata tulisan buruk,nanti kena reject =='),aku bertolak dari Kedah ke KL...

Kenapa aku tak mahu IPG???
-aku kachiwa merana dengan cadangan pertama yang aku usul kepada ibu bapa aku iaitu nak fly ke overseas ditolak mentah muntah
-aku agak rigid dengan cikgu ni,sebab mungkin tengok seksanya bekas cikgu-cikgu aku dulu bekerja,tak sanggup...haha
-Cikgu bukanlah cita-cita utama aku sekarang,walaupun masa sekolah rendah dulu bukan main semangat nak jadi cikgu
-Sebenarnya bukan aku tak mahu,bila tengok elaun yang lumayan dan jaminan kerja agak tertarik jugak, tapi rasanya kerja sebagai cikgu sekolah bukan taste aku...ceh berlagak!

Jadi pergi jugalah dalam keadaan tak ada kawan interview sekali..kesunyian saja...Oleh sebab aku diajar supaya jangan sombong dan berlagak cool,maka aku menyapalah seorang dua budak lelaki yang aku jumpa masa interview...Tak sangka ada jugak kawan daripada SBPI Sabak Bernam yang aku jumpa masa kem EasyMath dulu...Boleh bawa bersembang..Bakal cikgu tak boleh sombong dengan orang tahu!

Sekarang masuklah point utama iaitu temuduga..Panjang bebenor intro...Ok Temuduganya simple dan ringkas sahaja,ujian INSAK memerlukan psikologi ketika memilih jawapan...Macam soalan sivik saja.. Nampak sama tapi bukan dia...Jawab INSAK perlu dengan sikap ataupun attitude serta pemikiran sebagai seorang bakal guru ok...Kalau jawab dengan jujur agaknya memang banyak percanggahanlah..haha

Soalan ada 135 dan perlu dijawab dalam masa 1/2 jam...Semua objektif...Fikir jawapan terbaik sebab ada dua pilihan saja tetapi yang membezakan adalah satu jawapan itu menggambarkan sikap dan perangai sebenar kita orang biasa ,satu jawapan lagi adalah gambaran sikap yang perlu ada pada seorang guru.. Mestilah ada perbezaan tak??

Kemudian format untuk temuduga tahun ini berubah,tidak ada lagi temuduga individu,cuma group discussion..Ini yang paling menarik hati aku sebab aku tak bersedia apa-apa pun untuk temuduga ini.. Cuma prepare untuk cakap saja..haha Falsafah Pendidikan,Pengarah Pelajaran,PPSMI,1Murid 1Sukan tu semua aku tak baca pun..Cuma buat revision tentang isu-isu semasa(sebenarnya tak pun ) jugalah...

Group discussion pertamanya dia akan suruh kita terangkan latar belakang...Kemudian diberi satu daripada 8 tajuk video dan ditayangkan...Kemudian kita akan berhujah mengikut apa yang panel persoalkan berdasarkan video tersebut..

Kumpulan aku diberi peluang untuk memilih,maka kami pilih tajuk 'Sayangi Ibubapa'...Senang nak spin dan berhujah...haha antara tajuk lain adalah MBMMBI,Kokurikulum,Guru di Pedalaman dan tak ingatlah yang selebihnya....Oleh kerana semua orang dalam group aku memilih kursus TESL jadi kami kena skeaping speaking semasa berhujah..Untuk kursus Math,Science dan lain-lain group discussion dalam bahasa Melayu...P.Islam ada Bahasa Arab siki..Rezeki kami dapat panel yang sempoi dan tidak mentensionkan langsung sesi temuduga yang berlangsung hampir sejam...

Peluang untuk lelaki mendapat tempat di IPG adalah lebih cerah kerana kuotanya lebih banyak...Di tempat interview aku,dalam kursus TESL cuma terdapat 5 orang sahaja lelaki dan selebihnya perempuan berjumlah dalam 20 orang..Haa sebab itu masa group discussion kumpulan aku cuma 2 orang lelaki dan 5 orang perempuan...Jadi oleh kerana dasar perempuan mereka perlu struggle lebih untuk dapatkan tempat, perempuan lebih aktif menjawab dan berbalas hujah berbanding lelaki yang pemalu ini...haha

Antara soalan panel ;
-Why most of men doesn't know how to express their feeling??
-What men has advantage in then women??
-Which is better,men or women??
-Why we must love our parents??
-Why some people said that men doesn't show their feeling in front of people??
-How did you as a teacher, be a parents to your students??
-Can you suggest how to overcome most of students problems in your class??
-What your opinion about teaching job??
-Why you want to be a teacher??

Oleh kerana di sekolah dulu dah ada pengalaman berhujah tentang isu lelaki dan perempuan, maka agak mudah nak kemukakan pendapat..Alhamdulillah atas rezeki ini...Perempuan lagi aktif dan fluent dalam group aku...Tapi sebagai gentleman takkan mudah aku mengalah..Kalau nak argue pendapat sesiapa, perlu kemukakan hujah kita,kalau nak setuju/agree,kena cakap kenapa kita setuju...

Tak boleh sepatah saja cakap..Dan galakkan diri untuk jadi first person to talk so that you can get a higher mark.. Dilarang memotong atau menyampuk ketika orang lain bercakap,don't ever feel like a boss...Jangan tunggu panel suruh bercakap baru bercakap memang outlah kamu..Cakap jangan fikir baik ke buruk ke betul ke salah ke just talk!!tapi kena la rasional jangan melampau merapu pulak..Panel ada bagi kertas tapi tak suruh buat apa-apa pun..Kalau ini terjadi tak payah usik kertas tu atau main pen, duduk sopan molek macam pengantin..

Kalau ditawarkan untuk masuk,elaun satu semester(6 bulan) lebih kurang RM4000++ menjadikan sebulan dalam RM800..banyak tu...Kaya eden dan boleh joli selalu Jangan pandang rendah kat cikgu..hehe Kursus Ijazah Perguruan ini memang mendapat jaminan kerja iaitu akan ditempatkan di sekolah rendah,yang mana memang aku tak nak =P tapi boleh sambung master untuk jadi lecturer di universiti...

YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH

Sehari sebelum interview IPG,aku mendapat panggilan daripada YINK,katanya tahniah,anda berjaya untuk temuduga pinjaman pelajaran Yayasan Islam...Masa tu aku yang hampir putus harapan untuk ke Jordan terasa mentari sudi menyinar jiwa aku yang sedang diselubungi pekat gelap..ceh over...

Maka aku set dalam kepala hotak aku supaya untuk bersedia dengan temuduga ini sebab ia dijalankan dalam dua bahasa,B.Melayu dan B.Arab...Aku dikehendaki hadir pada hari Rabu..IPG hari Isnin.. Untuk convert daripada BI ke BA,memang piawww lah...Namun cuba jugak sedaya upaya memandangkan yang kena revise adalah biodata atau latarbelakang sahaja untuk diterangkan dalam Bahasa Arab...

Kakak yang jaga kaunter comel ramah orangnya..err kata kawan aku
Aku datang dengan kawan pada pukul 3.00 petang dan mendapat giliran no.31..Temuduga bermula sejak pagi lagi...Sebelum tiba giliran aku asyik melawak dengan kawan saja,macam tak ada apa-apa...haha tapi kena alert juga bila kena masuk sebab dia tak akan panggil melainkan kita masuk sendiri...

Masuk biasalah,perlu ketuk pintu,bagi salam dan jangan duduk selagi dia tak suruh duduk..Tapi tak sampai  dua saat pun berdiri kat depan meja mesyuarat tu kita dah boleh duduk...Temuduga Yayasan Islam ini adalah temuduga individu,which is kita akan disoal satu persatu oleh panel yang ketika aku masuk berjumlah 4 orang...Muka sorang-sorang psiko nak mati,tapi kita perlu rileks dan senyum selalu..Antara soalan mereka :
-Soalan basic tentang diri,nama,sekolah,gaji ibubapa,bilangan adik-beradik(BM)
-Kamu ada baca paper??Terangkan pasal isu semasa...Hmmm terangkan pasal Lahad Datu..
-Apa pandangan kamu tentang politik negara kita??Dari segi ekonomi,sosial dan lain-lain
-Kamu dapat mana info tentang projek IC Mahathir ni?? (betapa beraninya aku masa tu,aku jawab dari media sosial tuan)
-Kamu kata berlaku pembunuhan kanak-kanak di Selangor,sapa nama kanak-kanak tu?? (habis aku.. aku diam saja...huhu)
-Kamu tak ambil apa-apa kursus Bahasa Arab ke??
-Terangkan latarbelakang kamu dalam Bahasa Arab

Saat ini dia tanya sepatah aku jawab sepatah..Simple sangat sesinya..Kalau kamu yang lain dapat interview Yayasan Islam ni jangan jawab macam akulah..Dengan Bahasa Arab berterabur, gagap time nak keluar dalil Al-Quran konon nak tunjuk hebat  ,tapi salah sorang panel tu angguk je...Hebat juga aku boleh bagi dia faham...haha

Sila spinkan jawapan anda bagi nampak berkarisma..Contohnya kalau dia tanya ambil apa-apa kursus Bahasa Arab??Jawablah saya tak ambil apa-apa kursus tapi insyaAllah kalau dapat tawaran yayasan Islam saya akan berkursus di mana-mana tempat yang menawarkan..Ada juga dia psiko "kenapa kamu nak ke Jordan","kalau kamu gagal masa exam nanti macam mana??","terangkan sikit pasal Fiqh dalam bahasa Arab", "Kalau kamu dapat MARA macam mana??"....Aku menunggu soalan tu sebenarnya tapi tak datang pulak.. hadoyy

Untuk kuota Pengajian Islam di Jordan dia ambil dalam 25 orang...Yang datang dalam 31 orang jadi peluang nak dapat tu agak besar walaupun aku punya sesi interview macam hapa lagi.. Sebenarnya aku dah hampir putus harapan jugak nak pergi interview ni sebab mak dan abah aku tak support,"mereka kata tak payah lah", "tak cukup pun duit tu","kan dah tutup buku pasal Jordan"..

Tapi atas dasar manusia ini masih punya hati,aku masih mencuba dengan doa moga-moga lulus temuduga dan dapat bantuan pelajaran,serta dapat jugak aku tackle mak dan abah aku...Susah bebenor nak bagi orang tua faham,err bukanlah nak derhaka..Tapi kita masih ada hak untuk menentukan jalan masa depan kita cuma mungkin kerisauan berlebihan orang tua ni,yelah awak tu kecik lagi,janggut baru sehelai dua,masak nasik pun tak reti macam mana nak hidup kat negara orang tu...

Apa-apa pun,moga artikel ini bermanfaat...Kita yang nak belajar,kita yang nak bekerja, kita yang nak hidup, jadi pilih yang terbaik untuk diri kita...Kalau setakat bekerja dan cari makan,lembu ayam itik kambing pun macam tu...Jadi pilih yang mampu beri manfaat untuk kita di dunia dan sampai surga... Ibu bapa cuma boleh membantu mencadang,tetapi bukan mereka sepenuhnya 100% yang menentukan.. Perlu sedar, era kita dan mereka sudah berubah,mereka kadangkala memberi pendapat berdasarkan perspektif mereka tanpa memikirkan kita ni boleh hidup ke tak dengan  pilihan mereka..

Moga-moga dikurniakan apa yang terbaik untuk diri ini,mungkin bukan rezeki di Jordan,siapa tahu jodoh di IPG lebih baik...Atau mungkin tempat lain,sebab UPU belum keluar lagi (masa ni)...Apa-apapun, jangan berhenti berlari!

-Wallahu'alam-

10 May 2013

Karena Pelangi itu Hanya Sekadar Ilusi

~BismilahirRahmanirRahim~

Semakin diri ini meningkat dewasa,semakin dekat realiti dengan diri kita..Hari demi hari yang berlalu,bukan sekadar untuk dibiarkan dengan angan-angan,tetapi usaha dan gerak kerja untuk mencapai impian.. Hakikatnya,dunia ini tidak semudah apa yang ketika kita budak-budak dahulu cuba bayangkan..Namun penuh cubaan,cabaran dan dugaan sepanjang perjalanan membumikan impian..

Apabila menghadapi ujian,kita pernah mengadu,atau mencari kekuatan untuk membangkitkan kembali semangat setelah jatuh kelemahan..Terkadang apabila kita memberitahu,seringkali kita dihidangkan dengan bait-bait kata harapan dan kepercayaan..Popularnya ayat di sebalik hujan yang Tuhan turunkan,ada pelangi yang bakal menyinar..

Atau apabila ditirutampal [baca:copypaste] ayatnya begini :

"Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar... rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi"

Pelangi..Kita sering ternanti..Sering terpana tertawan dengan sinar indah bervariasi dengan warna...Kita semestinya,termasuk dalam kalangan mereka yang sering mengejar pelangi..Hari-hari yang cerah nyaman tenang bukan tersedia untuk kita setiap masa..Kita sentiasa meletakkan sangka baik kita bahawa akan munculnya pelangi...

Namun pernahkah kita terfikir,bahawa kadangkala pelangi itu bukan terbaik yang Tuhan sediakan untuk kita??

Pelangi...Kewujudan sebenarnya hanya ilusi..Tidak dapat disentuh,cuma dapat dibentuk imejnya melalui kornea...Kita terkadang terkaku melihat...Gabungan prisma warna menawan...Kalau kita cuba menggapai pelangi,apa yang disentuh tangan hanyalah bayangan warna...Kalau kita cuba mengejar,seakan-akan pelangi itu akan lebih berlari jauh daripada kita...


Kita terlupa matahari...Realiti yang sering menyinari hari-hari kita..Dan pelangi itu sendiri wujud kerana bantuan daripada matahari...Matahari yang membiaskan cahayanya membentuk gabungan warna pelangi...
 Kita terkadang bencikan matahari..Hangat terik sinarnya membakar sel-sel diri..Kita mengeluh dengan tugas matahari....Kita kadang memarahi tanpa disedari...

Tetapi kita tidak sedar,sebenarnya Tuhan sudah menyediakan matahari...kenapa perlu menanti pelangi??

Metafora ini adalah untuk kita menerima hakikat,terkadang kita bersangka apa yang kita terbaik untuk kita itu sememangnya terbaik untuk kita...Namun apabila tidak dapat kita mencapainya,kita menganggap mungkin ada yang indah untuk kita...Tetapi apabila realiti sebenar yang kita dapat,bukanlah apa yang kita impikan, malah kita tidak pernah terfikir pun hendak menghargai ia sebagai pemberian,bahkan memberontak menolak pemberian itu samaada sembunyi atau terang-terangan,bagaimana hendak menyifatkan hikmah itu sebagai pelangi??

Pelangi itu indah,namun tidak nyata,ilusi dan imejnya tidak membumi..Matahari itu realiti,walau sifatnya membakar dengan sinar hangat terik,seringkali melelahkan,seringkali memeluhkan,seringkali membuat kita rimas dengan pantulan cahaya Ultraviolet yang ditapis oleh ozon itu..Namun kita perlu menerima tanpanya, kita tidak boleh meneruskan tugasan..

Tanpanya,hidupan di bumi ini cuma membeku kesejukan..Tanpanya, kita cuma malap ditelan kegelapan..Tanpanya,pelbagai proses untuk menyambung nyawa,respirasi, fotosintesis, pencahayaan, pendebungaan, semua itu akan terhenti...

Dan realiti sebenar apa yang terjadi dalam kehidupan kita,adalah kita perlu yakin dengan kesetiaan matahari,bukan menanti pelangi...Walau kenyataan yang berlaku membakar jiwa kita, menusuk terik hati kita, melelahkan diri kita,memeluhkan semangat kita untuk menerima...Pemberontakan di dalam jiwa terkadang mahu melenyapkan sahaja peranan matahari,biar pelangi sahaja mewarnai hidup kita..

Tetapi andai diselami,didalami dan dialami dengan mata hati dan mindset Tauhid,maka kita dapat tahu kenyataan sepanas dan seterik matahari itu sebenarnya sumber kekuatan kita untuk meneruskan kehidupan...Sumber kegunaan kita pada masa hadapan..Sumber tenaga kita untuk mempersenyawakan keyakinan kepada Tuhan...walaupun ia tidak seindah pelangi...

Matahari itu setia,selepas hujan dia tetap menyinari,tidak hujan dia tetap memancar,bahkan dia sanggup memberi laluan untuk hujan,pelangi,bulan dan malam memberi peranan..Tetapi dia tidak merajuk walaupun kehadirannya terkadang dianggap menyusahkan kehidupan...Matahari terus bersinar dan menyinar...


Oleh itu di dalam kehidupan ini,jangan hanya dinanti keputusan seindah pelangi,tetapi tetaplah setia dengan sinar matahari,kerana pelangi hanya ilusi indah yang dibina dengan angan-angan tanpa realiti, tetapi matahari adalah hakikat penilaian bagaimana penerimaan kita terhadap ketentuan Tuhan..Tidak semua Dia sediakan kenyataan seindah pelangi,tetapi Dia memberi keputusan seterik matahari...Kerana Dia lebih Mengetahui, bahawa apa yang terbaik untuk realiti...

Matahari,bukan pelangi...

#Diharap metafora ini mampu memahamkan anda semua tentang hakikat bahawa apa yang berlaku dalam hidup ini bukan semua seindah pelangi...Apabila datang keputusan yang bukan atas kehendak kita, kita kadang-kadang berbelah bahagi hendak menerima dengan tabah dan redho dan syukur..

 Kita menganggap keputusan itu seperti matahari,menyusahkan,panas,terik,hangat..Tetapi kita terlupa tanpanya kita mati, tanpanya kita beku,tanpanya kita tak mampu berdiri meneruskan kehidupan...

Saya menulis artikel ini,atas hakikat yang terpaksa saya terima,tidak dapat menyambung pelajaran ke Jordan kerana tiada restu daripada ibu dan abah...Namun tawaran yang datang kepada saya selepas itu bukan semuanya seindah pelangi,semuanya saya tak hendak..Saya bagaikan putus asa dengan hakikat yang terpaksa dalam rela ini..

Namun saya cuba bangkit untuk meyakini bahawa jika menunggu untuk pelangi,kita hanya terperangkap dengan ilusi..Jadi bangkitlah,yakin dengan matahari,pemberian Tuhan yang jarang kita syukuri,namun kebaikan yang terdapat dalam fungsinya membawa rahmat kepada sekalian hidupan di alam ini...

The sun is wonderful, it can make even the dirt shine-Tendou Souji
Jangan hanya mengharap keindahan dalam hidup kita,cuba sedaya upaya untuk menerima apa jua keputusan Tuhan,pahit atau pedih,sakit atau perit,sebenarnya seperti matahari yang punya 1001 fungsi dan kebaikan di sebalik keterikan dan kehangatan yang disediakannya...

Kita cuma mampu meneruskan kehidupan ini dengan matahari,bukan mengharap dapat menggapai pelangi..

Bangkit,dan jangan berhenti berlari.....

-Wallahu'alam-

01 May 2013

Cerkon ; Tuhan Berikan Aku Cinta

Azkar melepaskan lelah,penat tubuhnya menanggung beban ujian Tuhan sebentar tadi...Tidak mampu untuk berkata apa-apa,dia menyandarkan diri di atas kusyen sofa di hadapan ruang tamu... Pandangannya dihalakan jauh ke hadapan,kemudian memejamkan mata menahan sakit yang baru sahaja dia rasa..

**************************

"Maaflah,saya rasa hubungan kita selama ini sebenarnya tertipu dengan solekan agama,sebenarnya kita berdua sedang bermain hati dengan imaginasi cinta yang tidak sepatutnya"

"Tapi Azfar,apa saja yang kita buat??Setakat ini cuma buku-buku agama sahaja saya bagi sebagai persediaan untuk awak menjadi pelengkap tulang rusuk saya"

"Azkar,saya terasa seperti kita masih bermaksiat walau apa yang kita buat ini tampak berlandaskan syari'at.Saya terbayang keindahan-keindahan yang tidak sepatutnya sedangkan kita masih belum halal bersama"

Azkar diam..Tertunduk wajahnya ke bumi mengenangkan dia juga pernah merasakan yang sama. Zina hati berlaku padanya apabila membayangkan yang bukan-bukan yang boleh dilakukannya dengan Azfar.Dia sudah tidak punya ayat untuk berbicara.

"Azkar,setakat ini sahaja kita berhubung,selepas ini harapnya jangan lagi ganggu saya.Namun ini bukan pengakhiran,tetapi saya mahu hubungan kita lebih terjaga,agar bila tiba waktunya hubungan ini mampu menjamin bahagia"

Azkar menyorot langkah Azfar dengan matanya.Mukanya kosong tanpa makna.Wajahnya tidak bereaksi mendengar kata putus Azfar terhadap hubungan mereka.Dia kemudian  mengetap bibir menahan amarah agar mampu mengawal diri untuk bertindak rasional.

*******************************

Dia pergi ke kelas dalam keadaan jiwanya tidak bermaya.Duduk sahaja di kerusinya,dia menyedari rakan-rakan sekelas yang lain sedang memerhatikannya.Pelik,apa yang begitu menarik perhatian mereka pada dirinya??

Dia kemudian memandang laci meja yang terdapat sekeping gambar beserta nota kecil.

Terkejut dengan visual di gambar itu,ditambah lagi dengan renjatan yang menyentap jantungnya apabila membaca nota itu.

"Saya berharap hubungan kita berkekalan hingga ke surga,dan saya mahu terus menjadi bidadari yang melengkapi hidup awak"-Aqeelah

Apa ertinya semua ini??Gambar dia dan Aqeelah berdua??Dia tersenyum mesra manakala Aqeelah merapati tubuhnya tersenyum gedik dan tangan melakukan simbol 'peace'...Tetapi bilakah.......

Akhirnya memori Azkar berputar mengingatkan peristiwa dia dan Aqeelah berdua bergambar untuk majalah sebagai ahli Pasukan Pidato Universiti.Tika itu,Aqeelah begitu mesra untuk bergambar dengannya,malahan beraksi bagai mereka berdua pasangan bahagia..

Azkar tertunduk malu dan berjalan keluar daripada kelas sambil merasakan tindakan Aqeelah ini sebenarnya mengundang fitnah yang keterlaluan.Apa pula kata Azfar nanti..Dia tahu Aqeelah juga tahu hubungan Azkar dan Azfar sebagai pasangan tunang.Namun nyata Aqeelah terpedaya dengan bisikan nurani agar bertindak menyelit menimbulkan konflik di tengah jalan hidupnya ini.

Ujian apakah ini?Di kala permohonan untuk bermesra dengan Azfar ditolak, Aqeelah membuka tawaran padanya??

******************************

Mengenangkan dua peristiwa yang berlaku tadi,cukup membuatkan jiwanya berselirat dengan simpulan dan benang-benang serabut yang menganggu ketenangan..Dia jatuh lemah tidak bermaya di atas sofa itu...Kerja-kerja persatuan masih lagi tidak selesai,assignment kuliah yang melambak di laptopnya,kini ditambah peribadinya yang dicop teruk oleh orang sekeliling.

Dia teringat dialog yang bermain di mulut mereka tadi.

"Eh,tu Azkar,tak sangka dia gedik sampai tangkap gambar macam tu dengan Aqeelah"

"Kesian Azfar..Patutnya putuskan saja pertunangan dengan Azkar tu..Dah tahu lelaki jenis tak boleh pakai"

"Boleh la aku tackle Azfar lepas ni..Aku dah banyak kali cakap Azkar tu tak boleh pakai kat dia..Tapi tak mahu percaya"

Telinganya bagai mahu dipotong sahaja agar hilang pendengaran untuk menyerap ayat-ayat itu. Rupa-rupanya dia sedar sekarang bercinta itu bukan semudah fantasi novel cinta yang dia sering baca.Sering mengundang pintu fitnah dan pintu ujian terbuka.Dia tidak mampu berfikir normal untuk tindakannya selepas ini.Jiwanya kacau dan berserabut.

Dia menundukkan kepala dan berfikir sejenak,mengingati pertemuannya dengan sahabat baiknya dahulu..

***********************************
"Aku rasa nak ambil Azfar sebagai pasangan akulah"

"Oh sebab itu kau belikan novel Tuhan Jagakan Dia ni??Jarang kau baca novel tiba-tiba rajin pulak"

"Haha bukanlah.Aku nak bagi kat dia.Kau cakap novel ni mengambil inspirasi daripada kisah Rasulullah dan Saidatina Khadijah..Aku harap dia dapat faham maksud aku selepas bagi novel ni"

"Oh rupanya begitu...Hmm tak kisahlah..Tapi hati-hati,jangan tertipu dengan keindahan semasa bercinta ni..Tambah kamu dua tak kahwin lagi"

"Alah jangan risaulah...Setakat ni kami cuma berhubung bila perlu...Dan yang pasti aku rasa dia yang terbaik untuk aku"

"Haha berangan kau ni..Stabilkan diri kau..Susun jalan hidup kau dulu..Jangan ingat cinta ini semudah dan seindah novel-novel jiwang Azkar"

Azman menuturkan nasihat buat sahabatnya Azfar..Tampak begitu yakin rakannya hendak melamar Azfar..Dia tahu selama ini memang Azfar dan Azkar sering berhubung melalui sms,wechat dan facebook..Sekadar infonya,Azfar dan Azkar tidaklah berlebih-lebihan dalam berbahasa ketika mereka berdua berhubung..Cuma seperti hubungan kawan sahaja..

Namun dia khuatir impak yang tidak dijangka Azkar nanti,memandangkan Azkar mudah hanyut apabila berbicara dan berhubung dengan perempuan..Telefon sampai larut malam, apabila bersembang dengan Azman terkadang membayangkan imaginasi berlebihan..Kerana itu dia mengingatkan kepada Azkar supaya bersedia dengan pertahanan iman dan ilmu dalam dirinya dahulu..

******************************************

Seputar dialog itu di dalam rakaman otaknya,dia kini menerima kebenaran kata-kata Azman dahulu.. Sejak terpisah,dia cuma mampu berhubung secara telefon atau media sosial.. Dan seringkali berita tentang hubungannya dengan Azfar yang sering disampaikan kepada Azman.. Azman sahaja yang dia percaya untuk dicerita dan untuk diminta nasihat..

Namun kurang sekali dia mempraktik nasihat  Azman,agar bersedia dengan ujian yang bakal mendatang..Nyata dia masih lemah dalam dia berbangga dengan kebolehan dirinya dalam mendepani Azman dalam hal-hal cinta..

Dia terasa masih lemah dalam mengurus cinta...Cinta manusia,apatah lagi cinta Tuhannya..

Fitnah,umpatan dan seribu satu macam lagi andaian buruk dilemparkan kepada Azkar. Dikatakan kepadanya perasan bagus,mendekati zina,mengundang zina hati,main kayu tiga dan pelbagai lagi.
Dia terpaksa mengajak Azfar bertahan dengan serangan-serangan itu.. Nyata ada manusia suka melihat derita jiwa mereka berdua dengan menghebohkan hubungan mereka walau sedaya upaya cuba dirahsia..

Akhirnya Azfar mengambil tindakan drastik untuk mengelamkan hubungan mereka, entah untuk memberi petanda bahawa mereka sudah putus atau cuma melindungi  mereka daripada fitnah.. Namun datang pula Aqeelah,gadis yang meminati Azkar dalam diam namun sering dibisingkan hasratnya di kalangan rakan-rakannya..Aqeelah nyata mencabar Azkar agar menolak Azfar dan menerimanya..

Azkar membawa diri ke taman tasik untuk berehat mengambil angin..Awan mendung yang masih belum berarak memberi petanda hujan bakal turun,namun Azkar merasakan itu tidaklah memberi ribut berbanding cuaca di dalam jiwanya..

Dia berdiri menghadap kolam,melihat itik berenang-renang.Azkar menelefon Azman untuk berjumpa dengannya,agar mereka bisa berdepan dan dia mampu mencurah cuka yang bersiram di jiwanya supaya mampu diubati oleh kata-kata madu Azman. Sedang dia menunggu tiba-tiba telefon bimbitnya berdering,disangka Azman rupanya Aslam,rakan setugasnya dalam Badan Kepimpinan Siswa Universiti.

"Salam..Azkar??Saya ada mendengar khabar daripada orang lain bahawa kamu mempunyai hubungan dengan Aqeelah..Namun saya tidak terus mahu mempercayai itu..Tetapi apabila cerita bahawa kamu berdua sering berkhalwat di perpustakaan atas alasan latihan pidato,saya mula gundah..Betul atau tidak ni Azkar??"

Akhirnya kilat menyambar jiwanya yang mendung membuatkan dia terkaku tidak dapat berkata apa-apa..Nyata fitnah itu semakin berleluasa dan menyerang peribadi dan wibawanya..


Azfar menekan butang 'end-call' dan memasukkannya ke dalam poket..Tidak pernah rasanya dia menumpahkan air mata,namun gerimis yang mula turun menyertai titisan manik jernih yang tumpah daripada kolam matanya..Dia membiarkan air mata itu mengalir bersama aliran hujan gerimis di mukanya..

Dia buntu..Tidak tahu...Apa yang hendak dikata kepada Aqeelah??Apa yang hendak diberitahu Azfar??Apa tindakan yang paling tepat untuk dirinya sekarang??

Keindahan yang sering terbayang ketika mula-mula dia mengenali Azfar dahulu,kini hampir padam dengan ujian ini..Perjalanan cinta yang sedaya dibina atas landasan syari'at nyata tidak terlepas daripada gangguan makhluk bernama manusia.. Dia kini terasa lemah..

"Sabar Azkar..Kan aku dah kata,realiti tidak seindah novel cinta yang sering berfantasi dengan teori-teori cinta..Kau perlu belajar daripada semua ini,agar memperkuatkan diri dengan ilmu dan iman...Bukan ini tanda Tuhan benci...

Bukan juga tanda Azfar itu benci.. Dia meminta dalam kiasan supaya dirimu mengejar cinta Tuhan terlebih dahulu...Dia masih mengharapkan permulaan cinta daripada orang yang telah mencintai Rabbnya,supaya engkau Azkar,mampu membawa Azfar agar turut mencintaiNya"

Rupa-rupanya Azman berada di belakangnya,berpayung sambil menaungi dirinya daripada ditimpa hujan.

"Azman,aku nampaknya masih lemah dalam hal bercinta...Bercinta dengan Tuhan..."

Azkar menutur dalam kelat..

"Sebab itu Tuhan beri ujian ini,agar kau tahu Dia mencintaimu,dan Dia mahukan lebih lagi cinta darimu,dan dia ingin menjadikan kau orang yang mampu menyebarkan cinta Tuhan kepada orang sekelilingmu...Bukan sekadar orang yang berangan pasal cinta manusia tak kira masa...

Azkar mengesat air mata..Dan memeluk Azman..Azman menepuk bahu sahabatnya sambil berbisik perlahan kepada Azkar..

"Aku juga mencintaimu sebagai sahabat,selama ini aku risau kau terpesong ke jalan cinta tidak bermaruah.. cuma disolek dengan perbuatan agama..Nyata Tuhan lebih tahu apa yang patut dilakukan.. Jangan risau sahabat,hal dengan Aqeelah aku akan uruskan..Kau tinggal perlu faham hasrat Azfar dan mulakan langkah baru"

Azkar tersenyum mendengar kata itu..Dia memohon izin daripada Azman untuk beredar sambil mengubat jiwanya yang turut gerimis seperti hujan yang sedang tumpah dituang awan.Azman menurut dengan pandangan mata langkah sahabatnya yang tetap mahu berbasahan dalam hujan. Mungkin sahaja aliran hujan mampu menghanyutkan derita di jiwanya kini..

Azman berjalan ke arah koridor bangunan kedai yang terletak berdekatan dengan tasik.Kelihatan Azfar sedang menunggu bersama tiga orang lagi sahabatnya di dalam sebuah kedai makan..

"Terima kasih Azman,sebab sudi tolong sedarkan dia..Harapnya selepas ini hubungan kami hanya kerana Tuhan bukan lagi dipengaruhi nafsu dan keinginan jiwa remaja"

"Tak ada hal..Aku sahabat dia,dan sahabat pastinya perlu mengingatkan andai dia terleka atau terlupa"

Dan Azman memohon izin daripada Azfar dan rakan-rakannya untuk beredar,sambil tersenyum berdoa agar selepas ini,mereka benar-benar bercinta keranaNya...