01 May 2013

Cerkon ; Tuhan Berikan Aku Cinta

Azkar melepaskan lelah,penat tubuhnya menanggung beban ujian Tuhan sebentar tadi...Tidak mampu untuk berkata apa-apa,dia menyandarkan diri di atas kusyen sofa di hadapan ruang tamu... Pandangannya dihalakan jauh ke hadapan,kemudian memejamkan mata menahan sakit yang baru sahaja dia rasa..

**************************

"Maaflah,saya rasa hubungan kita selama ini sebenarnya tertipu dengan solekan agama,sebenarnya kita berdua sedang bermain hati dengan imaginasi cinta yang tidak sepatutnya"

"Tapi Azfar,apa saja yang kita buat??Setakat ini cuma buku-buku agama sahaja saya bagi sebagai persediaan untuk awak menjadi pelengkap tulang rusuk saya"

"Azkar,saya terasa seperti kita masih bermaksiat walau apa yang kita buat ini tampak berlandaskan syari'at.Saya terbayang keindahan-keindahan yang tidak sepatutnya sedangkan kita masih belum halal bersama"

Azkar diam..Tertunduk wajahnya ke bumi mengenangkan dia juga pernah merasakan yang sama. Zina hati berlaku padanya apabila membayangkan yang bukan-bukan yang boleh dilakukannya dengan Azfar.Dia sudah tidak punya ayat untuk berbicara.

"Azkar,setakat ini sahaja kita berhubung,selepas ini harapnya jangan lagi ganggu saya.Namun ini bukan pengakhiran,tetapi saya mahu hubungan kita lebih terjaga,agar bila tiba waktunya hubungan ini mampu menjamin bahagia"

Azkar menyorot langkah Azfar dengan matanya.Mukanya kosong tanpa makna.Wajahnya tidak bereaksi mendengar kata putus Azfar terhadap hubungan mereka.Dia kemudian  mengetap bibir menahan amarah agar mampu mengawal diri untuk bertindak rasional.

*******************************

Dia pergi ke kelas dalam keadaan jiwanya tidak bermaya.Duduk sahaja di kerusinya,dia menyedari rakan-rakan sekelas yang lain sedang memerhatikannya.Pelik,apa yang begitu menarik perhatian mereka pada dirinya??

Dia kemudian memandang laci meja yang terdapat sekeping gambar beserta nota kecil.

Terkejut dengan visual di gambar itu,ditambah lagi dengan renjatan yang menyentap jantungnya apabila membaca nota itu.

"Saya berharap hubungan kita berkekalan hingga ke surga,dan saya mahu terus menjadi bidadari yang melengkapi hidup awak"-Aqeelah

Apa ertinya semua ini??Gambar dia dan Aqeelah berdua??Dia tersenyum mesra manakala Aqeelah merapati tubuhnya tersenyum gedik dan tangan melakukan simbol 'peace'...Tetapi bilakah.......

Akhirnya memori Azkar berputar mengingatkan peristiwa dia dan Aqeelah berdua bergambar untuk majalah sebagai ahli Pasukan Pidato Universiti.Tika itu,Aqeelah begitu mesra untuk bergambar dengannya,malahan beraksi bagai mereka berdua pasangan bahagia..

Azkar tertunduk malu dan berjalan keluar daripada kelas sambil merasakan tindakan Aqeelah ini sebenarnya mengundang fitnah yang keterlaluan.Apa pula kata Azfar nanti..Dia tahu Aqeelah juga tahu hubungan Azkar dan Azfar sebagai pasangan tunang.Namun nyata Aqeelah terpedaya dengan bisikan nurani agar bertindak menyelit menimbulkan konflik di tengah jalan hidupnya ini.

Ujian apakah ini?Di kala permohonan untuk bermesra dengan Azfar ditolak, Aqeelah membuka tawaran padanya??

******************************

Mengenangkan dua peristiwa yang berlaku tadi,cukup membuatkan jiwanya berselirat dengan simpulan dan benang-benang serabut yang menganggu ketenangan..Dia jatuh lemah tidak bermaya di atas sofa itu...Kerja-kerja persatuan masih lagi tidak selesai,assignment kuliah yang melambak di laptopnya,kini ditambah peribadinya yang dicop teruk oleh orang sekeliling.

Dia teringat dialog yang bermain di mulut mereka tadi.

"Eh,tu Azkar,tak sangka dia gedik sampai tangkap gambar macam tu dengan Aqeelah"

"Kesian Azfar..Patutnya putuskan saja pertunangan dengan Azkar tu..Dah tahu lelaki jenis tak boleh pakai"

"Boleh la aku tackle Azfar lepas ni..Aku dah banyak kali cakap Azkar tu tak boleh pakai kat dia..Tapi tak mahu percaya"

Telinganya bagai mahu dipotong sahaja agar hilang pendengaran untuk menyerap ayat-ayat itu. Rupa-rupanya dia sedar sekarang bercinta itu bukan semudah fantasi novel cinta yang dia sering baca.Sering mengundang pintu fitnah dan pintu ujian terbuka.Dia tidak mampu berfikir normal untuk tindakannya selepas ini.Jiwanya kacau dan berserabut.

Dia menundukkan kepala dan berfikir sejenak,mengingati pertemuannya dengan sahabat baiknya dahulu..

***********************************
"Aku rasa nak ambil Azfar sebagai pasangan akulah"

"Oh sebab itu kau belikan novel Tuhan Jagakan Dia ni??Jarang kau baca novel tiba-tiba rajin pulak"

"Haha bukanlah.Aku nak bagi kat dia.Kau cakap novel ni mengambil inspirasi daripada kisah Rasulullah dan Saidatina Khadijah..Aku harap dia dapat faham maksud aku selepas bagi novel ni"

"Oh rupanya begitu...Hmm tak kisahlah..Tapi hati-hati,jangan tertipu dengan keindahan semasa bercinta ni..Tambah kamu dua tak kahwin lagi"

"Alah jangan risaulah...Setakat ni kami cuma berhubung bila perlu...Dan yang pasti aku rasa dia yang terbaik untuk aku"

"Haha berangan kau ni..Stabilkan diri kau..Susun jalan hidup kau dulu..Jangan ingat cinta ini semudah dan seindah novel-novel jiwang Azkar"

Azman menuturkan nasihat buat sahabatnya Azfar..Tampak begitu yakin rakannya hendak melamar Azfar..Dia tahu selama ini memang Azfar dan Azkar sering berhubung melalui sms,wechat dan facebook..Sekadar infonya,Azfar dan Azkar tidaklah berlebih-lebihan dalam berbahasa ketika mereka berdua berhubung..Cuma seperti hubungan kawan sahaja..

Namun dia khuatir impak yang tidak dijangka Azkar nanti,memandangkan Azkar mudah hanyut apabila berbicara dan berhubung dengan perempuan..Telefon sampai larut malam, apabila bersembang dengan Azman terkadang membayangkan imaginasi berlebihan..Kerana itu dia mengingatkan kepada Azkar supaya bersedia dengan pertahanan iman dan ilmu dalam dirinya dahulu..

******************************************

Seputar dialog itu di dalam rakaman otaknya,dia kini menerima kebenaran kata-kata Azman dahulu.. Sejak terpisah,dia cuma mampu berhubung secara telefon atau media sosial.. Dan seringkali berita tentang hubungannya dengan Azfar yang sering disampaikan kepada Azman.. Azman sahaja yang dia percaya untuk dicerita dan untuk diminta nasihat..

Namun kurang sekali dia mempraktik nasihat  Azman,agar bersedia dengan ujian yang bakal mendatang..Nyata dia masih lemah dalam dia berbangga dengan kebolehan dirinya dalam mendepani Azman dalam hal-hal cinta..

Dia terasa masih lemah dalam mengurus cinta...Cinta manusia,apatah lagi cinta Tuhannya..

Fitnah,umpatan dan seribu satu macam lagi andaian buruk dilemparkan kepada Azkar. Dikatakan kepadanya perasan bagus,mendekati zina,mengundang zina hati,main kayu tiga dan pelbagai lagi.
Dia terpaksa mengajak Azfar bertahan dengan serangan-serangan itu.. Nyata ada manusia suka melihat derita jiwa mereka berdua dengan menghebohkan hubungan mereka walau sedaya upaya cuba dirahsia..

Akhirnya Azfar mengambil tindakan drastik untuk mengelamkan hubungan mereka, entah untuk memberi petanda bahawa mereka sudah putus atau cuma melindungi  mereka daripada fitnah.. Namun datang pula Aqeelah,gadis yang meminati Azkar dalam diam namun sering dibisingkan hasratnya di kalangan rakan-rakannya..Aqeelah nyata mencabar Azkar agar menolak Azfar dan menerimanya..

Azkar membawa diri ke taman tasik untuk berehat mengambil angin..Awan mendung yang masih belum berarak memberi petanda hujan bakal turun,namun Azkar merasakan itu tidaklah memberi ribut berbanding cuaca di dalam jiwanya..

Dia berdiri menghadap kolam,melihat itik berenang-renang.Azkar menelefon Azman untuk berjumpa dengannya,agar mereka bisa berdepan dan dia mampu mencurah cuka yang bersiram di jiwanya supaya mampu diubati oleh kata-kata madu Azman. Sedang dia menunggu tiba-tiba telefon bimbitnya berdering,disangka Azman rupanya Aslam,rakan setugasnya dalam Badan Kepimpinan Siswa Universiti.

"Salam..Azkar??Saya ada mendengar khabar daripada orang lain bahawa kamu mempunyai hubungan dengan Aqeelah..Namun saya tidak terus mahu mempercayai itu..Tetapi apabila cerita bahawa kamu berdua sering berkhalwat di perpustakaan atas alasan latihan pidato,saya mula gundah..Betul atau tidak ni Azkar??"

Akhirnya kilat menyambar jiwanya yang mendung membuatkan dia terkaku tidak dapat berkata apa-apa..Nyata fitnah itu semakin berleluasa dan menyerang peribadi dan wibawanya..


Azfar menekan butang 'end-call' dan memasukkannya ke dalam poket..Tidak pernah rasanya dia menumpahkan air mata,namun gerimis yang mula turun menyertai titisan manik jernih yang tumpah daripada kolam matanya..Dia membiarkan air mata itu mengalir bersama aliran hujan gerimis di mukanya..

Dia buntu..Tidak tahu...Apa yang hendak dikata kepada Aqeelah??Apa yang hendak diberitahu Azfar??Apa tindakan yang paling tepat untuk dirinya sekarang??

Keindahan yang sering terbayang ketika mula-mula dia mengenali Azfar dahulu,kini hampir padam dengan ujian ini..Perjalanan cinta yang sedaya dibina atas landasan syari'at nyata tidak terlepas daripada gangguan makhluk bernama manusia.. Dia kini terasa lemah..

"Sabar Azkar..Kan aku dah kata,realiti tidak seindah novel cinta yang sering berfantasi dengan teori-teori cinta..Kau perlu belajar daripada semua ini,agar memperkuatkan diri dengan ilmu dan iman...Bukan ini tanda Tuhan benci...

Bukan juga tanda Azfar itu benci.. Dia meminta dalam kiasan supaya dirimu mengejar cinta Tuhan terlebih dahulu...Dia masih mengharapkan permulaan cinta daripada orang yang telah mencintai Rabbnya,supaya engkau Azkar,mampu membawa Azfar agar turut mencintaiNya"

Rupa-rupanya Azman berada di belakangnya,berpayung sambil menaungi dirinya daripada ditimpa hujan.

"Azman,aku nampaknya masih lemah dalam hal bercinta...Bercinta dengan Tuhan..."

Azkar menutur dalam kelat..

"Sebab itu Tuhan beri ujian ini,agar kau tahu Dia mencintaimu,dan Dia mahukan lebih lagi cinta darimu,dan dia ingin menjadikan kau orang yang mampu menyebarkan cinta Tuhan kepada orang sekelilingmu...Bukan sekadar orang yang berangan pasal cinta manusia tak kira masa...

Azkar mengesat air mata..Dan memeluk Azman..Azman menepuk bahu sahabatnya sambil berbisik perlahan kepada Azkar..

"Aku juga mencintaimu sebagai sahabat,selama ini aku risau kau terpesong ke jalan cinta tidak bermaruah.. cuma disolek dengan perbuatan agama..Nyata Tuhan lebih tahu apa yang patut dilakukan.. Jangan risau sahabat,hal dengan Aqeelah aku akan uruskan..Kau tinggal perlu faham hasrat Azfar dan mulakan langkah baru"

Azkar tersenyum mendengar kata itu..Dia memohon izin daripada Azman untuk beredar sambil mengubat jiwanya yang turut gerimis seperti hujan yang sedang tumpah dituang awan.Azman menurut dengan pandangan mata langkah sahabatnya yang tetap mahu berbasahan dalam hujan. Mungkin sahaja aliran hujan mampu menghanyutkan derita di jiwanya kini..

Azman berjalan ke arah koridor bangunan kedai yang terletak berdekatan dengan tasik.Kelihatan Azfar sedang menunggu bersama tiga orang lagi sahabatnya di dalam sebuah kedai makan..

"Terima kasih Azman,sebab sudi tolong sedarkan dia..Harapnya selepas ini hubungan kami hanya kerana Tuhan bukan lagi dipengaruhi nafsu dan keinginan jiwa remaja"

"Tak ada hal..Aku sahabat dia,dan sahabat pastinya perlu mengingatkan andai dia terleka atau terlupa"

Dan Azman memohon izin daripada Azfar dan rakan-rakannya untuk beredar,sambil tersenyum berdoa agar selepas ini,mereka benar-benar bercinta keranaNya...

No comments:

Post a Comment